Ramai bekerja lebih masa ekoran kelembapan ekonomi
KUALA LUMPUR: Lebih ramai rakyat Malaysia bekerja lebih masa ekoran kelembapan ekonomi, menurut tinjuan perunding pekerjaan sebuah web global, Robert Walters.
Lebih separuh daripada responden, 58 peratus mendakwa bekerja antara satu dan lebih 10 jam seminggu, kata perunding itu dalam kenyataan hari ini.
Sekurang-kurangnya 25 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa mereka bekerja lebih masa antara lapan dan 10 jam seminggu, lima peratus antara enam dan lapan jam seminggu, 15 peratus antara tiga dan lima jam seminggu dan 13 peratus sehingga dua jam seminggu, menurut kenyataan itu. s.i.n.i
p/s Kawan aku seorang pekerja berpendapatan rendah, seorang perempuan yang mempunyai anak berusia setahun terpaksa berkerja sehingga tiga syif pada hujung minggu untuk membantu suami menyerap tekanan ekonomi sekarang. Ini adalah salah satu bukti dari kajian diatas.
Rakyat terbanyak adalah orang yang paling terasa sekali dan paling layak menceritakan tentang ekonomi sekarang. Cuba lihat sekarang bagaimana tumbuhnya peniaga kecil-kecilan seperti car boot di tempat-tempat tumpuan ramai seperti di medan selera, bank dan sebagainya. Mereka ini adalah antara yang terkesan dengan ekonomi sekarang. Mereka adalah pekerja yang telah berkerja selama lapan jam, balik rumah dan pada malamnya menjual peragai barangan untuk mencari sedikit rezeki bagi sesuap nasi kerana gaji habis membayar hutang. Kalau begini maka tidak hairanlah institusi keluarga semakin runtuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama