Pengikut Setia - Terima Kasih

Jumaat, 18 September 2009

Menjawab komen Lia Suraya

Mulanya Penakiri hanya berniat untuk membalas komen Puan lia, tetapi mungkin kerana komen balas Penakiri terlalu panjang, maka tidak dapat diterbitkan atau Penakiri tidak tahu cara, oleh itu Penakiri menerbitkanya sebagai posting..

Komen puan Lia berkaitan artikel Penakiri Menanti Hukuman Sebat keatas Kartika Sari

1 ulasan:

Lia Suraya
berkata...

Hukuman Islam sepatutnya lebih lembut dan lebih berperikemanusiaan; bukan lebih keras dan lebih kejam.

Saidina Umar pun tak potong tangan pencuri, walaupun hukum hudud menetapkannya begitu.

Mungkin Saidina Umar lebih berperikemanusiaan daripada sesetengah hakim mahkamah syariah kita.



Terima kasih atas komen puan,

1. Pertamanya saya bersetuju hukuman mahkamah syariah Malaysia adalah zalim.

Zalim kerana menghukum tidak mengikut hukuman Allah. Hukuman yang ada sekarang ialah hukuman yang ditetapkan oleh perlembagaan iaitu mahkamah syariah tidak boleh menghukum lebih dari tga tahun penjara,denda lima ribu ringgit dan enam sebatan.

Apabila mahkamah menghukum dengan hukuman sedemikian, maka :
i) Zalim kerana tidak menunaikan hak Allah terhadap ciptaanya. Kalau kereta kita tak ikut manual dia,kita guna diesel, walhal kereta tersebut guna petrol, maka kita telah menzalimi kereta tersebut. Allah yang cipta kita, tahulah Allah apa yang terbaik untuk kita.

ii) Sekiranya seseorang dipenjara,maka kita telah menzalimi orang tersebut dan keluarganya. Memisahkan sianak dengan siayah, memisahkan sisuaami dengan isteri. Hukum Islam tidak begitu, selepas habis sebatan, pesalah kembali kepada keluarga dan masyarakat pada hari itu juga sekiranya keadaan baik,jika tidak tanggungjawb kerajaan untuk merawatnya.

Selain itu,perlaksanaan penjara juga membazirkan wang pembayar cukai. Berapa puluh ribu banduan di Malaysia yang ditanggung makan minum,pakai dan tempat tinggal? Malah sudah ada kes di Malaysia bekas banduan sengaja buat kesalahan agar terus dipenjarakan.

2. Menjawab hukum Islam perlu lebih perikemanusiaan dan lembut. Hukum Islam adalah hukum yang ditetapkan oleh Allah. Sebagai manusia yang beriman, wajib kita laksanakannya samaada hukuman tersebut samamada keras atau tidak disukai oleh orang munafik dan kafir.

3. Sebenarnya hukum islam memang berikemanusiaan. Sebab islam menjaga lima perkara:
i) Agama
ii) Nyawa
iii) Akal
iv) Harta dan
v) Keturunan

Contoh Islam menjaga keharmonian manusia dalam perlaksanaan hukum islam:
1- Untuk mengawal kesucian keturunan, Islam melarang penzinaan. Para penzina boleh disebat sehingga seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin.

2-Untuk mengawal akal dan keselamatan, peminum arak boleh disebat dari 40-80 sebatan.

3- Untuk mejaga maruah, penuduh orang berzina tanpa empat saksi yang adil boleh disebat dengan 80 sebatan.

4- Untuk menjaga keselamatan jiwa, pembunuh tanpa sebab boleh dikenakan Qisas yang mana sipembunuh boleh dibalas bunuh.

5- Untuk menjaga kemurnian agama, si murtad boleh dibunuh jika masih berdegil dan enggan bertaubat.

6- Untuk menjaga harta, pencuri yang mencuri bukan kerana lapar akan dipotong tanganya.

Hukum Islam terdiri daripada
1- Qisas
2- Hudud
3- Diat, dan
4- Ta'zir

ianya bersumberkan kepada empat sumber iaitu:
1) al-Quran
2) al-Hadis
3) al-Ijma' dan
4) al-Qiyas

4. Islam juga adalah yang terawal dalam menjamin keselamatan kanak-kanak,wanita,orang tua dan mereka yang bersembunyi dalam rumah dan tempat ibadat. Bukankah islam lebih kehadapan dalam hak asasi manusia?

Berbalik kepada hukum islam sebagai hukum Allah. Didalam islam kita tidak boleh melepasi hudud(had) yang semenstinya ditetapkan oleh Allah. Hukuman gantung sampai mati contohnya adalah tidak islamik dan haram kerana melepasi had yang ditetapkan oleh Allah terhadap pengedar dadah. Berdasarkan blog puan juga, saya tidak pasti tentang hukuman sebat sebanyak 400 rotan, kerana had didalam islam ialah seratus rotan sahaja. Allah hanya menetapkan hukuman mati kepada golongan yang berkahwin tapi berzina,pembunuh dengan sengaja,murtad, perompak dan pemberontak.

5. Saidina Umar tidak laksanakan hukuman Allah? Umar yang mana? Umar al Khatab atau Umar abd Aziz? Umar al-Khattab sangat tegas orangnya. Beliau menghukum peminum arak dengan 80 sebatan berbanding Nabi s.a.w 40 sebatan.
Pernah khalifah Islam amirul mukmin saidina Umar menjatuhkan hukum sebat keatas anaknya sendiri oleh kerana melakukan kesalahan merogol seorang wanita ketika dia mabuk..
Walaupun ramai orang merayu tetapi baginda teruskan sebatan. Akhirnya anaknya meninggal dunia. Sebagai seorang amirul mukminin baginda memastikan keadilan berlaku keatas keluarganya sendiri sebelum dia memastikan keadilan didalam masyarakat.

Berkaitan hukuman potong tangan pula, Saidina Umar tidak melakukanya dalam kes-kes tertentu,iaitu semasa negara dalam keadaan susah dan makanan adalah sukar serta dinegeri yang baru islam tawan. Banyak kes lain seperti zina juga pernah saidina Umar tidak menjatuhkan hukuman kerana menerima alasan terpaksa oleh seorang wanita. Oleh itu tidak boleh dituduh Saidina Umar tidak memotong tangan pencuri. Dan sememangnya Saidina Umar seorang yang beperikemanusiaan, beliau menjadi demikian kerana beliau mengikut Islam. Wallahualam

Khamis, 17 September 2009

Lagi wanita disebat, Telahan Penakiri tepat


Dua dihukum sebat kerana cuba lakukan persetubuhan haram


SHAH ALAM 17 Sept. – Selepas kes Kartika Sari Dewi Shukarnor hampir reda, seorang lagi wanita dan pasangannya dikenakan hukuman sebatan enam kali dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku bersalah cuba melakukan persetubuhan haram pada Mei lalu.

Mereka yang merupakan kerani akaun dan kerani di syarikat swasta adalah individu pertama yang disebat mengikut peruntukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shai hari ini bagaimanapun membenarkan hukuman sebat itu ditangguhkan sehingga rayuan terhadap hukuman tersebut selesai. - Utusan.

s.i.n.i untuk artikel sebelumnya

Rabu, 16 September 2009

Najib 1Malysia - Rakyat didahulukan..




Berita TV 1 malam tadi menunjukkan bagaimana satu perubahan keatas Pudu Raya, stesyen bas utama rakyat Malaysia telah berubah wajah seperti mana yang dijanjikan oleh DS Najib hasil lawatanya yang popular dengan kata-kata 'saya lihat sendiri dan saya hirup baunya'. Gambaran dari vidio yang ditayangkan menunjukan tempat menunggu di Pudu Raya telah berubah sekurang-kurangnya seperti LCCT di Sepang.

Langkah ini tentu sekali melegakan rakyat Malaysia terutama berpendapatan rendah yang akan berpusu-pusu menggunakannya Pudu Raya bagi pulang ke kampong sempena cuti Idilfitri. Seorang kolumnis Harakah yang terkenal, Saudara Lanh adalah pengguna tetap Pudu Raya. Setiap hari beliau akan menggunakan bas bagi perjalanan Melaka- KL.

Dalam penulisanya, beliau acap kali membangkitkan tentang masalah di Pudu Raya. Beliau membandingkan Pudu Raya yang sering digunakan oleh golongan berpendapatan rendah tidak berubah sejak tiga puluh tahun dahulu, berbanding lapangan terbang baru KLIA yang dibangunkan kerana penggunanya adalah dari golongan berada walaupun lapangan terbang Subang masih elok.

