Mulanya Penakiri hanya berniat untuk membalas komen Puan lia, tetapi mungkin kerana komen balas Penakiri terlalu panjang, maka tidak dapat diterbitkan atau Penakiri tidak tahu cara, oleh itu Penakiri menerbitkanya sebagai posting..
Komen puan Lia berkaitan artikel Penakiri Menanti Hukuman Sebat keatas Kartika Sari
1 ulasan:
Lia Suraya berkata...
Hukuman Islam sepatutnya lebih lembut dan lebih berperikemanusiaan; bukan lebih keras dan lebih kejam.
Saidina Umar pun tak potong tangan pencuri, walaupun hukum hudud menetapkannya begitu.
Mungkin Saidina Umar lebih berperikemanusiaan daripada sesetengah hakim mahkamah syariah kita.
Terima kasih atas komen puan,
1. Pertamanya saya bersetuju hukuman mahkamah syariah Malaysia adalah zalim.
Zalim kerana menghukum tidak mengikut hukuman Allah. Hukuman yang ada sekarang ialah hukuman yang ditetapkan oleh perlembagaan iaitu mahkamah syariah tidak boleh menghukum lebih dari tga tahun penjara,denda lima ribu ringgit dan enam sebatan.
Apabila mahkamah menghukum dengan hukuman sedemikian, maka :
i) Zalim kerana tidak menunaikan hak Allah terhadap ciptaanya. Kalau kereta kita tak ikut manual dia,kita guna diesel, walhal kereta tersebut guna petrol, maka kita telah menzalimi kereta tersebut. Allah yang cipta kita, tahulah Allah apa yang terbaik untuk kita.
ii) Sekiranya seseorang dipenjara,maka kita telah menzalimi orang tersebut dan keluarganya. Memisahkan sianak dengan siayah, memisahkan sisuaami dengan isteri. Hukum Islam tidak begitu, selepas habis sebatan, pesalah kembali kepada keluarga dan masyarakat pada hari itu juga sekiranya keadaan baik,jika tidak tanggungjawb kerajaan untuk merawatnya.
Selain itu,perlaksanaan penjara juga membazirkan wang pembayar cukai. Berapa puluh ribu banduan di Malaysia yang ditanggung makan minum,pakai dan tempat tinggal? Malah sudah ada kes di Malaysia bekas banduan sengaja buat kesalahan agar terus dipenjarakan.
2. Menjawab hukum Islam perlu lebih perikemanusiaan dan lembut. Hukum Islam adalah hukum yang ditetapkan oleh Allah. Sebagai manusia yang beriman, wajib kita laksanakannya samaada hukuman tersebut samamada keras atau tidak disukai oleh orang munafik dan kafir.
3. Sebenarnya hukum islam memang berikemanusiaan. Sebab islam menjaga lima perkara:
i) Agama
ii) Nyawa
iii) Akal
iv) Harta dan
v) Keturunan
Contoh Islam menjaga keharmonian manusia dalam perlaksanaan hukum islam:
1- Untuk mengawal kesucian keturunan, Islam melarang penzinaan. Para penzina boleh disebat sehingga seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin.
2-Untuk mengawal akal dan keselamatan, peminum arak boleh disebat dari 40-80 sebatan.
3- Untuk mejaga maruah, penuduh orang berzina tanpa empat saksi yang adil boleh disebat dengan 80 sebatan.
4- Untuk menjaga keselamatan jiwa, pembunuh tanpa sebab boleh dikenakan Qisas yang mana sipembunuh boleh dibalas bunuh.
5- Untuk menjaga kemurnian agama, si murtad boleh dibunuh jika masih berdegil dan enggan bertaubat.
6- Untuk menjaga harta, pencuri yang mencuri bukan kerana lapar akan dipotong tanganya.
Hukum Islam terdiri daripada
1- Qisas
2- Hudud
3- Diat, dan
4- Ta'zir
ianya bersumberkan kepada empat sumber iaitu:
1) al-Quran
2) al-Hadis
3) al-Ijma' dan
4) al-Qiyas
4. Islam juga adalah yang terawal dalam menjamin keselamatan kanak-kanak,wanita,orang tua dan mereka yang bersembunyi dalam rumah dan tempat ibadat. Bukankah islam lebih kehadapan dalam hak asasi manusia?
Berbalik kepada hukum islam sebagai hukum Allah. Didalam islam kita tidak boleh melepasi hudud(had) yang semenstinya ditetapkan oleh Allah. Hukuman gantung sampai mati contohnya adalah tidak islamik dan haram kerana melepasi had yang ditetapkan oleh Allah terhadap pengedar dadah. Berdasarkan blog puan juga, saya tidak pasti tentang hukuman sebat sebanyak 400 rotan, kerana had didalam islam ialah seratus rotan sahaja. Allah hanya menetapkan hukuman mati kepada golongan yang berkahwin tapi berzina,pembunuh dengan sengaja,murtad, perompak dan pemberontak.
5. Saidina Umar tidak laksanakan hukuman Allah? Umar yang mana? Umar al Khatab atau Umar abd Aziz? Umar al-Khattab sangat tegas orangnya. Beliau menghukum peminum arak dengan 80 sebatan berbanding Nabi s.a.w 40 sebatan.
Pernah khalifah Islam amirul mukmin saidina Umar menjatuhkan hukum sebat keatas anaknya sendiri oleh kerana melakukan kesalahan merogol seorang wanita ketika dia mabuk..
Walaupun ramai orang merayu tetapi baginda teruskan sebatan. Akhirnya anaknya meninggal dunia. Sebagai seorang amirul mukminin baginda memastikan keadilan berlaku keatas keluarganya sendiri sebelum dia memastikan keadilan didalam masyarakat.
Berkaitan hukuman potong tangan pula, Saidina Umar tidak melakukanya dalam kes-kes tertentu,iaitu semasa negara dalam keadaan susah dan makanan adalah sukar serta dinegeri yang baru islam tawan. Banyak kes lain seperti zina juga pernah saidina Umar tidak menjatuhkan hukuman kerana menerima alasan terpaksa oleh seorang wanita. Oleh itu tidak boleh dituduh Saidina Umar tidak memotong tangan pencuri. Dan sememangnya Saidina Umar seorang yang beperikemanusiaan, beliau menjadi demikian kerana beliau mengikut Islam. Wallahualam
Salam.
BalasPadamBenar. Islam itu addin yang indah. Hukuman 100 sebatan ke atas penzina misalnya boleh mematikan virus AIDS (ini dibuktikan sendiri oleh saintis barat beberapa tahun yang lalu dan pernah diwar-warkan oleh media tanpa orang Islam sendiri mengendahkannya). Binasalah umat Islam yang enggan patuh kepada Penciptanya.
Salam Sdr. Penakiri,
BalasPadamTerima kasih atas kesudian anda memberi ulasan terhadap komen saya.
Pada dasarnya saya lebih cenderung dengan pendapat sesetengah ulama yang menganggap hukum Islam seperti potong tangan dan rejam itu sebagai "hukum yang maksimum". Ulama yang demikian bukan menolak hukum Allah, tapi melihat masih ada ruang untuk mengenakan hukuman yang lebih ringan, "di bawah" hukum maksimum itu.Misalnya, orang yang mencuri seekor unta mungkin dipotong tangan, tapi orang yang mencuri sebiji atau beberapa biji telor mungkin tidak dijatuhkan hukum potong tangan.
Tapi tentu tidak semua ulama yang bersetuju dengan pendapat ini. Jadi terpulanglah pada kita untuk memilih pendapat siapa.
Terima kasih atas komen kalian berdua.
BalasPadamperbezaan antara ulama' memang banyak, tetapi hendalah diikut ulama muktabar dan kalu boleh keputusan dari sekumpulan ulama'.
HJ hadi sendiri dalam komennya terhadap kes kartika berkata, perlaksanaan hukum islam hanya boleh dilaksanakan dengan syarat usaha membanteras maksiat telah benar-benar dilakukan, jika tidak tentulah ia menjadi satu perangkap.
Salam. Bila timbul isu yang bersabit dengan hukuman syariah kita akan berperang dan bertelingkah pendapat. Kenapa ini harus berlaku? Barangkali inilah hasil tinggalan penjajah untuk umat islam negara ini.
BalasPadamHukuman Allah tiada yang zalim kerana ia maha penyayang dan pemurah.Cuma kita sukar menerima kerana kita sudah terlalu lama terjajah hinggakan nama bulan Islam pun kita lupa susunannya inikan pula pelbagai hukum yang telah terlalu asing dalam kehidupan kita kini.
Terima kasih atas komen Abu Muaz..
BalasPadam