Pengikut Setia - Terima Kasih

Rabu, 25 November 2009

Ujian Keatas Nik Aziz dan Pengajarannya


Politik PAS Kelantan bergolak hebat, menariknya ia terjadi langsung kepada Tg Nik Aziz dan ketika PAS menyambut ulang tahun ke 19 pemerintahanya di Kelantan. Malah Tg Nik Aziz turut di calonkan mengetuai Pakatan Rakyat serta turut disenaraikan sebagai tokoh ke 42 paling berpengaruh dalam senarai 500 pemimpin islam.

Tg Nik Aziz diserang kiri dan kanan, selpas beliau yang digelar tuan guru dan mursyidul am itu menyerang Presiden Partinya, dan lain-lain pemimpin kanan parti.

TG Nik Aziz dituduh mengamalkan kronisme apabila melantik menantunya Arif Fahmi sebagai CEO PMBK dan dituduh menerima rasuah kerana pakej mengerjakan haji yang bernilai RM 65 ribu.

Kemelut ini hampir selesai apabila Nik Aziz membatalkan niatnya pergi menunaikan haji dan bersetuju setelah dinasihati oleh PAS Pusat untuk menasihatkan menantunya meletakkan jawatan.

Bak kata orang dunia ini bulat. Apa yang kita buat boleh kembali balik kepada kita. Nik Aziz sebelum ini dianggap hero kerana mempertahankan PAS didalam Pakatan Rakyat, beliau secara terbuka meminta Tim. Presiden, SU Agung dan PJ Selangor meletak jawatan dan meminta diadakan EGM seperti mana yang berlaku dalam MCA. Permintaan Nik Aziz disuarakan melalui blognya. Komen beliau membawa kepada mesyuarat khas PAS dan kemudiannya seminar politik.

Tup- tup.. Kini Nik Aziz pula diserang terutamanya kes menantu beliau oleh penulis blog. Serangan tersebut sungguh ganas sehingga memaksa campur tangan pemimpin atasan PAS dan Nik Aziz seterusnya akur menasihati menantunya meletakkan jawatan seperti yang diminta oleh penulis blog tersebut. Ternyata Nik Aziz matang dalam menerima nasihat pemimpin atasan PAS setelah mereka melihat yang Nik Aziz teragak-agak dalam tindakannya.

Terdapat artikel contohnya dalam Mstar yang mengambil kesempatan ini untuk mengur Nik Aziz, cara tulisan tersebut seolah-olah dah tunggu lama sangat peluang untuk menegur Nik Aziz, seeolah-olah menegur Nik Aziz itu adalah satu nikmat yang besar.

Nik Aziz bukanlah maksum, semua manusia melakukan kesilapan, tetapi lebih silap manusia itu jika dia tidak membetulkan kesilapannya itu.

Terdapat satu perkara yang tidak difahami oleh ramai orang berkenaan dengan sistem nilai didalam Islam.

Nilai didalam islam tidak berubah mengikut waktu dan jarak. Apa yang dibolekan oleh Islam tetap dibolehkan selamanya dan apa yang diharamkan oleh Islam tetap diharamkan walaupun di Amerika. Cumanya ia seperti biasa bersandarkan kepada lima hukum yang fleksibel iaitu wajib,sunat harus, makruh dan haram.

Apabila Nabi s.a.w melantik bapa mertua dan menantunya sebagai pemimpin kanan beginda, atas dasar orang-orang ini adalah yang terbaik dan baginda kenal sangat budi pekertinya, dan tidak pula baginda melarangnya seperti mana baginda melarang berkahwin lebih dari empat, maka ia dibolehkan.

Maka tidak salah untuk Nik Aziz melantik menantunya untuk menjawat jawatan yang tinggi di dalam kerajaan asalkan ianya layak. Walaupun mungkin ia salah dari sudut SPRM atau nilai masyarakat sekarang, yang salah tetap nilai masyarakat sekarang dan bukannya Nik Aziz, kita tidak boleh untuk mengharamkan benda yang dihalalkan oleh nabi s.a.w. Menantu Nik aziz mungkin salah jika betul segala tuduhan keatasanya, atau salah kerana menyamar baik sebelum menjadi menantu. Tetapi ditegaskan sekali lagi melantik menantu bukan lah salah disisi Islam, ingat hidup,mati dan ibadat kita kerana Allah, bukannya kerana SPRM atau nilai masyarakat sekarang.

Menjadi tanggung jawab untuk golongan ulama menjelaskan isu ini. Begitu juga dengan Tun M yang dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Anti Perang. Antara kenyataan Tun ialah agar perang ini diharamkan. Peperangan ialah satu sunnah nabi s.a.w.
Nabi berperang kerana banyak sebab dan sebab utamanya kerana agama Allah s.a.w. Saidina Abu bakar memerangi nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat. Jelas peperangan sesuatu yang dibolehkan atas sebab tertentu seperti mempertahankan negara dan maruah islam.

Oleh itu kita melihat disini yang sistem nilai islam melewati masa, dibenarkan dizaman nabi dan juga sekarang, tapi bagi golongan liberal dan munafik, tidak ia tidak sesuai pada zaman sekarang. Sepatutnya golongan ulama bangun menjelaskan hal -hal seperti ini.

Menjelaskan hal dua hal ini juga adalah satu peluang untuk berdakwah. Maka bila terjadi isu ini, mungkin ada hikmahnya iaitu dapat membuat seseorang buka mata dan belajar.

Satu lagi tuduhan yang dialami oleh Nik Aziz ialah rasuah haji. Rasuah tetap rasuah, samada pergi hatyai atau mekah. Saya percaya, ramai ulama' tidak perlu mengeluarkan sesen pun duit poketnya untuk kehidupan sehariannya kerana ditaja oleh anak muridnya. Dari selipar sehinggalah kepada serbannya. Kerana ramai orang yang ingin mengambil berkat dari seorang tok guru atau ulama. Saya ada seorang kawan yang baru beberapa tahun balik dari timur tengah, tidak pernah bekerja secara formal melainkan menyampaikan ceramah agama dan usrah, tetapi mampu membeli rumah di lembah klang yang berharga lebih 250 ribu. Itu rezekinya sebagai pewaris nabi. Begitu juga dengan Nik Aziz, Nik Aziz menerima hajat baik seorang hamba Allah untuk membawanya ketanah suci mekah, tetapi apabila mengetahui yang penaja tersebut ada menerima kontrak dengan kerajaan negeri, maka beliau membatalkannya.

Sudah tentu itu adalah langkah yang terbaik dan pastinya Nik Aziz sendiri memang berkemampuan untuk pergi haji dengan duitnya sendiri.

Kes ini sudah hampir selesai,cumanya masih menunggu siasatan SPRM. Tetapi bakal panas kembali dengan komen anakanda Nik Aziz, Nik Abduh. Nik Abduh bukan kali pertama membakar isu, dengan gaya bahasanya yang kasar, betullah kata sesetengah orang, anak-anak Nik Aziz tidak mewarisi Nik Aziz, mungkin boleh jika diadunkan Nik Omar, Nik Abduh, Nik Rahim Nik Adli dan Nik Asri. Tapi bukan hanya seorang dari mereka.

Apakah hasrat sebenar Nik Abduh sehingga meleelkan bodoh kepada orang yang menghalang ayahnya dari berhenti? Adakah perasan bencinya kepada pembantu=pembantu ayahnya seperti yang pernah dituliskannya?

Apakah dengan berhentinya Nik Aziz, maka senang untuk Nik Abduh mengatur langkahnya di Kelantan setelah gagal mempengaruhi ayahnya sendiri?

Pelik sesetengah orang sanggup menolak kepimpinan Husam,Hatta Ramli, Kamarudin Jaafar dan sebagainya kerana dituduh tidak dari aliran agama dan sebagainya, tetapi sanggup pula bekerjasama dengan UMNO dan Najib.

Mempertikaikan para pembantu ayahdanya bermaksud mempertikaan juga kebolehan dan kepintaran NIk Aziz dalam memilih para pembantunya. Siapalh Nik Abduh jika dibandingkan dengan Nik Aziz.

2 ulasan:

  1. saya tiada berpegang pada mana2 parti politik.

    saya tertarik dengan tulisan saudara dan setuju bahawa Nik Aziz bukan Maksum dan beliau juga adalah khalifah seperti kita. Cabaran dan dugaan zaman sekarang memang dahsyat. fitnah sana sini. PHD sana sini. Suka ingat saat Kematian Rasulallah "umatku umatku umatku" dan umatku ramai tapi seperti buih dilautan

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama