Pengikut Setia - Terima Kasih

Jumaat, 11 September 2009

Usahawan Nuklear Dicari?


Australia siasat broker nuklear warga Malaysia

MELBOURNE - Akhbar The Age semalam melaporkan seorang ahli perniagaan warga Malaysia yang menjadi broker perjanjian bagi mencetak mata wang untuk dua syarikat Australia di Malaysia turut menjalankan aktiviti sebagai broker program senjata nuklear Pakistan.

The Age melaporkan, pasukan petugas Polis Persekutuan Australia kini menyiasat bayaran yang dibuat oleh sebuah daripada syarikat itu yang membabitkan wang berjuta-juta dolar dalam bentuk komisen.

Pembayaran kepada orang tengah rakyat asing berkenaan dipercayai digunakan untuk membantu memuktamadkan perjanjian bagi mencetak wang di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Bekas sekutu perniagaan ahli perniagaan warga Malaysia itu memberitahu akhbar berkenaan bahawa, beliau mendakwa mempunyai hubungan dengan pegawai kanan tertinggi di Malaysia dan khidmatnya boleh digunakan untuk membantu menguruskan perjanjian untuk syarikat asing.

Syarikat-syarikat Australia memenangi kontrak mencetak mata wang di Malaysia pada 1998 dan 2004 untuk wang kertas polimer buatan Australia.

Malaysia memperkenalkan wang kertas polimer peringatan RM50 pada 1998 ketika menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ke-16 dan wang kertas polimer RM5 pada 2004. - Bernama

s.i.n.i

Jeng jeng jeng.. Ingat lagi tak siapa punya syarikat?

4 ulasan:

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama