Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 4 Mei 2010

Anwar khianati kawan - Malaysia sekutu Amerika/Yahudi




Dipetik dari Utusan - Penyesat Fikiran Rakyat
KUALA LUMPUR 4 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.

Melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Katanya, beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.

Dalam tulisan bertajuk "The Reversal of Anwar Ibrahim", Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.

Katanya, ini bukan kali pertama "beliau mengambil jalan ini" dan beliau "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata, beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.

Motte berkata, beliau berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.

Katanya, sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dan menghabiskan masa sejak 10 tahun lepas bagi menampilkan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat.

"Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara.

''Beberapa tahun lepas, beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz — sebagai suatu cara untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.

"Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore — yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya — terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila beliau dikritik.

"Beliau adalah antara tokoh hebat dari Barat yang tidak boleh dibeli — tetapi seseorang itu boleh rapat dengan beliau sekiranya beliau bermusuh dengan pihak tertentu dan mempunyai hubungan dengan media yang berpengaruh dalam Beltway (perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sebahagian daripada sistem politik Amerika sebenar atau yang dibayangkan dan mengambil sempena nama lebuh raya antara negeri yang melingkari ibu negara Amerika)," kata penulis itu.

Motte berkata, hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah "Anwar Ibrahim." "Tapi, adakah apa yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tentang dirinya di luar Malaysia sama dengan tindakan yang dilakukannya di negaranya sendiri?," tanya penulis itu.

Motte berkata, apabila berada jauh dari CNN, Al Gore dan Johns Hopkins, Anwar menampilkan dirinya sebagai penghasut yang menyemarakkan semangat anti-Amerika dan anti-Yahudi.

Kata Motte lagi, "dalam mencari siapa yang boleh dijadikan rakan Amerika di dunia Islam, memang sukar untuk membezakan antara kawan yang baik dan kawan yang jahat."

"Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika," katanya bagi merujuk kepada Anwar.

Motte berkata, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.

Penulis itu mengulangi kenyataannya bahawa memang sukar untuk meneka siapakah yang boleh dijadikan kawan oleh Amerika di dunia Islam, selain Raja dan Permaisuri Jordan, beberapa orang di Emiriyah Arab Bersatu dan keluarga diraja Saudi.

"Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat," katanya.

Motte berkata, kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.

Malah, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.

Katanya, nama baik Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam yang stabil dan berpendirian sederhana begitu menyerlah pada dekad ini hasil usaha keras dan kepimpinan perdana menterinya sekarang dan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi. - BERNAMA

P/S - Artikel ini jelas mengakui yang Malaysia sekarang adalah sekutu Amerika dan Israel

1. Malaysia sekat gasolin ke Iran
2.Malaysia hantar pasukan tentera ke Afganistan
3. Zahid Hamidi nafi bantu Palestin

Isnin, 3 Mei 2010

Forum Awam - MODEL EKONOMI BARU: SUATU CABARAN PERUBAHAN




ANDA DIJEMPUT ....


MODEL EKONOMI BARU: SUATU CABARAN PERUBAHAN

Forum Awam anjuran Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) & LLG Cultural Development Centre

Tarikh: 12 Mei 2010 (Rabu)
Masa: 8.00am - 10.30mlm
Tempat: Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Utama MBPJ, Jalan Yong Shook Lin

Ahli Panel:
1. Dr Toh Kin Woon,
Fellow Penyelidik Kanan Socio Economic and Environmental Institute (SERI)

2.Prof Norma Mansur,
Ketua Setiausaha Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC)

3.Prof Edmund Terence Gomez, Universiti Malaya

4.Prof Shanthi A/P Thambiah, Universiti Malaya


Moderator: Ng Yap Hwa,

Medium Forum: Bahasa Malaysia and English
Kemasukan Percuma!!!!!!!!!!!!!

Maklumat lanjut, sila hubungi Medecci Lineil at 03- 77844977 / 016 2208784

Sabtu, 1 Mei 2010

Isu Pengislaman orang Asli..

The Nut Graph melaporkan satu rencana tentan pengislaman orang asli oleh kakitangan Hospital Orang Asli Gombak dengan cara yang mengelirukan dan tanpa kehendak diri orang asli tersebut.

Isu ini merupakan satu isu yang sensitif kerana melibatkan agama. Sebagai seorang islam, yang terdidik dengan ajaran islam dan memahami dengan baik tentang islam, saya menentang sekeras-kerasnya cubaan untuk mengislamkan seseorang dengan cara yang tidak betul. Dengan tipu daya dan mengelirukan.

Tiada paksaan dalam beragama - itu adalah janji Allah s.w.t. didalam al-Quran

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.[2.256]

Allah itu maha berkuasa lagi mah mengetahui, Dialah yang menciptakan segalanya.

“Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Ia menjadikan manusia umat yang satu. Tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menetapkan mereka.” (Hud: 118-119

“Kalau Allah menghendaki tentu saja Allah menjadikan mereka semua petunjuk, sebab itu janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang jahil.” (Al-An’am: 35)


Allah tidak akan memasukan seseorang itu kedalam syurga semata-mata kerana IC nya tertulis agamanya islam. Seseorang ke syurga kerana rahmatNya.

Islam dan mengucap kalimah shahadah hendaklah dilakukan dengan rela dan difahami dengan baik.

Saya menyeru pihak berwajib menyiasat kisah Angeh dari laporan The Nut Graph ini. Sama ada ini merupakan satu laporan palsu atau benar-benar terjadi.

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

"Orang mukmin senantiasa berada di antara lima ancaman berat, yaitu mukmin yang mendengkinya, munafik yang membencinya, kafir yang memeranginya, syetan yang menyesatkannya, dan nafsu yang melawannya." (Hadits ini dikeluarkan oleh Abu Bakar bin Lai dari Hadits Ana dalam Makarim Al-Akhlak).


Saya risau jika laporan in merupakan satu niat jahat untuk memburukan nama baik Islam. Oleh itu, JAKIM dan JAIS perlu segera menyiasat perkara ini dengan jujur dengan niat untuk mempertahankan Islam dan membetulkan keadaan serta mengambil langkah perlu untuk pencegahan dimasa depan.


Sekiranya benar, saya khuatir:

1. Akan berlaku konflik undang-undang. Contohnya jika berlaku pelanggaran dalam undang-undang syariah negeri seperti meminum arak dan berjudi, sedangkan orang tersebut tidak memeluk islam dengan kemahuannya atau dilahirkan sebagai islam. Sudah tentulah ini akan menjadikannya satu penaniayaan dan seterusnya individu tadi akan mengangap undang-undang Islam sebagai zalim.

atau

yang lebih besar sekiranya orang itu ingin berkahwin dengan bukan islam dan tidak pula mengikut perkahwinan islam sebaliknya menjadi murtad, padahal orang tersebut sememangnya bukan islampun. Kemudian terjadi kematian yang menyebabkan perebutan hak pengebumian.

Terdapat satu kes di P.Pinang dimana seorang perempuan Cina ingin keluar dari Islam setelah bercerai dengan seorang lelaki asing (Iran jika tidak silap). Perempuan Cinan itu ingin berkahwin lain,tetapi status Islam pada IC nya telah menyebabkan ianya menjadi sukar. Kes ini walaupun dimenangi oleh wanita cina tersebut (memang patutpun) tetapi telah menimbulkan konflik dikalangan pengamal undang-undang syariah. Samaada boleh untuk seorang peguam syarie bertindak membantu seseorang untuk murtad? Adakah boleh seorang hakim syariah bertindak membenarkan murtad walaupun al-Quran dan Hadis tidak membenarkannya. Belum lagi dikira dengan kes perebutan untuk mengebumikan jenazah, samada dia seorang Islam dari segi agama di IC nya atau amalannya. Terdapat juga kes ini yang berlaku di N9 (yang dimenangi oleh keluarga bukan Islam Nyonya tahir?) dan lain-lain negeri.

2. Persoalan yang kedua ialah adakah penolong pegawai farmasi tersebut serta rakan-rakannya mendapat motivasi kewangan sehingga sanggup menipu untuk mendapat orang yang memeluk islam, saya juga masih ingat tentang misi DS Khir Toyo mengislamkan bumiputera di Sabah, adakah modus oerandi ini juga yang digunakan. JIka ya, ianya hanya merosakan nama baik Islam.

PerlembagaanKU - Merakyatkan Perlembagaan




Jumaat minggu lepas (23/04/10) aku telah menghadiri mensyuarat Perlembagaanku di bangunan Majlis Peguam. Wah, Majlis Peguam tu, sebenarnya aku sendiri keliru bagaimana boleh aku dijemput kesana, jemputan melalui email, mungkin aku lupa yang aku telah mendaftarkan emailku untuk aktiviti tersebut. Aku keseorangan disana, dalam email balas yang aku terima, ramai ahli jawatankuasa baru yang akan menyertai mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut bukanlah baru, cuma aku adalah ahli baru. Aku telah beberapa kali mendengar tentang kempen perlembagaanku ini dari facebook , TV Selangor dan surat khabar.

Aku sangkakan ramainya ahli baru nanti bolehlah aku sertai mereka, tapi jangkaanku meleset kerana yang hadir ini kebanyakannya ahli yang saling kenal mengenali, jadilah aku seorang yang keseorangan dalam keramaian. Ramai mereka memandang pelik aku. Yelah tetiba masuk dalam satu mesyuarat peringkat kebangsaan yang pastinya penting. Aku rasakan macam kera sumbang, masakan tidak aku sebagai ahli baru dari satu-satunya organisasi yang sangat berlainan sifatnya dengan ahli lain yang hadir, selain itu mereka menggunakan bahasa Inggeris yang aku kurang yakin dalam menggunakanya.

Selain dari itu aku sendiri masih gagal untuk memahami tentang perlembagaan itu sendiri. Aku patut hadir ke kempen perlembagaanku dan bukannya mesyuarat bagaiamna membuat kempen perlembagaan perseketuan agar difahami rakyat. Tapi apapapun aku suka dengan mesyuarat dan kempen ini. Perlembagaan Perseketuan merupakan indang-undang tertinggi negara yang wajib difahami dan dituruti oleh warga perseketuan.
Ini juga peluang untuk aku mempunyai lebih ramai kawan dari perbagai organisasi.

Kesal.

Tapi sampai sekarang aku kesal. Pertamanya mesyuarat yang berlangsung dari jam 6 petang dan berakhir jam 8.30 malam ini telah menyebabkan aku tertinggal solat Magrib. Aku sebenarnya cuba untuk menunaikan solat bila masuk waktunya, tetapi aku gagal mencari surau untuk tujuan itu walaupun aku keluar sebentar mencarinya. Hadirin Islam yang lain juga seolah-olah tidak mengendahkan Magrib yang singkat itu.

Selepas tamat mesyuarat, sesi bergambar diadakan, ada seorang gadis bernama Fir agak lambat, bila ditanya oleh Saudara tim pengerusi, maka menjawb saudari Fir, soaltlah.. Oh ada juga yang bersolat, nanti sekiranya ada lagi mesyuarat, aku akan minta mesyuarat ditangguhkan lima minit untuk bersolat. Bukankah Islam adalah agama perseketuan?



Kekesalanku yang kedua ialah dalam penggunaan bahasa. Menurut Hishamudin Rais dalam artikelnya yang terbaru sejarah hulu Selangor, kegagalan banyak kempen oleh NGO di Malaysia adalah kerana faktor bahasa yang digunakan. Bahasa mesyuarat yang digunakan ialah bahasa Inggeris, aku akui yang aku agak lemah dalam penggunaan bahasa ini. Bahasa Melayu adalah bahasa perseketuan walaupun tidak menafikan bahasa lain. tetapi jika kita melihat sekeliling, terutamanya di dunia profesional(doktor,peguam,korporat dll) dan glamer (artis), bahasa inggeris adalah bahasa utama selain itu bahasa inggeris juga merupakan bahasa utama apabila bangsa selain Melayu bertemu contohnya bila Melayu bercakap dengan India atau Cina atau Cina bercakap dengan India.
Alasan yang selalu diberikan ialah kurang mahir berbahasa Melayu. Isu ini terjadi kerana kurangnya menggunakan bahasa Melayu! Oleh itu kita mesti kerap menggunakan bahsa Melayu, sesuai dengan sifatnya sebagai bahara rasmi perseketuan dan bahasa perpaduan. Tetapi sebenarnya saudara pengerusi ada bertanya adakah beliau perlu bercakap dalam bahasa melayu, ahli mesyuarat menyambut tidak perlu. Itu yang aku kesalkan kerana gagal untuk bertindak mempertahankan perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sepatutnya aku katakan ia..perlu. (dengan tegas) Aku kesal dengan diri sendiri.

Sebelum balik beberapa ahli mesyuarat menegurku dan meminta untuk aku jalankan kempen ini diorganisasiku. InsyaAllah, perkara yang baik akan aku usahakan. Tapi sebelum tu, aku sendiri mesti mahir dan faham tentang perlembagaan perseketuan ini terlebih dahulu.

Politik dalam Masjid



Sultan Selangor telah bertitah bahawa sesiapa yang tak setuju dengan undang-undang Negeri Selangor, jangan datang ke Selangor.Kenyataan ini jelas merujuk kepada TG Nik Aziz, setelah Nik Aziz mengatakan larangan untuk bercakap politik didalam masjid adalah warisan dari penjajah. Kenyataan Nik Aziz dikeluarkan semasa PRK Hulu Selangor bilamana menjawab soalan wartawan tentang politik didalam masjid. Kenyataan Nik Aziz juga adalah umum tanpa merujuk kepada DYMM Sultan Selangor. Tetapi tentu sekali Sultan Selangor terasa dengan kenyataan tersebut setelah baginda terlebih awal menitahkan polis bertindak tegas terhadap mereka yang berkempen didalam masjid.

D. Mahfuz Omar AP Pokok Sena ketika ditanya wartawan tentang titah terbaru Sultan Selangor itu, sekadar bersetuju. Mahfuz yang terkenal kerana selama ini dilihat lantang mempertahankan parti, tetapi kini sekadar memberi jawapan selamat. Jawapan yang tegas dan jujur dikeluarkan oleh AP Shah Alam Ir Khalid Samad. s.i.n.i.
Ternyata Khalid Samad sentiasa berada dalam kelasnya.

Bagi penakiri, perlu dijelaskan sama ada bercakap politik didalam masjid yang tidak bolehkah atau berkempen politik partisan yang tidak boleh. Ini adalah penting kerana jika tidak boleh bercakap politik didalam masjid, maka kita telah menyempitkan islam itu sendiri. Malah yang lebih besar sekiranya fahaman islam dan politik itu berasingan dikuatiri boleh terjejas akidah. Inilah (akidah ) yang lebih penting untuk Sultan sebagai ketua agama negeri untuk menjaganya.

Adakah salah untuk seorang ustaz mengajak ummat memilih pemimpin yang adil, bersi, tidak rasuah, yang mengikut perintah Allah? Salahkah ulama' mengajarnya makmum masjid ciri-ciri pemimpin dan kerajaan yang mendapat rahmat Allah? Berdosakah jika Imam menyeru kezaliman, ketidak adilan ditolak? Percayalah paderi didalam gereja juga mneyeru para penganut kristian memilih parti yang bersih terutamanya setiap kali menjelang pilihanraya!

Disini catatan dari blogawan lain berkenaan isu ini.
Penulis setuju dengan titah Sultan Selangor bahawa sesiapa yang tak setuju dengan undang-undang Negeri Selangor, jangan datang ke Selangor. TAPI persoalanya ialah, undang-undang yang bagaimana? Adakah yang hanya berkait kononya "tidak boleh guna masjid untuk cakap politik saja?" Bagaimana jika yang datang ke Selangor untuk berzina, minum arak, berjudi, makan rasuah, tipu harta rakyat dan berbagai lagi itu dibolehkan?

Ingatlah, ini bumi dan seisinya kepunyaan Allah, milik Allah dan hak Allah yang mutlak. Allah telah berfirman dalam kitabnya yang suci, bahawa barangsiapa yang tidak mahu tunduk, tidak mahu akur dan cuba mengambilalih kuasa dan hak Allah, sila keluar dari bumi Allah ini dan rekaciptalah satu bumi lain mengikut kehendak kamu, dan disana kamu boleh berseronok sakan tanpa siapa boleh larang, mampukah?

Adalah suatu yang mengaibkan dan menghinakan apabila hukuman yang berkaitan dengan hak Allah seperti minum arak diambilalih oleh manusia yang juga peminum arak. Kini sesiapun sudah boleh minum arak, nak berzina, nak berjudi, nak membunuh secara terang-terangan kerana mahkamah tidak boleh buat apa. Si pesalah boleh mengadap Sultan untuk memohon ampun dari dikenakan tindakan undang-undang. Kenyataan Menteri Agama dan beberapa orang pemimpin UMNO/APCO bahawa sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan keputusan Sultan seolah memberi amaran dan menghina bukan saja kepada rakyat bahkan seolah-olah ditujukan kepada Allah dan Rasul juga. Atau dengan kata lain "Allah dan Rasul jangan nak pertikai keputusan Sultan mengampunkan peminum arak itu, itu hak dan kuasa Sultan", lebihkurang begitulah. Kenyataan Mufti Perak pula seolah-olah bersetuju dengan keputusan Sultan itu dengan memberi alasan bahawa enam rotan bukanya hukum hudud.

Sepatutnya beliau menasihatkan Sultan yang kononya Ketua Agama supaya meminta Mahkamah Syariah menghukum dengan 80 rotan seperti yang diperintah oleh Allah, bukanya bersetuju hukuman 6 rotan dibatalkan dengan alasan enam rotan bukanya termasuk dalam hudud.

Mudah sungguh si Mufti ni mencari alasan untuk melarikan diri semata-mata kerana takut dengan Sultan lebih dari takutkan Allah.

Jadi sekiranya perintah Sultan mengatasi segala-galanya, yang wajib dipatuhi, mesti ikut, tak boleh bantah dan derhaka sehinggakan mengatasi taat dan patuh pada perintah Allah dan Rasul, maka elok sajalah pada sesiapa yang hidupnya bergelumang dengan maksiat, kezaliman, penindasan, penipuan dan berbagai kemungkaran lagi, keluar saja dari bumi ALLAH ini dengan segera. Kerana dengan ketiadaan golongan sebegini, barulah orang yang beriman hidup aman dan tenteram.

Jika ada golongan sesat mencadangkan agar di tarik taraf kerakyatan pada sesiapa yang derhaka pada Sultan, maka elok jugalah ditarik taraf "manusia nya" dari golongan yang derhaka pada Allah dan Rasul, samada keluar dari bumi Allah atau berdoa pada Allah supaya ditukar atau dijadikan setaraf dengan makhluk di rimba atau di zoo.

Amaran Allah bahawa Yahudi adalah bangsa yang dilaknat, yang jahat dan penipu, tiba-tiba UMNO pula berkawan dan menjemput mereka datang ke Malaysia bahkan turut mempromosi Negara Yahudi itu di MITI. Kini UMNO adalah sebahagian dari Yahudi. UMNO juga adalah cawangan Yahudi di Malaysia. Insyaallah, di akhirat kelak puak UMNO akan Allah bangkitkan dan dikumpulkan bersama puak Yahudi ini dan dicampakan ke dalam neraka yang sama dengan Yahudi kerana sebagai balasan berkawan dan berbaik-baik dengan Yahudi semasa di dunia sehinggkan sanggup menghina dan mengenepikan syariat Allah dan menghina ulama semata-mata untuk menjaga hati Yahudi dan berlutut dengan Yahudi s.i.n.i

Selasa, 20 April 2010

Gelagat Malaysiaku

Anwar Bin Ibrahim - MELAYU

1. Dia tumbuk mata sendiri - Perdana Menteri Malaysia



Kugan-INDIA


2. Dia mati sendiri - Polis Diraja Malaysia



Teoh Beng Hock-CINA

3. Dia jatuh sendiri - Suruhanjaya Diraja Malaysia

1Malaysia semua sudah kena!!



ALTANTUYA??


SIAPA BERANI BAGI TAHU DIA LETUP DIRI SENDIRI????

Isnin, 19 April 2010

Siapa taik judi?



Setelah berjaya menangkis tuduhan sebagai 'kaki botol' dan tuduhan tersebut kini kembali kepada ramai pemimpin UBN, Zaid kini berdepan pula dengan tuduhan baru iaitu 'taik judi'. Taik judi menunjukkan seseorang yang sangat suka berjudi sehingga ketagih, seperti kes seorang lelaki Felda yang menyimbah asik ke isterinya selepas wanita malang itu enggan melayan hubungan kelamin.

Lelaki felda itu dikatakan seorang taik judi. Taik judi memang bermasalah, maka sebab itu di parlimen baru-baru ini pemimpin PR mendesak kerajaan untuk mengurangkan lesen judi yang diluluskan oleh kerajaan BN. Seorang taik judi bukan sahaja menyebabkan dirinya bermasalah dengan hutang, tetapi rumah tangga dan nyawa keluar juga sering terancam.

Oleh itu, kini UBN berusaha untuk menunjukan karektor sisi Zaid sebagai seorang 'kaki judi'

Zaid dikatakan mempunyai seekor kuda yang dinamakan sebagai Kelantan yang kerap digunakan untuk perlumbaan. Dakwaan itu didedahkan melalui blog yang mesra UBN, Pisau.net.

Ditanya wartawan selepas ceramahnya di Ampang Pecah malam semalam, Zaid tidak menafikan beliau adalah tuan punya kuda itu yang dimilikinya ketika bersama Umno.

"Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan,”
jelas Zaid.

Bagaimanapun bekas menteri itu berkata memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi.

"Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan,” katanya.

Nampaknya UBN masih lai ingin menyerang peribadi Zaid, walaupun baru sahaja semalam Khairy mengarahkan agar kempen provokasi dan mengecam peribadi tidak digunakan.
Adakah semua perkara ini haram apabila Zaid bersama PR? mengapa tidak mendedahkannya dahulu semasa Zaid menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dan ketika beliau menjadi Menteri dibawah kerajaan Islam Hadhari?

Bukankah masih ramai peminpin BN yang mempunyai saham dan dan terlibat sebagai lembaga pengarah dalam syarikat judi dan arak? Adakah semua ini halal kerana mereka itu UMNO?

Sekiranya isu ini tidak menjadi apakah isu seterusnya? Zaid anti hudud?