Pengikut Setia - Terima Kasih

Jumaat, 22 Mei 2009

Tahniah BN, tapi DUN pasti Dibubarkan


Keputusan Mahkamah rayuan hari ini haruslah diterima dengan baik, walaupun mahkamah telah menghilangkan kuasa dewan dalam menentukan kepercaan terhadap Menteri Besar, biarlah kita lihat pula keputusan mahkamah Perseketuan nanti.

Cumanya bahaya keputusan ini ialah apabila perlembagaan negeri dan negara yang kebanyakannya sama akan dimanupulasi oleh pihak-pihak tertentu. Jangan terkejut jika ada PM, MB atau KM selepas ini dilucutkan jawatan kononnya telah hilang kepercayaan majaroti ahli dewan.

DS Nizar jika menang akan memohon untuk membubarkan DUN. Sekarang yang menang ialah DS Zamry. Apakah DUN bakal dibubarkan? Jawapan akau ia pasti dibubarkan, insyaAllah..

Ceritanya macam ni..

Namry dan keluarga balik kampung. Dirumah atuk ada ramai orang.Sebenarnya atuk membuat perjumpaan hari keluarga. Jadi ramailah sanak saudara sepupu sepapat.
Dalam ramai-ramai tu, Namry memang terkenal dengan nakal dan panjang tangan.

Satu hari, kamera Pak Ngah hilang. Ramai orang merasakan yang Namry lah yang mengabil kamera tersebut. Namry sampai sudah tidak mengaku yang beliau mengambil kamera tersebut.

Tapi dalam hati Namry, rasa serba tak kena. Memang Namry sebenarnya yang mengambil kamera tersebut. Namry memang ingin pulangkan balik. Tetapi dia menunggu masa yang sesuai sahaja. Selagi tidak memulangkan semula kamera tersebut, selagi itu Namry tidak selesa dan dalam keadaan panas. Namry tidak akan bersifat jujur mengaku yang dia mengambil kamera tersebut dan memulangkannya walaupun disudut hatinya beliau ingin memulangkannya.

Apabila keadaan reda, dan Pak Ngah sendiri mengaku yang beliau mungkin telah tersalah letak, maka Namry mengambil peluang dengan meletakkannya di sebalik sofa. Kemudian Namry buat-buat terjumpa. Namry kemudiannya menjadi hero kerana telah mendapatkan kembali kamera Pak Ngah. Tetapi sebenarnya ramai orang tahu yang Namry adalah orang di sebalik tabir kes kehilangan kamera Pak Ngah.

Begitulah keadaanya sekarang. Apa yang penting mahkamah telahpun mengatakan yang langkah memecat MB diluar dewan oleh Sultan adalah sah. PM DS Najib berkata Bn Perak telah mengikut undang-undang dalam mengambil kerajaan Perak (klik sini)

Oleh itu sekarang, BN akan berlagak seperti hero dengan memberikan mandat kepada rakyat Perak. Tetapi keputusan ini akan dilakukan selepas PRK Penanti dan mungkin seiring PRK Manek Urai (kliksini) Sudah tentulah dengan pilihanraya yang serentak, maka fokus pembangkang akan berpecah dan tidak kuat. Walaupun BN kalah di Perak nanti, tapi imej DS Najib sebagai PM rakyat akan meningkat seiring dengan slogannya rakyat diutamakan. Dan tentulah krisis Perak tidak boleh lagi dimainkan dalam PRU 13 nanti.

p/s Ini berlaku jika Nizar kalah di Mahkamah Perseketuan jika tidak (klik sini)

5 ulasan:

  1. haha. Satu cerita kiasan yang menarik. Sama2 kita tonton

    BalasPadam
  2. permainan ni belum habis lagi,namun dah ada pemain yg cedera keluar padang tak mau.
    Kes ni bukan shj dijadikan bahan akademik tetapi dah jadi gurauan,ejekan dan kejian.Ntah dah berapa byk dosa disebabkan permaianan ini.
    Letih daa

    BalasPadam
  3. jenguk ikut jalan lama..

    BalasPadam
  4. Jangan harap Namey nak pulangkan kamera tu..dia baru je lepas jual kat Pasar Borong ..hhehhehheehheh...

    Usah bermimpi...

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama