Pengikut Setia - Terima Kasih

Sabtu, 13 Jun 2009

Rasuah-Punca MRR2 Retak?

SPRM putuskan dakwaan terhadap dua 'Datuk' - Nazri
KUANTAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memutuskan dalam tempoh terdekat sama ada untuk mendakwa dua "Datuk" yang dibabitkan dengan kes rasuah berhubung pembinaan projek Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Beliau berkata ketika ini pihak SPRM telah pun selesai melakukan siasatan berhubung kes itu.

"Siasatan telah habis dan SPRM sudah mengumpul bukti dan kemungkinan untuk mendakwa terhadap tertuduh ini, keputusan itu akan dibuat secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang mahu SPRM mengambil tindakan segera ke atas dua anggota Umno yang bergelar Datuk yang disyaki terbabit dalam kes rasuah berhubung pembinaan MRR2.

Nazri berkata SPRM akan melakukan siasatan secara bebas dan adil tanpa mengira kedudukan pihak yang disabitkan rasuah itu.

"SPRM akan bertindak adil dan bebas tanpa mengira orang yang disiasat atau didakwa itu datang dari parti tertentu, kita tak kira, kalau cukup bukti daripada siasatan dan ada keperluan untuk mendakwa, maka SPRM akan memutuskannya (untuk didakwa)," katanya.

Beliau berkata pihak kerajaan atau Umno juga tidak akan campur tangan dalam siasatan terhadap pemimpin Umno atau ahlinya yang terbabit rasuah.

Ditanya mengenai persepsi pihak tertentu bahawa SPRM kini dilihat lebih "menyerang" pemimpin-pemimpin Umno berhubung kes rasuah, Mohamed Nazri berkata perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

"Persepsi itu tidak betul.., mana lebih penting, lawan rasuah atau hendak parti (Umno) membela seorang yang dituduh melakukan rasuah, saya kira ini adalah satu usaha membersihkan parti daripada gejala rasuah, itu lebih penting daripada hendak menjaga nama parti atau cuba melindungi perbuatan itu," katanya.

Mohamed Nazri berkata persepsi berkenaan juga mungkin disebabkan Umno merupakan sebuah parti besar dan berkuasa dan segala tindak tanduk pemimpin dan anggotanya tentulah sentiasa menjadi perhatian rakyat.

"Bagi parti yang berkuasa ini, tentulah macam-macam berlaku, orang tak bercakap pasal parti lain yang tidak berkuasa dan tidak memerintah.

"Kita perlu menyambut baik usaha SPRM ini, ianya tidak mendatangkan malu kepada kita, jika SPRM mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit rasuah, maka kita akan dapat membanteras rasuah dalam Umno, dan rakyat akan kembali yakin kepada Umno," katanya. BERNAMA

p/s- Dulu masa aku andaikan mrr2 dikaitkan dengan rasuah, pakcik dan nenek aku tak percaya, masa tu aku sebagai penghuni sungai buloh terasa seksa sangat dengan penutupan lebuhraya setahun jagung tersebut. Bos aku dulu di syarikat pembinaan pernah cakap yang harga rumah tidak akan semahal sekarang jika proses pembinaan ( dari mendapatkan tanah sehingga kelulusan lain dan sijil menduduki) tidak dihiasi dengan rasuah. Rasuah akan melibatkan sekurang-kurangnya dua bencana, pertama kenaikan kos asal, kedua pengurangan kualiti. Kedua-duanya adalah kerana untuk kekalkan margin untung. Yang paling teruk adalh kedua, lihat sahaja mrr2, berapa kos membaikinya? stadium batu burok?

2 ulasan:

  1. Salam.

    Kebarangkalian segala yang 'bocor, retak dan runtuh' di Tanah Melayu ini berlaku akibat penyelewengan. Tidak kira sama ada rasuah, urus niaga yang tidak betul atau pembuatan yang tidak menepati spesifikasi.

    Jika semua orang berpegang kepada ajaran agama masing-masing (ya, semua agama menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran), pasti keadaan ini dapat kita elak.

    Semalam, seorang kawan berbangsa Hindu berkata, "inilah akibatnya kalau tidak ikut apa yang tuhan suruh, semuanya akan hancur... sekarang tuhan mahu 'ajar' kita la"...

    BalasPadam
  2. Bersedialah,
    skrg ni musim 'runtuh' jgn nanti ada kes org selayang msk frontpage kena hempap...
    JKR jgn marah kalau org kata cara depa kerja ni " bila dah runtuh baru nak ambil tindakan..setakat aduan' msh tahap selamat pd tafsiran mereka

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama