Mahathir: Kekurangan tenaga pengajar bukan alasan untuk mansuhkan PPSMI
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata kekurangan tenaga pengajar tidak boleh dijadikan alasan untuk memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Menurut beliau perkara ini boleh diatasi dengan memperkenalkan kaedah pengajaran bantuan seperti program perisian komputer (software) khusus untuk membantu pelajar sekolah.
p/s - Tun M nampaknya masih tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan untuk tidak meneruskan PPSMI. Semasa Tun M masih menjadi PM dan dasar tersebut di anjurkan, ketika ditanya tentang PPSMI, Tun M berkata itu bukan urusanya, tetapi urusan Menteri Pendidikan iaitu Senator Musa Mohamad. Tun M menjawab dengan selamba seolah-olah beliau bukan pencetusnya. Setelah dasar pincang tersebut mengorbankan generasi pelajar Melayu, Bahasa, Kesusasteraan,penerbitan dan maruah Melayu, sehingga menerima tentangan hebat orang2 Melayu terutamanya, Tun M masih berkeras walaupun tidak lagi menjadi PM. Tun M turut melancarkan undian didalam web. Apakah sebenarnya yang Tun M mahu? Lihat orang Melayu maju? Tidak, Tun M berkeras adalah kerana dasarnya diusik ketika hayatnya masih ada, ketika dia mampu lagi melihat segala2 galanya.
Sudah-sudahlah Tun.
BalasPadamDulu ada kuasa,
Tun cakap semua angguk
Tun mahu pergi ramai menangis, meraung
Sekarang Tun ada tapi kuasa tiada
Tun cakap
Orang dengar saja
Tun tak mahu pergi siapa peduli?
Salam.
BalasPadamHakikatnya, masih ramai penyokong Tun M ini. Lihat sahaja di blog beliau. Bahkan ada yang seolah-olah mahukan Tun kembali menjadi PM. Aduh laaa...