Pengikut Setia - Terima Kasih

Isnin, 1 Jun 2009

Berita lawak hari ini

Guna ISA hukum mereka sokong Chin Peng - PBTM

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak termasuk pemimpin politik yang mengesyor dan menyokong saranan agar bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibenar pulang ke tanah air perlu dihukum di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tegas Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, pihaknya berpendapat sesiapa yang mengeluarkan dan menyokong saranan sedemikian sama seperti anggota komunis.

"Apakah untung kembalinya seorang ketua komunis ke Malaysia.

"Kepada rakyat yang sokong kepulangan Chin Peng ke Malaysia dianggap komunis.

"Mereka berjiwa komunis dan mengiktiraf perjuangan parti komunis," kata beliau pada sidang media di sini pagi ini.

Sidang media ini diadakan ketika syor Chin Peng dibenar pulang ke tanah air menjadi polemik sejak seminggu lalu.

"Saya memang berharap pada kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik kerana saya anggap mereka komunis," katanya lagi," katanya.

Tambah beliau, walaupun kerajaan sebelum ini mengatakan bahawa tindakan tidak akan diambil ke atas mereka terbabit tetapi PBTM merasakan tindakan tegas perlu dikenakan.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu, pihaknya akan menganjurkan Perhimpunan Mangsa Chin Peng, dijangka bulan ini.

PBTM mahu mengadakan majlis sedemikian untuk menggambarkan kesukaran dan keperitan hidup ketika era komunis, katanya.

Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertahanan esok untuk membincangkan rancangan mereka itu.

Pada sidang media itu, enam anggota tentera yang cedera parah dan kehilangan anggota badan ketika terlibat dalam operasi membanteras pengganas komunis turut hadir.

Mereka ialah Kpl (B) Rosli Adnan yang hilang kedua-dua kakinya; Kpl (B) Hamzah Hassan yang kaki kanannya terputus dari paras lali dan kaki kiri cedera; Kpl (B) Madin Nasir yang lumpuh dari pinggang ke bawah; Kpl. Muhammad Sham Harun yang cacat penglihatan; Kpl (B) Awang Ahmad Yaacob yang kudung tangan kanan dan Mej (B) Ahmad Shafie Abdul Manan yang kudung tangan kanan kerana jerangkap samar.


p/s siapa nak anjur kisah mangsa memali?

1 ulasan:

  1. Macam-macam perhimpunan ...
    yang halal tu ada air dihidang utk makan-minum,
    yang haram tu..air disembur jadi asid

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama