Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI diteruskan untuk tiga tahun lagi..

Kerajaan bertindak dangkal apabila meneruskan PPSMI untuk tiga tahun lagi walaupun mengakui yang dasar tersebut pincang dan pemansuhan boleh menjimatkan wang rakyat sebanyak 400 juta setahun

Antara kepincangan yang menyebabkan dasar ilham perdana menteri keempat bakal berkubur ialah :

1. Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam PPSMI.

2. Secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

3. Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

4. Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

5. Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

6. Laporan "Trends in Mathematics and Science Study 2007" menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007. Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007.

7. Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

Oleh yang demikian mengapa dasar ini diteruskan untuk satu tempoh yang begitu lama? dan mengapa Matriks dan Tinggkatan Enam terkecuali dari pemansuhan tersebut? Maka wajarlah Pak samad masih tidak berpuas hati dan mengajak demo untuk mansuhkan terus dasar gila tersebut. Hasrat rakyat sebenarnya untuk melihat Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan penyatuan di Malaysia. Bahasa Melayu perlu kembali segar di Universiti2 seperti di indonesia dan digunakan dalam segenap lapaisan masyarakat, bukan hanya digunakan semasa berceramah untuk kempen pilihanraya tetapi tidak di coffee house

2 ulasan:

  1. Salam Semua,
    Maklumlah pengumuman pemansuhan PPSMI dibuat di Manek Urai..sedikit sebanyak menjadikan ianya satu "political mileage" buat menteri pelajaran..
    Sewaktu diarahkan utk dilaksanakan..tak sampai 6 bulan..tetapi waktu hendak dimansuhkan mengambil masa pula bukan 6 bulan..tetapi 36 bulan...
    Sewajarnya Pak Samad dan yang lain2 bangkit semula,menyuarakan ketidakpuasahati mereka..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Wahai orang-orang UMNO! Tolaklah PPSMI. Tolaklah UMNO kerana PPSMI.

    Wahai bangsaku! Bangkitlah untuk memertabatkan bahasa Melayu di bumi kita ini. Laksanakan sistem satu aliran sekarang ini juga. Hapuskan akta Pendidikan 1996 dan kembalikan akta Pelajaran 1961.

    UMNO sudah jual Melayu. UMNO hapuskan 30% untuk Melayu dan DEB. UMNO pinggirkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa-bahasa Inggeris dan Cina. Dasar Pelajaran di bawah akta pelajaran 1961 yang menguntungkan Melayu telah dihapuskan oleh UMNO dgn menggantikannya dgn akta pelajaran 1996 yang menguntung kaum-kaum yang lain. Askar Melayu hampir tiada lagi dan tentera kita hanya berjumlah 50,000 sahaja. Kemasukan Melayu Islam dpd Indonesia dan Thailand serta Jolo di kurangkan tetapi digantikan dgn membawa masuk kaum-kaum kafir dpd India, Cina, Vietnam, Nepal, Filipina dan ramai pula yang diberi kerakyatan Malaysia.

    Jangan berkompromi. Terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir wahai bangsaku!

    Sekian, terima kasih.



    Wan Soleha al-Halbani

    Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama