Pengikut Setia - Terima Kasih

Ahad, 6 September 2009

Air Percuma - Nasihat Salah dari Kerajaan BN

Hari ini Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan kenyataan yang meminta supaya Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada pengguna air di Selangor. Selangor negeri pertama memberi bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu, jumlah yang membuatkan sekeluarga kecil tidak perlu membayar langsung bil air mereka sejak dasar itu diperkenalkan.

Dasar kerajaan Selangor itu sesuai denga slogan negeri kebajikan, dan memberi ruang untuk rakyat memiliki tunai yang lebih. Walaupun jumlahnya dari segi ringgit tidaklh berapa besar iaitu lebih kurang RM 11.50, tetapi penjimatan tersebut cukup untuk mengambarkan keprihatinan kerajaan Selangor membantu rakyatnya lebih-lebih lagi dari sumber dari negerinya sendiri.

Alasan KTTHA membuat kenyataan tersebut ialah kerana air percuma tersebut tidak sampai ke sasaran sebenar iaitu rumah pangsa kos rendah dan setinggan. Walhal sesiapa sahaja yang menggunakan meter individu akan memperolehi air percuma tersebut. Kerajaan Selangor melalui Exco Perumahannya YB Iskandar telahpun mengeluarkan arahan agar semua rumah pangsa,apartment dan kondominium menukarkan meter pukal kepada meter individu supaya lebih ramai rakyat selangor memperolehi nikmat bekalan air percuma tersebut. Syabas, syarikat pembekal air juga telah mengurangkan karenah untuk menukar meter kepada meter individu.

Tetapi malangnya kerajaan Selangor tidak punyai kuasa yang cukup untuk memaksa semua syarikat pengendali perumahan bertingkat menukar meter pukal kepada meter individu. Penyelenggara bangunan bertindak menjual air lebih mahal kepada penghuni rumah bertingkat. Bagi mereka langkah kerajaan Selangor yang menyarankan supaya ditukar kepada meter individu bakal mengurangkan untung mereka. Kebanyakan perumahan ini ialah perumahan lama,bagi perumahan baru, kebanyakan telah sedia membuat meter individu bagi memenuhi syarat perumahan kerajaan negeri Selangor.

Sepatutnya kerajaan pusat melalui kuasa penuh yang ada pada mereka, mereka menyarankan agar semua perumahan bertingkat menukar kepada meter individu, bukan sahaja di Selangor, tetapi di seluruh Malaysia. Ini kerana meter individu lebih murah bilnya tiga kali ganda dari penggunaan meter pukal. Kerajaan pusat juga sepatutnya memikirkan langkah terbaik supaya lebih banyak tunai ditangan rakyat, bukanya berdengki dengan langkah kerajaan Selangor. s.i.n.i

3 ulasan:

  1. Salam.
    Biasalah. Apa juga yang dilakukan oleh pihak lawan, akan kelihatan salah di mata pihak yang satu lagi walaupun hakikatnya mereka mengakui tindakan pihak lawan itu sangat bijak. Namun demi ego, yang betul tetap akan dikatakan salah. Mangsanya? Rakyatlah yang didahulukan sebagai mangsa.

    BalasPadam
  2. Salam ziarah. Prihatinan kerajaan Selangor di bwah PR patut dipuji. tetapi malangnya di kawasan shah alam, kebanyakan rumah pangsa atau flat adalah di bwah seliaan PKNS. Oleh itu kebanykan penduduk yg sememangnya tidak berada/ miskin tidak mendapat keistimewaan ini.

    p/s hairan kan, sepatutnya PKNS yaitu anak syarikat kerajaan negeri Selangor memberi air percuma, tetapi sebaliknya.

    BalasPadam
  3. Saya tidak pasti berkenaan dengan rumah pangsa PKNS, setahu saya rumah pangsa disana adalah rumah pangsa lama dan tidak tinggi, jadi guna meter individu, maf jika silap. Jika bnar masih guna meter pukal dan berada dibawah PKNS, perlu dibawa kepengetahuan Kerajaan Selangor.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama