Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 13 Mei 2010

13 Mei & kita


Hari ini 13 Mei, hari yang sepatutnya berlangsungnya persidangan Melayu Bangkit anjuran GERTAK. Namun persidangan ini ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Alasan yang dipercayaai ialah kerana tarikh tersebut.

Ada apa pada 13 Mei? Hari ini 41 tahun dahulu telah berlakunya pertumpahan darah warga. Meragut nyawa dan memusnahkan harta. Memisahkan Kuala Lumpur dari Selangor dan beralih kuasa dari YM Tunku kepada bapa DS Najib. 13 Mei juga menamatkan PERIKATAN dan ditubuhkan Barisan Nasional yang turut mengheret PAS menyertainya.

13 Mei 1969 telah berlaku 12 tahun selepas Tanah Melayu merdeka. 6 tahun selepas terbentuknya Perseketuan Malaysia dan 4 tahun selepas Singapura dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia.

Pertama kali aku mendengar tentang 13 Mei ialah semasa aku berumur 14 tahun. Semasa menuntut ditingkatan dua SMK Tok Perdana Sitiawan. Semasa aku mengikuti latihan persilatan di sebelah petang disekolah tersebut.

Pada petang itu, semasa sesi perkenalan, semasa sesi menyerahkan barang pengeras, Tok Guru silat mula bersyarah, mengapa kami perlu belajar silat, mengapa kami perlu mahir silat. Kerana kami perlu bersedia untuk menghadapi jika berlaku lagi 13 Mei. kerana kami adalah benteng bangsa dan negara yang bersedia mengalirkan darah cina.

Aku tertanya-tanya apakah itu 13 Mei? Masakan aku tidak tahu, sedangkan aku adalah peminat sejarah. Aku acap kali mendapat A dalam mata pelajaran sejarah. Selain itu aku banyak mengetahui sejarah yang tidak dilaporkan hasil dari sikap ingin tahuku, dari cerita ayah dan ibu. Aku memang suka membaca buku-buku lama di rak buku milik ayah. Buku-buku zaman persekolahannya.

Aku bertanya rakan baikku Ahmad, sama ada beliau pernah mendengar tentang 13 Mei? beliau menjawa ya, dari ibunya. Ah..lagilah aku kesal kerana dalam isu ini aku terkebelakang.

Entah bagaimana kemudianya aku terjumpa sebuah buku lama bertulisan jawi, karya YM Tunku bertajuk Sebelum dan Selepas 13 Mei.Puas juga membacanya kerana tulisan jawi dan ayat lama. Melihat gambar-gambar kemusnahan, kematian, perarakan dan tentera.

Sejak itu aku sering mendengar tentang 13 Mei dari perbagai pihak dengan perbagai versi. Ada darinya pengalaman hidup dari seseorang.

Versi yang paling menarik ialah semasa aku mengikuti program membasuh otak di BTN. Penceramah tersebut mengatakan ada satu perjanjian yang hanya boleh didapati di Arkib Negara, yang mengatakan sekiranya Tanah Melayu tidak dapat memerintah dengan baik dalam masa 10 tahun selepas merdeka, maka pihak British akan mengambil alih semula Tanah Melayu. Maka kata si penceramah, nasib baiklah 13 Mei berlaku pada tahun 1969, 12 tahun selepas merdeka, jika tidak pasti negara kita kini dibawah British semula kerana gagal dalam percubaan untuk memerintah sendiri.

Aku yakin ini satu pembohongan. pertama, jika ini benar kenapa tidak disebutkan dalam buku sejarah, mengapa tidak dipelajari di sekolah. Kedua mana buktinya? bahan dalam arkib bukan tidak boleh dibuat salinan apatah lagi oleh agensi kerajaan.

13 Mei telah berlalu, tetapi tidak meninggalkan kita. Acap kali 13 Mei dijadikan bahan oleh pibak tertentu yang kehabisan modal. Satu suruhanjaya perlu dibentuk, menyiasat perkara sebenar disebalik tabir tentang isu ini. Supaya tiada dongeng yang mengaku kononnya melihat dengan mata lantas mengatakan parang bertebangan.. orang cina membunuh melayu..terdapat seruan dalam bahasa cina dalam pawagam yang menyuruh cina keluar dan kemudiannya melayu dibunuh.. tentera sampai dan membunuh rakyat membuta tuli terutamanya cina. Ungkapan-ungkapan ini boleh didengar dengan jelas terutamanya jika kita berbual dengan warga yang berumur 50 tahun keatas, terutamanya dari lembah klang.

Hari ini, 13 Mei datang lagi kepada kita, tetapi kali ini di sambut senyum riang oleh tokei cina bernama Vincent Tan, kerana lesen judi sukan diluluskan untuknya. Seseolah mesin mencetak wang diberikan kepadanya oleh kerajaan pimpinan Melayu yang bernama DS Najib Tun Razak. Dimana dan siapa Vincent Tan semasa 13 Mei 1969 aku tidak tahu, tetapi dimana DS Najib semua orang tahu. Kerana 13 Mei 1969 ayahandanya diangkat meminpin MAGERAN dan kemudiannya Perdana Menteri.

13 Mei tidak akan padam. Ini adalah wang tunai yang sentiasa dalam simpanan. Ini adalah kisah benar yang penuh dengan misteri. Inilah modal yang akan digunakan oleh mereka sama ada dari kerjaan atau pembangkang. Dan kita rakyat terbanyak hanya akan mendengar, dan kemudian merasa marah dan kemudian menanam benci dan kemudian diturunkan kepada generasi kita. Tetapi mereka, menteri-menteri melayu dan cukong-cukong cina sentiasa mewah, terus kaya dan membahagi harta negara sesama mereka.

Siapakah kita? Cukong atau Menteri? yang pasti aku adalah marhain..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama