Pengikut Setia - Terima Kasih

Isnin, 8 Jun 2009

Muktamar PAS 09 - Komen 2

Pemilihan
Muktamar PAS pada kali ini menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti Islam tersebut. Jawatan Presiden dimenangi secara percuma oleh Tg Hj Hadi. Bagi jawatan Tim. Presiden pula, dimenangi oleh penyandangnya ust Nasarudin Mat Isa. Ust Nasa mengalahkan D.Husam Musa dan Muhammad Sabu. Walau bagaimanapun kemenangan ust. Nasa membawa seribu erti. Pertama kehendak ahli terhadap kepimpinan ulama'. kedua penolakan kerjasama PAS-UMNO. Ini kerana D.Husam dan Muhammad Sabu adalah tokoh yang menolak kerjasama tersebut. Undi mereka berdua jika digabungkan adalah lebih besar dari undi yang diperolehi Ust Nasa.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS pula, turut melambangkan komposisi ahli PAS sekarang. Iaitu Ulama' , profesional dan aktivis. D. Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan anak saudara Nik Aziz mendapat undi terbanyak dalam pemilihan Naib Presiden. Ini turut menggambarkan yang ahli memilih ulama' untuk jawatan ketiga parti seperti mana yag disyorkan oleh Dewan Ulama'. Walaupun usul dewan ulama' itu ditolak, tetapi ahli melaksanakanya.

Musuh Dalam Selimut.

D.Dr Haron Din merupakan Tim. Mursyidul Am PAs dan seorang ulama terkemuka. Beliau secara terus terang membuat kenyataan tentang musuh dalam selimut didalam PAS. Kerisauan beliau adalah kerana keahlian PAS yang terbuka dan mudah disertai oleh sesiapa sahaja. Beliau takut wujud anasir zionis-amerika didalam PAS seperti mana yang berlaku dalam gerakan Islam lain diseluruh dunia. Beliau mahu PAS menjadi seperti Hizbul Muslimin, Ikhwan dan Hamas yang mentarbiah ahlinya dan mempunyai kaedah dalam perlantikan pemimpin agar tidak dicerobohi anasir zionis-amerika. Haron Din juga mengingatkan agar ahli tidak melawan tauke (ketua).

PAS sebenarnya berbeza dengan parti2 di timur tengah. Hizbul Muslimin dan juga HAMAS berdepan secara langsung dengan Izrail. Manakala Ikhwan berdepan dengan kerajaan zalim Mesir dan berdepan secara tidak langsung dengan Izrail. Maka tidak hairanlah keahlian parti mereka adalah ketat dan rahsia. Kaedah rekrut dan tarbiah adalah seiring. Kezaliman Mesir tidak sama dengan umno. Sebab itu PAS masih selesa dengan sistem keahlian sekarang. Sesiapa saja asalkan islam boleh menyertai PAS. Dan selaku ahli PAS boleh pula merebut sebarang jawatan hatta presiden sekalipun. Tetapi didalam PAS menjadi Presiden tidak menjanjikan segalanya. Ini kerana PAS dipandu oleh Majlis Syura dan sentuhan Mursyidul Am. Maka kerisauaan Haron Din tentang musuh dalam selimut tidak harus diperbesarkan. Ini bagi mengelakan fitnah dan menunding jari mencari musuh tersebut. Tetapi tentulah tidak pula harus leka sehingga ular didepan mata tidak nampak. Apa yang harus dilakukan oleh PAS ialah memperhebatkan program tarbiah kepada ahli2nya. Bersangka baik dengan semua yang ingin menjadi ahli PAS. Kenyataan seperti kebanjiran ahli umno dalam PAS akan merosakan PAS tidak harus keluar sama sekali. sudah menjadi tanggungjawab PAS selaku parti Islam untuk berdakwah kepada setiap manusia dan tentu sekali ahli sendiri. tentu tidak salah bagi orang yang berkelakuan buruk untuk mencari hidayah didalam PAS, dan bukanya PAS menolak mereka kerana kelakuan buruk mereka.

Usul

PAS membawa beberapa usul, antaranya:
1.Desak kerajaan kaji semulamereka yang diberhentikan kerja dan dakwa majikan yang berhentikan pekerja tempatan sesuka hati
2.Kepimpinan semua peringkat tumpu bina kekuatan parti dan bukan merosak dan pecah belahkan parti dengan label-label tertentu.
3.berusaha wujudkan identiti berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada BN.
4.Jawatankuasa disipli parti perlu ambil tindakan terhadap ahli yang terlibat sebar fitnah.
5.Pakatan perlu tentukan formula baru menetapkan kuata calon pilihanraya yang sesuai dengan keperluan semasa.
6.Pakatan perlu tubuh sistem saringan bersama untuk pilih calon pilihanraya.
7.Mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS)

Yang paling kotroversi ialah untuk haramkan SIS. Sebagai seorang islam yang percaya islam itu benar dan tiada yang lain lebih benar, maka mengharamkan SIS menggambarkan sikap tertutup PAS dalam isu ini. Soal agama boleh saja dibincangkan secara matang. Perbincangan atau perdebatan tentu sekali akan membuka mata masyarakat kepada kebenaran. Pengharaman menimbulkan keraguan,persoalan dan simpati. PAS sepatutnya lebih terbuka dan bersedia untuk menjawab sebarang kekeliruan yang ditimbulkan oleh SIS. Penonjolan SIS juga menggambarkan kelemahan PAS sebagai sebuah badan dakwah. Kelemahan berpunca dari sikap tidak seimbang antara politik dan dakwah. Politik diutamakan mugkin kerana ganjaran yang cepat dan glamour.
SIS boleh saja menukar kepada apa-apa jua nama. Tapi yang pasti aliran pemikiranya? Sepatutnya IKIM diminta perkukuhkan peranan. PAS tentu masih ingat kepedihan apabila Hizbul Muslimin dan PKMM diharamkan?

PAS jangan pula berkata yang itu hak parti dan ahli parti, kerana PAS sebagai sebuah parti yang terlibat dalam pilihanraya umum, yang menawarkan perkhidmatan kepada rakyat umumnya dan pengundi khsusnya adalah merupakan milik masyarakat. Masyarakat yang majmuk, mengandungi perbagai agama, kaum dan aliran ideologi. PAS perlu bertanggungjawab terhadap semua ini, perlu bertanggungjawab terhadap penubuhan cawangan kelab penyokong bukan Islam yang lebih ramai dari cawangan PAS sendiri di Selangor. PAS perlu bertangungjawab terhadap rakan-rakan lain dalam pakatan. Kenyataan PAS bukan sahaja melibatkan PAS, tetapi juga menjejaskan rakan-rakan yang lain. Sebab itu Pengarah Pilihanraya PAS Pusat D.Mustapha Ali merayu supaya pemimpin pakatan tidak membuat kenyataan yang mengeruhkan lagi keaadaan. Rasa perit mendepani BN dalam pilihanraya dialami secara langsung oleh Mustapha Ali. Lebih-lebih lagi PRK Manek Urai yang bakal berlangsung. Kerja Mustapa sepatutnya mudah dengan berlangsungnya Muktamar, tetapi sebaliknya beban lain yang menimpa beliau.

Selain Isu PPSMI, PAS sebagai sebuah parti Islam peringkat nasional perlu juga mendepani isu-isu seperti FTA masalah kemiskinan serta ketiadaan pengenalan diri masyarakat India di Malaysia. PAS bukan untuk Melayu dan Islam sahaja. Selain dari itu muktamar kali ini seperti yang dinyatakan oleh D.ZI PAS kelihatan terlalu yakin. PAS perlu insaf muktamar yang ke 54 berlangsung dengan megah di Stadium Indera Mulia, beberapa bulan kemudiannya kerajaan pimpinan AJK PAS DS Nizar kecundang. Itu yang terbaru, PRU ke 11 kita melihat betapa yakinnya PAS menyenaraikan negeri-negeri yang bakal ditawan. Kedah umpanya digambarkan sebaga Kelantan pada tahun 1990. Lim Kit Siang dan Karpal Singh digelar sebagai Dinasor yang bakal pupus. Tapi akhirnya Hj Hadi kehilangan negeri yang diperintahnya, jawatan ketua pembangkang pula diambila alih semula oleh Lim Kit Siang, dan lebih menyanyat hati Hj Hadi tidak dipilh ke parlimen manakala dinasor Karpal Singh menang semula. Oleh yang demikian PAS perlu mencerminkan diri mereka terlebih dahulu, PAS tidak pernah berupaya apabila bersendirian, dan PAS wajib mengakui yang kemenangan terbesar ini adalah atas gabungan Pakatan Rakyat dan berpunca dari kisah perjuangan marhain Reformasi 98.

1 ulasan:

  1. tak kan tak ada usul anti FTA dgn Amerika????kata anti zionis/israel???????????????????????????????????????????????

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama