Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 15 September 2009

Tahniah D. Khir Baharom


Lulusan STAM kini diterima belajar di IPTA

PUTRAJAYA: Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kini diterima melanjutkan pengajian di IPTA selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf peperiksaan itu setaraf Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, pagi ini.

Komen Penakiri

Tahniah diucapkan kepada D. Khir Baharom Menteri JPM bagi hal ehwal Islam kerana memartabatkan STAM. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh TS Muhyidin sebagai Men. Pelajaran turut disertai Men. Pengajian Tinggi dan Khir sendiri selaku Menteri JPM bagi hal ehwal Islam. Keputusan ini adalah satu keputusan yang telah lama ditunggu tunggu oleh aktivis Islam. Penakiri mencadangkan agar selepas ini D. Khir membuat mesyuarat pula dengan KSN dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Men. JPM berkaitan supaya dapat lepasan STAM menjawat jawatan setaraf STPM didalam perkhidmatan awam seperti penolong pegawai tadbir N27. Moga usaha D.Khir memartabatkan Islam di Malaysia dipermudahkan Allah. Jika Malaysia boleh hantar pasukan F1, masakan tidak untuk martabatkan Islam

1 ulasan:

  1. salam
    sangat setuju supaya pelajar2 aliran agama ini juga diberi ruang dan peluang dalam pendidikan dan pekerjaan di Malaysia.Mereka ini boleh menjadi imej bahawa Islam bukan sahaja unggul dalam hal akidah dan agama semata tetapi juga ilmu2 fardhu kifayah

    SALAM LEBARAN
    ZHARIF

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama