Pengikut Setia - Terima Kasih

Jumaat, 6 November 2009

Henti berbalah isu pendidikan - PM

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak mahu melihat wujudnya perbalahan dalam masyarakat terhadap isu sistem pendidikan negara yang dianggap sensitif kepada rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata, ini kerana hasrat murni kerajaan melaksanakan sesuatu dasar boleh menjadi tidak bermakna langsung jika semua rakyat tidak bersedia menerima dan mengamalkannya.

"Ketika masyarakat masih mempunyai perasaan bertentangan dan agak keberatan membuat keputusan bersama itu, saya tidak ingin ada perbalahan yang timbul dalam masyarakat kita kerana perkara yang sangat sensitif ini," katanya di dalam blog www.1Malaysia.com.my. s.i.n.i

p/s - Dimana kejujuran untuk bersatu? Apabila tidak berani menunjuk kepada titik pertemuan. Mengapa tidak 1 BN? Mengapa tolak cadangan GERAKAN?

1 ulasan:

  1. Salam, tuan. Hakikatnya, manusia tidak pernah dan tidak akan pernah bersatu kerana setiap kaum itu memiliki agama, budaya dan cara hidup yang berbeza. Apa yang boleh kita lakukan adalah saling menerima dan memahami. Barulah boleh diwujudkan satu (1) persefahaman dan keserasian. Entahlah, di Tanah Melayu ini 'macam-macam ada'...

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama