Pengikut Setia - Terima Kasih

Jumaat, 14 Ogos 2009

Pesakit H1N1 mati kerana kecuaian pihak berwajib?

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat


Sebanyak 40 peratus daripada 56 korban wabak selesema A (H1N1) meninggal dunia akibat "kelewatan mendapat rawatan awal" dan sebanyak 13 peratus pula angkara "kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan".

Statistik itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hariannya berhubung wabak tersebut hari ini.

"Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan (70 peratus), di samping itu juga daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 40 peratus didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan," katanya.


"Saya berpendapat, ada di antara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera."

Hari ini, dua bayi berusia dua bulan dan seorang remaja menjadi sebahagian perangkaan terbaru korban wabak daripada lima kes - jumlah keseluruhannya 56 kes.

Dr Mohd Ismail menambah, kadar penularan influenza A (H1N1) dalam masyarakat adalah tinggi dan perkembangan ini dapat dilihat daripada jumlah semakin ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.

Susulan itu, beliau menasihatkan orang ramai, terutama mereka yang bersimptom jangkitan influenza, agar mengambil tindakan berikut:

Pertama, mereka yang bersimptom selepas menerima rawatan hendaklah berehat di rumah jika tidak dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Pergerakan pesakit bersimptom ke tempat awam atau tempat kerja akan menambahkan kes penularan dalam komuniti.

Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu yang sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk/bersin.

Kedua, di sekolah atau tempat kerja, individu yang bersimptom influenza dinasihati agar segera mendapatkan rawatan dan berehat di rumah sehingga sembuh.

Mereka dinasihati agar tidak bekerja atau datang ke sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A (H1N1).

Guru besar atau ketua tempat kerja hendaklah melakukan saringan harian bagi memastikan individu yang bersimptom tidak meneruskan bekerja atau menghadiri kelas.

Jika terdapat kes dari saringan tersebut, mereka hendaklan dirujuk ke hospital atau klinik.

Ketiga
, semua ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.

p/s - Maknanya pesakit yang meninggal adalah kerana kecuaian/ketidakcekapan kementerina/kerajaan menangani isu ini? 40% + 13% menjadi 53% mangsa cuai/tidak cekap.

Senario 1
Jika saya demam, dan pergi ke hospital, tetapi pihak hospital tidak merasakan yang saya mengidap H1N1, maka saya secara peribadi tidak akan mengikut saranan kerajaan untuk tinggal diriumah. Saya perlu makan, bekerja dan menjalankan perbagai urusan.
Apatah lagi pihak hospital sendiri merasakan saya tidak dijangkiti H1N1(walaupun tanpa pemeriksaan makmal) jadi tentulah saya tidak mengendahkan saranan kerajaan. Sebab saya sudah pergi ke hospital, dan hospital anggap saya tidak bahaya, bila demam tidak bahaya maka seperti biasa saya akan menjalankan tugasan harian saya.

Senario 2
Jika saya demam,bukan demam biasa yang saya hadapi(saya tahulah saya yang demam), tetapi pihak hospital(tanpa pemeriksaan makmal) merasakan saya tidak dijangkiti H1N1, dan saya mengikut saranan kerajaan untuk tinggal dirumah, maka saya:
1. Mungkin mati mengejut dirumah kerana pada bila2 masa, nafas saya tersekat oleh H1N1,tanpa ada anggota perubatan atau bantuan alat perubatan.

2. Saya akan mengjangkiti seluruh ahli keluarga saya. Ini kerana dirumah perbagai golongan berisiko ada,bayi dan anak yang berumur kurang 5 tahun(lemah antibody) ibu-bapa yang mempunyai penyakit metabolic(kencing manis) dan asthma. Lebih berisiko, seperti sehidup semati lah pulak.
Mana satu pilihan anda?

Selain itu, mengapa ketua jabatan/unit guru besar dan sebagainya perlu memriksa setiap pekerja mereka? Kesian pulak tengok cikgu sekarang, tak pasal2 kena periksa setiap murid sebelum masuk ke kelas, silap2 si cikgu yang periksa murid tu terjangkit. Kenapa tak tutup saja sekolah? Atau lebih berani istiharkan darurat kesihatan, hadkan aktiviti secara undang2!

Seperkara lagi, Hishamudin Rais dalam blognya telah menulis tentang tangan2 manusia jahat yang menyebarkan virus ini dari makmal. Walaupun sebagai seorang Islam kita harus mempercayai yang wabak adalah bencana dan dugaan tuhan kepada manusia, tetapi kadang2 ia tidak datang dengan sendiri, melainkan dengan sifat manusia itu sendiri. Contoh mudah jerebu kerana pembakaran terbuka.
Cuba lihat, H1N1 ada pesakit yang sembuh dengan anti virus jika mendapat rawatan awal, ini bermakna yang virus ini dicipta degna ubat. Seperti virus computer yang turut mempunyai antivirusnya. Tetapi anti virus biasa bukanlah ubatnya,melainkan ada sejenis ubat khas(dicipta ole pencipta virus) dan ubat inilah yang sedang ditempah oleh kerajaan seluruh dunia.

3 ulasan:

  1. Salam.
    Saya masih tertanya-tanya mengapa sekolah masih tidak ditutup sedangkan kementerian berkaitan mengakui wabak H1N1 ini telah menular ke sekolah. Kita disarankan agar tidak berada di khalayak ramai bagi mengurangkan risiko jangkitan. Ironinya, sekolah tidak termaktub dalam kategori 'khalayak ramai' (sebab itulah sekolah tidak ditutup).

    Ada kemungkinan (sekadar teori saya sahaja) sekolah tidak ditutup bagi mengelakkan kerugian pembekal penyukat suhu badan pelajar. Kementerian sedang giat membekalkan penyukat suhu tersebut. Bayangkan berapa keuntungan yang diperoleh jika setiap sekolah mendapat 6 penyukat suhu. 6 penyukat suhu x 9,844 buah sekolah x RM105 (harga penyukat suhu digital yang paling murah) = ???

    Arghh, saya semakin buruk sangka jadinya...

    BalasPadam
  2. Terima kasih marni. Bukan niat marni untuk buruk sangka, tetapi ia datang dari kerisauan kita dan kehairanan dengan langkah songsang kerajaan. Beberapa buah negeri di India telah menutup semua sekolah kerana H1N1 mula meragut nyawa, tapi kita bukan meragut nyawa, tetapi dengan lagak seperti menteri penerangan iraq dizaman saddam, si menteri 'bangga' mengumukan kematian!

    BalasPadam
  3. Masalah satu lagi adalah kerajaan gagal membuat persediaan untuk membendung masalah wabak ini..
    ~di klia, ujian saringan hanyalah setakat mengisi borang yang mudah dan pengimbasan suhu sahaja... Ramai mereka yang tiba di Malaysai komplain bahawa ujian saringan di malaysia adalah begitu lemah sekali...
    Sedangkan di negara seperti china, jepun malahan india.. Ujian saringan dilakukan dengan amat rapi sekali sehingga boleh mengambil masa beberapa jam... Itulah sebab di negara negara tersebut, kesan wabak H1N1 adalah sebaliknya daripada di negara kita.. WHO menganggarkan kematian rakyat Malaysia disebabkan H1N1 melalui situasi sekarang boleh mencapai 1000 orang!

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama