Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 30 April 2009

Orang Asli - Pakatan Rakyat terus mendahului..




1. Tanah adat: Majlis Peguam puji kerajaan Selangor tarik balik rayuan

30 April 2009

Majlis Peguam Malaysia mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri Selangor menarik balik rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap kes Sagong Tasi yang membabitkan pengambilan 38.477 ekar tanah adat kaum Temuan di Bukit Tampoi, Dengkil pada tahun 1995.


Baru-baru ini, Majlis Peguam telah mengemukakan satu usul berkaitan hak-hak masyarakat Orang Asli di Mesyuarat Agung-nya kali ke-63 yang telah diterima dan diluluskan sebulat suara oleh Badan Peguam Malaysia.

Selaras dengan usul tersebut, Majlis Peguam menyokong penubuhan sebuah jawatankuasa bersama oleh kumpulan masyarakat Orang Asli yang bertujuan untuk memantau isu-isu berkaitan masyarakat Orang Asli dan kami komited untuk menjadi sekutu kepada inisiatif ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah menubuhkan satu Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor dan usaha seperti ini wajar dipuji.

Majlis Peguam juga akan cuba mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan badan ini tidak berapa lama lagi dan berharap Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan usaha melindungi hak dan kepentingan masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Selangor.

2. Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya selesaikan isu-isu tetunggak : Majlis Peguam
11 Februari 2009

Antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak sebelum dirampas ialah:

i. Sebagai MB, DS Nizar membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.

ii. YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.

iii. Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

iv. Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

v. Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.


P/s PR dah tentu tak rugi pun bagi balik tanah dekat orang asli, untung? orang asli bukan penentu kemenangan pilihanraya pun.. Habis tu kenapa? nak bodek majlis peguam? majlis peguam pun minoriti.. Sebab..itulah keadilan namanya..meletakan sesuatu pada haknya..

Rabu, 29 April 2009

Doktor cita-cita ku

Malam tadi aku bertemu dengan Zharif, seorang blogawan merangkap seorang pelajar undang-undang. Ini adalah siri kedua sesi bertemu dengan rakan blogawan yang seangkatan dalam meneruskan agenda kearah Malaysia Yang Lebih Adil. Dari umurnya yang tercatat dalam profile beliau, memang dia seorang budak muda. Tapi bila bertemu malam tadi ternyata lebih muda.

Zharif seorang remaja yang berbakat besar, berfikiran positif dan peka dengan isu-isu semasa. Kalian sendiri dapat menilai melalui penulisan blog beliau. Tak banyak perkara yang dibincangkan, selain dari kesuntukan masa, peminta belas ihsan bersilih ganti datang meminta derma. Ini turut dicatatkan oleh Zharif semalam. Benda ni memang aku nak tulis, tapi Ssaudara rahmat dah buat satu sajak untuk kita renungi bersama.

Zharif dalam pertemuan semalam ada menyatakan cita-cita asalnya untuk menjadi seorang doktor. Doktor satu pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi. Ramai orang bercita-cita untuk menjadi doktor. Hampir 90% murid tahun satu ingin menjadi doktor. Pakcik aku pernah berkata, dulu masa dia kecik, dia pun nak jadi doktor, tapi apakan daya, bila dah besar kerjanya adalah menoreh getah.

Dua tiga hari ini isu dua orang doktor ditangkap kerana culas ketika bertugas sering terbit didada-dada akbar dan di bicarakan oleh tv, radio dan orang ramai.
Doktor tersebut menurut laporan awal ditangkap kerana membaca surat khabar dan membuat kerja peribadi. Tangkapan dibuat oleh Tim. Menteri wilayah Perseketuan D. Saravanan.

Pada mulanya ramai yang menyokong tindakan D. Saravanan, tapi selepas Pengarah Hospital tersebut membuat kenyataan balas, ramai yang berbelah bahagi. Ceupacs, iaitu persatuan pekerja bagi kakitangan awam juga membantah D. Saravanan, dan hari ini laporan media melaporkan kenyataan rasmi Men. Kesihatan yang turut membantah.

Dalam sebuah negeri, D. Saravanan boleh dianggap sebagai tim. menteri besar. Oleh yang demikian apa sahaja dalam negerinya bolehlah diperiksa dan ditegur. Setelah kekalahan BN pada Mac 08, kelihatan beberapa ahli kabinet cuba menonjolkan diri untuk membantu rakyat. Kes lif rosak di Sentul sebagai contoh. Kes PADI ( Pendatang Asing Dengan Izin ) yang tiada pekerjaan dan tinggal bawah jambatan, yang dikurung beramai-ramai di rumah kedai dan berbagai lagi. Menariknya kebanyakan anggota kabinet yang prihatin ini ialah Tim. Menteri berbangsa India dan berstatus Senator.

Umum mengetahui yang kaum india kebanyakan menolak BN pada PRU lepas. Mereka menyakong PKR dan DAP. Ahli parlimen berbangsa India lebih ramai dipihak pembangkang.
Tapi tindakan D. Saravanan jelas serba tidak kena, beliau berlagak samseng dengan menyerbu masuk bilik rawatan, kemudian memaksa pegawai kanan hospital tersebut turun bertemu dengannya. Tidak cukup dengan itu, belum pun siasatan dibuat, beliau membuat kenyataan media. Mungkin beliau menjadi hero seketika, tapi beliau telah mencemarkan imej hospital kerajaan yang tidak pernah bersih.

Tapi yang lebih parah beliau melukakan hati para doktor kerajaan yang sentiasa berkerja dengan suasana yang tidak kondusif. Pesakit yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan tidak pernah berkurangan, kebanyakan berpendapatan sederhana dan datang dengan sakit yang kronik. doktor -doktor inilah terutamanya Pegawai Prerubatan Siswazah (HO) yang berkerja kadang -kadang sehingga 24 jam.

BN telah pun kehilangan kuasa di Wilayah Perseketuan. Hanya seorang ahli parlimenya menang di kuala lumpur. Kawasan hospital yang D. Saravanan buat hal tersebut turut kalah dan dimenangngi oleh wakil dari PAS. Jelas rakyat telah menolak BN, kini mungkin kaki tangan awam turut menolak mereka. Sikap yang ditunjukkan oleh Tim. Menteri yang hanya berstatus Senator jelas merugikan BN dalam tempoh jangka panjang dan dalam keadaan sekarang.

Malang kementerian Wilayah Perseketuan, sudahlah Tim. Menterinya Senator, Menteri baru pun Senator juga. Hanya wakil rakyat yang bertanding, yang dinilai oleh rakyat yang tahu bagaimana untuk mengambil hati rakyat dan bekerja dengan mereka. Walau bagaimanapun aku suka dengan slogan DS Najib " Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

Selasa, 28 April 2009

SPR akhirnya luluskan logo parti PSM

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akhirnya meluluskan logi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berupa lambang 'genggaman tangan' sebelah kiri.

Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim berkata, pihaknya dimaklumkan oleh SPR mengenai kelulusan itu melalui surat bertarikh 20 April 2009.

psm with wording logoKatanya, penggunaan lambang itu diluluskan dalam mesyuarat SPR pada 15 April lalu.

Dr Nasir yang juga ADUN Kota Damansara, Selangor berkata, PSM PSM mengalu-aluk keputusn SPR itu.

"PSM berpendirian bahawa perjuangannyanya yang berterusan dan berani selama 11 tahun, merupakan inti kepada kejayan parti ini," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

PSM telah mendapat pendaftaran di bawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 pada 19 Ogos tahun lalu, setelah sepuluh tahun berjuang, termasuk membawa kes itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, SPR sebelum ini tidak mahu mendaftar lambang PSM dan antara sebabnya adalah lambang tersebut merupakan simbol kekerasan dan tidak bermoral.

Berikutan iut, PSM telah menghantar memorandum kepada SPR bertarikh 19 Mac lalu, kerana tidak puas hati dengan tindakan SPR itu yang didakwa memberikan alasan yang tidak kukuh untuk mempertikaikan simbol parti itu.


p/s aku bukan ahli PSM. cuma tangan kiri@kidal je

Isunya disini..

Media sokong kerajaan Perpaduan?
Media pro kerajaan akhir -akhir ini memainkan isu kerajaan perpaduan. Kononnya TG Nik Aziz bersetuju dan meminta jawatan menteri untuk PAS. Walhal apa yang dikatakan sebenarnya adalah perbincangan peribadi seorang anak dengan ayahnya. Catatan Nik Abduh telah diambil sebagai sumber penting. Sedangkan umum mengetahui Tg Nik aziz kini berada di tanah suci Mekah.

Media bijak memainkan isu ini, Hj Hadi sebenarnya telahpun menarik balik cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu. Cadangan tersebut ditarik balik kerana faktor ahli PAS yang kurang faham dan DS Najib sebagai PM. Sedangkan cadangan ini tidak pula mendapat tempat ketika mula-mula diutarakan semasa era Tun Abdullah. Walhal pimpinan kanan UMNO, Ku Li telahpun menerima cadangan tersebut.

Media dipercayai memainkan isu ini kerana timbulnya peluang berikutan catatan Nik Abduh dalam blognya, selain dari itu Muktamar PAS juga yang bakal berlangsung. Tujuan utama ialah untuk memecahbelahkan perpaduan PAS. Apa pun itu strategi parti politik pihak lawan,hak parti tersebutlah memporak perandakan lawannya, cumanya PAS perlu berhati-hati.

Reaksi segera yang diberikan berikutan catatan Nik Abduh melambangkan yang ahli PAS begitu sayangkan PAS dan mutiara mereka, Nik Aziz dan Hj Hadi.
Nik Abduh tidak mahu ayahnya difahamkan dengan benda yang salah oleh pembantu ayahnya. Setiausaha politik HJ Hadi, Roslan SMS pula, tidak mahu HJ Hadi dipersalahkan. Akhir-akhir ini kelihatan mereka tercari-cari jalan keluar setelah dilaga-lagakan oleh media. Bak kata HJ Hadi " Pokok PAS tak akan tercabut kerana tunjangnya Islam" insyaAllah..


Ada yang tersepit?

Beberapa blog pro kerajaan mencatatkan tentang pertemuan mereka dengan pemimpin kanan PAS. Tidak pula dimaklumkan siapa orangnya. Tapi ada blog yang terus sebut nama pemimpin tersebut. Beliau ialah salah seorang Naib Presiden PAS.
Menurut blog tersebut, Naib Presiden PAS ini menceritakan tentang banyak perkara. Tentang Anwar, krisis Perak dan pemilihan yang akan datang, kira macam bocor rahsialah..

Benda ni aku malas nak sebut, tapi kali ni aku terpaksa sebut. Pemilihan PAS pada jun nanti adalah yang terakhir sebelum PAS menentang BN pada PRU ke 13 nanti. Kalau ikut logik akal berdasarkan fenomena sekarang, PR boleh mengatasi BN dan seterusnya membentuk kerajaan pusat. Oleh yang demikian ada pimpinan PAS lagaknya macam tersepit, berebut jawatan kerana biasanya orang yang punyai jawatan dalam partilah yang akan dilantik ke kabinet sebagai contoh. Maka tak heranlah jika pemilihan kali ini panas.. Jika ini lah sikap pemimpin tersebut, perwakilan PAS harus mencantas pemimpin tersebut dari terus membuat onar.

Isnin, 27 April 2009

Tuhan itu satu - Allah untuk Semua

Sebelum ini berlaku isu yang paling kecoh, iaitu tentang penggunaan nama Allah oleh selain dari Islam. Semalam penerbitan Herald The Catholic Weekly telah berjaya membawa pendengaran kesnya ke Mahkamah bagi membolehkan mereka menggunakan nama Allah untuk agama Kristian bagi merujuk tuhan. Sebelum ini KDN yang memberi dan mengawal soal berkaitan penerbitan telah menarik kembali kebenaran penggunaan nama Allah untuk digunakan oleh penerbitan gereja.

Banyak tokoh agama bercanggah mengenai isu ini. Kebanyakannya menolak penggunaan nama Allah selain dari Islam. Allah telah digunakan panggilannya oleh orang arab sebelum kelahiran nabi Muhammad lagi.

Semasa aku di tingkatan satu, dalam kelas pendidikan Islam, ada perbincangan mengenai kejadian manusia. Ustazah secara ringkas menceritakan tentang manusia berasal dari nabi Adam. Ustazah menolak teori Darwin tentang evolusi manusia yang berasal dari beruk. Terfikir aku betapa bodohnya Darwin kerana berfikiran begitu, lantas aku mencelah dan berkata, biar orang putih dari keturunan beruk, tapi kita orang Islam dari nabi Adam.

Ustazah menegur dengan berkata, walaupun orang barat gigih mempertahankan idea mereka, tapi kita tetap juga tidak boleh mengatakan sedemikian, manusia tetap dari nabi Allah Adam. Samaada mereka Islam ataupun barat, manusia adalah anak cucu cicit nabi Adam, tegas ustazah.

Semasa aku di tingkatan tiga pula, guru b. Inggeris aku merangkap jurulatih hoki, seorang Singh, berkata didalam kelas Tuhan hanya ada satu, walau banyak agama yang wujud dan dakwaan tentang tuhan setiap agamanya, tapi hakikatnya tuhan adalah satu. Jika tuhan Islam lain, Hindu lain, Singh lain, maka tuhan - tuhan tersebut turut akan bergaduh dan mempamerkan kekuasaan kepada para penganut mereka.

Tak dapat aku bayangkan jika tuhan bergaduh, agaknya macam cerita ultraman. Fire sana- fire sini, mata keluar laser dan sebagainya..
Oleh yang demikian logik akal pertama yang harus diterima adalah tuhan itu satu.

Sebagai seorang Islam, aku meraskan yang apabila orang lain ingin merujuk Allah sebagai tuhan, ianya merupakan satu langkah dakwah. Langkah seterusnya ialah menerangkan siapa itu Allah seperti mana dalam surah al-Ikhlas:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Sesungguhnya Allah kekal.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Begitu jugalah dengan kebenaran kerajaan sebelum ini keatas penerbitan Bible dalam bahasa Melayu. Bagi yang menentang, mereka berkata ini akan menyebabkan ramai orang Melayu murtad. Mereka turut bertanya apakah alasannya untuk penerbitan dalam bahasaMelayu jika bukan untuk menarik belia Melayu terutamanya untuk memasuki agama Kristian.

Bagi yang bersetuju pula berkata ini peluang untuk kita orang Melayu melihat sendiri penyelewangan Kristian terhadap kitab mereka. Ahmad Didad merupakan seorang ulama' yang tersohor kerana berjaya menarik puluh ribu orang memeluk Islam terutam penganut Kristian.
Ramai penganut Kristian yang berjaya didakwah kerana keberjayaan beliau mendedahkan kepincangan Injil yang diselewengkan.

Di Indonesia, penggunaan nama Allah untuk selain Islam lebih meluas, ini kerana Indonesia lebih liberal. Lagu Agnes Monica sebaga contoh. Sebenarnya pendakwah yang berani boleh berhujah cara baik mengenai konsep triniti yang dibawa oleh Kristian, yang tentu jika difahami dengan baik dapat menyedari tentang tuhan yang satu. Tuhan yang tidak beranak dan diperanakan.

Allah Tuhan Yang Satu
Sebenarnya ramai bukan Islam menyedari tentang kewujudan hanya satu tuhan di dunia ini. Ada orang terutama kaum Cina, sanggup menyembah selain patung Budha dan nenek moyang mereka untuk mendapat sesuatu. Contohnya menang nombor ekor. Walaupun matlamatnya jelas salah, tetapi orang ini sudah sampai mempercayai yang tuhan itu sebenarnya satu. Mereka cuba menyembah semua tuhan yang ada bukan kerana percaya adanya banyak tuhan, tetapi tahu salah satu darinya adalah tuhan yang Maha Esa.



Gambar diatas mungkin dianggap menghina Islam, tapi pandangan kiri aku melihat yang kepercayaan wujudnya ada satu tuhan yang Maha Esa telah tersemat pada Cina ni, sehingga dia cuba berdoa untuk kesejahteraan akhiratnya. Siapakah yang salah? Kita yang tidak berdakwah kepadanya, atau dia yang tidak mahu membuka hati? DR Farid Ravi seorang pensyarah dan penceramah pernah berkata, tak terbayang bagaimana azab neraka jika beliau tidak bertemu dengan nikmat Islam.

Sebab itu peranan dakwah itu penting. Dr Maza dan Tg. Nik Aziz yang menyetujui akan isu ini sebenarnya melihat dari sudut dakwah yang terbuka. Jika dulu kita tidak boleh bercakap berkenaan agama lain khuatir di tuduh memecah keharmonian negara berbilang kaum, tapi kini kita bercakap soal tuhan yang satu. Allah yang maha Esa. Tuhan yang menciptakan dunia dan segala carekawala. Apakah kita rugi?

Ditulis tanpa bermaksud merendah-rendahkan pandangan orang lain.
Gambar diambil dari http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/
Mohon maaf jika ada kesilapan. Tolong tegur.

Ahad, 26 April 2009

Catatan di Pentas 152


Malam tadi, selepas solat maghrib, aku bergegas ke seksyen 16 Petaling Jaya.
Bersama isteri dan anak yang sentiasa menyokong dan mengekor, aku memandu laju menggunakan lebuhraya PLUS supaya perjalananku cepat dan lancar. Tujuanya adalah untuk ke satu program amanat untuk pejuang muda dari Sasterawan Negara D. A. Samad Said.

Aku tiba lewat, perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa kira-kira dua puluh minit melangkaui satu jam kerana sesat. Tapi akhirnya, dengan semangat yang sentiasa membara aku tiba di sebuah banglow yang telah menempatkan lain-lain pejuang muda.



Benar, hanya pejuang muda sahaja yang kelihatan. Kecuali atok berjangut putih panjang. Dia terkecuali kerana dia yang akan memberi amanat.. Aku dengar Khairy dan Mukhriz ingin menarik anak muda. Azli si blogawan juga turut ingin menarik anak muda kepada umno. Tapi kini anak muda yang datang bukan pada majlis umno, yang datang dengan inisiatif sendiri, tanpa air dihidangkan, tanpa lampu yang gemerlapan dan dengan nyamuk yang sedia menghisap darah. Bak kata Anwar Sadat, harta terbesar Mesir bukalanlah Piramid, ataupun Terusan Suez, tetapi belianya. Ya belia anak muda yang akan mewarisi negara.
Anak muda patut didedahkan dengan perjuangan, bukan dengan hiburan semata-mata. Tidak cukup dengan realiti tv, konsert disana sini. Dalam pangkalan tentera pun nak goyahkan anak muda.

Majlis ini dianjurkan oleh Anwar Ibrahim Club, sebuah NGO yang bertapak untuk menyokong aspirasi dan perjuangan Anwar, yang mendidik dan melahirkan pemimpin masa depan.
Aku tidak peduli semua itu, hasratku untuk bertemu mata dengan Tok Samad. Seorang yang bertubuh kering, tinggi, berjanggut dan berambut putih dan panjang.

Aku ingin melihat lebih dekat seorang tua yang sanggup menggempur pasukan polis yang berlatih berbulan lamanya di pulapol.. Merempuh untuk mengadap paduka baginda untuk mempersembahkan bantahan rakyat tentang PPSMI. Ya orang tua ni kemudianya turut berkempen di setiap PRK. Yang menanti di Penanti. Beliau dah beri amaran. Menteri pelajaran baru, jangan anggap terkecuali. Tim. Menteri yang sebelum ini turut lantang menentang, sila laksanankan kata-katamu.

Setelah banyak anak muda yang berpuisi,bersajak dan menyanyi, puncaknya Tok Samad bangun dan berucap. Satu-satunya tokoh Asas 50 yang masih hidup. Tokoh yang membakar dirinya untuk memastikan bahasa aku,engkau dan kita terus hidup, hidup secara bermaruah.

Walaupun kita turut bertanggung jawab untuk memastikan bahasa nenek moyang kita ini terus berfungsi dengan sewajarnya, tetapi peranan kerajaan sangat besar pengaruhnya.. kata Tok Samad lagi '' pelik bila bahasa inggeris yang diagung agungkan itu tidak digunakan secara meluas untuk berkempen dalam PRK. Yang digunakan oleh umno ialah bahasa Melayu'' nyata bahasa melayu digunakan sebagai bahasa undi semata-mata.

Tok Samad turut melahirkan rasa bangga denga penampilan anak muda yang bakal mewarisi beliau.. Aku tidak dapat tunggu lama sehingga Tok Samad habiskan ucapanya, aku harus segera pulang kerana anakku dah mula tunjuk tanda tidak selesa, lagi pula aku hadir tanpa makan malam. Tok Samad, aku pegang seruanmu, aku sahut cabaranmu.. Akan ku korek kubur, akanku buka keranda 152, akan ku pastikan ia hidup semula seperti sepatutnya. Sebelum aku balik, aku membeli buku;
1.Keranda 152- BAHASA KITA Air mata dan maruah kita
2.Mencari makan diri Melayu -renungan untuk bangsaku

Khas untuk Isteriku..

Hari itu tanggal dua puluh tujuh april, tahun tikus,
bersamaan dengan 25 Rajab 1404 hijrah,

Lahirnya sorang insan,
yang baik tingkah lakunya,
yang teliti dan cermat perkerjaanya,
yang tinggi ilmu dunia akhiratnya,
yang cukup sifat kejadiannya,
cantik,ayu,manja.

Lahirnya seorang isteri,
yang taat,
yang solehah,
yang merindui,
yang mencintai dengan sepenuh hati,
hanya pada sang suami.

Lahirnya seorang ibu,
yang penyanyang,
yang penyabar,
yang memberi kasih
pada seorang anak lelaki.

Hari ini,
tanggal yang sama tahun tikus,
kalendar masihi,
perempuan itu,
kali kedua sebagai isteri,
kali pertama sebagai ibu,
kali ke dua puluh lima sebagai anak dan adik.
Menyambut ulang tahunnya..
Tanda rezeki dan peluang Allah yang maha Esa..

Pentas 152


Malam ini, kepada kalian yang bergelar anak muda, sila hadir!!
Orang tua berjanggut putih panjang ingin beri nasihat

http://pentas152.blogspot.com/

Sabtu, 25 April 2009

Zahid sahut Rais


Menteri Penerangan yang paling popular ialah semasa era Presiden Saddam Husin di Iraq. Menteri Penerangan Iraq pada masa itu ialah Mohammad Saeed Sahaf. Beliau dengan berbaju penuh tentera Iraq melaporkan dari masa ke masa tentang kedudukan Iraq. Lebih-lebih lagi semasa perang. Kenyataan beliau walaupun ada yang tidak benar atau propaganda tapi adalah kenyataan rasmi. Beliau sebagai Menteri Penerangan bertanggung jawab untuk mempertahan kan kerajaan Iraq dari segi hujah.




Di Malaysia perkara yang sama mula dilakukan. Yang pertama oleh D. Shabery Chik. Beliau yang berang dengan teori harga minyak DS Anwar Ibrahim kemudiannya mencabar Mantan Timbalan Perdana Menteri tersebut berdebat. Cabaran tersebut disahut. Anwar yang telah lama digelapkan oleh media kini kembali ke pentas perdana. D. Shabery Chik dengan prinsipnya yang tertentu tidak mahu memberikan peluang kepada RTM. TV lain mendapat peluang keemasan tersebut. Aku yang tidak mempunyai TV dirumah bergegas selepas solat maghrib ke kedai makan. Siapa menang siapa kalah kalian lebih arif.

Kini Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, DS Dr Rais Yatim mencabar pula bekas Menteri di JPM untuk berdebat. Isunya tentang memburukan Malaysia umunya dan DS Najib khasnya diluar negara. Menurut Rais, rujukan media asing kebanyakanya datang dari penulis 'Saya juga Melayu' ini. Cabaran Rais turut disambut. Aku tak sabar nak tunggu perdebatan ini, Rais bukan sebarangan.. Ikan emas tentu arif..

Jumaat, 24 April 2009

Pemilihan pasca Mac 08,Giliran PAS pula..

PAS bakal menyaksikan Muktamar Tahunan yang ke 55 pada bulan Jun ini. Muktamar kali ini bakal menyaksikan pertandingan jawatan semua peringkat didalam PAS jika ada pencalonan dan orang yang dicalon sedia untuk bertanding. Pemilihan kali ini adalah yang terakhir sebelum PAS bersama pimpinannya nanti menggempur BN pada PRU ke 13 nanti.

Muktamar kali ini bakal menjadi tsunami jika pimpinan PAS ikut berjoget dengan alunan muzik yang dimainkan oleh propaganda BN dan sikap rakus sesetengah pimpinan PAS. Isu utama ialah tentang kerjasama dengan BN yang dicadangkan oleh Presiden PAS. Sebenarnya isu ini telahpun mempunyai ketetapan sendiri, iaitu semasa muktamar tahun lepas yang berlangsung dengan penuh gemilang di Ipoh. Ketetapanya ialah tiada kerjasama dengan BN.

Tiadanya kerjasama dengan BN dipercayai kerana bagi menjaga hati rakan pakatan yang lain dan menghargai serta mengekalkan kepercayaan yang diberi oleh rakyat terbanyak kepada pembangkang pada PRU ke 12 yang lalu.

HJ Hadi selaku Presiden PAS walaupun selepas ketetapan muktamar telah mencadangkan pula kerajaan perpaduan. Ahli melihat Hj Hadi sebagai tidak serik. Sedangkan ahli lah yang gagal untuk faham hasrat murni seorang presiden. Banyak juga pimpinan pas yang dikategorikan sebagai kumpulan Erdogan tidak menyenangi saranan HJ Hadi ini, bukanya tidak faham maksud sebenar kerajaan perpaduan, tetapui wujudnya agenda sendiri.

Selepas kemenagan besar pembangkang pada tahun 99 yang membawa PAS memerintah dua kerajaan negeri serentak dan PAS juga menguasai Parlimen sebagai ketua pembangkang.
Pada masa itu isu yang dimainkan media ialah profesinal lawan ulama'. Antara golongan profesional yang menonjol ialah D. Dr Hasan Ali, Husam Musa, dan lain-lain. Ust Nasarudin Mat Isa yang menjadi setiausaha PAS juga dianggap sebagai profesional kerana turut mempunyai ijazah dalam kujuruteraan kayu UiTM. Bendahari PAS pula Dr Hatta Ramli juga adalah profesional.

Kepimpinan Ulama'
Kepimpinan ulama berasal dari semangat revolusi kerajaan Islam Iran. PAS pada masa itu bertarung untuk memulihkan semula semangat ahli-ahlinya selepas PAS gagal mempertahankan Kelantan. TS Asri Muda presiden PAS disingkirkan. Naik TG. Yusuf Rawa.
Tapi selepas dua puluh tahin, Iran sendiri tidak dipimpin oleh ulama'. Ameddinejad seorang profesional, berjiwa rakyat dan kelihatan berani dipilih menjadi presiden Iran. Mengalahkan ramai ulama' lain. Pemimpin bertubuh kecil dan tidak bertali leher ini popular kerana kesederhanaannya dalam kehidupan, tapi lantang mempertahankan Iran dari musuh. Kini PAS juga kelihatan cuba mencari pemimpin yang boleh diterima oleh semua kaum.

Kepimpinan ulama' sebenarnya adalah mengikut apa yang telah disabdakan oleh nabi s.a.w. iaitu iaitu ulama' adalah pewaris nabi. Secara logiknya, jika ada lagi nabi, maka nabi lah yang akan memerintah, tapi kini yang ada adalah ulama', maka ulama' lah yang memerintah atau memimpin. Tafsiran mengenai ulama' banyak, tapi yang senang dan diterima ialah seorang yang alim (arif) tentang agama Islam.

Presiden PAS & Mursyidul Am
Selepas Yusuf Rawa mengambil alih kepimpinan PAS dari TS Asri Muda, PAS terus dipimpin oleh ulama' iaitu D. Ust Fadhil Nor dan kemudianya DS Hadi Awang. Yusuf Rawa meletakan jawatan atas alasan tua dan sakit. Tapi PAS merasakan masih perlu nasihat dan kepimpinan bekas Duta Malaysia ke Tehran ini, maka jawatan Mursyidul Am diwujudkan. Tidak lama kemudian Yusuf Rawa meletakan jawatan sebagai Mursyidul Am kerana alasan yang sama, maka naiknya D. Nik Aziz ke jawatan tersebut. Perkara yang sama berlaku dalam DAP. Semasa Lim Kit Siang menjadi Setiausaha Agung, Dr Chen Man Hin menjadi penasihat, tapi DAP yang menyedari tentang betapa perlunya pimpinannya sentiasa muda tanpa memingirkan yang berpengalaman maka Lim Kit Siang meletakan jawatan. Karpal Singh sebagai pengerusi, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Kit siang sebagai Penasihat. Dr Chen Man Hin pula menjawat jawatan Penasihat Seumur Hidup.

Ada cadangan dalam PAS agar melantik D. Dr Haron sebagai Mursyidul Am PAS yang baru mengantikan Nik Aziz. Haron Din terkenal dan diterima ramai. Beliau yang kini menjawat jawatan Tim. Mursyidul Am PAS merupakan bekas Profesor di UKM. Haron Din sebelum ini dicalonkan ke jawatan Tim. Presiden menentang Ust. Hasan Sukri. Saat akhir, Haron Din naik ke pentas dan menarik diri bagi mengelakan pertandingan. Sikap beliau yang seperti ini lah yang menjadikan beliau terus relevan. Jika cadangan menaikan pangkat beliau diterima, maka Nik Aziz perlu mengikut formula DAP. Ini bagi mengelakan tangapan Nik Aziz disisihkan dan memberi peluang agar PAS sentiasa mendapat nasihat dari pemimpin veteran tersebut. Untuk pemilihan kali ini aku mencadangkan agar DS Hj Hadi tidak dicabar. Walaupun ada cadangan lain seperti DS Ust Azizan, Hj Hadi setakat ini berjaya memimpin PAS dalam politik dan dakwah. Banyak alasan lain dan tidak dinafikan juga kebolehan pimpinan lain, cuma tidak ingin melihat Parti Islam -Melayu berpecah dan lemah.

Timbalan Presiden dan Naib Presiden
Ust Nasarudin adalah penyandang bagi jawatan tersebut. Pencalonan setakat ini mencalonkan beliau, Hj Mohd Sabu, D. husam Musa, DS ust Azizan dan D. Dr Haron Din. Berita semalam melaporkan yang D. Dr Hasan Ali turut berminat jika ada pencalonan yang mengalakan. Mohd Sabu telah menawarkan diri, manakala Husam Musa pula masih menimbagkannya. Ust Azizan pula bersedia untuk apa sahaja jawatan jika dicalonkan, ini lah yang menyebabkan beliau di asak untuk melawan presiden.



Mohd Sabu
Jelas mendapat sokongan, terbaru dari penulis muda terkenal Faisal Tehrani. Berbagai alasan yang munasabah di beri oleh FT untuk menjustifikasikan sokonganya kepada Mohd Sabu. Keseluruhanya Mohd Sabu dekat dengan rakyat dan sering berdemontrasi. Bagi aku pula, Mohd Sabu cukup bertuah kerana telah mencapai jawatan Naib Presiden PAS.


Husam Musa
Merupakan Exco Kanan Kelantan dan seorang pakar ekonomi. Bekas setiausaha politik Nik Aziz. Boleh berbahasa arab dan biasa memberi kuliah di Medan Ilmu. Calon yang berkarisma dan bijak serta tergolong didalam kumpulan Erdagon. Tapi bagi aku beliau yang baru sahaja menjawat jawatan Naib Presiden perlu mencari lebih pengalaman di jawatan tersebut.


Ust Azizan
Calon yang agak popular. Popular kerana lamanya dalam PAS dan kini menjadi MB di Kedah. Pernah menjawat jawatan Naib Presiden bersama Mustapa Ali. Bagi aku agak sesuai. Tapi lebih baik jaga Kedah dari terlepas. Ingat tahun1999. PAS Menguasai Terenganu, Presiden dari Terengganu ( selepas pemergian Fadhil Nor ) Ketua Ulama' Terengganu, Ketua Muslimat dari Terenganu, dan Naib Presiden juga satunya dari Terenganu. Tapi akhirnya Terengganu terlepas.



Haron Din
Aku yakin sekali lagi beliau akan menarik diri walaupun terus menerima pencalonan. Ini prinsip beliau dan selaras dengan ajaran nabi, memilih pemimpin melalui musyawarah.

Hasan Ali
Pesuhjaya PAS Selangor ini merupakan bekas Naib Presiden. Kepimpinan dan ketokohan beliau tidak diragui, tetapi seperti Ust Azizan beliau juga perlu fokus pada kerajaan negerinya.



Nasarudin Mat Isa
tiada salahnya untuk mengekalkannya, bekas setiausaha agung semasa era Fadhil Nor. Ini menunjukan yang beliau adalah anak didik Fadhil Nor. Beliau mula ditolak kerana kes yang sama dengan HJ Hadi, tiada salahnya beliau kerana taat kepada presiden. Malah tiada salahnya cadangan presiden tersebut. Nasarudin megambarkan penerimaan tokoh pimpinan muda didalam PAS.

Ketua Pemuda
Selama dua generasi berturut-turut pemuda PAS berketuakan ketua dari bukan golongan agamawan. Yb. Mahfuz Omar dan Yb. Salahudin Ayob. Kini agamawan dijangka akan mengambil alih kepimpinan pemuda. Tak mahu komen banyak, tapi kepimpinan sebelum ini boleh dibanggakan. Banyak imej positif diterima. Aku bukan pemuda PAS. Aku tak layak mengundi. Cadangan aku pilihlah pemimpin pemuda yang bukan sahaja boleh memeimpin tapi boleh bekerjasama dengan pemuda dan NGO diluar sana. Boleh meningkatkan imej Islam. Serta boleh berkerja dengan pimpinana baru nanti.

Khamis, 23 April 2009

Fairus Oh Fairus

Fairus telahpun dibersihkan oleh SPRM. Sesuatu yang diluar jangkaan, permainan politik siapakah ini? UMNO atau PKR? Moga Fairus benar-benar bersih. Pembersihan ini juga melambangkan yang pimpinan PKR tidak rasuah. Dan kenyataan awal perletakan jawatan untuk menyambung belajar pasca siswazah adalah benar dan boleh dipercayai. Sebenarnya Fairus dikaitkan dengan isu kuari di P.Pinang. Presiden Amerika ke 16 Abraham Lincoln berkata " Jangan mengkritik mereka, kalau kita berada dalam keadaan serupa kitapun akan lakukan seperti mereka" . Mungkin ini sesuai untuk pengkritik dari PR kerana selalu menghentam BN kononnya rasuah, tetapi bila sudah mendapat kuasa dan memerintah negeri pimpinan sendiri tercalit dengan isu.

Bercakap tentang pembersihan SPRM keatas Fairus, D. Azalina Othman adalah antara individu yang disiasat oleh SPRM. Azalina acap kali meminta agar SPRM memberitahu segera status siasatan terhadap beliau, namun beliau yang kini tidak lagi bergelar menteri masih tidak dapat jawapannya.

Hanya orang yang tidak dibersihkan oleh badan bertanggungjawab seperti SPRM dan Mahkamah sahajalah yang tahu betapa azabnya menanggung beban fitnah terhadap sesuatu tuduhan. Khairy dan DS Ali Rustam, walaupun tidak diambil tindakan oleh UMNO, tetapi tetap dianggap rasuah oleh kebanyakan ahli UMNO apatah lagi pembangkang. Mungkin pembersihan oleh SPRM adalah perlu.

Kadangkala orang yang dibersihkan oleh mahkamah dan SPRM juga turut tidak terlepas dari pandangan serong masyarakat.
Presiden Abraham Lincoln juga berkata " Janganlah mengadili apa yang belum diadili" Ini pula sesuai untuk DS Najib. Beliau telah dituduh dengan perbagai tuduhan, dari hal peribadi hingalah ke salah guna kuasa. Tetapi sehingga sekarang tiada satu pendakwaan pun yang dikenakan. Untuk bersangka baik, bolehlah dianggap yang DS Najib bersih. Tapi siapalah yang dapat menyangkal spekulasi. Nak tak nak, batang tubuh yang dituduh perlu berusaha menunjukan yang ia memang bersih. Seperti kata Hakim British, Penghakiman bukan sahaja perlu adil, tetapi dilihat adil.

Bertemu blogawan - Azli Shukri

Mutaz dan Azli..
Aku dan Azli..
Azli.. banyak ideanya hasil dari disiplin budaya membaca


Masa jalan -jalan di PWTC dalam Pesta buku, aku terlihat susuk tubuh yang macam aku pernah lihat, aku berjalan laju menuju ke parkir, fikiranku ligat memikirkan siapa dia, tanpa berlengah aku terus menegur ' Azli, Assalamualaikum..' sambil menghulurkan tangan, saudara Azli lantas menjawab salam dan terkial-kial memikirkan sekeping tubuh dihadapanya, 'siapa ya?' tanyanya dngan rasa ingin mengingat.

'Penakiri' jawabku ringkas, sebenarnya aku dan Azli tidak pernah ketemu sebelum ini, Azli yang aku kenal ialah seorang blogawan yang hebat. Aku hanya pernah melihat gambarnya didalam blognya. 'Lama tak update blog?' tanyaku pula. ' susah sikit, saya dekat sini' jawab Azli sambil menghulurkan kad namanya. 'Oh..Saudara berkerja disini sekarang' kataku respon dari kad namanya. Jadi tentulah beliau disini sebagai seorang petugas institusi yang diwakilinya.

Kemudianya kami membuat temujanji untuk lepak-lepak, dihari dan waktu dijanjikan kami bertemu dekat Pusrawi. Aku membawa sahabatku Mutaz. Kami bercerita dari soal buku-buku di Pesta buku, bagaimana memilih bacaan, sehinggalah ke soal politik tanah air. Kami berbincang panjang, Saudara Azli ternyata duduk di kelasnya tersendiri. Banyak nasihat dan ilmu yang aku dapat. Saudara Azli kemudianya turut menghadiahkan kami sebuah buku karanganya, Psikosementik. Buku ini ditulis semasa usianya 24 tahun.

Rabu, 22 April 2009

Satu hari di Pesta Buku..

Hari ini, seperti tahun- tahun yang sudah aku akan menjadi salah seorang pengunjung pesta buku. Cumanya sejak tiga tahun kebelakangan ini setelah mempunyai pendapatan sendiri, aku datang sebagai seorang yang menjunjung tinggi budaya membaca, bukan lagi sebagai penambah jumlah pengunjung . Tapi, walaupun aku dulu datang sebagai pengunjung tak berduit, aku akan berusaha menbawa balik hasil contohnya buku percuma dari JAKIM.

Tadi aku datang dengan isteri tercinta, anak yang berusia empat bulan dan sahabat. Kali ini kami datang dengan fokus yang jelas. Aku membeli beberapa buah buku, antaranya
1.Karangan Yusuf Qaradhawi, Manisnya Iman.
2.Fiqh Ibadat Jururawat Islam - Untuk adik yang bakal bergelar Jururawat.
3.Muhammad s.a.w - insan teladan sepanjang zaman
4.Kemilau -peribadi Nik Aziz - Sahabat hadiahkan ( Mutaz)
5.Merdeka rakyat dan keadilan
6.Serikandi -Suriani Abdullah - Bakal aku salin semula dalam blog ni.
7.Keberanian menggapai harapan - kisah Barrack Obama
8. Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia - Sedih baca tentang penyingkiran Singapura.

Isteri aku pula selain majalah, dia turut membeli
1.Memoir seorang isteri pejuang
2. Kaedah penyelidikan.

Banyak lagi buku yang teringin, tapi tidak untuk waktu ini. Duit dan masa menghambat. Tapi kedai yang menjual telah aku ambil alamatnya. Malam ini dua buku telah selamat ditelaah.

Pada kalian yang turut membeli buku selamat membaca.

Anwar Semakin Matang


Ramai orang yang mengenali DS Anwar, sebagai pemimpin, sahabat, musuh dan sebagainya. Terutama sekali ahli politik dan aktivis dalam ABIM. Apabila DS Anwar mula memimpin Pakatan Pembangkang akibat krisis politik 98, DS Anwar terpaksa berdepan dengan pimimpin pembangkang yang mencemuh beliau ketika beliau didalam kerajaan dahulu. Mohd Sabu, Lim Kit Siang dan Karpal Singh antara pimpinan tersebut. Entah apa perasaan beliau bagi menhadapinya tidak pula diketahui. Semua orang tahu bagaimana Mohd. Sabu antaranya menghentam Anwar.

Bagi pimpinan lain dan ahli PAS pula, tindakan beria-ia Anwar ingin merobohkan Kerajaan Kelantan dalam kempen PRU 95 menjadikan beliau turut dibenci. Untungnya sahabat dan guru beliau Allahyarham Dato' Fahil Nor merupakan pesiden PAS pada waktu itu. Fadhil Nor terkenal sebagai seorang yang bersikap terbuka dan mengamalkan politik baru.

DS Anwar dibawa menjadi pemimpin pembangkang, namun kepimpinan Anwar tidak teruji sepenuhnya kerana beliau bertapa di penjara Sg. Buloh. Sebelum sempat DS Anwar habis tempoh pertapaannya beliau telah kehilangan beberapa orang kesayangngannya seperti ibu, abang dan tentu juga Ust Fadhil Nor.

Apabila DS Anwar dibebaskan atas sifat perikemanusian seorang tokoh yang tidak mengenal musuh, Tun Abdullah. DS Anwar selepas dibebaskan berkata beliau sudi memaafkan ( Tun M ) tetapi tidak melupakanya. DS Anwar kemudiannya terus berkerja bagi memantapkan pakatan pembangkang yang lemah dan berpecah. Barisan Alternatif, yang dikenali pada masa itu tempang tanpa ketiadaan DAP. Cabaran lain untuk Anwar ialah apabila hampir semua strategi beliau berjaya, kemenangan dimiliki. Cuma beberapa langkah lagi sebelum ke Putrajaya.

Anwar yang dilihat tidak sabar atas beberapa faktor tertentu melancarkan projek 16 September. Kegagalan projek tersebut disusuli dengan peristiwa rampasan kuasa di Perak. Disinilah kepimpinan Anwar sebagai ketua pembangkang teruji. Beliau disuruh insaf oleh Karpal Singh. Malah tindakan Anwar membawa kepada peungkitan peristiwa kejatuhan kerajaan Sabah dahulu. Anwar dianggap tidak bermoral, biasa bagi orang UMNO untuk beranggapan sebegitu, tapi tidak jika datang dari pimpinan PR apatah lagi Karpal Singh.

Anwar bertindak tenang,tidak membalas dan memaafkan, ini akhirnya mematikan kes tersebut yang hangat dimainkan leh media masa. Malah Anwar membela Karpal apabila diancam Pemuda UMNO di Parlimen tempoh hari.

Kini sekali lagi Anwar menghadapi krisis dengan PR. Umum mengetahui tentang perletakan jawatan Fairus. Fairus terpaksa dan dipaksa meletakan jawatan atas beberapa faktor, antaranya ialah beliau telah disiasat oleh SPRM dengan lajunya, tapi dilambatkan proses pendakwaannya, tindakan ini memberikan tekanan maha dasyat kepada Fairus, siapa pun boleh mengagak yang Fairus akan dipaksa menjadi ADUN bebas jikapun tidak melompat untuk mengelakan proses pendakwaan. Oleh yang demikian PKR terpaksa memaksa beliau meletakan jawatan. Namun silapnya Lim Guan Eng sebagai KM tidak dimaklumkan, lantas rasa terhina dan merajuk. Kepada media di luahkan, krisis cuba dimainkan, Anwar sekali lagi dengan tenang atas sifat kematangannya meminta maaf kepada Lim. Dan krisis ini juga akan tamat, cuma isu baru ialah tentang tunduknya Lim kepada Anwar dalam soal perlantikan TKM I. Secara jujurnya D. Azhar bijak memainkan isu ini atas tujuan politik, tapi secara jujurnya juga menjadi kebiasaan kepada MB tunduk kepada ketuanya iaitu PM ( untuk BN ) dan Anwar sebagai ketua PR.

Apa yang aku maksudkan dengan kematangan Anwar ialah sikap beliau yang sanggup mengaku salah dan memohon maaf.

Isnin, 20 April 2009

Minta Majlis Raja-Raja Melayu buat ketetapan-UM

(gambar)Patrikc Lim 'berlakon' sebagai Sultan



Persatuan Kerabat Diraja Kedah meminta Majlis Raja-Raja membuat satu ketetapan untuk menyeru rakyat supaya kembali kepada budaya asal yang menghormati institusi kesultanan di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, perkara itu perlu dilakukan dengan segera memandangkan semakin banyak pihak yang memandang remeh soal menghormati raja-raja yang menjadi simbol kekuatan negara ini.

"Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sendiri sudah menegur tindakan kumpulan politik yang cuba menghasut rakyat untuk mencemar institusi diraja.

"Oleh itu, Majlis Raja-Raja tidak boleh berdiam diri dan segera bertindak untuk memastikan rakyat negara ini sentiasa memberi sokongan kepada institusi kesultanan negara ini," katanya ketika ditemui di Istana Kuning di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan yang berlaku sekarang amat membimbangkan dan pihaknya khuatir apa yang berlaku di Perak boleh menular ke negeri-negeri lain seperti Kedah.

"Dulu pun kita ada masalah seperti ini, namun keadaan ini lebih teruk sekarang.

"Ini kerana ada pihak tertentu yang seolah-olah mengajar golongan muda supaya jangan menghormati institusi beraja di negara ini," jelasnya.

Kalaulah dengan saranan raja-raja maka Melayu berubah senanglah cerita, Mufti gagal suruh umat jangan merokok dan jangan pergi sembah tugu negara, maka kita minta sekali majlis raja-raja, mungkin boleh. Mungkin raja-raja juga boleh suruh para belia jangan hisap dadah, fuh banyaklah masalah kerajaan akan selesai.

Kalau kita ingin dihormati, kita jangan suruh orang hormat kita, biarlah kita hormat orang dulu, kemudian orang hormat kita. Biarlah ada satu gerakan lain mengajurkan untuk hormat para raja-raja, lebih menarik jika MCA dan MIC kempen junjung kasih kepada raja-raja Melayu.

Seni penulisan surat kian pupus- Kosmo!

Pakar-pakar pendidikan di Britain bimbang seni penulisan surat semakin terpinggir di negara berkenaan.

Mereka berkata, semakin ramai remaja yang tidak tahu menulis pembukaan surat dengan betul, mengeja perkataan sincerely (yang benar) atau menutup surat dengan menulis nama.

Golongan remaja turut melupakan tanda bacaan dalam penulisan kesan daripada populariti e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan gaya penulisan majalah gosip yang semakin menjadi ikutan mereka.

Menurut pakar-pakar pendidikan, masalah tersebut akan membelenggu golongan muda apabila mereka meninggalkan sekolah dan mula mencari pekerjaan.

"Tidak ramai yang menulis alamat, termasuk tarikh, dan menandatangani surat termasuk menulis nama penulis," kata satu laporan pendidikan mengenai perkara itu.

Sementara itu, pemeriksa-pemeriksa ujian di Universiti Oxford dan Cambridge menyatakan bahawa remaja tidak tahu menggunakan tanda koma kerana kerap menggunakan SMS.-kosmo

Inilah juga masalah yang berlaku di Malaysia. Sayang seribu kali sayang perkataan perkataan seperi ayahanda, bonda, nenda, kakanda dan adinda yang menjadi bahasa surat kini tinggal kenangan dan hanya untuk sesi pembelajaran sahaja. Teringat aku tentang cerita berkenaan seorang pakcik emakku. Kalau hendak datang ke rumah datuk saudara aku ni, tak boleh main datang sahaja, tapi mesti menulis surat terlebih dahulu. Nyatakan hasrat secara rasmi, bila dan dengan siapa, kemudian dia akan membalas semula surat tersebut. Barulah boleh datang. Mungkin remeh, tapi usaha untuk mempertahankan budaya, lebih -lebih lagi budaya tinggi seperti ini memang sukar. Yang nyata sekarang ialah pertembungan antara teknologi dan tradisi.


Dakwah Nik Aziz Tunjuk kesan..

(atas)Tun Jeane Abdullah isteri bekas PM ketika melawat Kelantan



(bawah) Siti Nurhaliza dan suami di pejabat Nik Aziz

TG Dato' Pendeta HJ Nik Aziz bin Hj Nikmat merupakan seorang MB yang pertama berserban. Pemakaian serban oleh beliau walaupun bergelar MB Kelantan secara tidak langsung memberi tahu kita yang orang berserban juga boleh menjawat jawatan setinggi MB.

Dahulu, orang yang berserban dianggap sebagai menjurus kepada agama semata-mata. Perkerjaan untuk pemakai serban paling tinggi ialah mufti, tapi bagi sebuah negeri hanya satu mufti dibenarkan. Lain lain ialah imam, bilal dan siak.

Bagi sesetengah keluaran al-Azhar, mereka lebih gemar memakai songkok hitam ( lebih-lebih lagi jika berkerja dengan kerajaan) dan kopiah putih. Untuk berserban bagi mereka merupakan satu beban tanggungjawab dan amanah, ini kerana serban juga adalah satu sunnah nabi s.a.w. Jika berserban perangai buruk, maka tentulah membawa kesan tidak baik kepada serban itu sendiri.

Namun TG Nik Aziz tetap berserban, memang serban adalah sunnah, dan bila memakainya maka sipemakai perlu menjaga tingkah laku. Seboleh-bolehnya tingkah laku seperti nabi s.a.w.
Tg Nik Aziz juga turut memakai jubah putih dan berjanggut, itu apa yang dapat dilihat secara fizikal (mungkin ada lagi tapi aku tak perasan). Lain-lain sunnah yang Tg Nik Aziz buat adalah seperti sembahyang tahajud (aku tak nampak), berdakwah,memimpin dan paling besar (kalau orang anggap sunnah) ialah menjadi pemerintah.

Tg Nik Aziz tidak perlu diperkenalkan oleh sesiapa jua, siapa sahaja baik anak kecil mahupun penyanyi dangdut mengenali personaliti Tg Nik Aziz. Kenalnya orang akan personaliti Tg Nik Aziz menyebabkan orang menjadi segan bila bertemu dengannya. Ada yang memaki hamun Tg Nik Aziz didepan Tv kerana perbezaan politik, tapi menjadi sangat baik bila bertemu dengannya.

Yang menariknya, ada yang tidak bertudung hatta ketika masuk ke masjid sekalipun, tapi bila pergi ke Kelantan serta-merta teringat tudung.





(atas) Exco Selangor Elizabeth Wong ketika melakukan lawatan rasmi untuk berjumpa Nik Aziz



(bawah) Maya karin ketika berkunjung ke Kelantan kerana festival filem
Banyak lagi perkara yang menunjukan kesan kejayaan TG Nik Aziz. Teringat aku kenyataan Allahyaham Megat Junib Megat Ayob
" Kalau jururawat datang nak beri suntikan dengan memakai baju kurung, tentulah kita tidak benarkan dan tidak merasa yakin, begitulah apabila ulama yang memakai kot dan bertali leher memberi nasihat agama, kurang menyakinkan ( merujuk kepada menteri agama ketika itu Dr Hamid Othman)." begitulah lebih kurang apa yang dicakapkan.

Lawan tetap lawan - Tun M


19.04.09 - malaysiakini
Tun M meminta agar BN tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon dalam PRKl DUN Penanti PP.

"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.

"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan".

Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.

20.04.09 - Malaysiainsider
Tun Dr Mahathir Mohamad is prepared to lead Barisan Nasional’s (BN) machinery for the Penanti by-election as his supporters continue to pile pressure on Umno president Datuk Seri Najib Razak to abandon his idea of skipping the expected vote in Penang.

The former prime minister believes he can defeat PKR in the stronghold of his arch-enemy Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penanti lies within Anwar’s Permatang Pauh parliamentary constituency.

Tun M bersedia untuk memimpin jentera BN untuk PRK Penanti. Beliau juga menggesa agar DS Najib melupakan hasrat untuk tidak bertanding.

Beliau yakin akan dapat menentang DS Anwar yang juga merupakan AP Permatang Pauh.

Bravo Tun M... tapi bagi aku ia tetap satu pembaziran. Dendam Tun M pada DS Anwar masih membara. Penglibatan Tun M hanya mempercepatkan kejatuhan UMNO.


Sultan titah jimat, Mahkamah perintah bayar.


Hari ini dalam titah ucapan sempena merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan harian serta berbelanja mengikut kemampuan ketika harga barangan naik mendadak ekoran kesan kemelesetan ekonomi global masa kini.

Hari ini juga Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Ahad, 19 April 2009

Kerajaan Perpaduan


Kerajaan Perpaduan merupakan satu istilah yang telah membuatkan kedudukan DSTGHA tergugat sebagai Presiden PAS. Banyak pihak melihat Hj Hadi sebagai tidak serik selepas berlakunya ombak kecil dalam PAS berkaitan Muzakarah.

Harakah keluaran esok melaporkan temubual eksklusif Hj Hadi, dan isunya ialah tentang istilah sains politik, kerajaan perpaduan.Dalam temubual tersebut, Hj Hadi menarik balik saranan beliau agar kerajaan perpaduan ditubuhkan. Tindakan ini tidak ada kena mengena dengan cabaran yang beliau hadapi untuk jawatan presiden parti, apabila PAS kawasan Bukit Bintang mencalonkan TGNA bagi menentang beliau.

Hj Hadi menarik semula cadangan tersebut setelah melihat banyak ahli dan pimpinan PAS sendiri gagal untuk memahami istilah sains politik tersebut. Ini mungkin kerana mereka tidak berusaha melihat kebaikan cadangan dari seorang ulama' merangkap ahli politik kanan. Mereka mungkin melihat yang Hj Hadi sebagai seorang yang berjiwa Melayu, dan cadangan tersebut sebagai usaha menyelamatkan pengaruh politik Melayu. Bagi mereka, Hj Hadi tidak belajar dari sejarah bagaimana PAS membantu penubuhan BN era Tun Razak dahulu.

Bila wartawan bertanya, contoh kerajaan perpaduan yang diamalkan di lain-lain negara, Hj Hadi lantas menjawab Indonesia. Y a Indonesia, Presiden dari Demokrat, naib Presiden dari Golkar,
Speaker dewan perwakilan dari PKS, menteri kabinet dari perbagai parti dan yang menariknya, semasa PEMILU, semua parti bertanding menentang sesama sendiri.

Apakah itu kerajaan perpaduan?
Secara umumnya kerajaan perpaduan (unity gov) bermaksud kerajaan tanpa pembangkang. Ia lebih hebat dari gagasan Tun Razak dulu, walaupun tun Razak berjaya membawa masuk PAS, Gerakan dan PPP, tapi DAP masih diluar, tapi idea Hj Hadi ialah membawa semua parti, termasuk SAPP, DAP, PKR UMNO dan segala parti yang mempunyai perwakilan dalam dewan bersama dalam sebuah kerajaan tanpa meninggalkan peranan pembangkang. Apabila semua parti merupakan parti kerajaan, tentulah sebagai kerajaan mereka akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang meruncing dan lain-lain masalah rakyat. PAS sebagai kerajaan di dalam kerajaan perpaduan tentulah akan berusaha membersihkan SPR, SPRM dan segala macam penyelewangan, takkan UMNO yang juga kerajaan ingin membantah tindakan kerajaan? Pada masa itu semua pihak (ahli parlimen yang tidak menganggotai kabinet) juga memainkan peranan sebagai pembangkang. Contohnya Dr Hatta sebagai menteri KDNHEP, harga ayam naik, Bung Mokhtar dari UMNO akan membangkang dan mengkritik kabinet kerajaan perpaduan itu.

Kerajaan perpaduan akan berkerja dengan sepenuh hati untuk membodek rakyat, ini kerana pada PRU akan datang, mereka akan dinilai oleh rakyat. Jika UMNO atau PAS menang besar, maka kerajaan perpaduan tidak perlu kerana kerajaan pada masa itu akan dibentuk oleh parti yang kuat dan berpengaruh.
Dalam keadaan politik dan ekonomi sekarang, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan adalah satu idea yang harus di perhalusi dengan sewajarnya.

Mengapa sekarang?
Ada yang berkata Hj Hadi mengundur ke belakang kerana menghulurkan tangan kepada UMNO yang sedang nazak. Benarkah demikian? Adakah Abu Sufian akan berunding dengan Nabi s.a.w jika nabi masih terkial-kial seperti semasa di Habshah atau Taif? Tentu sekali tidak, tapi setelah nabi mempunyai kekuatan, dan kekuatan itu tidak dapat dibendung. Apakah nabi kerugian dengan bermulanya sesi rundingan? Ya kata para saabat yang kurang arif. Tetapi kemudianya peristiwa pembukaan kota Makkah menjadikan kemenangan berganda untuk nabi dan umat Islam. Oleh yang demikian, dengan kuasa dan pengaruh yang ada sekaranglah maka PAS mempunyai kekuatan dan keberanian menghulurkan tangan.

Pro dan Kontra
Pronya tentulah dengan mengangotai kerajaan,maka PR yang juga mempunyai perwakilan yang ramai berkuasa untuk membersihkan agensi penting kerajaan seperti SPR. Pembersihan SPR penting kerana badan tersebut bakal menentukan jumlah perwakilan PAS pada masa akan datang. Jumlah perwakilan akan menentukan pula peranan PAS.
Kontranya ialah tidak dapat tidak agenda Melayu terzahir dalam perpaduan ini. Tindakan yang akan mengurangkan jumlah undi kaum lain kepadaPAS. Bukan senang untuk PAS dan Pakatan menyakinkan rakyat bahawa mereka mampu untuk membentuk sebuah pakatan yang kuat untuk menjadi alternatif kepada barisan pemerintah sekarang. Menyertai kerajaan perpaduan mampu membunuh kenyakinan rakyat yang pro PR dan atas pagar yang sebenarnya kenyakinan tersebut hanya setebal kulit bawang sahaja.

Membentuk kerajaan perpaduan juga memberi peluang kepada UMNO dan BN untuk bangkit semula. Maka banyak pihak terutama pro DS Anwar lebih melihat untuk membentuk sistem dua parti. Bersaing bersunguh- sungguh dalam setiap perkara demi kepentingan rakyat. Jika ianya benar-benar terjadi, rakyat memang untung, bila PR bagi air percuma, BN bagi elektrik percuma, PR bagi seribu ringgit sebagai permulaan masuk universiti, BN bagi pendidikan percuma sehingga pringkat tertinggi(contoh). Maka untung besarlah rakyat, bahagia benarlah rasanya.

Tetapi ini tidak juga berlaku, kerana pendekatan BN menganaktirikan PR. Pembentukan JKKP satu contoh jelas. Maka DS Anwar melancarkan serangan bertubi -tubi kepada BN. Mengkritik setiap dasr BN, menghilangkan rasa percaya kepada kerajaan BN dan membuat dasar baru untuk semua rakyat (tentunya pasaran undi yang lebih besar) seperti AEB, ketuanan rakyat (ketuanan Melayu- Melayu kurang 60%) dan keadilan untuk semua. Setakat ini nampak gayanya strategi DS Anwar berjalan lancar, PRK PR menang, maka sebab itulah DS Anwar tidak mengatakan ia ataupun tidak kepada kerajaan perpaduan. Rumusannya disini, cadangan Hj Hadi menampakan keikhlasan (biasalah ulama') manakala tindakan DS anwar mengesahkan beliau adalah seorang strategis. Cuma yang malangnya ialah Hj Hadi ditentang kerana gagalnya ahli untuk memahami buah fikiranya.

Sabtu, 18 April 2009

Daulat Tuanku!!



Hari ini 19 April, seperti mana tahun- tahun yang lepas sejak 1984, DYMM Sultan Azlan
Shah akan menyambut ulang tahun keputeraan baginda. Tahun ini kali yang ke 81. Ulang tahun keputeraan kali ini tentu sekali penuh makna, kerana tahun ini, baginda turut menyambut ulang tahun pemerintahan baginda buat kali yang ke 25. Merupakan seorang sultan yang berpengaruh, Sultan Azlan seperti yang di banggakan oleh seluruh rakyat Perak juga merupakan bekas ketua hakim negara.

Baginda dan keluarganya bagaikan mempunyai dunianya yang tersendiri. Sebagai seorang sultan yang kanan dalam raja-raja Melayu, Anakanda baginda DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pula dikenali sebagai seorang anak raja yang mempunyai PhD dari Harvard dan mempunyai personaliti yang menarik.

Sejak dari dulu lagi, Baginda berdua tidak terlibat dengan sebarang kontroversi dan dilihat juga sebagai cuba mengelak dari kontroversi. Sebagai contoh, Raja Nazrin pernah menjadi Presiden Persatuan bola Sepak Perak dan Presiden Persatuan Hoki Malaysia. disebabkan tidak mahu mencapuri politik sukan atau mahu fokus kepada perkara lain, baginda Raja Nazrin meletakan jawatan tersebut tanpa diminta atau dicabar mana-mana pihak. Sedangkan umum sedia maklum yang Ayahanda baginda, Sultan Azlan merupakan bekas pemain dan presiden hoki Malaysia. Minggu lepas, di Ipoh, India baru sahaja memenangi acara tetap kalendar hoki antarabangsa Piala Sultan Azlzn Shah.

Penumpuan Raja Dr Nazrin sebagai raja yang dilihat sebagai bijaksana, kerap diundang kemajlis-majlis penting diseluruh negara untuk memberi ucap tama. Aku sendiri pernah menghadiri satu majlis di Dewan SUK, Ipoh anjuran Persatuan Penulis Perak. Kata-kata yang lahir dari mulut baginda cermat dan penuh maksud. Sebagai contoh ucapan sempena keputeraan ayahandanya.

"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.

"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita,"

Kenyataan dipercayai merujuk kepada krisis politik Perak yang turut membabitkan baginda berdua.

Anakanda lain Sultan Azlan Shah antaranya ialah Raja Azureen dan Raja Eleena. Raja Azureen merupakan Chansellor universiti sains kesihatan terbesar Malaysia, Masterskill. Rakyat Perak tentu beruntung, kerana Masterskill difahamkan akan membuat pelaburan besar di Perak dengan membuka cawangan kampusnya.


Manakala Raja Eleena pula baru dinobatkan sebagai wanita kedua paling kaya di Malaysia melalui pegangan saham yang besar dalam Gaamuda.
Anakanda baginda yang lain ialah putera keduanya Raja Ashman Shah dan Puteri bongsu Raja Yong Sofia.

Saya Sedia di Cabar-HJ Hadi


DS Hj Hadi berkata beliau sedia dicabar pada pemilihan akan datang jika ada yang berhasrat. Beliau juga menegaskan akan kekal berjuang dalam PAS jika kalah dalam pemilihan. Proses pertandingan dalam pemilihan parti adalah proses positif demokrasi. Cuma demokrasi itu betul-betul bebas, terpimpin atau demokrasi yang menurut lunas-lunas Islam. Secara peribadi, DS Hj Hadi perlu terus diberi peluang. Beliau berjaya memimpin PRU yang cemerlang, selain daripada kemenangan dua PRK baru-baru ini. Idea tentang muzakarah dan kerajaan perpaduan adalah satu tindakan untuk berdamai seperti yang dianjurkan Nabi S.A.W. Tapi tidak bermakna tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan menentang sunah Nabi. Perbezaan pendapat dalam Islam adalah rahmat dan dibolehkan.

Pemilihan dalam PAS pada kali ini menarik perhatian kerana banyak tokoh-tokoh popular yang dicalonkan. Populariti kebanyakan datang dari jawatan yang dipegang dalam kerajaan. Satu fenomena yang menyerupai UMNO. Dulu kita tidak mengenal DS Nizar sebagai contoh, tapi selepas Mac 08 dan akhir-akhir ini populariti beliau hampir menyamai DS Anwar.

Dulu populariti datang dari kerapnya dan sedapnya(juga bernas) seseorang pemimpin PAS berceramah dan terlibat dalam aktiviviti demo. Dengan lima kerajaan, banyak pemimpin PAS memegang jawatan penting seperti MB dan Exco. Sudah tentulah para MB dan Exco lebih mudah mendapat liputan media. dan seterusnya 'ter' populor. Didalam UMNO orang akan merebut jawatan dalam parti bagi memperoleh jawatan ataupun projek. Apakah perkara sebegini akan menjangkiti PR? Jangan biarkan.

Langkah yang terbaik ialah muzakarah sesama calon. Elakan pertandingan, kerana mirip kepada perpecahan. Biarkan kawasan mencalonkan pemimpin yang mereka percaya boleh memimpin dan berkerja (kerana itu hak mereka dan satu proses demokrasi). Selesai pencalonan, calon yang dicalonkan untuk sesuatu jawatan, nilailah diri sendiri, jika tidak layak memegang amanah, tarik diri. Jika rasa berkelayakan, berbincang dengan calon lain. Pilihlah yang terbaik. Aku puji D.Dr Haron Din yang tarik diri pada saat-saat akhir untuk elak pertandingan. Satu cadangan lain ialah meniru sistem PKS di Indonesia. Pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan melepaskan jawatan dalam parti. Parti terus kukuh kerana mempunyai pemimpin yang berkerja sepenuhnya untuk parti. Ingat parti juga adalah penting. Orang PAS boleh hilang kerajaan di Terengganu dan Perak (mungkin juga Kedah, Selangor dan lain-lain) Tapi tidak kehilangan PAS sebagai wadah perjuangan.
Jangan biarkan unsur perpecahan meresapi parti anda. Apapun aku yakin dengan kebijaksanaan para ulama' dan pemimpin PAS. Selamat bermusyuarat kepada semua PAS Kawasan.

Rakyat tidak tolak BN- DS Najib

Pada perkiraan DS Najib, kekalahan demi kekalahan yang dialami BN tidak bermaksud penolakan rakyat kepada BN, tapi sebaliknya kepada pemimpin BN yang tidak mendekati rakyat.-BHarian

Inilah satu sikap hipokrit yang akan menyebabkan tiada ruang untuk insaf oleh BN. Mengaku sahajalah. Lagi pula jika pemimpin itu kerap mendekati rakyat, tapi melakukan jenayah dan mengumpulkan kekayaan untuk diri dan keluarga sendiri apakah dibenarkan?

Siapa yang tidak kenal TS Muhammad2 Taib? Aku biasa jumpa beliau di Masjid Kelana Jaya. Tapi kes di Australia dan pemilikan banglow yang tidak setimpal dengan gaji semasa menjawat jawatan MB dulu harus dilupakan begitu saja kah DS? Banyak lagi pemimpin BN yang korup selain dari dasar BN yang tidak digemari rakyat. Tanya sama D. A Samad Said,pemimpin BN tidak mendekati beliau atau dasar BN itu celaka?

Tidak bertanding dapat sambutan..

Kempen agar BN tidak bertanding pada PRK DUN Penanti nampaknya mendapat sambutan hangat. Kenyataan DS Najib disokong oleh TS Koh dan DS Shahrizat. Hanya DS Samy,DS Nazri Aziz dan UMNO P.P sahaja yang tidak sependapat. Kalau tak silap, tidak pernah ada dalam sejarah BN tidak bertanding dalam satu-satu pilihanraya. Walau bagaimanapun tindakan tidak meletakkan calon dalam PRK Penanti tidak mengalang wujudnya PRK. Ini kerana sahih yang calon bebas atau sekurang-kurangnya AKIM akan meletakan calon. Tapi PRK tanpa BN tentu sekali tidak meriah, dan penduduk sekitar tidak mendapat laba yang sepatutnya. Tindakan BN yang tidak mahu bertanding dengan alasan pembaziran (akupun bersetuju)akan setidak -tidaknya meningkatkan imej BN. Tindakan yang sama pernah dilakukan aloh PAS dan pakatan pembangkang bila kalah berterusan dalam setiap PRK selepas 04 lalu. Pakatan pembangkang memboikot PRK Batu Talam dengan alasan PRK tidak bebas, tindakan ini dilakukan selepas beberapa kali kalah dan terakhir dalam PRK Pengkanlan Pasir. Tapi menyertainya semula di PRK Machap dan Ijok kerana menyangka mempunyai peluang cerah. Tapi akhirnya BN memenangi kedua-dua PRK tersebut. Pendek kata memboikot dan menyertai PRK sama ada oleh PR atau BN bukan kerana prinsip. Tapi peluang. Disebabkan 'Ombak' pada masa ini masih dimiliki PR, maka lebih baik BN tidak bertanding. Seribu alasan boleh diberikan dan tidak pula boleh didakwa sebaga pihak yang kalah..

Jumaat, 17 April 2009

BN, Jangan betanding..

BN jangan bertanding padaPRK kali ini, ini bagi menyahut kenyataan PM DS Najib iaitu terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit untuk satu-satu PRK. BN tolong DS Najib untuk selesaikan masalah ekonomi dan terangkan apa itu 1Malaysia. Biarkan PKR menang tanpa bertanding. Jika ada calon bebas biarkan, selaku kerajaan pusat yang tidak bertanding buat -buat dono saja. Jadi tiadalah curahan projek, pihak polis pula jangan berkampung disana. Bila tiada keterlibatan dari BN, maka keadaan akan lebih selamat.
Bila BN tidak bertanding, kali ini BN boleh datang bawak penyokong beramai - ramai pada hari mengundi, makcik, puteri dan mat rempit yang ingin belajar amalan demokrasi Malaysia ( alasan yang selalu digunakan bila ditangkap skuad cegah hantu PR ) kali ini AMK yang ganas serta pemuda berkopiah yang kalut tidak akan mengganggu para penumpang persiaran dan pakcik -pakcik bercurut yang naik bas sekolah. Ini kerana BN tidak bertanding.
Rakyat akan puji DS Najib melambong - lambong, sampaikan sistem anti peluru berpandu Singapura aktif kerana jangkakan RazakSat dilancarkan dari Melaka. Rakyat akan jelik dengan PR kerana suka bazirkan wang rakyat, wakil suka -suka letak jawatan. Oleh itu BN apa lagi jangan bertanding, kerugian itu subjektif...

Najib Pening Kepala..


















Ada tiga berita yang melibatkan DS Najib hari ini.

1. Perletakan jawatan Fairus satu permainan politik. - Mstar

2. Kerajaan mahu penyelesaiaan komprehensif isu tol. - Mstar

3. PM elak ulas ' Bangkitlah Melayu' - Malaysiakini





Phobia PRK

DS Najib mula memperlihatkan phobia prk bila mengatakan ' Ini bukan soal peluang tetapi saya bercakap mengenai soal prinsip kerana berdasarkan perlembagaan, anggota Parlimen atau pun DUN perlu meneruskan khidmatnya sehinggalah ada sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak boleh berbuat demikian.

"Tapi meletakkan jawatan jelas bertentangan dengan konsep demokrasi berpelembagaan kerana apabila seseorang itu menawarkan diri untuk berkhidmat dalam satu tempoh tertentu, beliau harus bersedia berkhidmat kepada rakyat,"

Yang menariknya DS Najib tidak pula mengatakan demikian bila DS Wan Azizah dan Arumugam meletakan jawatan. Bagaimana pula dengan prinsip Arumugam yang merasakan beliau sudah terpalit degan isu moral dan harus meletakan jawatannya? Menurut DS Najib lagi, terlalu banyak politiking yang berlaku sedangkan penumpuan sepatutnya kepada persoalan ekonomi yang melanda dunia dan negara. Tapi bagaimana pula dengan soal politik ADUN BN di Terengganu DS?

TOL

DS Najib dalam majlis yang sama di Klang, meminta EPU supaya mengkaji permasalahan berkaitan TOL kerana jelas membebankan rakyat. Samaada ikhlas atau tidak aku sangat berharap perkara ini menjadi realiti. Bayangkan aku mengabiskan duit untuk tol sehari sahaja paling kurang RM 8.40 untuk perjalanan pergi balik ke tempat kerja. Tapi seperti yang aku tulis dalam posting sebelum ini dalam mengupas tentang kabinet DS Najib, mengapa menteri yang banyak membuat reformasi tentang TOL tidak dilantik semula? Adakah isu tol ini timbul seiring denga PRK Penanti? Wallahualam..

Melayu - Modal Lama

Apabila Penerusi Gerakan P.P mengatakan yang PRK Penanti diadakan sebagai satu strategi PKR untuk mengekalkan momentum kemenangan pakatan rakyat, dan kemudian disusuli dengan kenyataan DS Khir toyo agar pemuda memperjuangkan MeCD, dan kelmarin Utusan memaparkan tajuk depannya degan Bangkitlah Melayu(sebelum itu MeCD), aku terfikir adakah ini juga satu strategi UMNO? UMNO megetahui yang parti mereka jelas ketinggalan dalam soal memperjuangkan hak rakyat terbanyak, soal agama jauh sekali. Satu - satunya persoalan yang boleh dimainkan ialah perkauman. Maka MeCD sengaja digugurkan agar pemuda dan lain-lain persatuan Melayu bangkit mempertahankanya, sambil itu DS Najib cuba menjadi hero dengan bercakap tentang 1Malaysia. Strategi dua dalam satu. Bangkitkan semangat Melayu dan bina imej positif DS Najib pada bukan Melayu. Satu langkah politik yang cerdik tetapi tidak bermanfaat untuk Bangsa Malaysia.



Khamis, 16 April 2009

PRK Oh PRK


PRK Penanti yang bakal diadakan nanti merupakan PRK yang ke enam selepas Mac 08. Sebagai seorang pembayar cukai, aku amat tidak bersetuju dengan PRK yang dibuat hasil daripada perletakan jawatan. Untuk tiga PRK yang lalu, SPR telah menghabiskan lebih kurang RM 1.5 juta. Belum lagi dikira dari agensi lain seperti PDRM. Walau bagaimanapun, PRK ini terpaksa dilakukan kerana ianya bersabit kesalahan moral dan jenayah. Fairus telah disasat berhubung kes salah guna kuasa berkaitan kuari di Pulau Pinang. Rakyat Penanti berhak mendapat seorang wakil yang bersih dan berkaliber. Pengerusi Gerakan P.P dalam kenyataannya merujuk perletakanMohd Fairus sebagai PRK yang dirancang. Ini kerana katanya PKR ingin mengekalkan momentum kemenangan yang diperolehinya.
Kemenangan berterusan membolehkan PKR terus popular dan mengambarkan kelemahan BN.
Penanti adalah kubu kuat PKR sejak 1999.
Kenyataan pemimpin BN ini jelas menunjukan phobia prk telah mula menusuk BN.
Kekalahan - demi kekalahan yang dihadapi oleh BN tidak pernah berlaku sebelum ini.

PRK dihakimi oleh rakyat. Rakyat yang banyak tidak mampu disuap oleh sesiapa jua. Projek mee segera dan tunai hanya merugikan para pengamalnya. Nanti di Penanti, rakyat boleh melihat barisan baru kabinet berkerja. Bagaimana DS. Shafie Apdal selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar berfungsi, bagaimana projek dicurahkan. Siapakah rakyat termiskin yang dilupai kerajaan selama ini, siapakah yang tiada rumah? Berapa mesin jahit yang akan difaraidkan. Menteri kerjaraya D. Shaziman juga boleh mentarkan seluruh jalan di Penanti. Manakala Menteri Pertanian mungkin boleh mengenal pasti tapak pertanian baru, tapi jangan lupa untuk mintak pandangan kementerian teknologi hijau. Bagi Menteri Pelancongan, tidak terlambat untuk memasukkan Penanti sebagai tempat menarik untuk dilawati. Banyak pelancong di P.P boleh dibawa kesana.

Paling menarik, rakyat Penanti baru sahaja mengundi untuk memilih ahli parlimen dalam PRK paling hebat, Permatang Pauh. Dulu, banyak juga janji dan projek yang dicurahkan, kali ini rakyat perlu menghukum jika janji tidak tertunai, PA Sistem masjid tidak diperbaharui, jalan masih berlubang dan sebagainya. Untuk rakyat Penanti, anda memang bertuah kerana mendapat dua PRK kurang dari setahun. Apapun selamat mengundi!!

Berita Gempar..


Petang ini sahaja ada tiga berita penting mengenai politik tanah air... Ketiga tiga membabitkan persoalan DUN.

1. Mahkamah putuskan MB dan enam exco boleh hadiri siang DUN.
2. Fairuz letak jawatan sebagai ADUN.
3. Pembantu Menteri Sabah tidak perlu letak jawatan ADUN.

Semalam berita tentang kenaikan pangkat para hakim, hari ini Mahkamah Perseketuan memutuskan yang Speaker DUN Perak tidak mempunyai kuasa menggantung MB dan enam exconya. Perintah Speaker dianggap tidak sah dan terbatal. MB Perak D. Dr Zamry dalam kenyataannya akan memanggil sidang DUN dalam masa terdekat. Sebelum ini Speaker Dewan Rakyat turut menggantung YB Gobinb. Tak tahulah kuasa apa yang digunakan oleh TS Pandikar Amin Mulia. Keputusan Mahkamah ini merupakan pencerobohan keatas dewan (legislatif). Merujuk kepada tulisan sdr Hanipa Maidin dalam Harakah, ada tiga kes seumpama dengan ini tetapi mahkamah bertindak untuk tidak campur tangan kerana menghormati dotrin pemisahan kuasa antara badan kehakiman, pengubal undang2 dan pemerintah.

Adun Penanti, Mohd Fairuz meletakan jawatan sebagai ADUN. Ianya diumumkan oleh seketeriat penerangan Keadilan PP. Sahih kah berita ini? Sebagai jalan selamat aku menunggu kenyataan rasmi dari SPR. Jangan jadi seperti di Perak sudahlah.. Sekiranya berita ini sahih, ia akan jadi kerja sukar untuk memilih calon. Ini kerana calon yang menang mungkin bakal dilantik ke jawatan TKM I.

KM Sabah berkata ADUN Usukan, D. Japlin Akim tidak perlu meletak jawatan Adun dan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kerana belum dibuktikan bersalah. Beliau sebelum ini ditahan oleh SPRM Putrajaya kerana politik wang. Beliau yang juga dikenali sebagai orang kuat Khairy merupakan ketua pemuda UMNO Sabah. Sabah juga menyaksikan bekas AP Labuan didakwa atas tuduhan menipu. Beliau yang tidak dicalonkan pada penggal lepas kehilangan isteri kesayangan kerana komplikasi pembedahan kosmetik.

Beberapa blogawan menjangkakan PRK akan turut berlaku di Melaka dan Sabah selain Penanti.
Seperti yang aku tulis sebelum ini, PRK akan berlaku jika ada YB UMNO yang merasa tertindas dengan tim DS Najib. Mereka akan meletakan jawatan dan memberikan peluang untuk UMNO dimalukan.

Rabu, 15 April 2009

Survival Dua Kuasa Penentu..

Dalam politik baru yang melepasi sempadan agama,perkauman serta taraf hidup di Malaysia, ada dua kuasa penentu. UMNO dan PKR. PAS punyai peranan penting juga, tapi aku lebih melihat UMNO mewakili pemerintah dan PKR mewakili pembangkang. UMNO kerana pari ini lah yang menjadi tunggak Barisan Nasional. Parti ini lah yang bertanding paling banyak kerusi parlimen, paling banyak menjadi menteri dan memegang tampuk Perdana Menteri turun -temurun. PKR pula aspirasi anak muda semua kaum yang cerdik maklumat. Wujudnya PKR melanggar habis UMNO, MCA, MIC dan parti suku etnik di Sabah dan Sarawak. Pimpinan Melayu Islam boleh menjadi pemimpin kepada semua kaum dalm PKR. Pemimpin bukan Islam jarang cakap belakang dalam PKR. Masih lagi goyah, tapi sudah cukup menggegar dan mampu memimpin Pakatan Rakyat.

UMNO pula, walaupun sudah lebih lima puluh tahun memerintah, tapi masih gagal membawa perpaduan perkauman di Malaysia ke satu tahap yang benar -benar membanggakan, perhatikan tidak ada satu penggal pun pemerintahan dibawah pimpinan UMNO, masalah perkauman tidak dimainkan. Sebenarnya masalah perkauman dimainkan untuk mengekalkan kuasa. Jika tidak UMNO sendiri, maka MCA ataupun GERAKAN akan membangkitkan persoalan ketuanan Melayu dan negara Islam.

Berbalik kepada tajuk diatas, UMNO dan PKR kini sedang bertarung untuk memastikan mereka sentiasa relevan dalam memimpin kumpulan masing -masing. Hari ini PKR mengumumkan untuk menawarkan jawatan ADUN dan EXCO kepada Elizabeth Wong. Pelawaan ini kemudiannya disambut oleh Elizabeth. PKR masih ada isu lain iaitu kekosongan jawatan TKM I P.Pinang. Jawatan ini mewakili orang Melayu, oleh itu tidak boleh dibiarkan berlarutan lama. Kekosongan lebih lama jawatan ini akan menimbulkan perbagai spekulasi. Cukuplah dengan cuti panjang Elizabeth. Walau bagaimanapun, PKR telah berjaya menyelesaikan masalah di Kedah membabitkan ADUN Bukit Selambau dan kini Elizabeth. Namun, kisah dua orang ADUN nya melompat, dua orang dengan masalah moral(perempuan simpanan&gambar bogel) dan kini seorang dibabitkan dengan rasuah kuari tidak akan dilupakan rakyat begitu sahaja. Apapun PKR dilihat bersunguh untuk membetulkan keadaan. Ini bagi membolehkan PKR terus diterima rakyat.

Bagi UMNO pula, setelah mengalami perbagai rintanngan mencabar, kini parti tersebut asyik kalah kepada Pakatan Rakyat sejak Mac 08. Setakat ini telah 4-0 (Semenanjung). UMNO terbabit secara langsung dalam beberapa perkara yang menaikkan kemarahan rakyat. Isu ISA, PPSMI, rampasan kuasa di Perak dan lain - lain. UMNO juga sentiasa bergolak. Pergolakan dalaman UMNO sangat ketara dan tentulah membosankan rakyat terbanyak. Ketua Penerangan UMNO Perlis, dalam kenyataan baru -baru ini merujuk MB Perlis dan Terengganu sebagai MB Haram. Ini menambah lagi koleksi MB Haram yang dimiliki UMNO.

Kini UMNO Terengganu bergolak, tindakan memboikot Sidang DUN dengan niat untuk memaksa MB meletakan jawatan adalah satu sembah derhaka kepada DYMM Sultan Terengganu yang perkenan atas perlantikan tersebut. Aku percaya keberanian sepuluh orang ADUN termasuk bekas MB memboikot Sidang DUN datang dari perlantikan PM DS Najib. Sebelum ini DS Najib dikatakan tidak mendapat perkenan DYMM Agong. Agong juga adalah Sultan Terengganu. Terengganu menghadapi krisis perlantikan MB pasca Mac 08. Apabila Agong dilihat gagal melawan jentolak DS Najib ( meminjam kata2 Prof Abu Hasan terhadap DS Nizar) maka pimpinan UMNO Terengganu mula melihat yang peluang mereka kembali cerah setelah Tun A gagal. PM DS Najib dianggap kuat dan mampu merubah keadaan. Tapi bagi DS Najib, beliau tidak sanggup lagi untuk menjadi dalang setelah berjaya merampas kerajaan di Perak dulu.

Ramai yang orang UMNO hipokrit tentang DS Najib ialah apabila mereka mengangap DS Najib sebagai peminpin tebaik dan bakal membawa arus perubahan dalam UMNO. Kalaulah seorang pesakit kencing manis tidak mahu menerima hakikat yang beliau sakit, dan seterusnya tidak mahu makan ubat yang dibekalkan, tentulah lama kelamaan kesihatanya semakin merosot. merosotnya kesihatan boleh membawa maut. Hakikatnya pada pandangan aku DS Najib adalah beban. Sama seperti Khairy.BEBAN. Banyak yang cuba samakan beliau dengan ayahdanya Tun R. Hebatnya Tun R kerana membuat jasa dan kemudian mati sebagai seorang PM. Katakan Tun A mati selepas beberapa bulan menang besar pada 04 dulu, tentulah beliau diangkat sebagai pemimpin yang paling hebat. Tun M dulu juga merupakan pemimpin yang disayangi. Tapi dengan panjangnya umur dan kuasa ditangan, maka lama - kelaman seseorang yang imanya lemah(seperti aku) mudah untuk membuat keburukan. Jadilah kemudiannya Tun M da Tun A sebagai seseorang yang harus dipertanggungjawabkan atas beberapa isu. Berbalik kepada soal DS Najib. Beliau pada awalnya disukai dan disayangi ramai. Aku sendiri mengenali beliau sebagai menteri pendidikan yang baik. Beliau kemudian dilantik sebagai menteri pertahanan. Disini bermulanya kisah seorang abid. Seorang abid yang membunuh kerana takut rahsianya berzina terbongkar. Difahamkan Altantuya datang ke Malaysia dengan membawa rahsia besar. Kerana rahsia itu juga beliau dibunuh. PRK baru -baru ini menyaksikan nama Altantuya dilarang disebut dalam ceramah (kemudian dinafikan oleh KPN), ini tentulah menambah beban kepada DS Najib, yang sudah terbeban dengan scorpine dan helikopter. Ini kerana rakyat semakin cerdik dan peka.

Pada dasarnya aku bersetuju dengan Tun M yangDS Najib tidak bersalah kerana tidak dibuktikan bersalah oleh mana-mana mahkamah. Tapi persoalannya adakah DS Najib disisat dan didakwa? Pengalaman pertama DS Najib sebagai PM ialah kalah dan dikritik. Tidak seperti Tun A yang digelar MR Clean ternyata mendapat harapan besar rakyat. Siapalah punya idea untuk membua PRK selepas DS Najib menjadi PM? Adakah mereka melihat persamaan diantara DS Najib dan Tun A? Inilah hipokrit orang -orang UMNO kerana bersandarkan harapan palsu yang mereka sendiri tahu. Jika ada PRK lagi selepas ini, insyaallah PR akan menumpaskan UBN. Ini kerana DS Najib yang jelas tidak mempunyai aura seperti Tun A dan DS Anwar, kini terkial -kial untuk menerangkan konsep yang cuba dibawanya. 1Malaysia dilancarkan sebelum beliau menjadi PM. Dilancarkan atas nama sebua blog rasmi beliau. Tapi penuh kerahsian, penuh kerahsiaan kerana masa dilancarkan tidak pula menerangkan apa yang dimaksudkan. Masa tu, aku juga pelik kerana beliau adalah orang nombor dua, dan bukan no satu. Mengapa blognya 1Malaysia, rupa-rupanya kerana ada maksud tersirat dan persedian sebelum menjadi PM.Lain pula dengan DS Anwar dan Tun A semasa menjadi TPM lagi telah membawa idea mereka. Iaitu Masyarakat Madani dan Islam Hadhari. 1Malaysia bukan Malaysian Malaysia. Tapi dijelaskan dengan berbagai versi agar nampak lain dengan perjuangan pakatan rakyat.

Antaranya" Rakyat Malaysia perlu mengikis sikap memandang sesuatu perkara melalui lensa mentaliti etnik atau 'ethnic silos' masing-masing.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu bersama-sama berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia di bawah konsep 1 Malaysia.

"Marilah kita keluar daripada beroperasi dalam prisma etnik seperti yang pernah kita lakukan selama ini. Itu juga maksud konsep "1 Malaysia.

"Kita mesti menghormati satu sama lain, melepasi batas toleransi dan memupuk kepercayaan satu sama lain selain menyemai sikap saling percaya dalam kalangan kumpulan etnik,"

Tapi, bukankah dengan meletakan LPKP dibawah JPM sedangkan kita ada kementerian Pengankutan jelas menunjukan yang konsep saling percaya tidak tercapai dan dihayati? Ternyata bercakap lebih mudah. Tanpa keikhlasan dn keazaman yang kuat, konsep 1Malaysia hanya retorik semata-mata.
UMNO perlu melakukan reformasi dan perubahan total jika ingin terus mendapat tempat dihati rakyat. Ingat penilaiaan akan datang tidak lama lagi. Rakyat akan keluar membawa pen untuk memangkah UBN ataupun PR.