Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 25 Ogos 2009

Muhyidin kata Melayu Risau

Rakyat risau masa depan politik negara


BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mendapat maklum balas daripada sebahagian besar masyarakat yang meluahkan kebimbangan terhadap masa depan politik negara kerana diganggu gugat oleh parti pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat terutama orang Melayu berasa kedudukan mereka tidak lagi selamat jika pembangkang memerintah negara ini berikutan budaya politik dibawa mereka adalah asing.

"Barisan Nasional (BN) walaupun sudah lama berkuasa, ia tidak pernah membawa suasana seperti ini sehingga rakyat tidak senang.s.i.ni

p/s hahahah dah kalah 8-0 di semenanjung rakyat risau terutama melayu.. yang kalah semua kawasan melayu.. yang tolak bn semua melayu..

2 ulasan:

  1. Salam.
    Sebahagian besar masyarakat yang risau itu adalah pemimpin parti yang membawa nama 'Melayu' sahaja, bukan orang Melayu pada hakikat yang sebenarnya. Mereka risau kerana telah dibelasah dengan perbezaan 'jaringan gol' yang sebegitu besar.

    BalasPadam
  2. Terima kasih komen saudari, benar.. kerisauan timbul hanya pada akhir-akhir ini.

    Dulu sombong sampai pernah keluar kenyataan yang urusan Melayu cukup untuk umno tangani merujuk kepada pelawaan PAS untuk berbincang soal PPSMI.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama