Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 12 Mei 2009

Serikandi Dalam putaran Zaman 2

Pengenalan

Serikandi Dalam putaran Zaman
• Surianai menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1940
• Pada tahun1941, beliau meminpin buruh wanita Kampar, Perak melancarkan perjuangan mogok.
• Setelah Jepun menceroboh Malaysia, Suriani menyertai Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya Negeri Perak. Setelah itu, Suriani menjadiwakil parti dalam Pasukan Teladan Tentera Anti Jepun, dan seterusnya diangkat menjadi Setiausaha Jawatankuasa PKM Kawasan Tanjung Tualang, Batu Gajah, dan Kampung-kampung Melayu sekitar Lambor.
• Dari seorang wanita muda remaja, Suriani menjadi seorang pemimpin gerakan buruh, kemudian masuk hutan bergerila memanggul senapang. Suriani dilahirkan dalam putaran zaman itu. Suriani menyahutpanggilan aruszaman yang raksaksa dan menepuh jalanhidup yang militan. Suriani mengharungi kehidupan perang gerila berpuluh-puluh tahun di hutan rimba tropika.

Seorang pemimpin wanita Parti Komunis Malaya kerap kali kelihatan tampil ke muka dalam masa penandatanganan Perseketuan Damai Hadyai. Suriani ialah isteri Bapak Abdullah C.D, Pengerusi Parti Komunis Malaya, seorang anggota Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Malaya. Nama Islamnya Suriani Abdullah, dulu Eng Ming Ching.
Sekarang, Suriani dan suaminya Abdullah C.D. menetap di Kampong Perdamaian Sukhirin atau disebut Kampong Chulabhorn ke -12, di Daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat, Selatan Negeri Thai, berhadapan dengan Jajahan Tanah Merah Kelantan.

Sungguhpun pihak kerajaan Thai telah membina jalan tar sampai ke Kampong Perdaimaian Sukhirin, tetapi bagi orang luar yang tidak mahir jalan,tidak mudah juga untuk menemui kampong ini, kerana kampong ini jauh terpencil dan melalui banyak persimpangan jalan.

Disini, pernah terjadi pertempuran sengit antara pasukan gerila dengan pihak tentera kerajaan. Diatas sebuah anak bukit yang diselubungi oleh rumpunan buluh yang tinggi lagi besar di luar kawasan kampong itu, masih dapat kita saksikan kesan pertahanan seperti kubu,parit dan terowong yang sudah runtuh dan rosak. Sebuah Tugu Peringatan dibina di atas sebuah anak bukit itu, manakala di kaki bukit pula, ada sebatang anak sungai dengan airnya yang jernih dan sebuah tanah perkuburan kecil tempat bersemadi beberapa orang pejuang Melayu Parti Komunis Malaya.

Perkampungan ini dikelilingi leh bukit bukau, berlukar buluh, hutan merbau yang menghijau, dan air sungai yang jernih dan bersih. Juga ada masjid,sekolah,muzium Rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya serta penginapan orang kampong.
Di dalam bendungan hutan tropika inilah, sekumpulan bekas pasukan gerila Melayu Parti Komunis Malaya tinggal bermastautin.

1 ulasan:

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama