Pengikut Setia - Terima Kasih

Isnin, 1 Jun 2009

Subjek Teras dikurangkan?

Kabinet tentukan had subjek SPM SINI

Baru-baru ini TPM yang juga menteri Pendidikan telah pun menetapkan had maksimum mata pelajaran yang boleh diambil iaitu sepuluh. Kenyataan ini mengejutkan banyak pihak walupun melegakan pihak yang lain. Pihak yang terkejut ialah yang mengambil jurusan agama. Ini kerana jurusan agama banyak subjeknya, dan jika diambil semua, tertinggal pula subjek sains seperti fizik,biologi,kimia dan matematik tambahan. Ini tentunya membantutkan usaha dan cita-cita untuk menjadi umat ulul albab.

Sesetengah pihak pula bimbang pelajar pintar tidak diberi pilihan untuk mempamerkan kepintaran mereka. Biasanya pelajar yang mengambil subjek lebih atas inisiatif sendiri dan tidak menyusahkan guru. Mereka pergi tuisyen diluar atau sekadar membaca buku. Apa yang perlu dibuat ialah supaya jadual peperiksaan tidak bertindih. Kesatuan guru turut meminta agar kerajaan mengecualikan pelajar pintar dalam kes ini.

Mungkin kerana baru terfikir akan hal tersebut, kabinet bakal pula mengurangkan subjek teras, supaya pelajar boleh mengambil subjek pilihan mereka sendiri tetapi seperti yang diumumkan hanya sepuluh subjek. mari kita lihat apa itu subjek teras;

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa inggeris
3. Pendidikan Islam/moral
4. Matematik
5. Sains (bagi bukan aliran sains,bagi aliran sains salah satu dari subjek sains)
6. Sejarah

Dari enam subjek diatas, rasanya empat subjek teratas yang saya senaraikan tidak mungkin boleh dibuat pilihan melainkan diwajibkan. Subjek sains pula jika diberi pilihan tentu akan menyebabkan peluang pelajar sastera/perdagangan yang tidak mengambil subjek tersebut akan tertutup jika ingin menukar bidang apabila tamat nanti. contohnya begini, sekarang pelajar sastera bleh bergelar jururawat sebagai contoh sekiranya kredit dalam sains/ matematik dan lulus sains/matematik dan kredit tiga mata pelajaran yang lain (untuk diploma). Bukan sahaja jururawat, banyak lagi termasuklah dalam bidang kejuruteraan. Maknanya subjek sains tidak boleh dibuang.

Senarai seterusnya ialah Sejarah, mampuslah jika sejarah tidak diwajibkan. Ramailah yang akan buta sejarah. Mungkin kerajaan akan berkata yang apabila mereka masuk di IPT, mereka akan belajar Pengajian Malaysia, ye betul, tapi bagaimana dengan mereka yang tidak menyambung belajar?

Oleh yang demikian Penakiri berharap agar pihak kerajaan tidak membuat kesilapan seperti PPSMI dulu, berbincanglah dengan pakar-pakar pendidikan dan hendaklah dari kalangan yang menyeluruh. Bukan pakar pengampu sahaja.

5 ulasan:

  1. Saya setuju dengan analisis ini..
    Saya link kan artikel ini di blog saya..

    BalasPadam
  2. Jika sejarah dihapuskan, Maka hilanglah jati diri masyarakat kita. Saya sokong saudara bahawa subjek sejrah tidak patut dihapuskan. Malah ditambah dan diubah seiring dengan fakta2 atau pertemuan baru.
    p/s di ipta, tak semua bidang atau kursus yg ada subjek sejarah.

    BalasPadam
  3. Salam.

    Saya meramalkan mata pelajaran Sejarah dan agama akan terkeluar dari senarai mata pelajaran teras. Tidak mungkin sains dan matematik akan terkeluar pada ketika isu ppsmi sedang hangat dibicarakan lebih-lebih lagi jika KPM mahu mengekalkan ppsmi.

    Jika ramalan saya benar, akan bertambahlah generasi yang buta sejarah dan buta agama. Nauzubillah.

    Satu dilema juga kepada pihak pentadbiran sekolah untuk mewujudkan kelas dengan pelbagai kombinasi pilihan mata pelajaran, kecuali jika pihak sekolah menggunakan kuasa veto mewajibkan pelajar mengambil mata pelajaran tertentu sahaja.

    Apa pun situasinya, beban tetap terhumban di bahu para guru. Kasihan guru-guru kita!

    BalasPadam
  4. Itu lah yang saya risaukan, dengar cite, hanya empat subjek teras yang akan diambil. Kalau agama dan sejarah dikorbankan maka makin gelaplah generasi akan datang.

    BalasPadam
  5. really appreciating ur articles.
    keep it up.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama