Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 17 Disember 2009

Azam Tahun Baru Hijrah


Pertamanya Penakiri ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang memenangi pingat emas temasya sukan SEA Laos 09. Kemenangan ini adalah satu keputusan yang diraikan oleh setiap lapisan rakyat Malaysia. Hari ni juga masa tengah syok tengok bola, Penakiri mengalihkan rancangan ke TV1 untuk bersama-sama berdoa akhir dan awal tahun Hijrah 1431`.

Apa azam tahun baru pembaca? Azam Penakiri sempena tahun baru ni satu je, dan ringkas, iaitu menunaikan solat diawal waktu. Perkara yang sangat penting yang selama ini dikesampingkan.

Hadith nabi s.a.w:

الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)

Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

2 ) Sabda Nabi SAW


سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)

Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

3- Nabi SAW bersabda. Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari)

4- Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam"

5- Nabi SAW bersabda : Ertinya "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya" (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)

6- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)

Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat beberapa hadith yang lain yang dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazahab empat :-

Mazhab Hanafi:Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.

Mazhab Hanbali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga. s.i.n.i

Selain itu menjaga solat diawal waktu ini menjadikan soat kita lebih khusyuk dan jiwa yang lebih tenang. s.i.n.i selain itu solat diawal waktu juga dikaitkan dengan Color Vibration Therapy s.i.n.i.

Tetapi apapun yang paling penting kita tak tau bila kita akan mati, oleh itu lebih baik solat apabila masuknya waktu, jadi kalau mati dalam keadaan dah solat, selamat lah sikit, bukankah solat soalan pertama yang akan ditanya nanti?

4 ulasan:

  1. Salam. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga azam tahun baru ini dapat ditunaikan sebaiknya.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Pok Li dan Marni. Selamat Tahun Baru Hijrah

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Selamat Tahun Baru dan semoga kita dapat menjadi hambaNya yang lebih baik pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

    ~OnDaStreet

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama