Pengikut Setia - Terima Kasih

Sabtu, 1 Mei 2010

PerlembagaanKU - Merakyatkan Perlembagaan




Jumaat minggu lepas (23/04/10) aku telah menghadiri mensyuarat Perlembagaanku di bangunan Majlis Peguam. Wah, Majlis Peguam tu, sebenarnya aku sendiri keliru bagaimana boleh aku dijemput kesana, jemputan melalui email, mungkin aku lupa yang aku telah mendaftarkan emailku untuk aktiviti tersebut. Aku keseorangan disana, dalam email balas yang aku terima, ramai ahli jawatankuasa baru yang akan menyertai mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut bukanlah baru, cuma aku adalah ahli baru. Aku telah beberapa kali mendengar tentang kempen perlembagaanku ini dari facebook , TV Selangor dan surat khabar.

Aku sangkakan ramainya ahli baru nanti bolehlah aku sertai mereka, tapi jangkaanku meleset kerana yang hadir ini kebanyakannya ahli yang saling kenal mengenali, jadilah aku seorang yang keseorangan dalam keramaian. Ramai mereka memandang pelik aku. Yelah tetiba masuk dalam satu mesyuarat peringkat kebangsaan yang pastinya penting. Aku rasakan macam kera sumbang, masakan tidak aku sebagai ahli baru dari satu-satunya organisasi yang sangat berlainan sifatnya dengan ahli lain yang hadir, selain itu mereka menggunakan bahasa Inggeris yang aku kurang yakin dalam menggunakanya.

Selain dari itu aku sendiri masih gagal untuk memahami tentang perlembagaan itu sendiri. Aku patut hadir ke kempen perlembagaanku dan bukannya mesyuarat bagaiamna membuat kempen perlembagaan perseketuan agar difahami rakyat. Tapi apapapun aku suka dengan mesyuarat dan kempen ini. Perlembagaan Perseketuan merupakan indang-undang tertinggi negara yang wajib difahami dan dituruti oleh warga perseketuan.
Ini juga peluang untuk aku mempunyai lebih ramai kawan dari perbagai organisasi.

Kesal.

Tapi sampai sekarang aku kesal. Pertamanya mesyuarat yang berlangsung dari jam 6 petang dan berakhir jam 8.30 malam ini telah menyebabkan aku tertinggal solat Magrib. Aku sebenarnya cuba untuk menunaikan solat bila masuk waktunya, tetapi aku gagal mencari surau untuk tujuan itu walaupun aku keluar sebentar mencarinya. Hadirin Islam yang lain juga seolah-olah tidak mengendahkan Magrib yang singkat itu.

Selepas tamat mesyuarat, sesi bergambar diadakan, ada seorang gadis bernama Fir agak lambat, bila ditanya oleh Saudara tim pengerusi, maka menjawb saudari Fir, soaltlah.. Oh ada juga yang bersolat, nanti sekiranya ada lagi mesyuarat, aku akan minta mesyuarat ditangguhkan lima minit untuk bersolat. Bukankah Islam adalah agama perseketuan?



Kekesalanku yang kedua ialah dalam penggunaan bahasa. Menurut Hishamudin Rais dalam artikelnya yang terbaru sejarah hulu Selangor, kegagalan banyak kempen oleh NGO di Malaysia adalah kerana faktor bahasa yang digunakan. Bahasa mesyuarat yang digunakan ialah bahasa Inggeris, aku akui yang aku agak lemah dalam penggunaan bahasa ini. Bahasa Melayu adalah bahasa perseketuan walaupun tidak menafikan bahasa lain. tetapi jika kita melihat sekeliling, terutamanya di dunia profesional(doktor,peguam,korporat dll) dan glamer (artis), bahasa inggeris adalah bahasa utama selain itu bahasa inggeris juga merupakan bahasa utama apabila bangsa selain Melayu bertemu contohnya bila Melayu bercakap dengan India atau Cina atau Cina bercakap dengan India.
Alasan yang selalu diberikan ialah kurang mahir berbahasa Melayu. Isu ini terjadi kerana kurangnya menggunakan bahasa Melayu! Oleh itu kita mesti kerap menggunakan bahsa Melayu, sesuai dengan sifatnya sebagai bahara rasmi perseketuan dan bahasa perpaduan. Tetapi sebenarnya saudara pengerusi ada bertanya adakah beliau perlu bercakap dalam bahasa melayu, ahli mesyuarat menyambut tidak perlu. Itu yang aku kesalkan kerana gagal untuk bertindak mempertahankan perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sepatutnya aku katakan ia..perlu. (dengan tegas) Aku kesal dengan diri sendiri.

Sebelum balik beberapa ahli mesyuarat menegurku dan meminta untuk aku jalankan kempen ini diorganisasiku. InsyaAllah, perkara yang baik akan aku usahakan. Tapi sebelum tu, aku sendiri mesti mahir dan faham tentang perlembagaan perseketuan ini terlebih dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama