Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 20 April 2010

Gelagat Malaysiaku

Anwar Bin Ibrahim - MELAYU

1. Dia tumbuk mata sendiri - Perdana Menteri Malaysia



Kugan-INDIA


2. Dia mati sendiri - Polis Diraja Malaysia



Teoh Beng Hock-CINA

3. Dia jatuh sendiri - Suruhanjaya Diraja Malaysia

1Malaysia semua sudah kena!!



ALTANTUYA??


SIAPA BERANI BAGI TAHU DIA LETUP DIRI SENDIRI????

Isnin, 19 April 2010

Siapa taik judi?



Setelah berjaya menangkis tuduhan sebagai 'kaki botol' dan tuduhan tersebut kini kembali kepada ramai pemimpin UBN, Zaid kini berdepan pula dengan tuduhan baru iaitu 'taik judi'. Taik judi menunjukkan seseorang yang sangat suka berjudi sehingga ketagih, seperti kes seorang lelaki Felda yang menyimbah asik ke isterinya selepas wanita malang itu enggan melayan hubungan kelamin.

Lelaki felda itu dikatakan seorang taik judi. Taik judi memang bermasalah, maka sebab itu di parlimen baru-baru ini pemimpin PR mendesak kerajaan untuk mengurangkan lesen judi yang diluluskan oleh kerajaan BN. Seorang taik judi bukan sahaja menyebabkan dirinya bermasalah dengan hutang, tetapi rumah tangga dan nyawa keluar juga sering terancam.

Oleh itu, kini UBN berusaha untuk menunjukan karektor sisi Zaid sebagai seorang 'kaki judi'

Zaid dikatakan mempunyai seekor kuda yang dinamakan sebagai Kelantan yang kerap digunakan untuk perlumbaan. Dakwaan itu didedahkan melalui blog yang mesra UBN, Pisau.net.

Ditanya wartawan selepas ceramahnya di Ampang Pecah malam semalam, Zaid tidak menafikan beliau adalah tuan punya kuda itu yang dimilikinya ketika bersama Umno.

"Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan,”
jelas Zaid.

Bagaimanapun bekas menteri itu berkata memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi.

"Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan,” katanya.

Nampaknya UBN masih lai ingin menyerang peribadi Zaid, walaupun baru sahaja semalam Khairy mengarahkan agar kempen provokasi dan mengecam peribadi tidak digunakan.
Adakah semua perkara ini haram apabila Zaid bersama PR? mengapa tidak mendedahkannya dahulu semasa Zaid menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dan ketika beliau menjadi Menteri dibawah kerajaan Islam Hadhari?

Bukankah masih ramai peminpin BN yang mempunyai saham dan dan terlibat sebagai lembaga pengarah dalam syarikat judi dan arak? Adakah semua ini halal kerana mereka itu UMNO?

Sekiranya isu ini tidak menjadi apakah isu seterusnya? Zaid anti hudud?

Zaid 2010 - Jalan yang semakin lurus

Zaid memang seorang yang demokratik, berprinsip dan sentiasa memandang kehadapan. Beliau berani mengaku kesalahan yang pernah beliau lakukan sebelum ini. Memahami beliau adalah tokoh koporat yang sangat berjaya, kehidupan koporat walaupun dinegara Islam Malaysia penuh dengan cerita-cerita perempuan dan arak, kisah-kisah kehidupan ini boleh saja disaksikan dalam drama-drama di tv. Oleh itu kehidupan sekular, liberal atau sosial adalah biasa baginya dan orang sepertinya. Tetapi, tanpa nasihat yang betul,dari rakan-rakan dan ulama' tentu ianya lebih parah. Tapi, bagi mereka yang sentiasa mencari kebenaran, pasti ada jalannya.




"Apabila dah berkawan rapat dengan Tok Guru dan mendapat nasihat darinya, rasa faham dalam hal-hal berkaitan agama ini jauh lebih baik.... berbeza ketika saya berada dalam UMNO, yang mana ulama UMNO tidak memberikan pandangan betul dalam pelbagai hal agama..... menyebabkan orang seperti saya yang kurang arif agama tidak mendapat pandangan yang sewajarnya..." - Zaid Ibrahim

"Berkawan dengan tukang besi, sedikit sebanyak pasti baju berlubang terkena percikan api, berkawan dengan penjual minyak wangi sedikt sebanyak wangilah kita dengan perbagai haruman.. berkawan dengan ulama' yang jujur jalan ke syurga terbentang luas"



Cerita Zaid - Tulisan Ikhlas Hishamudin Rais



PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU

Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)

( sebarkan lah kesah ini - untuk kita membuat kebaikan)

UBN Gelabah, Stategi tidak menjadi

Usaha UBN untuk memalu serta menjatuh sungkurkan calon PR D. Zaid Ibrahim tidak kesampaian. Walaupun dibantu Utusan yang kononya penyebar fikiran rakyat dengan dua hari berturut-turut laporan dimuka depan, para blogawan upahan UBN serta poster dan kain rentang di seluruh Hulu Selangor, tujuannya ialah untk membuktikan bahawa D. Zaid Ibrahim ialah seorang kaki botol.




D. Zaid Ibrahim yang dikenali seorang yang berprinsip, jujur mengakui yang beliau memang pernah meminum arak, tetapi itu dulu, dan kini beliau sudah bertaubat dengan Allah s.w.t. Jawapan tersebut menyebabkan UBN beralih untuk membuktikan bahawa D.Zaid Ibrahim bukan sahaja peminum arak tapi lebih kepada 'kaki botol' istilah yang menunjukan bahawa beliau adalah peminum arak yang tegar. Ini kerana setakat pernah meminum arak, adalah perkara biasa bagi pemimpin UBN.



Para blogawan UBN memuat turun perbagai gambar bagi menunjukan yang D. Zaid ialah seorang peminum arak tegar, antara gambarnya ialah gambar beliau menogak botol arak. Perkara ini dibalas dengan oleh blogawan PR yang memuat turun gambar para pemimpin UBN yang sedang meminum arak, memegangnya serta berada dalam majlis arak. Antaranya ialah pemimpin UBN yang galak menuduh D. Zaid sebagai kaki botol.

Bezanya gambar pemimpin UBN dan arak adalah asli serta benar manakala gambar yang mengaitkan D. Zaid terang dan jelas adalah palsu dan mengunakan teknik pertindihan!

Tersentak dengan itu, Ketua Pemuda UBN YB Khairy bertindak mengarahkan agar seluruh poster dan kain rentang yang provokatif dan mengecam peribadi s.i.n.i diturunkan sambil menafikan itu adalah kerja UBN sebaliknya menuduh kerja pihak ketiga sedangkan jelas serangan keatas Anwar Ibrahim berlambangkan BN. Khairy merupakan salah seorang pemimpin UBN yang turut gambarnya dimuat turun berkaitan isu arak.

UBN kini sedar, tindakan mereka telah melahirkan gelombang menyampah terhadap UBN dan gelombang simpati untuk D. Zaid Ibrahim.

Strategi kedua UBN ialah menarik orang-orang kuat PKR keluar parti. Bermula dengan ADUN PKR Kedah yang mengistiharkan diri sebagai bebas tetapi menyokong PM DS Najib, dikuti pimpinan AMK PKR Shah Alam dan yang terbaru Setiausaha PKR Cabang Hulu Selangor, yang juga doktor peribadi Anwar Ibrahim, DR Halili.

Tindakan mereka pastinya 'tidak percuma' ini bukanlah satu tuduhan yang tidak berasas tetapi boleh dinilai dari alasan mengapa mereka keluar parti.

Oleh itu pemergian mereka tidak ditangisi atau mengecewakan PKR, sebaliknya mempercepatkan proses pembersihan dari mereka yang mencari makan serta mempunya agenda peribadi sonsang didalam parti tersebut.

Sejak akhir-akhir ini gejala melompat didalam PKR menjadi-jadi,masakan tidak sedangkan ada ejen untuk menarik orang-orang PKR yang diketuai oleh D. Salehudin dan Ezam. Terima kasih kepada mereka kerana membantu menarik keluar orang yang tidak berprinsip serta lidah bercabang keluar dari keadilan yang semakin hari mendapat tempat dihati rakyat!

Kini, dua calon bebas telahpun menarik diri, maknanya satu lawan satu antara D. Zaid yang bertaubat dan boleh sedekahkan al-fatihah jika kita meninggal dengan Nathan. Penakiri menyeru untuk pengundi Hulu Selangor terutamanya pengundi Melayu Islam memeilih D.Zaid untuk dihantar ke Parlimen.

Ahad, 18 April 2010

Sehari di Hulu Selangor


BN atau dahulunya dikenali sebagai Perikatan merupakan pakatan parti-parti politik paling lama, hampir 60 tahun, tapi sayang, politik yang diamalkan ialah politk terkebelakang, kebudak-budakan dan kotor. Sepatutnya BN berhujah tentang dasar, bukannya menyerang peribadi lawan apatah lagi tanpa bukti yang kukuh.



Bendera PKR yang dibakar berhampiran Markas BN/MIC di Kuala Kubu Bharu..


Kain rentang dari pihak ketiga? tiada logo lawan, SPR & Polis sila bertindak, turunkan poster tanpa permit.
Minum arak, apa kata Zaid? "Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,"




Dah lama benar tak kemaskini blog ni, apatah lagi tentang isu-isu politik. Walaupun isu politik di Malaysia tidak pernah sejuk, tetapi kesibukan menghalang aku untuk menulis.

Beberapa PRK juga telah berlalu, tapi aku tetap berpuasa untuk menulis, cumanya kali ini PRK berlaku di Selangor, dan calon yang bertembung pula ialah antara Islam dan bukan Islam dikawasan majaroti Islam, aku masih memegang prinsip yang calon Islam mesti mewakili kawasan bermajaroti Islam s.i.n.i. Oleh itu dengan ini secara terbuka aku menyokong D. Zaid Ibrahim untuk P94 Hulu Selangor.

Beruntung sungguh orang Hulu Selangor, dulu wakil rakyatnya bekas Timb. MB Selangor, kini PKR mencalonkan pula bekas Menteri Undang-undang yang cukup berprinsip. Ayuh Hulu Selangor, kita hantar semula Zaid ke parlimen,pastikan kemenanganya beliau untuk memastikan parlimen kita lebih berdisiplin dan mengikut undang-undang!
Zaid Ibrahim yang saya kenali