Pengikut Setia - Terima Kasih

Isnin, 19 April 2010

UBN Gelabah, Stategi tidak menjadi

Usaha UBN untuk memalu serta menjatuh sungkurkan calon PR D. Zaid Ibrahim tidak kesampaian. Walaupun dibantu Utusan yang kononya penyebar fikiran rakyat dengan dua hari berturut-turut laporan dimuka depan, para blogawan upahan UBN serta poster dan kain rentang di seluruh Hulu Selangor, tujuannya ialah untk membuktikan bahawa D. Zaid Ibrahim ialah seorang kaki botol.




D. Zaid Ibrahim yang dikenali seorang yang berprinsip, jujur mengakui yang beliau memang pernah meminum arak, tetapi itu dulu, dan kini beliau sudah bertaubat dengan Allah s.w.t. Jawapan tersebut menyebabkan UBN beralih untuk membuktikan bahawa D.Zaid Ibrahim bukan sahaja peminum arak tapi lebih kepada 'kaki botol' istilah yang menunjukan bahawa beliau adalah peminum arak yang tegar. Ini kerana setakat pernah meminum arak, adalah perkara biasa bagi pemimpin UBN.



Para blogawan UBN memuat turun perbagai gambar bagi menunjukan yang D. Zaid ialah seorang peminum arak tegar, antara gambarnya ialah gambar beliau menogak botol arak. Perkara ini dibalas dengan oleh blogawan PR yang memuat turun gambar para pemimpin UBN yang sedang meminum arak, memegangnya serta berada dalam majlis arak. Antaranya ialah pemimpin UBN yang galak menuduh D. Zaid sebagai kaki botol.

Bezanya gambar pemimpin UBN dan arak adalah asli serta benar manakala gambar yang mengaitkan D. Zaid terang dan jelas adalah palsu dan mengunakan teknik pertindihan!

Tersentak dengan itu, Ketua Pemuda UBN YB Khairy bertindak mengarahkan agar seluruh poster dan kain rentang yang provokatif dan mengecam peribadi s.i.n.i diturunkan sambil menafikan itu adalah kerja UBN sebaliknya menuduh kerja pihak ketiga sedangkan jelas serangan keatas Anwar Ibrahim berlambangkan BN. Khairy merupakan salah seorang pemimpin UBN yang turut gambarnya dimuat turun berkaitan isu arak.

UBN kini sedar, tindakan mereka telah melahirkan gelombang menyampah terhadap UBN dan gelombang simpati untuk D. Zaid Ibrahim.

Strategi kedua UBN ialah menarik orang-orang kuat PKR keluar parti. Bermula dengan ADUN PKR Kedah yang mengistiharkan diri sebagai bebas tetapi menyokong PM DS Najib, dikuti pimpinan AMK PKR Shah Alam dan yang terbaru Setiausaha PKR Cabang Hulu Selangor, yang juga doktor peribadi Anwar Ibrahim, DR Halili.

Tindakan mereka pastinya 'tidak percuma' ini bukanlah satu tuduhan yang tidak berasas tetapi boleh dinilai dari alasan mengapa mereka keluar parti.

Oleh itu pemergian mereka tidak ditangisi atau mengecewakan PKR, sebaliknya mempercepatkan proses pembersihan dari mereka yang mencari makan serta mempunya agenda peribadi sonsang didalam parti tersebut.

Sejak akhir-akhir ini gejala melompat didalam PKR menjadi-jadi,masakan tidak sedangkan ada ejen untuk menarik orang-orang PKR yang diketuai oleh D. Salehudin dan Ezam. Terima kasih kepada mereka kerana membantu menarik keluar orang yang tidak berprinsip serta lidah bercabang keluar dari keadilan yang semakin hari mendapat tempat dihati rakyat!

Kini, dua calon bebas telahpun menarik diri, maknanya satu lawan satu antara D. Zaid yang bertaubat dan boleh sedekahkan al-fatihah jika kita meninggal dengan Nathan. Penakiri menyeru untuk pengundi Hulu Selangor terutamanya pengundi Melayu Islam memeilih D.Zaid untuk dihantar ke Parlimen.

2 ulasan:

  1. Terasa rugi pula tidak menjadi pengundi di Hulu Selangor. Semoga Allah memberkati perjuangan setiap insan yang mendokong kesucian Islam. Amin.

    BalasPadam
  2. Masih di UPSI ke? Bolehlah selalu ke KKB, tengok ragam.

    Semoga berjaya dalam pelajaran.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama