Pengikut Setia - Terima Kasih

Jumaat, 26 Jun 2009

Menteri Agama Cadang Hudud?

Hudud: Gerakan pandang berat kenyataan menteri
Gerakan memandang berat kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat semalam bahawa hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras jenayah ragut di negara ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin berkata, kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat, khususnya bukan Islam.

Menurutnya, satu aspek hukum hudud ialah hukuman memotong tangan penjenayah yang mencuri atau meragut beg.

Lim berkata, pindaan boleh dibuat terhadap undang-undang jenayah negara jika ia terlalu lembut untuk menangani peningkat kes jenayah.

Katanya, ia termasukkan jenayah ragut di mana mangsa diseret dari motosikal mereka, mengakibatkan tercedera dan ada yang terbunuh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun hanya umat Islam tertakluk kepada hukum hudud, tetapi anggota masyarakat lain merasakan ia tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Bagaimanapun, beliau gembira kerana kerajaan memandang berat terhadap usaha untuk membanteras jenayah kecil dan besar di negara ini.

p/s UMNO jangan berlengah lagi, sila sokong.. Faham pula si lim yang ianya hamy untuk orang islam? kenapa nak berasa tidak selesa? kami pun tak selesa dengan babai, arak dan judi..

4 ulasan:

  1. Wah.. satu perkembangan yang amat menarik..

    BalasPadam
  2. UMNO lah yg selama ini mengelirukan persoalan hudud kpd non muslim...

    dah lebih 50 tahun dah UMNO memerintah, non muslim masih lg blur...apa itu hudud...

    sy pernah jelaskan persoalan hudud ini kepada rakan sekerja yg non muslim..hasilnya..dia menyuarakan pendagn agar hukum hudud ini dilaksanakan..."kalau kita x buat salah buat apa nk takut", katanya.

    BalasPadam
  3. oleh kerana kau kawan aku, bila dah laksana hukum hudud, aku merayu diberikan peluang utk hidup dlm pelarian di luar Malaysia. tak sanggup rasanya melihat Islam disalahgunakan utk kepentingan org2 berkuasa, yg dlm sejarahnya belum pernah berubah - utk menindas rakyat jelata dan mengkayakan diri sendiri atas apa jua namanya, kaum, agama, kelas dll. apatah lagi yg melaksanakan hukumannya masih lagi org2 yg sama, polis yg sama juga, yg berubah hanya seragam dan rupa dan cara hukuman. sama saja kepura-puraan.

    BalasPadam
  4. allahuAkhbar.kalaulah betul UMNO berani menjalankan hukum,saya akan menyokongnya sampai mati.

    malangnya PAS dah tak nak hukum hudud lagi.silalihat youtube "siapa mohammad nizar jamaluddin"

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama