Pengikut Setia - Terima Kasih

Rabu, 16 September 2009

Najib 1Malysia - Rakyat didahulukan..




Berita TV 1 malam tadi menunjukkan bagaimana satu perubahan keatas Pudu Raya, stesyen bas utama rakyat Malaysia telah berubah wajah seperti mana yang dijanjikan oleh DS Najib hasil lawatanya yang popular dengan kata-kata 'saya lihat sendiri dan saya hirup baunya'. Gambaran dari vidio yang ditayangkan menunjukan tempat menunggu di Pudu Raya telah berubah sekurang-kurangnya seperti LCCT di Sepang.

Langkah ini tentu sekali melegakan rakyat Malaysia terutama berpendapatan rendah yang akan berpusu-pusu menggunakannya Pudu Raya bagi pulang ke kampong sempena cuti Idilfitri. Seorang kolumnis Harakah yang terkenal, Saudara Lanh adalah pengguna tetap Pudu Raya. Setiap hari beliau akan menggunakan bas bagi perjalanan Melaka- KL.

Dalam penulisanya, beliau acap kali membangkitkan tentang masalah di Pudu Raya. Beliau membandingkan Pudu Raya yang sering digunakan oleh golongan berpendapatan rendah tidak berubah sejak tiga puluh tahun dahulu, berbanding lapangan terbang baru KLIA yang dibangunkan kerana penggunanya adalah dari golongan berada walaupun lapangan terbang Subang masih elok.

Orang miskin dan berpendapatan rendah sering dikaitkan sebagai rakyat, walaupun rakyat adalah sesiapa sahaja yang menjadi rakyat kepada sesebuah negara. mengutamakan rakyat adalah dianggap lebih tepat jika mengutamakan golongan berpendapatan rendah. 'Rakyat' sering bising-bising memperjuangkan hak mereka, tetapi sering orang kaya yang tidak bising ini mendapat haknya. Kerajaan membina KLIA, lebuhraya yang baik,pondok polis dan sebagainya dikawasan orang kaya.

Syarikat swasta juga sering mengutamakan orang kaya, rumah-rumah dibina dengan mewah,padang golf tumbuh melata,pusat beli belah penuh esklusif seperti The Curve dan Pavillion.Pusat perubatan swasta kini berbintang, Petronas turut menubuhkan Prince Court yang tentunya tidak mampu digunakan oleh 'rakyat' tadi. Semuanya untuk orang kaya yang tidak dipandang sebagai rakyat.

Tetapi rakyat sebagai golongan terbanyak adalah kuasa undi yang ditakuti.Akhir-akhir ini rakyat menunjukkan bagaimana kuasa mereka mengalahkan parti kerajaan pusat. Kehendak-kehendak serta keselesaan rakyat kini perlu dipenuhi. Pudu Raya yang dekat dengan rakyat diberi imej baru, tidak sedikit peruntukan yang dilaburkan. Selain itu satu steyen bas sementara dibina di Jalan Hang Tuah bagi mengelakkan bas beratur yang menyebabkan kesesakan teruk disekirar Pudu Raya. Semua ini dapat dinikmati oleh rakyat sebelum idilfitiri.

Sebelum itu kerajaan telah mengumumkan peruntukan berpuluh bilion untuk menaik taraf perkhidmatan pengankutan awam di Malaysia, terbaru 7 bilion lagi untuk menyambung perkhidmatan LRT PUTRA dan STAR ke kawasan bandaran baru di Putra Hight. Malah ERL iaitu perkhidmatan keretapi laju yang sesuai untuk orang kaya ini akan menyambung relnya sepanjang dua kilometer lagi ke LCCT yang biasa digunakan oleh rakyat.

Menteri Wilayah Perseketuan dalam tinjauanya di Masjid India baru-baru ini turut berjanji akan menaik taraf kawasan tersebut dan membiarkan ianya menjadi pusat beli belah utama rakyat walaupun menyedari kesan trafik terjejas dikawasan sekitar. Ini semua untuk peniaga bawahan yang digelar rakyat!

DS Najib petang tadi turut melawat Stesyen Minyak Petronas di Bangsar, sekali lagi DS Najib dapat melihat sendiri dengan matanya kesusahan pemandu teksi beratur mengisi gas NGV dan dapat pula menghirup bau petrol RON 95 yang mungkin akan digunakan oleh pasukan F1 1Malaysia Lotus itu nanti. Melihat keadaan itu DS Najib menambah dua lagi stesyen NGV di Lembah Kelang iaitu di Jalan Chocrane dan Bandar Tun Razak. Ianya tentu sekali melegakan usahawan teksi yang turut digelar rakyat.

Menghadapi Idilfitri yang suram kerana ekonomi yang melanda, kaki tangan kumpulan sokongan iaitu golongan berpendapatan rendah dalam perkhidmatan kerajaan yang turut digelar rakyat boleh menarik nafas walaupun tidak lega sepenuhnya dengan duit raya khas sebanyak RM 500.00 dengan dua kali bayaran.

DS Najib menunjukan kesungguhanya untuk menarik balik sokongan rakyat kepada BN. Tapi apakan daya, apabila langkah DS Najib ini tidak pula dikuti oleh orang bawahannya. Tee Kiat dan Soi Lek sedang berkungfu, 10 oktober bakal menjadi saksi. Samy Vellu pula menongkah arus aspirasi anak muda apabila beliau dan konco-konconya kekal didalam MIC. Belum lagi dikira gelagat anggota parti yang perkauman.

11 Oktober nanti, BN terutamanya UMNO akan berhadapan sekali lagi satu PRK. Menurut DS Najib yang sedar tentang kepentingan PRK Bagan Pinang ini, BN akan lakukan apa sahaja untuk memastikan kemenangan BN. Seperti yang ditulis diatas, DS Najib seolah-olah telah melakukan yang terbaik untuk rakyat keseluruhanya. Semuanya untuk rakyat. Tetapi hairan juga dengan projek raksaksa iaitu F1 1Malaysia Lotus. Dianggarkan kos setahun pasukan F1 mencecah 1Bilion setahun. Petronas mempunyai pengalaman dalam hal ini. Adakah keuntungan yang bakal diperolehi melebihi kos tersebut, jika tidak alangkah baiknya perumahan untuk rakyat diperluaskan. Hospital-hospital kerajaan ditambah jumlah wad dan prasarana yang selesa serta kelengkapan yang terkini.

Selain soal F1, timbul pula soal kroni dalam perkhidmatan bas untuk PLKN s.i.n.i Diharap soal ini adalah spekulasi semata-mata. Penakiri juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pentadbiran DS Najib diatas pembebasan lima tahanan ISA. Namun hasrat rakyat ISA adalah dimansuhkan.
Semoga segala usaha DS Najib datang dari keikhlasanya untuk membantu rakyat dan segala usaha ini berterusan tanpa mengira fahaman politik.

3 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin

    BalasPadam
  2. selamat hari raya juga kepada Pok Li dan semua pembaca Penakiri

    BalasPadam
  3. salam satu malysia.saya wakil dari semua kolej kolej dan politekink sultan haji ahmad shah berasa amt kecewa keran komuniti india tidak diberikan cuti sempena sambutan thaipusam.kami tidak dapat menunaikan hajat kami untuk perdi ke batu caves pada hari esok.kami amat berharap perdana mentari akan mengambil tindakan yan wajar terhadap perkara ini.sekian terima kasih

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama