Pengikut Setia - Terima Kasih

Isnin, 11 Mei 2009

Mahkamah terima rayuan Zambry

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Sehubungan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itu didengar.

Hakim Datuk Ramly Ali berkata, mahkamah akan menetapkan satu tarikh kelak untuk mendengar rayuan Zambry.

p/s alasan BN untuk tidak mebolehkan DUN dibubarkan? Kenapa takut sangat dengan pilihanraya?

1 ulasan:

  1. salam
    itu yang sangat menghairankan saya.Cepat atau lambat kena juga hadapi pilihanraya.Nak tangguh sampai bila?Peluang untuk 'refresh' DUN Perak adalah sangat penting sekarang.
    Justeru itu saya sangat khuatir dengan isu ISA ini kerana mahkamah tidak dapat tahu akan apa yang terjadi kepada tahanannya. Itu yang menjadi masalahnya bila undang-undang digunakan untuk kepentingan politik.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama