Jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah satu jawatan yang cukup kritikal di Malaysia. TPM sekarang adalah TS Muhyidin. Pembesar dari Johor, sebuah negeri yang tidak lokek pemimpin. Sebelum ini telah ada PM dan TPM dari Johor, negeri terselatan benua asia.
Sejarah menunjukan terdapat beberapa orang TPM yang tidak menjadi PM. Ada yang meninggal, ada yang tersingkir, ada yang dipecat. Kisah musuh dalam selimut antara PM dan TPM bukan baru, kalau Yusuf Haslam nak buat duit, bolehlah dibawa kelayar perak, D. Aziz Singah, A. Galak dan Hasnah Hamid antara pelakon kegemaran Yusuf Haslam yang boleh melakonkan watak-watak tersebut.
Akhir-akhir ini, TPM TSM begitu popular. Banyak sebab ianya terjadi. Antaranya ialah kerana budaya UMNO yang meletakkan TPM sebagai Panglima Perang dalam satu-satu PRK. Berbeza dengan amalan Nabi s.a.w. yang mengetuai sendiri perang menentang musuh.
Nak dijadikan cerita, banyaklah pulak PRK pasca PRU 08. TSM telah mengetuai secara langsung dua PRK, iaitu Bukit Gantang dan Manek Urai. Kedua-duanya kalah, tetapi undi BN ada peningkatan. Setakat ini BN kalah dengan agregat 5-0 di semenanjung, satu kalah kerana tidak bertanding, dan menang di Batang Ai di Borneo.
Selain siri PRK yang bertali arus, (akan datang mungkin di Galas Kelantan(minta dijauhkan), nasib baik tidak jadi PRK di Bukit Lanjan dan di Penang)TSM cukup populor dengan kata-kata beliau. Inti pati ucapan beliau sering keluar didada-dada akhbar, dan disambung di tv serta dunia maya. Antaranya ialah menggelarkan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di Parlimen sebagai pengkianat. Tingdakan itu menyebabkan beliau disaman agar menarik balik ungkapan menhina tersebut, tetapi tindakan saman tersebut telah melahirkan satu gelombang sokongan terhadap TSM.
Gelombang ini bertali arus di serata negeri dikalangan ahli umno. Tindakan ini secara tidak langsung menggugat PM Najib Razak. Selain itu, tindakan menggelarkan Anwar sebagai pengkianat Melayu menyebabkan misi Najib Razak untuk melihat penyatuan kaum dengan 1Malaysia terjejas. Rata-rata ahli umno yang melaungkan sokogan kepada TSM turut memanikan isu perkauman dengan mencemuh DAP sebuah parti tidak berteraskan perkauman tetapi dipenuhi pemimpin cina.
Hari ini, TSM yang baru sahaja mengiringi calon umno yang bermasalah dengan profesyennya melancarkan My Tuition, sebuah program pendidikan percuma, apa yang menarik program tersebut ditaja oleh Tan Sri Muhyiddin (TSM) Charity Golf dan KPM.
KPM dimana menterinya adalah TSM sendiri masih belum habis berdepan dengan tuntutan pemansuhan PPSMI. Ternyata TSM terlalu laju, tindak-tanduknya dipenuhi dengan agenda tersendiri. Beliau acap kali memberi komen walaupun boleh memakan diri dalam usaha untuk memastikan namanya sentiasa mekar didada-dada akhbar. Apakah agenda TSM sebenarnya? Rata-rata para blogawan telah dapat menghidu gerakan TSM,insan yang bertanggungjawab menyingkirkan Pak Lah. Kita tunggu dan lihat agenda seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama