Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 21 Mei 2009

PRK di Kelantan


ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.





N41 MANEK URAI
Jumlah Pengundi: 12,292
Peratusan Kaum: M:99.25% C:0.44% I:0.26% L:0.02%
1. Ismail Yaacob (Pas) (5,746)
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) (4,394)
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192
Penyandang: Mohamed Zulkifli Omar (BN)
(Majoriti: 53 undi)





p/s - Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
BN tolak di Penanti, tapi Allah bagi pula di Kelantan? Macam mana sekarang?

Kalau betul taknak membazir, jangan bertanding dan biarkan PAS menang

3 ulasan:

  1. tuan ni boikot tv..
    saya dgr najib kata taknak bertanding lagi kalo PRK yang sengaja dicipta pembangkang (letak Jawatan)tapi akan turut serta kalo atas sebab kematian sama mcm PRK BKT GANTANG

    BalasPadam
  2. DariNya kita datang, dan dariNya kita kembali.

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah.

    berdasarkan majoriti PRU12,BN dgn kepimpinan dan wawasan baru perlu pastikan yg kalau kalah pun majoritinya makin sikit...

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama