Pengikut Setia - Terima Kasih

Rabu, 12 Ogos 2009

Punca-punca H1N1 Merebak di Malaysia..



1.Hospital Kerajaan suruh pergi swasta
. Hari ini, saya dan isteri saya yang baru balik dari Sarawak pada hari Ahad yang lalu telah mengalami demam panas yang teruk sekali.

Hari ini kami telah pergi ke Hospital Sungai Buluh untuk cuba melakukan ujian terhadap kesihatan kami kerana terasa demam kami kali ini adalah teruk dari biasa.

Malangnya apabila kami ke hospital berkenaan, kami telah dimaklumkan bahawa Hospital Sungai Buluh tidak menerima dan merawat pesakit luar apatah lagi menjalankan ujian saringan untuk H1N1.

Kami telah disuruh untuk ke Poliklinik Kesihatan Kampung Melayu dekat hospital berkenaan, tetapi setelah ke sana kami telah dimaklumkan oleh salah seorang jururawat dan notis di pintu pendaftaran bahawa klinik tersebut juga tidak melakukan ujian saringan untuk kes-kes influenza.

Kami diberitahu untuk ke mana-mana hospital atau klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.



2.Doktor swasta risau H1N1
Rata-rata pakar perubatan, para doktor dan staf kesihatan yang lain hanya menunggu arahan daripada pihak kementerian untuk menjalankan ujian saringan awal ini untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan awal yang terbaik



p/s - Dua kali berturut-turut saya datang ke hospital membawa bayi saya yang demam dan cirit-birit. Hanya pemeriksaan biasa, walaupun bayi demam dan tidak aktif seperti biasa.Tiada juga pemeriksaan darah untuk denggi walaupun dalam iklan sering menyuruh membawa anak untuk pemeriksaan denggi kerana demama mungkin bukan demam biasa. Kini dua bayi telah mati walaupun hanya sehari demam H1N1. Sebagai bapa, tentu sekali amat risau kerana bayi tidak boleh bercakap untuk memberitahu tahap kesakitan mereka, mereka ditiggalkan hampir 12jam sehari dirumah pengasuh. Sudah tentu si pengasuh tidak sepeka si ibu bapa.

6 ulasan:

  1. Janji tinggal janji. Cakap tidak serupa bikin. Inilah bukti 'rakyat didahulukan' konon! Apabila ada desakan supaya sekolah ditutup, KPM dan NUTP kata peperiksaan sudah sangat hampir, ada 30 hari lagi sebelum UPSR. Jelas, peperiksaan lebih penting daripada nyawa anak kita. Saya berasa teraniaya dengan sikap pemimpin sebegini. Kejamkah jika saya mendoakan mereka sendiri dijangkiti H1N1? Selagi tidak terkena 'batang hidung' mereka, selagi itulah keadaan ini akan berterusan.

    BalasPadam
  2. Bila nak tutup sekolah atau hadkan perjalanan, jawapan yg diberi ialah ini pendemik global..

    Walhal dulu masa malaysia belum kena, taknak pulak tutup sempadan. Rugi pelancong nak datang

    Sekarang dah tak boleh buat apa, kerana H1Ni dh jadi pendemik tempatan. Sekarang berapa kerugian akibat H1N1? berapa kos yg dibelanjakan?

    BalasPadam
  3. Ahahaa... Dalam berita malam tadi dinyatakan bahawa jumlah kemasukan pelancong ke Tanah Melayu pada tahun ini mencatatkan peningkatan. Eloklah, yang kaya pergi melancong ke sana ke mari dan yang menjadi mangsa adalah rakyat yang tinggal di ceruk kampung (sebab yang sakit semuanya balik ke kampung).

    BalasPadam
  4. tak tau nak cakap apa...belum lagi nak persoal mengapa daripada 2 kes import sekarang dah jadi 2000 lebih kes.

    www.duniacacamarba.blogspot.com

    BalasPadam
  5. ada menteri yang mati baru tau.

    BalasPadam
  6. Buat sdr yang baru balik dari Sarawak, demam. Kalau bimbang kena influenza, makan epal hijau paling kurang 6 biji sehari seorang, tambah dengan minum fresh orange. Moga dielakkan H1N1. mola.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama