Pengikut Setia - Terima Kasih

Ahad, 19 April 2009

Kerajaan Perpaduan


Kerajaan Perpaduan merupakan satu istilah yang telah membuatkan kedudukan DSTGHA tergugat sebagai Presiden PAS. Banyak pihak melihat Hj Hadi sebagai tidak serik selepas berlakunya ombak kecil dalam PAS berkaitan Muzakarah.

Harakah keluaran esok melaporkan temubual eksklusif Hj Hadi, dan isunya ialah tentang istilah sains politik, kerajaan perpaduan.Dalam temubual tersebut, Hj Hadi menarik balik saranan beliau agar kerajaan perpaduan ditubuhkan. Tindakan ini tidak ada kena mengena dengan cabaran yang beliau hadapi untuk jawatan presiden parti, apabila PAS kawasan Bukit Bintang mencalonkan TGNA bagi menentang beliau.

Hj Hadi menarik semula cadangan tersebut setelah melihat banyak ahli dan pimpinan PAS sendiri gagal untuk memahami istilah sains politik tersebut. Ini mungkin kerana mereka tidak berusaha melihat kebaikan cadangan dari seorang ulama' merangkap ahli politik kanan. Mereka mungkin melihat yang Hj Hadi sebagai seorang yang berjiwa Melayu, dan cadangan tersebut sebagai usaha menyelamatkan pengaruh politik Melayu. Bagi mereka, Hj Hadi tidak belajar dari sejarah bagaimana PAS membantu penubuhan BN era Tun Razak dahulu.

Bila wartawan bertanya, contoh kerajaan perpaduan yang diamalkan di lain-lain negara, Hj Hadi lantas menjawab Indonesia. Y a Indonesia, Presiden dari Demokrat, naib Presiden dari Golkar,
Speaker dewan perwakilan dari PKS, menteri kabinet dari perbagai parti dan yang menariknya, semasa PEMILU, semua parti bertanding menentang sesama sendiri.

Apakah itu kerajaan perpaduan?
Secara umumnya kerajaan perpaduan (unity gov) bermaksud kerajaan tanpa pembangkang. Ia lebih hebat dari gagasan Tun Razak dulu, walaupun tun Razak berjaya membawa masuk PAS, Gerakan dan PPP, tapi DAP masih diluar, tapi idea Hj Hadi ialah membawa semua parti, termasuk SAPP, DAP, PKR UMNO dan segala parti yang mempunyai perwakilan dalam dewan bersama dalam sebuah kerajaan tanpa meninggalkan peranan pembangkang. Apabila semua parti merupakan parti kerajaan, tentulah sebagai kerajaan mereka akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang meruncing dan lain-lain masalah rakyat. PAS sebagai kerajaan di dalam kerajaan perpaduan tentulah akan berusaha membersihkan SPR, SPRM dan segala macam penyelewangan, takkan UMNO yang juga kerajaan ingin membantah tindakan kerajaan? Pada masa itu semua pihak (ahli parlimen yang tidak menganggotai kabinet) juga memainkan peranan sebagai pembangkang. Contohnya Dr Hatta sebagai menteri KDNHEP, harga ayam naik, Bung Mokhtar dari UMNO akan membangkang dan mengkritik kabinet kerajaan perpaduan itu.

Kerajaan perpaduan akan berkerja dengan sepenuh hati untuk membodek rakyat, ini kerana pada PRU akan datang, mereka akan dinilai oleh rakyat. Jika UMNO atau PAS menang besar, maka kerajaan perpaduan tidak perlu kerana kerajaan pada masa itu akan dibentuk oleh parti yang kuat dan berpengaruh.
Dalam keadaan politik dan ekonomi sekarang, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan adalah satu idea yang harus di perhalusi dengan sewajarnya.

Mengapa sekarang?
Ada yang berkata Hj Hadi mengundur ke belakang kerana menghulurkan tangan kepada UMNO yang sedang nazak. Benarkah demikian? Adakah Abu Sufian akan berunding dengan Nabi s.a.w jika nabi masih terkial-kial seperti semasa di Habshah atau Taif? Tentu sekali tidak, tapi setelah nabi mempunyai kekuatan, dan kekuatan itu tidak dapat dibendung. Apakah nabi kerugian dengan bermulanya sesi rundingan? Ya kata para saabat yang kurang arif. Tetapi kemudianya peristiwa pembukaan kota Makkah menjadikan kemenangan berganda untuk nabi dan umat Islam. Oleh yang demikian, dengan kuasa dan pengaruh yang ada sekaranglah maka PAS mempunyai kekuatan dan keberanian menghulurkan tangan.

Pro dan Kontra
Pronya tentulah dengan mengangotai kerajaan,maka PR yang juga mempunyai perwakilan yang ramai berkuasa untuk membersihkan agensi penting kerajaan seperti SPR. Pembersihan SPR penting kerana badan tersebut bakal menentukan jumlah perwakilan PAS pada masa akan datang. Jumlah perwakilan akan menentukan pula peranan PAS.
Kontranya ialah tidak dapat tidak agenda Melayu terzahir dalam perpaduan ini. Tindakan yang akan mengurangkan jumlah undi kaum lain kepadaPAS. Bukan senang untuk PAS dan Pakatan menyakinkan rakyat bahawa mereka mampu untuk membentuk sebuah pakatan yang kuat untuk menjadi alternatif kepada barisan pemerintah sekarang. Menyertai kerajaan perpaduan mampu membunuh kenyakinan rakyat yang pro PR dan atas pagar yang sebenarnya kenyakinan tersebut hanya setebal kulit bawang sahaja.

Membentuk kerajaan perpaduan juga memberi peluang kepada UMNO dan BN untuk bangkit semula. Maka banyak pihak terutama pro DS Anwar lebih melihat untuk membentuk sistem dua parti. Bersaing bersunguh- sungguh dalam setiap perkara demi kepentingan rakyat. Jika ianya benar-benar terjadi, rakyat memang untung, bila PR bagi air percuma, BN bagi elektrik percuma, PR bagi seribu ringgit sebagai permulaan masuk universiti, BN bagi pendidikan percuma sehingga pringkat tertinggi(contoh). Maka untung besarlah rakyat, bahagia benarlah rasanya.

Tetapi ini tidak juga berlaku, kerana pendekatan BN menganaktirikan PR. Pembentukan JKKP satu contoh jelas. Maka DS Anwar melancarkan serangan bertubi -tubi kepada BN. Mengkritik setiap dasr BN, menghilangkan rasa percaya kepada kerajaan BN dan membuat dasar baru untuk semua rakyat (tentunya pasaran undi yang lebih besar) seperti AEB, ketuanan rakyat (ketuanan Melayu- Melayu kurang 60%) dan keadilan untuk semua. Setakat ini nampak gayanya strategi DS Anwar berjalan lancar, PRK PR menang, maka sebab itulah DS Anwar tidak mengatakan ia ataupun tidak kepada kerajaan perpaduan. Rumusannya disini, cadangan Hj Hadi menampakan keikhlasan (biasalah ulama') manakala tindakan DS anwar mengesahkan beliau adalah seorang strategis. Cuma yang malangnya ialah Hj Hadi ditentang kerana gagalnya ahli untuk memahami buah fikiranya.

1 ulasan:

  1. ini baru TGHA cadangkan belum lagi masuk part perlaksanaan pun dorang dah tak faham dan kecoh mengatakan PAS akan bergabung dengan UMNO. Alahai.. kesiannya saya melihat dorang ni mengelabah biawak itu. Agaknya PAS ni lebih suka membontoti belakang PKR dan yang utamanya DAP walaupun DAP telah pun berkata "Langkah mayat saya dulu kalau nak tubuh negara Islam" dan PKR plak tidak menyokong PAS, hanya membiarkan macam itu. Apakah itu yang dinamakan sebagai Pakatan Rakyat? Ianya hanya lebih kepada Perosak Rakyat

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama