Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 27 Ogos 2009

Berita..Berita...Berita

Soi Lek

Pelik dan berani sekali dengan tindakan Tee Kiat. Soi Lek patutnya dipecat ketika mula-mula isu video seksnya timbul,ketika beliau menjawat Menteri Kesihatan dan jawatan Naib Presiden dan bukannya setelah memenangi jawatan Tim. Presiden. Beliau telahpun mengambil satu tanggung jawab apabila meletak jawatan didalam parti dan kerajaan setelah mengaku beliau adalah lelaki didalam video tersebut. Beliau kembali didalam parti dan diangkat kejawatan begitu penting adalah kerana kehendak ahli MCA sendiri. Mungkin bagi orang cina,ini satu perkara biasa,seperti juga kes TBH yang mengandungkan tunangnya sebelum kahwin tetapi anak itu dituntut rata-rata masyarakat cina di 'binkan' kepada TBH. Pengakuan Soi Lek juga telah menunjukkan kebertanggung jawabannya, seperti pengakuan Bill Clinton kepada masyarakat amerika.

Kartika lagi..

Semua orang nak bagi komen isu ni(tapi menteri agama belum ternampak komennya lagi), penakiri pun dah bagi. Cuma nak tambah lagi apabila ada beberapa kenyataan dari tokoh penting negara.
1. Komen Hj Hadi
2. Komen Zaid Ibrahim

Hj Hadi, Presiden PAS dan bekas MB Terengganu yang meluluskan Hudud di DUN Terengganu berkelulusan Sarjana Syariah manakala Zaid pula merupakan seorang peguam kanan,pemilik firma guaman terbesar di Malaysia dan bekas Menteri undang2.

Secara peribadi penakiri menerima pandangan kedua-dua tokoh tersebut. Satu cadangan penakiri ialah, hukuman tersebut tidak wajar ditangguhkan sehingga Jabatan Penjara berjaya melatih seorang jurusebat syariah wanita. Ini kerana Kartika sendiri redho dan mahukan hukuman tersebut. Pihak kerajaan perlu mendapatkan(meminjam) tukang sebat syariah yang berpengalaman dari luar negara yang melaksanakan hukuman tersebut. Yang terdekat ialah dari Acheh Indonesia, jauh lagi kita ambil terus dari Arab Saudi. Tapi malangnya rupa-rupanya kita ada tukang sebat syariah, dan hukuman tersebut pernah dilakukan. Walaupun tukang sebat tersebut seoarang lelaki, tetapi itu bukan masalahnya. Ini kerana apabila disebut sebatan secara syariah, ia seperti yang disebut Hj Hadi, tidak perlu membuka pakaiaan atau mendedahkan anggota tertentu. Maka timbul persoalan adakah Hishammudin tidak berkata benar? Apa agenda sebaliknya. Penakiri dengar, Peguam Negara juga tiada kuasa soal syariah negeri.

Penakiri tidak untung apa-apapun jika Kartika disebat, cuma berilah mahkamah syariah berfungsi dengan sewajarnya. Mahkamah sivil boleh saja menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, tapi taklah sampai dikritik seluas ini. Seoalah-olah hakim dan undang-undang syariah tu pulak yang bersalah.

Perak lagi dan lagi..

Beberapa hari ni, politik Perak mendidih semula, suhunya meningkat seiring dengan suhu politik di Selangor,Kedah,P.Pinang dan Terengganu.

1. Sivakumar saman YB Dato SUK Perak

2. Sidang DUN 2 September

3. Ganesan pegang dua jawatan serentak

Tajuk berita diatas, bila dibaca dan dianalisis menunjukan yang PR Perak sedang menghembus monsun kedua di Perak. Apa yang bakal berlaku tidak pula diketahui, cuma Penakiri nak puji Tuanku Abdul Halim yang tidak campur tangan isu politik di Kedah yang turut mendidih. Jika tidak..Allah saja yang tahu..


MLTR lah pulak..


Bila terbaca tentangan Pemuda PAS bantah konsert MLTR di Genting, penakiri hairan, bertambah hairan apabila Ketuanya Nasrudin Hasan Tantawi mengatakan ini satu penghinaan kepada umat Islam. Penakiri tak sabar nak baca sampai habis apa yang penghinaan tersebut, kerana buat di Gentingkah? Ini kerana MLTR kumpulan kegemaran Penakiri. Penakiri masa nak belajor bahasa inggeris dulu ada beli vcd karaoke MLTR. Sambil menghayatyi lagu, cari makna lirik, jadi tambahlah perkataan2 baru. Bila habis dibaca, rupanya dalam bulan ramadan. Ok lah.. betul jugak, tapi untuk pengetahuan ustaz Nasrudin, banyak lagi konsert dan pertunjukan nyanyian di bulan ramadhan ni.. dekat kelab-kelab malam dan hotel-hotel bersepah.



Pemuda PAS memang peka tentang soal ini, terima kasih. Search, Inul dan lain-lain lagi pernah dbantah oleh Pemuda PAS. Cumanya yang beruntung sekarang Amy Search, dapat bini baru, anak baru, dapat hidayah dan dapat menantu. Tak kurang juga rezeki yang melimpah dengan restoran Cheng HO dan iklan Celcom. Konsert beliau juga laku dan yang penting tidak dihalang lagi oleh Pemuda PAS. Ini kerana Amy Searh kini merupakan 'anak murid' Tok Guru Nik Aziz. Beliau yang kini meminati Nik Aziz, banyak mendengar kaset Nik Aziz dan membaca buku-buku Nik Aziz. Malah Nik Aziz dan Amy beberapa kali berjumpa termasuk kunjungan Nik Aziz ke restoran Cheng Ho. Mungkin MLTR perlu jumpa Nik Aziz dulu kot, barulah Pemuda PAS tidak bantah.

4 ulasan:

  1. Salam Tuan Penakiri,

    Saya setuju pandangan tuan dalam isu Kartika dan MLTR diatas. Hal Perak, saya malas nak ambil tahu dah. Ia akan berlarutan hingga parlimen dibubar untuk PRU13, lepas satu2 drama dipentaskan. Mak sedara saya dari Tepen kata macam kucen!
    Hal Kartika, bagi saya biarlah undang2 dijalankan tanpa gangguan. Tidakkah campurtangan berbagai pihak sepertinya menghina keputusan mahkamah? Ada saya terbaca di sinar harian mengatakan Kartika pernah naik turun 5 kali pejabat agama (atau mahkamah saya tak pasti) merayu agar tidak dikenakan tindakan tapi tidak ada siapapun yang ambil peduli waktu itu. Sekarang PM sendiri suruh dia merayu !

    Tapi yang saya paling heran, sejak kes Kartika setahun lebih ni, takkan tak ada orang lain yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah ? Pegawai2 Jabatan Agama semua negeri2 sibuk sangat ke? Tak susah mana pun, pergi je ke mana2 disko, pub, kelab eksklusif, dangdut, karaoke ..gerenti jumpa orang Islam teguk air kencing setan tu.

    Belum terlambat untuk ucapkan Selamat Berpuasa kepada Tuan

    BalasPadam
  2. Terima kasih Dinturtle atas komen anda.

    Tapi penguatkuasa jabatan agama memang sedikit sangat. Cadangan Hassan Ali beri kuasa pada pegawai masjid agak baik.(tapi sultan belum lulus)

    Tapi walau sedikit macm manapun takkan tak ada orang minum arak lagi kan?

    BalasPadam
  3. Salam.

    Sangat kasihan dengan nasib dan masa hadapan agama Islam di 'negara Islam' ini.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas komen saudari,

    Marni, sepatutnya bila timbul isu berkaitan islam seperti hukuman sebat, pengharaman arak dan sebagainya, para pemimpin islam memberikan komen yang memahamkan orang bukan islam, bukan mengkritik tanpa usul periksa.

    Kata2 seperti bila nak rasa sup tangan pergi ke kelantan adalah tidak wajar dan hanya menambah rumit keadaan.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama