Pengikut Setia - Terima Kasih
Jumaat, 11 September 2009
Pencalonan Isa resahkan Muhyidin
Dalam pemlihan UMNO baru baru ini, menyaksikan perebutan tiga penjuru jawatan Tim. Presiden UMNO. Walau bagaimanapun, menjelang hari pertandingan menyaksikan pertembungan satu lawan satu iaitu TS Muhyidin menentang TS Muhammad2 Taib. Ini bukan bermaksud calon ketiga DS Ali Rustam menarik diri, tetapi beliau telah ditarik keluar atas pertuduhan politik wang.
Formula didalam UMNO mudah sahaja, jika kamu diarahkan turun, kamu perlu turun dan jangan melawan, melawan ertinya tamatlah riwayat politik anda jika anda bukan tokoh yang kuat. Sebab itu Ali Rustam masih kekal sebagai KM Melaka dan pemimpin kanan UMNO. Tokoh-tokoh lain yang tidak diapa-apakan dari segi undang-undang kerajaan setelah disabitkan dengan undang-undang UMNO ialah TS Isa Samad.
TS Muhyidin yang dilihat sukar dicabar kerana orang yang menentangnya kurang bertokoh, berjaya dalam pertandingan merebut jawatan Tim. Presiden UMNO. Beliau kemudiannya dilantik sebagai TPM, satu jawatan yang kritikal sekaligus menjawat jawatan panglima perang bagi BN jika berlaku PRK.
Beregu Najib-Muhyidin bukanlah satu beregu yang dilihat baik. Najib dalam tidak-tanduknya lebih memntingkan untuk menarik kembali sokongan dan kepercayaan rakyat kepada BN. Penubuhan badan khas PKFZ, duit raya untuk kaki tangan awam, pendakwaan segera keatas pendemo kepala lembu dan terbaru mengajak PAS bersatu dan mengistiharkan UMNO sebagai parti Islam.
Muhyidin pula dengan agenda tersendiri, cuba menjadi hero dengan menggelar orang lain pengkianat (walaupun tuduhan tersebut kembali kepadanya) campur tangan yang tidak diundang dalam politik Terengganu, melambat-lambatkan pemansuhan PPSMI dan sering membangkitkan isu perkauman. Kini TS Muhyidin yang bakal mengembeling tenaga di PRK Bagan Pinang berdepan pula soal calon yang akan mewakili UBN. Bahagian Telok Kemang sebulat suara mencalonkan ketua mereka TS Isa Samad. Sesuatu yang jarang berlaku kerana selalunya bahagian akan mencalonkan senarai nama,bukan calon tunggal. Ini menunjukan yang Isa sangat berpengaruh disana dan jika mewakili UBN, peluang Isa sangant cerah untuk menang, tetapi kemenangan UBN buat kali pertama di Semenanjung bukanlah dengan kemenangan Isa.
Kemengangan Isa bakal menyaksikan kebangkitan bekas Naib Presiden paling kanan itu, beliau akan dijulang sebagai hero kerana membawa kemenangan pertama buat UBN setelah diselubungi kekalahan demi kekalahan. Kebangkitan ini lah yang merisaukan MB N9 dan TS muhyidin. Sekali lagi TS Muhyidin mementingkan agendanya dengan meminta calon lain untuk dipertimbangkan, dan bukannya seorang calon sahaja. (menunjukan ketidak senanganya dengan Isa)
Jika KPI dibuat untuk TS Muhyidin, ternyata beliau gagal sebgai pemimpin kerajaan dan politik. Kegagalan beliau bukan kerana kurangnya ketokohan dan kepintaran beliau, tetapi kerana agenda peribadi beliau dalam mengejar cita-cita ke jawatan yang lebih tinggi. Sebab itu DS Najib kelihatan berseorangan dalam misi 1Malaysianya, manakala TS Muhyidin dengan misi tersendiri, dipercayai TS muhyidin telahpun mempunyai pelan beliau sendiri bagi menyingkirkan Najib. Namun DS Najib juga bukan bodoh, peluang kemenangan UBN dalam PRK Bagan Lalang dengan pencaloan Isa akan digunakan untuk menyekat pengaruh TS Muhyidin. Peluang tak selalu datang. Orang yang terbaik ialah orang yang tahu menggunakan peluang. Wallahualam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam.
BalasPadamSaya bukanlah penganalisis politik dan jarang sekali berminat untuk ambil tahu isu politik semasa melainkan 'siapa yang menang pilihan raya'. Selepas membaca catatan ini, barulah saya terfikir sesuatu. Oh, begini kisahnya! Hehehee..