Pengikut Setia - Terima Kasih

Memaparkan catatan dengan label Pentas 152. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pentas 152. Papar semua catatan

Ahad, 26 April 2009

Catatan di Pentas 152


Malam tadi, selepas solat maghrib, aku bergegas ke seksyen 16 Petaling Jaya.
Bersama isteri dan anak yang sentiasa menyokong dan mengekor, aku memandu laju menggunakan lebuhraya PLUS supaya perjalananku cepat dan lancar. Tujuanya adalah untuk ke satu program amanat untuk pejuang muda dari Sasterawan Negara D. A. Samad Said.

Aku tiba lewat, perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa kira-kira dua puluh minit melangkaui satu jam kerana sesat. Tapi akhirnya, dengan semangat yang sentiasa membara aku tiba di sebuah banglow yang telah menempatkan lain-lain pejuang muda.



Benar, hanya pejuang muda sahaja yang kelihatan. Kecuali atok berjangut putih panjang. Dia terkecuali kerana dia yang akan memberi amanat.. Aku dengar Khairy dan Mukhriz ingin menarik anak muda. Azli si blogawan juga turut ingin menarik anak muda kepada umno. Tapi kini anak muda yang datang bukan pada majlis umno, yang datang dengan inisiatif sendiri, tanpa air dihidangkan, tanpa lampu yang gemerlapan dan dengan nyamuk yang sedia menghisap darah. Bak kata Anwar Sadat, harta terbesar Mesir bukalanlah Piramid, ataupun Terusan Suez, tetapi belianya. Ya belia anak muda yang akan mewarisi negara.
Anak muda patut didedahkan dengan perjuangan, bukan dengan hiburan semata-mata. Tidak cukup dengan realiti tv, konsert disana sini. Dalam pangkalan tentera pun nak goyahkan anak muda.

Majlis ini dianjurkan oleh Anwar Ibrahim Club, sebuah NGO yang bertapak untuk menyokong aspirasi dan perjuangan Anwar, yang mendidik dan melahirkan pemimpin masa depan.
Aku tidak peduli semua itu, hasratku untuk bertemu mata dengan Tok Samad. Seorang yang bertubuh kering, tinggi, berjanggut dan berambut putih dan panjang.

Aku ingin melihat lebih dekat seorang tua yang sanggup menggempur pasukan polis yang berlatih berbulan lamanya di pulapol.. Merempuh untuk mengadap paduka baginda untuk mempersembahkan bantahan rakyat tentang PPSMI. Ya orang tua ni kemudianya turut berkempen di setiap PRK. Yang menanti di Penanti. Beliau dah beri amaran. Menteri pelajaran baru, jangan anggap terkecuali. Tim. Menteri yang sebelum ini turut lantang menentang, sila laksanankan kata-katamu.

Setelah banyak anak muda yang berpuisi,bersajak dan menyanyi, puncaknya Tok Samad bangun dan berucap. Satu-satunya tokoh Asas 50 yang masih hidup. Tokoh yang membakar dirinya untuk memastikan bahasa aku,engkau dan kita terus hidup, hidup secara bermaruah.

Walaupun kita turut bertanggung jawab untuk memastikan bahasa nenek moyang kita ini terus berfungsi dengan sewajarnya, tetapi peranan kerajaan sangat besar pengaruhnya.. kata Tok Samad lagi '' pelik bila bahasa inggeris yang diagung agungkan itu tidak digunakan secara meluas untuk berkempen dalam PRK. Yang digunakan oleh umno ialah bahasa Melayu'' nyata bahasa melayu digunakan sebagai bahasa undi semata-mata.

Tok Samad turut melahirkan rasa bangga denga penampilan anak muda yang bakal mewarisi beliau.. Aku tidak dapat tunggu lama sehingga Tok Samad habiskan ucapanya, aku harus segera pulang kerana anakku dah mula tunjuk tanda tidak selesa, lagi pula aku hadir tanpa makan malam. Tok Samad, aku pegang seruanmu, aku sahut cabaranmu.. Akan ku korek kubur, akanku buka keranda 152, akan ku pastikan ia hidup semula seperti sepatutnya. Sebelum aku balik, aku membeli buku;
1.Keranda 152- BAHASA KITA Air mata dan maruah kita
2.Mencari makan diri Melayu -renungan untuk bangsaku