Pengikut Setia - Terima Kasih

Ahad, 7 Jun 2009

Muktamar PAS 09 - Komen 1


Politik Hj Hadi

Sebelum pemilihan PAS 09, Harakah organ penerangan PAS memberikan peluang kepada Presiden PAS itu untuk menjawab tentang kerajaan Perpaduan anjuranya. Dalam temu bual tersebut Hj Hadi menerangkan tentang kerajaan perpaduan tersebut. Reaksi segera dari temubual tersebut HJ Hadi kemudianya menarik balik cadangan tersebut dengan alasan ahli PAS rata-ratanya tidak faham.

Kerajaan Perpaduan pada pendapat Penakiri adalah sesuatu yang baik, tetapi bukanlah dalam keadaan terdesak sekarang ini untuk menerima gagasan tersebut. Cadangan kerajaan perpaduan ditolak kebanyakan ahli PAS terutamanya mereka yang percaya yang PR berpeluang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti. Penolakan itu terserlah apabila Ada pencalaonan lain selain HJ Hadi untuk Presiden PAS. Selain itu ada juga PAS kawasan yang tidak mahu meletakan calon untuk jawatan presiden (enggan calonkan Hj Hadi). Pencalonan PAS Bukit Bintang terhadap Nik Aziz boleh lah dilihat sebagai satu lawak, ini kerana Nik Aziz sudah terlalu tua untuk jawatan Presiden PAS, dan tentu sambutan terhadap pencalonan itu hambar.Tetapi sebenarnya tiada calon yang lebih berpengaruh.

Calon lain yang layak untuk dicalon bagi menentang Hj Hadi ialah Ust Azizan. Ust Azizan kemudiannya memberikan tanda seperti ingin bertanding apbila berkata sedia menerima apa jua pencalonan untuk sebarang jawatan. Namun memikirkan urusan mempertahankan negeri yang diperintahnya dari jatuh adalah satu kewajipan yang lebih besar, maka beliau kemudiannya menolak untuk semua jawatan kecuali AJK Pusat. Ust Azizan tentu tidak mahu menjadi seperti terengganu, Hj Hadi sebagai MB, Ketua Pembangkang di Parlimen dan juga sebagai Presiden PAS. Tetapi akhirnya PAS Terengganu ditenggelami oleh gelombang biru. Krisis rampasan kuasa di Perak juga mebuatkan semua Pesuruhjaya PAS negeri yang PR memerintah mengambil sikap tidak mahu bertanding dan menumpukan kepada negeri masing-masing. Selain Ust Azizan mereka ialah DS Nizar dan D.Dr Hasan Ali.

Tindakan-tindakan ini (protes) menyebabkan Hj Hadi terus senyap tentang isu kerajaan perpaduan, sebaliknya memasang strategi lain. Hj Hadi yang mendapat simpati ahli kemudiannya terus menerima pencalonanan dan kemudianya menang tanpa bertanding. Kemenangan yang telah dijangkakan itu kemudianya membolehkan Hj Hadi mengatur barisan kepimpinannya.

Bermula dengan kembalinya Ust Taib menerajui Dewan ulama'. Beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut. Ust Taib adalah bekas ketua dewan ulama yang tidak mempertahankan jawatan setelah memilih untuk merebut jawatan Tim. Presiden PAS, namun kalah ditangan Ust Nasa.

Kemudianya kemenangan tanpa bertanding bagi semua saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS. Walhal pada mulanya pertandingan dijangka sengit dengan penglibatan Tim. speaker DUN Kelantan iaitu YB Zaki yang juga bekas ketua Pemuda PAS Kelantan. Begitu juga jawatan tim. K.Pemuda PAS, dimenangi oleh orang kanan Hj Hadi.

Umum mengetahui, Ust Taib dan Ust. Azman Shapawi merupakan tokoh ulama' dari Terengganu yang condong kepada Hj Hadi. Ust Taib sebagai Ketua Dewan ulama' dulu pernah menegur TG Nik Aziz secara terbuka berkenaan isu Mawi.

Dan akhir sekali ialah membantu kemenangan Ust Nasa sebagai Tim. Presiden. Bantuan tersebut boleh dilihat secara jelas apabila hj Hadi merasmikan mesyuarat agung PAS Kawasan Bachok yang mana Ust Nasa merupakan AJK PAS kawasan tersebut merangkap ahli Parlimen Bachok. Ust Nasa yang selama ini diam melihat pencalonan bertali arus terhadap beberapa pemimpin lain kemudiannya bersuara mempertahankan diri dalam ucapan perasmian dewan pemuda PAS.



setelah semua perancangan ini selesai dan berjaya pula, maka Hj Hadi dalam ucapan perasmian kembali melaungkan kerajaan perpaduan. Kerajaan perpaduan sebenarnya perlu melibatkan semua parti, bukan PAS dan UMNO sahaja. Namun Lim Kit Siang selaku Penasihat DAP berkata tiada isu kerajaan perpaduan yang dibincangkan dalam pakatan. Jika benar kenyataan Lim, maka Hj hadi sepatutnya lebih berhati-hati demi menghormati komponen PR yang lain. Ini kerana gabungan PAS bersama PR adalah kemenangan paling besar pembangkang di Malaysia,

Persoalanya sekarang kenapa Hj Hadi bermain politik dalamm isu ini? Walaupun sedar akan ditolak oleh perwakilan terutamanya TG Nik Aziz, tetapi Hj Hadi seolah-olah lebih selesa berkerjasama dengan Najib berbanding anwar? Dan lagi satu adakah kini ahli PAS suadah faham yang menyebabkan Hj Hadi tidak sabar-sabar melaungkan gagasan beliau seawal ucapan perasmian? Dan lagi Hj Hadi juga pernah berkata tiada kerajaan perpaduan apabila Najib memerintah, maka adakah Hj Hadi melihat kini orang lain yang memerintah,bukan Najib lagi? Menarik juga melihat bagaimana media mengagungkan Hj Hadi setelah puas menghentam beliau suatu ketika dulu. Apa yang tidak dikata pada hj Hadi dulu? ortodok, kasar, berfikiran tertutup dan sebagainya. Kini Utusan menyeru untuk menyahut gagasan Hj Hadi pula.

1 ulasan:

  1. entahleer..dah nasib rakyat di sini...sejarahnya bukan shj sejarah perjuangan kelas tertindas dan kelas menindas, tetapi sejarah pengkhianatan hasrat rakyat!!!

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama