Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 14 Mei 2009

Bukan Islam sokong PAS

Penyertaan 20,000 masyarakat bukan Islam ke dalam Kelab Penyokong PAS sejak ditubuhkan pasti mengancam kestabilan politik BN pada masa depan, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Ahli Kelab Penyokong PAS kini mencecah 20 ribu orang di seluruh negara dan perkembangan itu menggugat pengaruh Umno dan BN. BN tahu sekiranya masyarakat bukan Islam berpaling tadah dari menyokong BN hayat parti itu semakin pendek," tegasnya dalam sidang media bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Mohamad merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth, baru-baru ini.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam tertarik dengan model yang ditunjukan Kerajaan Kelantan yang bersih dari gejala rasuah dan tidak mengamalkan dikriminasi dalam pemerintahan.

Tambahan lagi, keaktifan lajnah yang diterajui Dr Mujahid menjadi daya tarikan tersendiri kerana selama ini golongan terbabit beranggapatan PAS sebuah parti ekstrem yang tidak mahu mendengar pandangan atau menghormati budaya kaum lain.

"Dulu mereka nampak PAS jahat Umno dan BN baik, tetapi hasil pendekatan yang dilaksanakan rupa-rupanya PAS adalah parti yang terdiri daripada pejuang yang ikhlas dan jujur," tambahnya. - mks._ Harakah

p/s Sokong PAS, baca baik-baik, bukan sokong PR. Lima puluh tahun, bukan islam tak sokong UMNO, tapi BN

3 ulasan:

  1. salam saudara..
    Ternyata Islam itu syumul dan universal sesuai dengan naluri dan fitrah manusia.

    bagaimana menurut saudara parti DAP yang menolak pelaksanaan hudud PAS?Adakah ia benar? Kalau benar adakah Pas masih perlu menyertai PR?

    BalasPadam
  2. Bukan Cina dan India shj yg dok sokong PAS, ingat kaum minoriti lain pun dah ada kelab penyokongnya...eh,kdg2 susah jg nak discus dgn kawanku yang itu..cuma sy selalu doa agar dia minat kat agama Islam bukan sb PAS

    BalasPadam
  3. dah kena perkuda, memang macam ni

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama