Pengikut Setia - Terima Kasih
Selasa, 25 Ogos 2009
Kartika Sari uji pendirian Pemimpin
Kartika Sari mencipta sejarah tersendiri dalam sebuah negara Islam komanwel. Beliau telah didapati bersalah kerana meminum arak di khalayak ramai, sesuatu yang diharamkan oleh ajaran Islam. Kesalahan dilakukan di sebuah hotel di Cherating tahun lalu. Beliau yang merupakan seorang model sambilan juga merupakan ibu kepada dua orang anak. Hukuman denda RM 5000.00 beserta enam sebatan adalah hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan kepada seseorang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah di Malaysia. Ianya masih jauh dengan hukuman sebat yang ditetapkan Islam iaitu 100 rotan untuk penzina dan 40 rotan untuk peminum arak.
Hukuman rotan kepada Kartika adalah yang pertama seumpamanya dijatuhkan kepada seorang wanita, malah yang menjatuhkannya ialah Mahkamah Syariah pula. Walaupun Kartika redho dengan hukuman tersebut, malah kecewa bila mengetahui yang hukuman tersebut tidak akan dijalankan di khalayak ramai seperti yang dituntut Islam, tetapi bagi pihak pejuang wanita dan kerajaan pusat, hukuman tersebut adalah terlampau berat dan mendukacitakan.
Semalam 24/08/09 adalah hari sepatutnya Kartika Sari berada di Penjara Wanita Kajang, iaitu tempat yang dikenal pasti hukuman tersebut bakal berlangsung. Van Jabatan Agama Islam Pahang, telahpun sampai dirumah Kartika di Sungai Siput Perak untuk menghantarnya di Kajang,Selangor. Tetapi baru sahaja perjalanan kira-kira 200 meter, Van tersebut terpaksa berpatah balik kerana ada arahan dari pihak atasan. Keputusan ini nyata memberikan kekecewaan yang amat sangat kepada Kartika yang telah bersedia dari segi mental dan fizikal. Ini memaksa mereka membuat laporan polis bagi mengelakkan Kartika di tuduh melarikan diri,malah ayah Kartika pula membuat laporan polis kepada JAIP kerana meperkotak-katikan hukam Islam.
Beberapa pemimpin kerajaan memberi komen berikutan kes tersebut,
PM Najib Razak - Tidak boleh redho semata-mata,boleh buat rayuan
Sepupu Najib, Menteri Keselamatan Dalam Negeri DS Hishamudin -
Arah KSU bincang cara terbaik laksana hukuman,kita tiada kepakaran.
DS Shahrizat Menteri Wanita - Akan mewujudkan satu precedent yang tidak sihat
Sebenarnya kes ini memang mengundang komen yang tidak sepatutnya apatah lagi, Kartika yang mahukan hukuman sebat tersebut,mungkin dengan harapan akan lepas siksa di akhirat kelak dan memberi pengajaran kepada lain-lain manusia yang jahil dan engkar. Pelik,bila tuan badan sendiri redho, undang-undang membenarkan walaupun tidak sepenuhnya islamik, tetapi masih ada suara-saura sumbang yang berkumandang,walaupun Kartika dengan penuh redho dan tidak mahu merayu, Ketua Hakim Syarie Pahang akan menyemak keputusan tersebut tanpa diminta, ini mengulangi kes bilamana beberapa orang selebriti tidak jadi dibicarakan setelah ditangkap di Wilayah Perseketuan KL beberapa tahun lalu. Betul kata Sayuti Omar, nasib baik kes ini bukan berlaku di Kelantan, kalau tidak gegak gempitalah seluruh Malaya. Siknifikanya kes ini berlaku seiring dengan bantahan penjualan arak di Selangor. Kes ini dan di Selangor, kita boleh melihat siapa dia Islam plastik (bukan palestin tau) seperti yang disebut oleh Nik Aziz.
Berikut ialah sedikit nota mengenai arak dan hukumnya menurut Islam.
PENGERTIAN ARAK
Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)
HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK
Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:
”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.
KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:
i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia
ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.
Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.
PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD
Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:
i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut
Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’.
(Riwayat Bukhari dalam Sahih)
BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)
Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-
1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)
Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.
Dan ini ialah linh Dr MAZA berkenaan isu ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam.
BalasPadamTeringin juga tahu apa sudahnya kes hukuman ini nanti. Sediakan mental kita agar tidak terkejut jika satu hari nanti kita terbaca berita di media arus perdana yang menyatakan bahawa sesunguhnya hukuman ini dibatalkan. Skrip yang sudah boleh kita baca. Tiada yang mustahil di Malaysia!
Terima kasih atas komen saudari, benar mungkin itu yang akan berlaku. Menurut Menteri dalam Negeri, kita tiada tukang sebat bertauliah, dan jika seseorang pegawai penjara perempuan perlu dilatih terlebih dahulu, maka kes ini akan berlarutan bertahun lamanya. Adakah boleh hakim menarik balik keputusanya? Atau Kartika akan dipaksa membuat rayuan? Atau bolehkah kes disemak tanpa permintaan tertutuh? Malaysia Boleh, kita tunggu episod seterusnya.
BalasPadamBukankah kah kah kah kita negara Islam?
BalasPadamNegara Islam kah kita ni?
Islam Hdhari kan kita ni?
Apa khabar Jamil Khir? Askar mesti ada prinsip.Bunyikan suara anda mejer jeneral....bunyikan .....bunyikan.....