Pengikut Setia - Terima Kasih

Rabu, 2 September 2009

Persidangan DUN Perak dan Kesilapan Sivakumar


Hari ini sekali lagi PR Perak mengadakan satu persidangan DUN Perak. Persidangan yang dijadualkan berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridwan terhalang seperti biasa dengan kawalan ketat pihak polis.

Walau bagaimanapun,persidangan kali ini berjaya berlangsung dan diadakan di sebuah hotel, tidak seperti dulu dibawah pokok. Speaker PR Perak, YB Sivakumar sebelum itu telah gagal mendapatkan injuksi bagi menghalang SUK Perak untuk menghalang persidangan itu di Bangunan Perak Darul Ridwan.

Hasil persidangan mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Tindakan kali ini nampak bijak, memohon injuksi dari mahkamah tinggi, dan membuat persediaan awal dihotel apabila tidak dibenarkan memasuki DUN.

Tetapi sebenarnya Sivakumar telah terlewat. Keputusan yang dibuat kini tidak membawa apa-apa erti, apatah lagi Sivakumar sendiri dipertikaikan statusnya sebagai seorang speaker.

Sepatutnya, selepas sahaja persidangan DUN yang paling kecoh,yang menyebabkan Sivakumar tersingkir, apa yang perlu dilakukan (apatah lagi setelah elaun dan kemudahan sebagai Speaker ditarik) Sivakumar perlu mencabar Speaker Ganesan di Mahkamah. Sivakumar perlu menanyakan kepada mahkamah, mengapa Ganesan melanggar arahan mahkamah pada hari tersebut,iaitu hanya ADUN dan orang-orang Besar Perak sahaja yang dibenarkan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridwan. Adakah Ganesan seekor ular yang membolehkanya masuk ke dalam DUN tanpa disedari oleh kawalan ketat polis? Sivakumar juga perlu bertanya kepada mahkamah tentang tindakan polis yang menyingkirkannya dari kerusi Speaker.

Setelah semua ini dibawa ke mahkamah, dalam tempoh pertikaian tersebut,barulah boleh Sivakumar memanggil sidang DUN.

Berdasarkan gambar yang diperolehi juga, Sivakumar selaku ketua DUN telah bertindak salah kerana menyusun kerusi secara tidak betul. Kelihatan ADUN PR yang diketuai YB Nizar duduk disebelah kanan Speaker, walhal YB Nizar bukan lagi MB Perak dan Ketua Kerajaan diPerak berdasarkan keputusan mahkamah Rayuan. Keputusan tersebut telah diterima oleh YB Nizar termasuklah dengan memulangkan semula kereta rasmi MB. Jika YB Nizar menerima keputusan tersebut,maknanya YB Nizar dan ADUN PR bukan lagi dari pihak kerajaan.

Cuma Speaker Sivakumar sahaja yang diragui statusnya, tetapi YB Nizar adalah jelas sehinggalah keputusan mahkamah tinggi nanti.

Oleh itu, tindakan kali ini tidak memihak kepada PR Perak, jika ini berterusan rakyat pasti akan muak dengan gelagat PR Perak. Melainkan tindakan adalah betul di pihak R Perak. PR Perak dam usaha untuk menghadapi PRU akan datang semestinya memerlukan gimik politik yang berterusan, disamping itu jangan lupa untuk berkhidmat kepada rakyat dan sentiasa memberi penerangan yang sejelasnya kepada rakyat Perak.

7 ulasan:

  1. ye ke yop orang Perak udah jemu jelak ngan UMNO sebenornye, ngecek aje dokojekan deme

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas komen saudara,
    Tulisan ini adalah untuk menegur PR Perak agar tidak jemu dimata rakyat.

    Gimik politik yang tidak konsisten akan mengndang rasa meluat rakyat. Mrngapa terima keputusan makamah jika susun kerusi tidak sepertinya.

    Rakyat Perak yang mengundi PR juga perlukan perkhidmatan wakil rakyat mereka.

    Baling adalah kawasan ramai Melayu dan banyak pondok. Sepatutunya kawasan ini dengan mudah dimenangi oleh PAS. Tapi Ust Taib pernah kalah antaranya disebabkan oleh kurang perkhidmatan. Jangan anggap penokong PAS akan terus mengundi PAS.

    BalasPadam
  3. mungkin teguran sedara ada betulnya...terpulang kepada pentafsir. ini mengatakan rakyat muak, agak payah diterima kerana sikap dan sifat pemimpin ameno yg tetap x mahu berubah walau dah kalah. Cubaan yg di buat memang nampak tidak memberi kesan kpd kita tetapi dimata ameno ini merupakan ancaman. kalau kata PAs teruk, ameno lagi terukk..tepuk dada tanya iman..

    BalasPadam
  4. Ada satu tulisan dari Dr Asri Zainal Abidin,
    iaitu beliau kecewa melihat peyokong satu parti (merujuk kepada PAS dan PKR) yang memilih penanda aras yang tidak betul,iaitu memilih lebih baik dasikit dari yang tidak baik atau kurang teruk dari teruk.

    Banyak orang memberi alasan, ala ADUN PKR rasuah sikit je, UMNO lagi banyak, berbilioan..

    atau.. ala.. rumah banglow ni taklah mahal sangat, ADUN umno punya lagi besar..

    Adakah ini perjuangan kita atau bagaimana?

    BalasPadam
  5. salam

    itu hanyalah pendapat Dr. Asri, pendapat beliau pun banyak ditegur oleh lain-lain lama,terkadang beliau menyentuh sesuatu isu tanpa mengetahui secara mendalam sesuatu isu, itu pemerhatian saya, terkadang agak "gelojoh" mengulas. Apa paun saya tetap pergi mendengar kuliah ilmu beliau dan dok dengar video beliau dari youtube.

    Saya faham tujuan kritikan saudara, sebab kami di TBO pun mengkritik pimpinan PAS dan PKR terutama pimpinan setempat, sampai kami ni dilabelkan agen BN, ha ha.

    Teruskan menulis wahai saudara.

    BalasPadam
  6. susunan kerusi berdasarkan undang2 dan peraturan DUN, MB mesti dijatuhkan dalam DUN juga melalui undi tidak percaya, pernahkah ianya dilakukan.

    itu persoalan nya

    BalasPadam
  7. oppss
    pendapat beliau pun banyak ditegur oleh lain-lain lama, dibaca ..... ulama

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama