Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 13 Oktober 2009

Bayi bawah 2 tahun ditegah tonton televisyen

SYDNEY 12 Okt. - Bayi dibawah usia dua tahun tidak patut menonton televisyen kerana ia boleh menjejaskan perkembangan bahasa mereka dan kemampuan untuk memberi tumpuan, menurut satu garis panduan baru untuk rakyat Australia.

Menurut akhbar The Australian, saranan kerajaan yang dijangka diterbitkan pada minggu depan itu turut menyatakan bahawa kanak-kanak berumur antara dua hingga lima tahun, seharusnya menonton televisyen tidak lebih daripada satu jam sehari.

Draf garis panduan tersebut yang dibentuk untuk pusat jagaan kanak-kanak tetapi turut menyediakan nasihat untuk ibu bapa, bertujuan membantu mengekang epidemik obesiti yang semakin berleluasa yang menyaksikan kanak-kanak negara itu lebih berat daripada yang pernah direkodkan.

"Berdasarkan penyelidikan terbaru, disarankan bahawa bayi berusia kurang dari dua tahun tidak patut menonton televisyen atau menggunakan media elektronik lain seperti cakera video digital (DVD), komputer dan permainan elektronik.

"Masa menonton... boleh mengurangkan jumlah waktu mereka bermain dengan aktif, hubungan sosial dengan orang lain dan peluang untuk perkembangan bahasa.

"Ia mungkin menjejaskan perkembangan pergerakan mata pada julat penuh dan mengurangkan kepanjangan masa di mana mereka boleh memberi tumpuan,'' jelas salinan draf garis panduan tersebut yang diperolehi The Australian.

Kerajaan masih belum mengesahkan laporan itu dengan menyatakan bahawa garis panduan berkenaan masih belum dimuktamadkan. - AFP

3 ulasan:

  1. hmm..ada logik jgk klu nk difikirkan sbb umur knak2 seawal setahun ni memerlukan pelbagai aktiviti kecerdasan mantel dan fizikal spya dpt menjadi manusia normal bila dh dwsa.klu asyk duk dpn tv je mmg akan jd lembap la nanti bila dh dwsa

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan memberikan info ini.

    BalasPadam
  3. Bookmark!! harap blog ni sentiasa update!! Terima kasih.

    Untuk kawan-kawan yang sudah berumah tangga, saya nak kongsi bende yang baru saya jumpa cara bersetubuh

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama