
Seperti orang lain, sebagai anak Melayu yang dibesarkan dalam persekitaran Melayu, ajaran tidak langsung adalah Cina itu jahat dan tidak boleh dipercayai. Masa belajar silat dulu, diceritakan pula tentang tragedi 13 Mei dan cerita parang panjang Kiyai salleh. Belum lagi dengan cerita kekejaman komunis dan bintang tiga.

Kiyai Salleh(tengah) disamping anggota keselamatan
Tapi dalam kehidupan seharian, pergi beli barang kat kedai cina, baiki basikal kat kedai cina, kedai Melayu cuma pergi makan je, gunting rambut di kedai india. Itulah suasana di Sitiawan, tempat kelahiran Chin Peng lima belas tahun dulu, tapi kini perbagai perniagaan telah diceburi oleh orang Melayu walaupn tidak bsetanging orang cina. Orang Melayu semasa aku kecil dulu, kalau tak kerja kampong, kerja kerajaan atau meniaga kedai makan. Mungkin sebab bab halal haram ni sensitif, maka kedai makan orang Melayu boleh hidup.
Siapa yang salah bila kedai Melayu hanya kedai makan? Perlukah kita tanam permusuhan dengan orang lain kerana kejayaan mereka? Bila dah semakin besar, ustaz ajar yang kita ni dari keturunan yang sama, keturunan Nabi Adam. Semua manusia itu baik dan kita dituntut berprasangka baik. Eh ni dah lain dengan ajaran secara tak langsung iaitu cina itu jahat dan india itu pembelit.
Sejak aku dipenghujung sekolah menengah, rasa perkauman semakin berkurangan, rasa dengki tak tentu pasal dengan perniagaan yang maju dikalangan orang cina digantikan denga iri hati tapi niat untuk bersaing. Orang-orang india yang selama ini dianggap ular, dilihat sebagai kawan yang bermanfaat. Semua ini datang dari hasil pembacaan dan pergaulan lebih luas dan tidak tetikat dengan sukatan pelajaran semata-mata.
Ketika ditingkatan lima juga, semasa mempelajari sejarah timbul persoalan tentang pemimpin Melayu didalam komunis. Pelik, bukankah komunis itu tidak percaya kepada tuhan? Habis tu nape orang Melayu masuk komunis? Datuk aku adalah seorang polis yang menentang komunis. Seorang pakcik ku adalah salah seorang penerima Pingat Panglima Gagah Berani kerana kehebatannya menangkap komunis. Tidak hairanlah sejak dari kecil aku diajar yang komunis itu jahat,tapi persoalan timbul bila sejarah dipelajari, dan dalam sejarah walaupun telah digelapkan sebahagian fakta masih dilaporkan tentang penglibatan pemimpin Melayu dalam komunis. Nama-nama seperti Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Faqeh adalah antara pemimpin Melayu yang menyertai komunis.

Penglibatan pemimpin Melayu Islam bukan bermaksud komunis adalah betul, cuma pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka berjuang melalui komunis. Komunis adalah satu ideologi dari barat. Seperti mana ideologi lain, cumanya ianya mendapat sambutan meluas dibeberapa buah negara, antaranya China. Orang cina di Malaysia turut terpengaruh dengan ideologi komunis dan berjuang dalam komunis. Komunis asalnya turut disokong oleh British untuk menentang Jepun. Ini kerana hubungan Jepun dan cina tidak baik akibat perang Jepun - China.
Setelah Jepun kalah dan kembalinya British ke Tanah Melayu, komunis tidak terus meletakkan senjata, sebaliknya masuk episod baru dan bermulanya sokongan sesetengah orang Melayu kepada komunis. Sokongan itu bukan bermaksud orang Melayu ini bersetuju tiadanya tuhan, tetapi menyertai komunis bagi mengankat senjata memerangi British. Satu Rejimen Melayu Komunis iaitu Rejimen ke 10 ditubuhkan.

Episod ini seterusnya membawa kebencian bukan sahaja orang Melayu malah orang cina terutamanya kepada komunis, selain peperintahan komunis bintang tiga selama dua minggu, iaitu tempoh diantara kekalahan Jepun dan kembalinya British, tragedi Bukit Kepong ialah satu peristiwa yang membawa kebencian tersebut. Serangan ke atas balai polis Bukit Kepong oleh komunis sebenarnya diketuai oleh seorang komunis Melayu bernama Ahmad Iskandar. Beliau adalah seorang terpelajar, mendapat pendidikan agama dan bekas guru agama.
Biasalah dalam peperangan berlakunya bunuh-membunuh, perogolan dan rompakan.Ramai polis dan askar Melayu turut terkorban. Tetapi sejarah juga mencatatkan komunis banyak menyerang dan membunuh orang-orang British dan kepentinganya, darurat diistiharkan setelah pembunuhan tiga pengurus ladang berbangsa inggeris oleh komunis. Bukan kerana rakyat tempatan diancam. Tentang polis dan askar Melayu yang terkorban, keadaanya bolehlah disifatkan dalam perang di Afganistan sekarang, bagaimana polis dan askar Afganistan dibunuh oleh Taliban. Siapakah pejuang dan siapakah boneka?
Hakikat yang harus kita terima ialah kemaraan komunis telah mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Pembentukan Malaysia yang disertai oleh Singapura, Sabah dan Sarawak juga adalah faktor untuk mengekang faktor komunis. Oleh yang demikian sudah tentulah komunis dan pemimpin Melayu yang menyertai komunis terus mengangap mereka adalah pejuang kemerdekaan.
Komunis dan Cina
Komunis seperti mana yang diutarakan tadi mendapat tempat dikalangan orang cina. Oleh yang demikian, pihak british bertindak memisahkan orang cina dengan mewujudkan kampong baru. Seramai 400,000 orang cina terbabit dengan terbentuknya 400 buah kampung. Baru-baru ini perkara ini dibangkitkan oleh DYTM raja Dr Nazrin, baginda bertitah kewujudan kampog baru tersebut sebenarnya dibantah oleh Raja-Raja Melayu kerana membabitkan tanah Rezab dan tanah orang-orang Melayu. Baginda membangkitkan hal tersebut kerana isu pemberian tanah kepada penduduk kampong baru kepada penduduknya oleh kerajaan DS Nizar.
Sejak akhir-akhir ini, kerajaan BN yang telah ditolak oleh rakyat di banyak tempat seakan-akan mati akal untuk menentang arus sokongan rakyat kepada PR. Perbagai isu dimainkan namun tidak berjaya atau kejayanya sangat sedikit. Rais Yatim adalah orang yang membakar isu komunis ini. Ini berikutan bekas S/U Agong PKM Chin Peng yang telahpun berumur 85 tahun ingin kembali di Malaysia dari tempat berlindungnya di Thailand. Setelah banyak pihak membuat kenyataan termasuk menteri Pertahanan, akhirnya PM DS Najib membuat kenyataan yang mengatakan kerajaan tidak akan membenarkn lelaki komunis terakhir itu balik ke Malaysia. Kenyataan DS Najib dibuat tanpa kepastian adakah Chin Peng akan membuat rayuan keatas mahkamah Perseketuan. Jika beliau mahu berbuat sedemikian, bermakna DS Najib telah mendahului dan mempengaruhi keputusan mahkamah.
Mengapa pemulangan Chin Peng dijadikan isu? Beliau sudah tua, komunis diseluruh dunia juga sudah berubah. Selain dari itu sudah ada perjanjian damai antara kerajaan malaysia, tahailand dan komunis pada tahun 1989. Jadi Apakah ancamanya kepada kesejahteraan Malaysia? tidak lain dan tidak bukan adalah kerana beliau adalah cina. Pemimpin komunis Melayu seperti Shamsiah Faqeh sempat balik dan meninggal di Malaysia. Beliau balik pada tahun 1994 dari China.
Ternyata kelantangan pemimpin dan NGO pro kerajaan untuk menentang kepulangan Chin Peng adalah kerana untuk membangkitkan semangat anti cina dikalangan orang Melayu sesuai dengan krisis politik di Perak. Alasan-alasan tidak logik seperti menguris hati bekas parajurit adalah dangkal sama sekali, apa yang askar jepun tidak buat sepanjang penjajahan mereka, sejarah juga menunjukan kekeaman british terhadap ulama' Tok Janggut di Kelantan.


Pejuang kemerdekaan Tok Janggut dibunuh kejam. Beliau adalah seorang ulama' diperlakukan sedemikian rupa oleh Penjajah British
Perkara-perkara yang harus kita faham
1. Chin Peng sudah tua dan tidak mampu mengganas.
2. Alasan yang aktiviti komunis akan tersebar luas adalah tidak logik. Ini kerana Chin Peng tidak perlu ke sini untuk komunis berkembang kerana komunis punya blognya sendiri.sini Lagi pula komunis ada masalah dengan ideologinya, ini membuatkan komunis runtuh di Russia, dan china kini lebih liberal dalam ekonominya.
3. Chin Peng dulu jahat dan tidak perlu peri kemanusian kepadanya. Ini juga adalah satu ajaran sesat. Adakah kita perlu bertindak zalim terhadap orang yang melakukan kezaliman? Tidak zalimkah Jepun sepanjang pemerintahannya?
4. Mahkamah dah tolak permohonan Chin Peng, hormatilah mahkamah. – Mahkamah Malaysia jika dituruti perjalannaya memang bayak tidak adil berbanding adil. Ada ke patut Chin Peng perlu buktikan dia rakyat Malaysia, bukankah dalam sejarah Malaysia sendiri tulis dia lahir di Sitiawan Perak? Bukankah masa nak merdeka dulu sape yang lahir di Malaysia sebelum merdeka dia jadi rakyat Malaysia?
5. Chin Peng telah berdamai dengan kerajaan. Nabi sendiri menghormati perjanjian dan tidak pula berdendam dengan kafir Quraish ketika pembukaan Makkah.
Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
* PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
* Parti Komunis Malaya dibubarkan
* Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
* Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
* Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
* Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
* Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.