Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 4 Jun 2009

Menteri Pertahanan letak jawatan?

SYDNEY 4 Jun - Menteri Pertahanan Australia, Joel Fitzgibbon meletakkan jawatan hari ini kerana 'beberapa kesilapan berkaitan dengan akauntabiliti'.

Fitzgibbon mengambil tindakan itu berikutan pendedahan beliau memanggil seorang jeneral tentera yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan kesihatan pertahanan untuk menghadiri satu mesyuarat dengan saudara lelaki beliau yang mengetuai sebuah syarikat insurans.

"Menteri berkenaan telah menawarkan peletakan jawatannya, saya menerimanya dan menganggapnya sebagai langkah yang sewajarnya diambil," kata Perdana Menteri, Kevin Rudd.

Menurut Rudd, Fizgibbon telah menanggung akibat yang besar kerana kesilapannya itu, yang menyusuli beberapa kesilapan lain yang telah menyebabkan kedudukannya dipersoalkan.

Fitzgibbon menghadapi tekanan untuk berundur berhubung dua lawatannya ke China yang dibiayai oleh seorang ahli perniagaan Australia berketurunan Cina.

Minggu ini, beliau juga mengaku gagal mendedahkan bahawa syarikat saudara lelakinya telah membiayai penginapan beliau selama semalam di sebuah hotel.

"Sudah tentulah kita berasa sedih tetapi adalah penting kita menjaga tahap akauntabiliti yang tinggi di kalangan menteri.

"Kerana itulah saya percaya menteri berkenaan telah bertindak secara bertanggungjawab," kata Rudd yang memberitahu wartawan, beliau akan mengumumkan pengganti tidak lama lagi.

Peletakan jawatan itu merupakan krisis politik pertama yang dihadapi oleh Rudd sejak menubuhkan kerajaan pada akhir 2007.

Ia juga memberi tamparan kepada beliau kerana Fitzgibbon merupakan sekutu utama dan menteri kanan dari negeri New South Wales, negeri paling banyak penduduk yang memainkan peranan penting bagi memenangi pilihan raya kebangsaan. - AFP

p/s - Di Malaysia tak ada siapa yang nak lahirkan tanggungjawab apabila Stadium runtuh, MB ke, Men Beliadan Sukan ke atau Men. Kerjaraya.

Kes pelabuhan yang membabitkan sejumlah wang sehingga 12 bilion pun tak nampak lagi siapa yang nak bertangungjawab. Jumlah tersebut boleh buat 300 ribu lebih rumah kos rendah untuk rakyat.


Munkin boleh baca artikel saya yang lepas berkenaan perletakan jawatan s.i.n.i

7 ulasan:

  1. Sini bukan Jepun atau Australia..
    pemimpin di negara ini lebih gentlman.
    ( atau budaya suka tuding jari?)

    BalasPadam
  2. entah lah.. Dapat jawatan dapat segalanya kot..

    BalasPadam
  3. Di Tanah Melayu ini, tiada siapa yang mahu melepaskan lombong emas di hadapan mata.

    BalasPadam
  4. kat malaysia usah cerita.. dapat jawatan .. itulah kesempatan mereka korek sana sini ... jangan kata yang sedia ada.. yang baru2 ini pun 2 x 5 jer..

    BalasPadam
  5. Time ni orang nak main tunjuk dia tu dia ni yang bertanggungjawab diatas stadium runtuh. Maknanya yang menunding tu lagi tak bertanggungjawab .. menaburkan fitnah bukan ke berdosa? zaman ni dosa tu tolak ketepi dah ..

    300K dimanfaatkan utk rakyat adalah idea yang terbaik sekali .. tapi bila lagi nak merasa kalau ianya di bawah khalid? air jer free? tu jer dorang boleh bagi?

    BalasPadam
  6. Marni - Itulah masalahnya, berkerja kerana harta, bukan kerana Allah.

    Media siber dan Penembak tepat,

    Dekat jepun dan negara barat, yang meletakan jawatan tu bukan salah dorang pun kadang2, tapi melahirkan rasa tanggungjawab. Yelah jadi menteri takkan nak goyang kaki sahaja.

    bula ye budaya letak jawatan keranaingin bertanggungjawab akan menular ke Malaysia?

    BalasPadam
  7. Air percuma pun, kira ok lah, negeri lain boleh bagi ker?

    baca artikel ni http://penakiri.blogspot.com/2009/05/hancurnya-demokrasi.html

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama