Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 15 September 2009

Menanti Hukuman Sebat keatas Kartika Sari




Tinggal beberapa hari sahaja lagi, lebih kurang empat hari lagi, Penakiri bukanlah budak lagi sehingga tertunggu-tunggu hari lebaran, tetapi apa yang dihitungkan ialah drama penyebatan Kartika Sari. Menurut laporan media, Kartika akan disebat selepas bulan Ramadhan ini. Tentu sekali beliau tidak akan disebat pada 1 Syawal ini, tetapi pastilah dalam bulan syawal ini jika drama ini tidak ada skrip baru.

Sekiranya Kartika Sari benar-benar disebat pada bulan syawal ini, tidak kiralah tukang sebatnya menurut syariah atau tidak, maka sesuatu yang bakal mengubah sejarah moden Malaysia bakal berlaku. Ini kerana, undang-undang tertinggi Malaysia ialah Perlembagaan Malaysia. Jika sesuatu undang-undang itu bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang itu terbatal.



Walau bagaimanapun, berlaku tafsiran berbeza mengenai undang-undang Islam. Perlembagaan memberi kuasa penuh kepada negeri berkaitan hal ehwal Islam. Tetapi dalam masa yang sama, lain-lain mahkamah di Malaysia tidak pula dibenarkan menjatuhkan hukuman melebihi Enam sebatan, denda RM 5000.00 dan tiga tahun penjara. Maka jadilah mahkamah syariah 356. Hanya mahkamah sivil sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman maksimum seperti 20 sebatan, penjara seumur hidup dan juga gantung sampai mati.

Pernah satu ketika D. Zaid Ibrahim menyaman Kerajaan Kelantan berkaitan isu hudud. Secara peribadi Penakiri bersetuju akan saman ini. Namun disebabkan soal sentimen,maka saman ini dibatalkan. Penakiri bersetuju bukan kerana Penakiri suka hudud ditentang dan dimalukan, cuma Penakiri ingin mengetahui apa keputusan mahkamah itu nanti, jika benar kuasa Islam dibawah negeri termasuklah undang-undang jenayah, maka benarkanlah kerajaan negeri yang ingin laksanakan seperti yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan dan Terengganu. Agensi kerajaan juga perlulah membantu dalam perlaksanaan undang-undang jenayah Islam, polis perlu menangkap orang yang bersalah, pegawai Penjara yang terbabit perlu jalankan hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah syariah.

Tetapi jika keputusan saman tersebut tidak memihak kepada mahkamah syariah untuk menjalankan undang-undang jenayah Islam, maka satu kempen besar-besaran bolehlah dibuat bagi mendesak agar perlembagaan dipinda sewajarnya supaya ianya bolehlah dilaksanakan. PAS memang membantah saman yang kemukakan oleh D. Zaid kerana berfikir ianya menghina Islam, tetapi UMNO mengarahkan D. Zaid menarik balik saman tersebut kerana jika Mahkamah Perseketuan memutuskan yang negeri tiada kuasa menjalankan undang-undang jenayah syariah walaupun atas nama Islam dibawah negeri-negeri, maka kesalahan tidak melaksanakan hudud seratus peratus jatuh kepada kerajaan pusat.

Maka atas dasar itu, jika selepas umat Islam menyambut kemenangan sebulan Ramadhan, Kartika akan disebat jua bagi menjalalankan perintah Y.A Hakim Mahkamah Syariah Kuantan, Abdul Rahman Mohd Yunos, ianya akan menjadi satu keputusan rujukan kepada lain-lain mahkamah syariah di Malaysia. Ini kerana Perseketuan tidak membenarkan wanita disebat. Jika Kartika disebat atas alasan ianya dibenarkan oleh Islam, maka akan ada juga tafsiran yang Islam membenarkan sebatan sehingga seratus kali, memotong tangan dan sebagainya. Ianya akan cepat meluas,kuasa hakim mahkamah syariah yang sebelum ini dipandang enteng mula digeruni, masaakan tidak mahkamah syariah Kuantn terletak dalam negeri Pahang yang mana PM kita adalah dari sana dan lebih dari itu DS Najib adalah bekas MB Pahang!



Jika benar sebatan tetap berlaku ke atas Kartika, kebangkitan Mahkamah Syariah akan dapat dilihat dengan cepat terutama dinegeri-negeri PR. Ini kerana yang memulakan ialah negeri PM, mengikut negeri PM adalah lebih baik dari mengikut negeri Tok Guru. Kalian tentu perasan tentang bagaimana PR kehilangan kuasa keatas pentadbiran Islam dinegeri-negeri pentadbiran mereka. Para pengarah Jabatan Agama Negeri dan Pengerusi Majlis Agama Negeri adalah berkuasa penuh mengalahkan Exco kerajaan negeri atas nama kuasa mereka diberi oleh Sultan. DS Nizar menghadapi masalah besar apabila cuba menukar Pengarah JAIP, masalah yang sama turut dihadapi di P.Pinang bila perkenan Agong tidak diperolehi untuk menukar ADUN UMNO yang mengetuai JAIPP, malah di Pulau Pinang, kerajaan negeri tiada kuasa soal zakat melainkan JAIPP. Masalah juga berlaku di Selangor dan Kelantan. Cuma di Kedah tidak kedengaran masalah yang serupa.

Kuasa keatas mahkamah syariah adalah sesuatu yang baik, tetapi perlaksanaannya perlulah secara berhemah agar tidak melihat syariah itu suatu yang kolot dan suka menghukum. Kepada bukan Islam, janganlah campur tangan kerana kamu tidak disentuh oleh Mahkamah Syariah. Setakat ini hanya dua DUN sahaja yang meluluskan undang-undang jenayah syariah Islam seperti yang dianjurkan oleh Islam iaitu Kelantan dan Terengganu. Undang-undang tersebut diluluskan didalam DUN. Jika Kartika boleh disebat dengan mengatasi Perlembagaan atas nama Islam milik negeri,maka undang-undang jenayah Islam yang diluluskan oleh DUN juga sudah tentu boleh dilaksanakan mengikut sentimen ini. Sama-samalah kita tunggu Idilfitri ini, sama ada mahkamah Syariah akan tersudut didinding, atau berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan Mahkamah Sivil. Keputusan ini sangat sukar, tidak diberi dituduh menghina syariah dan bakal hilang undi Melayu, di beri takut pula kesan undi bukan Melayu dan kecaman antarabangsa. Yang pasti, rakyat semakin celik dan banyak juga NGO Melayu yang aktif mempertahankan Melayu dan Islam. Penakiri mendoakan agar Mahkamah Syariah diberi kuasa yang sewajarnya.

1 ulasan:

  1. Hukuman Islam sepatutnya lebih lembut dan lebih berperikemanusiaan; bukan lebih keras dan lebih kejam.

    Saidina Umar pun tak potong tangan pencuri, walaupun hukum hudud menetapkannya begitu.

    Mungkin Saidina Umar lebih berperikemanusiaan daripada sesetengah hakim mahkamah syariah kita.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama