Pengikut Setia - Terima Kasih

Sabtu, 8 Ogos 2009

Mungkin UMNO bukan Islam!

Umat Islam diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor selesaikan isu arak
08/08/2009 5:06pm

SUNGAI PETANI 8 Ogos — Umat Islam hari ini diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat juga akan menilai perjuangan Pas yang kini adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Kita lihat apa yang mereka (Pas) akan lakukan kerana ini (penjualan arak) adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani di sini hari ini.

Beliau berkata, disebabkan Pas kini telah berada dalam dalam pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri, rakyat akan melihat pendirian Pas dalam isu itu.

Semalam, kerajaan negeri Selangor membuat keputusan tidak akan melarang penjualan minuman keras dan cuma meminta semua premis perniagaan, pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri bagi membendung penjualan minuman keras kepada orang Islam dan remaja bawah umur. - Bernama

p/s- Naib Presiden UMNO faham ke tak arak haram untuk semua umat Islam? Jika Shafiee mengangap soal pengharaman/penghadan arak hanya tanggungjawab PAs, maka UMNO?

3 ulasan:

  1. 52 tahun UMNO telah bergemumbang dengan arak, apa yang mereka buat tapi sekarang baru nak melalak. Pergi jahanamlah dengan UMNO

    BalasPadam
  2. Mungkin juga PKR bukan Islam. hehe. Sama je PKR ngn UMNO.

    BalasPadam
  3. Kenyataan diatas datang dari sikap umno yang suka mempersendakan PAS tan memikirkan implikasi terhadap akidah.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama