The Nut Graph melaporkan satu rencana tentan pengislaman orang asli oleh kakitangan Hospital Orang Asli Gombak dengan cara yang mengelirukan dan tanpa kehendak diri orang asli tersebut.
Isu ini merupakan satu isu yang sensitif kerana melibatkan agama. Sebagai seorang islam, yang terdidik dengan ajaran islam dan memahami dengan baik tentang islam, saya menentang sekeras-kerasnya cubaan untuk mengislamkan seseorang dengan cara yang tidak betul. Dengan tipu daya dan mengelirukan.
Tiada paksaan dalam beragama - itu adalah janji Allah s.w.t. didalam al-Quran
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.[2.256]
Allah itu maha berkuasa lagi mah mengetahui, Dialah yang menciptakan segalanya.
“Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Ia menjadikan manusia umat yang satu. Tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menetapkan mereka.” (Hud: 118-119
“Kalau Allah menghendaki tentu saja Allah menjadikan mereka semua petunjuk, sebab itu janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang jahil.” (Al-An’am: 35)
Allah tidak akan memasukan seseorang itu kedalam syurga semata-mata kerana IC nya tertulis agamanya islam. Seseorang ke syurga kerana rahmatNya.
Islam dan mengucap kalimah shahadah hendaklah dilakukan dengan rela dan difahami dengan baik.
Saya menyeru pihak berwajib menyiasat kisah Angeh dari laporan The Nut Graph ini. Sama ada ini merupakan satu laporan palsu atau benar-benar terjadi.
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).
"Orang mukmin senantiasa berada di antara lima ancaman berat, yaitu mukmin yang mendengkinya, munafik yang membencinya, kafir yang memeranginya, syetan yang menyesatkannya, dan nafsu yang melawannya." (Hadits ini dikeluarkan oleh Abu Bakar bin Lai dari Hadits Ana dalam Makarim Al-Akhlak).
Saya risau jika laporan in merupakan satu niat jahat untuk memburukan nama baik Islam. Oleh itu, JAKIM dan JAIS perlu segera menyiasat perkara ini dengan jujur dengan niat untuk mempertahankan Islam dan membetulkan keadaan serta mengambil langkah perlu untuk pencegahan dimasa depan.
Sekiranya benar, saya khuatir:
1. Akan berlaku konflik undang-undang. Contohnya jika berlaku pelanggaran dalam undang-undang syariah negeri seperti meminum arak dan berjudi, sedangkan orang tersebut tidak memeluk islam dengan kemahuannya atau dilahirkan sebagai islam. Sudah tentulah ini akan menjadikannya satu penaniayaan dan seterusnya individu tadi akan mengangap undang-undang Islam sebagai zalim.
atau
yang lebih besar sekiranya orang itu ingin berkahwin dengan bukan islam dan tidak pula mengikut perkahwinan islam sebaliknya menjadi murtad, padahal orang tersebut sememangnya bukan islampun. Kemudian terjadi kematian yang menyebabkan perebutan hak pengebumian.
Terdapat satu kes di P.Pinang dimana seorang perempuan Cina ingin keluar dari Islam setelah bercerai dengan seorang lelaki asing (Iran jika tidak silap). Perempuan Cinan itu ingin berkahwin lain,tetapi status Islam pada IC nya telah menyebabkan ianya menjadi sukar. Kes ini walaupun dimenangi oleh wanita cina tersebut (memang patutpun) tetapi telah menimbulkan konflik dikalangan pengamal undang-undang syariah. Samaada boleh untuk seorang peguam syarie bertindak membantu seseorang untuk murtad? Adakah boleh seorang hakim syariah bertindak membenarkan murtad walaupun al-Quran dan Hadis tidak membenarkannya. Belum lagi dikira dengan kes perebutan untuk mengebumikan jenazah, samada dia seorang Islam dari segi agama di IC nya atau amalannya. Terdapat juga kes ini yang berlaku di N9 (yang dimenangi oleh keluarga bukan Islam Nyonya tahir?) dan lain-lain negeri.
2. Persoalan yang kedua ialah adakah penolong pegawai farmasi tersebut serta rakan-rakannya mendapat motivasi kewangan sehingga sanggup menipu untuk mendapat orang yang memeluk islam, saya juga masih ingat tentang misi DS Khir Toyo mengislamkan bumiputera di Sabah, adakah modus oerandi ini juga yang digunakan. JIka ya, ianya hanya merosakan nama baik Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama