Pengikut Setia - Terima Kasih

Rabu, 19 Oktober 2011

SURAT DARI ANAK YANG KECEWA






DEMO ANTI RAJA BAHRAIN








SURAT DARI ANAK YANG KECEWA

Salam saudara pengarang tukar tiub . Terima kasih menyiarkan komen saya . Apa yang saudara katakan memang benar . Saya adalah anak kepada anggota tentera yang mana bapa saya ditugaskan untuk misi luar negara sebagai pengaman/pemantau kepada PBB.

Amat menyedihkan bagi saya kerana bapa saya menyertai misi ini hanya kerana dibayar elaun yang tinggi oleh PBB . Dibayar dalam Dolar USD demi bekerjasama bersama-sama tentera-tentera bersekutu jahat sedunia tidak lain tidak bukan US dan seangkatan . Tugasnya sebagai pemantau dan pengaman dalam erti kata lain bersekongkol dengan penjajah justeru menidakkan kuasa 'Freedom Fighter' .

Sebagaimana saudara Tukar Tiub ketahui , di Aghanistan misalnya tentera bersekutu Amerika masih kekal kerana ingin memonopolikan tanaman popi yang giat dilaksanakan di sana . Amerika sentiasa menjaga kepentingan ini dan kemudian dibantu oleh tentera-tentera Malaysia yang bekerjasama . Yang bertempur bukanlah tentera Malaysia akan tetapi tentera US . Namun jaringan kekuatannya didokong oleh bantuan tentera-tentera yang diupah ini termasuk Malaysia atas dasar 'kerjasama' .

Saya tidak dapat membayangkan yang bapa saya bersekongkol dengan pembunuh dan penghancur rakyat Islam di Afghanistan ini . Hari demi hari peperangan berlaku , namun saya tahu peperangan ini adalah salah sama sekali di dalam hukum alam yang kita belajar . Menyerang dan menakluki tamadun orang lain adalah perbuatan yang zalim .

Untuk pengetahuan pengarang Tukar Tiub juga , misi yang direncanakan ini bunyinya amat manis seperti pengaman , pasukan bantuan perubatan , dan dalam masa yang sama membantu tentera bersekutu menjahanamkan orang - orang Islam di sana . Akhirnya , bapa saya menganggap ini adalah kerja mulia kerana menentang pengganas dan keganasan . Sebenarnya , saya tahu siapa adalah pengganas sebetulnya .

Inilah kelemahan dasar Malaysia . Amat mudah bekerjasama dengan tangan-tangan yang menghancurkan saudara Islam sendiri . Hanya kerana dibayar elaun dalam bentuk USD , maka ramai tentera Malaysia memilih untuk menyertai misi ini . Untuk makluman , bagi misi PBB mereka dibayar sekitar 50 - 100 USD sehari .

Jika NATO pula saya tidak pasti . Bapa saya pernah beritahu bayaran NATO lebih mahal daripada bayaran PBB . Sebenarnya saya malu nak menulis ini . Tapi saya tahu , kebenaran adalah pahit untuk ditelan . Saya kongsikan ini bersama - sama pembaca Tukar Tiub sekalian . - Anak Yang Kecewa -

By Anonymous on CIA TAHU ADA GAMBAR NAJIB DAN ALTANTUYA on 10/19/11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama