Lemak manusia RM50,820 seliter - Makmal kosmetik di Eropah didakwa terlibat dalam sindiket bunuh penduduk Peru
SEPASUKAN polis mengumpul bahan bukti di satu lokasi pembunuhan di sebuah ladang koko berdekatan Huanuco, Peru baru-baru ini.
LIMA, Peru - Seramai empat suspek ditahan di Peru berhubung sindiket membunuh seramai 60 penduduk tempatan bagi mendapatkan lemak dan tisu manusia yang kemudian dijual sebagai bahan membuat kosmetik di Eropah.
Semua suspek ditahan di tengah Peru awal bulan ini manakala tujuh lagi anggota kumpulan itu termasuk dua warga Itali sedang diburu, kata Ketua Pendakwa Raya, Jorge Sans Quiroz kelmarin.
"Lemak (manusia) itu dibeli oleh konspirator Itali sebelum dihantar untuk pengkomersialan ke makmal di Eropah," kata Quiroz.
Beliau menjelaskan, geng itu menyasarkan peladang dan Orang Asli di kawasan terpencil yang terpedaya dengan tawaran kerja sebelum mangsa dibunuh.
Pendedahan rangkaian penyeludupan itu dipercayai dapat membantu menyelesaikan 60 kes kehilangan penduduk tempatan di Andes namun hubungan itu masih belum disahkan.
Polis mula membuat penahanan berikutan penemuan sebotol lemak manusia yang cuba diseludup keluar dari bandar Huanuco, Andes ke Lima baru-baru ini.
Petunjuk mengenai rangkaian penyeludupan lemak manusia pertama kali muncul dua bulan lalu, kata Ketua Jabatan Jenayah, Jeneral Felix Burga.
Ketua Jabatan Antipenculikan polis Peru, Kolonel Jorge Mejia menambah, seramai tiga suspek mengaku membunuh lima orang.
Kata Mejia, pihak polis menerima maklumat mengenai penjualan lemak manusia empat bulan lalu tetapi detektif penyiasat hanya berjaya menembusi kumpulan itu pada Ogos. - Agensi
-p/s - Apakah yang nak jadi ni? sampai sanggup bunuh untuk duit? Ni yang P.Ramlee cakap niaga manusia lebih untung..lemak sahaja bernilai 50k seliter, belum lagi jika si syaitan ni jual organ mangsa..
Lemak untuk kosmetik, kosmetik untuk wanita..ada permintaan ada perniagaan..tapi kaum hawa kena baca ni untuk tau kosmetik mereka gunakan itu bernilai atau tidak s.i.n.i
Salam, tuan.
BalasPadamManusia sudah semakin hilang kewarasan fikiran. Hanya kerana wang. Mungkinkah sekian banyaknya 'orang hilang' di Malaysia juga menerima nasib yang sama? Nauzubillah. Semoga kita dilindungi dari segala kejahatan orang lain dan kejahatan diri kita sendiri.
Tetima kasih atas komen saudari..
BalasPadamBerita ini harus membawa kepada dua kesedaran,
1. Siasat kemungkinan orang hilang di Malaysia atas isu ini,
2. Berhenti dari rasa ingin muda secara 'segera' tetapi sebaliknya penjagaan kesihatan yang holistik