Orang miskin dan berpendapatan rendah sering dikaitkan sebagai rakyat, walaupun rakyat adalah sesiapa sahaja yang menjadi rakyat kepada sesebuah negara. mengutamakan rakyat adalah dianggap lebih tepat jika mengutamakan golongan berpendapatan rendah. 'Rakyat' sering bising-bising memperjuangkan hak mereka, tetapi sering orang kaya yang tidak bising ini mendapat haknya. Kerajaan membina KLIA, lebuhraya yang baik,pondok polis dan sebagainya dikawasan orang kaya.

Syarikat swasta juga sering mengutamakan orang kaya, rumah-rumah dibina dengan mewah,padang golf tumbuh melata,pusat beli belah penuh esklusif seperti The Curve dan Pavillion.Pusat perubatan swasta kini berbintang, Petronas turut menubuhkan Prince Court yang tentunya tidak mampu digunakan oleh 'rakyat' tadi. Semuanya untuk orang kaya yang tidak dipandang sebagai rakyat.

Tetapi rakyat sebagai golongan terbanyak adalah kuasa undi yang ditakuti.Akhir-akhir ini rakyat menunjukkan bagaimana kuasa mereka mengalahkan parti kerajaan pusat. Kehendak-kehendak serta keselesaan rakyat kini perlu dipenuhi. Pudu Raya yang dekat dengan rakyat diberi imej baru, tidak sedikit peruntukan yang dilaburkan. Selain itu satu steyen bas sementara dibina di Jalan Hang Tuah bagi mengelakkan bas beratur yang menyebabkan kesesakan teruk disekirar Pudu Raya. Semua ini dapat dinikmati oleh rakyat sebelum idilfitiri.

Sebelum itu kerajaan telah mengumumkan peruntukan berpuluh bilion untuk menaik taraf perkhidmatan pengankutan awam di Malaysia, terbaru 7 bilion lagi untuk menyambung perkhidmatan LRT PUTRA dan STAR ke kawasan bandaran baru di Putra Hight. Malah ERL iaitu perkhidmatan keretapi laju yang sesuai untuk orang kaya ini akan menyambung relnya sepanjang dua kilometer lagi ke LCCT yang biasa digunakan oleh rakyat.

Menteri Wilayah Perseketuan dalam tinjauanya di Masjid India baru-baru ini turut berjanji akan menaik taraf kawasan tersebut dan membiarkan ianya menjadi pusat beli belah utama rakyat walaupun menyedari kesan trafik terjejas dikawasan sekitar. Ini semua untuk peniaga bawahan yang digelar rakyat!

DS Najib petang tadi turut melawat Stesyen Minyak Petronas di Bangsar, sekali lagi DS Najib dapat melihat sendiri dengan matanya kesusahan pemandu teksi beratur mengisi gas NGV dan dapat pula menghirup bau petrol RON 95 yang mungkin akan digunakan oleh pasukan F1 1Malaysia Lotus itu nanti. Melihat keadaan itu DS Najib menambah dua lagi stesyen NGV di Lembah Kelang iaitu di Jalan Chocrane dan Bandar Tun Razak. Ianya tentu sekali melegakan usahawan teksi yang turut digelar rakyat.

Menghadapi Idilfitri yang suram kerana ekonomi yang melanda, kaki tangan kumpulan sokongan iaitu golongan berpendapatan rendah dalam perkhidmatan kerajaan yang turut digelar rakyat boleh menarik nafas walaupun tidak lega sepenuhnya dengan duit raya khas sebanyak RM 500.00 dengan dua kali bayaran.

DS Najib menunjukan kesungguhanya untuk menarik balik sokongan rakyat kepada BN. Tapi apakan daya, apabila langkah DS Najib ini tidak pula dikuti oleh orang bawahannya. Tee Kiat dan Soi Lek sedang berkungfu, 10 oktober bakal menjadi saksi. Samy Vellu pula menongkah arus aspirasi anak muda apabila beliau dan konco-konconya kekal didalam MIC. Belum lagi dikira gelagat anggota parti yang perkauman.

11 Oktober nanti, BN terutamanya UMNO akan berhadapan sekali lagi satu PRK. Menurut DS Najib yang sedar tentang kepentingan PRK Bagan Pinang ini, BN akan lakukan apa sahaja untuk memastikan kemenangan BN. Seperti yang ditulis diatas, DS Najib seolah-olah telah melakukan yang terbaik untuk rakyat keseluruhanya. Semuanya untuk rakyat. Tetapi hairan juga dengan projek raksaksa iaitu F1 1Malaysia Lotus. Dianggarkan kos setahun pasukan F1 mencecah 1Bilion setahun. Petronas mempunyai pengalaman dalam hal ini. Adakah keuntungan yang bakal diperolehi melebihi kos tersebut, jika tidak alangkah baiknya perumahan untuk rakyat diperluaskan. Hospital-hospital kerajaan ditambah jumlah wad dan prasarana yang selesa serta kelengkapan yang terkini.

Selain soal F1, timbul pula soal kroni dalam perkhidmatan bas untuk PLKN s.i.n.i Diharap soal ini adalah spekulasi semata-mata. Penakiri juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pentadbiran DS Najib diatas pembebasan lima tahanan ISA. Namun hasrat rakyat ISA adalah dimansuhkan.
Semoga segala usaha DS Najib datang dari keikhlasanya untuk membantu rakyat dan segala usaha ini berterusan tanpa mengira fahaman politik.

Selasa, 15 September 2009

Tahniah D. Khir Baharom


Lulusan STAM kini diterima belajar di IPTA

PUTRAJAYA: Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kini diterima melanjutkan pengajian di IPTA selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf peperiksaan itu setaraf Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, pagi ini.

Komen Penakiri

Tahniah diucapkan kepada D. Khir Baharom Menteri JPM bagi hal ehwal Islam kerana memartabatkan STAM. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh TS Muhyidin sebagai Men. Pelajaran turut disertai Men. Pengajian Tinggi dan Khir sendiri selaku Menteri JPM bagi hal ehwal Islam. Keputusan ini adalah satu keputusan yang telah lama ditunggu tunggu oleh aktivis Islam. Penakiri mencadangkan agar selepas ini D. Khir membuat mesyuarat pula dengan KSN dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Men. JPM berkaitan supaya dapat lepasan STAM menjawat jawatan setaraf STPM didalam perkhidmatan awam seperti penolong pegawai tadbir N27. Moga usaha D.Khir memartabatkan Islam di Malaysia dipermudahkan Allah. Jika Malaysia boleh hantar pasukan F1, masakan tidak untuk martabatkan Islam

Menanti Hukuman Sebat keatas Kartika Sari




Tinggal beberapa hari sahaja lagi, lebih kurang empat hari lagi, Penakiri bukanlah budak lagi sehingga tertunggu-tunggu hari lebaran, tetapi apa yang dihitungkan ialah drama penyebatan Kartika Sari. Menurut laporan media, Kartika akan disebat selepas bulan Ramadhan ini. Tentu sekali beliau tidak akan disebat pada 1 Syawal ini, tetapi pastilah dalam bulan syawal ini jika drama ini tidak ada skrip baru.

Sekiranya Kartika Sari benar-benar disebat pada bulan syawal ini, tidak kiralah tukang sebatnya menurut syariah atau tidak, maka sesuatu yang bakal mengubah sejarah moden Malaysia bakal berlaku. Ini kerana, undang-undang tertinggi Malaysia ialah Perlembagaan Malaysia. Jika sesuatu undang-undang itu bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang itu terbatal.



Walau bagaimanapun, berlaku tafsiran berbeza mengenai undang-undang Islam. Perlembagaan memberi kuasa penuh kepada negeri berkaitan hal ehwal Islam. Tetapi dalam masa yang sama, lain-lain mahkamah di Malaysia tidak pula dibenarkan menjatuhkan hukuman melebihi Enam sebatan, denda RM 5000.00 dan tiga tahun penjara. Maka jadilah mahkamah syariah 356. Hanya mahkamah sivil sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman maksimum seperti 20 sebatan, penjara seumur hidup dan juga gantung sampai mati.

Pernah satu ketika D. Zaid Ibrahim menyaman Kerajaan Kelantan berkaitan isu hudud. Secara peribadi Penakiri bersetuju akan saman ini. Namun disebabkan soal sentimen,maka saman ini dibatalkan. Penakiri bersetuju bukan kerana Penakiri suka hudud ditentang dan dimalukan, cuma Penakiri ingin mengetahui apa keputusan mahkamah itu nanti, jika benar kuasa Islam dibawah negeri termasuklah undang-undang jenayah, maka benarkanlah kerajaan negeri yang ingin laksanakan seperti yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan dan Terengganu. Agensi kerajaan juga perlulah membantu dalam perlaksanaan undang-undang jenayah Islam, polis perlu menangkap orang yang bersalah, pegawai Penjara yang terbabit perlu jalankan hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah syariah.

Tetapi jika keputusan saman tersebut tidak memihak kepada mahkamah syariah untuk menjalankan undang-undang jenayah Islam, maka satu kempen besar-besaran bolehlah dibuat bagi mendesak agar perlembagaan dipinda sewajarnya supaya ianya bolehlah dilaksanakan. PAS memang membantah saman yang kemukakan oleh D. Zaid kerana berfikir ianya menghina Islam, tetapi UMNO mengarahkan D. Zaid menarik balik saman tersebut kerana jika Mahkamah Perseketuan memutuskan yang negeri tiada kuasa menjalankan undang-undang jenayah syariah walaupun atas nama Islam dibawah negeri-negeri, maka kesalahan tidak melaksanakan hudud seratus peratus jatuh kepada kerajaan pusat.

Maka atas dasar itu, jika selepas umat Islam menyambut kemenangan sebulan Ramadhan, Kartika akan disebat jua bagi menjalalankan perintah Y.A Hakim Mahkamah Syariah Kuantan, Abdul Rahman Mohd Yunos, ianya akan menjadi satu keputusan rujukan kepada lain-lain mahkamah syariah di Malaysia. Ini kerana Perseketuan tidak membenarkan wanita disebat. Jika Kartika disebat atas alasan ianya dibenarkan oleh Islam, maka akan ada juga tafsiran yang Islam membenarkan sebatan sehingga seratus kali, memotong tangan dan sebagainya. Ianya akan cepat meluas,kuasa hakim mahkamah syariah yang sebelum ini dipandang enteng mula digeruni, masaakan tidak mahkamah syariah Kuantn terletak dalam negeri Pahang yang mana PM kita adalah dari sana dan lebih dari itu DS Najib adalah bekas MB Pahang!



Jika benar sebatan tetap berlaku ke atas Kartika, kebangkitan Mahkamah Syariah akan dapat dilihat dengan cepat terutama dinegeri-negeri PR. Ini kerana yang memulakan ialah negeri PM, mengikut negeri PM adalah lebih baik dari mengikut negeri Tok Guru. Kalian tentu perasan tentang bagaimana PR kehilangan kuasa keatas pentadbiran Islam dinegeri-negeri pentadbiran mereka. Para pengarah Jabatan Agama Negeri dan Pengerusi Majlis Agama Negeri adalah berkuasa penuh mengalahkan Exco kerajaan negeri atas nama kuasa mereka diberi oleh Sultan. DS Nizar menghadapi masalah besar apabila cuba menukar Pengarah JAIP, masalah yang sama turut dihadapi di P.Pinang bila perkenan Agong tidak diperolehi untuk menukar ADUN UMNO yang mengetuai JAIPP, malah di Pulau Pinang, kerajaan negeri tiada kuasa soal zakat melainkan JAIPP. Masalah juga berlaku di Selangor dan Kelantan. Cuma di Kedah tidak kedengaran masalah yang serupa.

Kuasa keatas mahkamah syariah adalah sesuatu yang baik, tetapi perlaksanaannya perlulah secara berhemah agar tidak melihat syariah itu suatu yang kolot dan suka menghukum. Kepada bukan Islam, janganlah campur tangan kerana kamu tidak disentuh oleh Mahkamah Syariah. Setakat ini hanya dua DUN sahaja yang meluluskan undang-undang jenayah syariah Islam seperti yang dianjurkan oleh Islam iaitu Kelantan dan Terengganu. Undang-undang tersebut diluluskan didalam DUN. Jika Kartika boleh disebat dengan mengatasi Perlembagaan atas nama Islam milik negeri,maka undang-undang jenayah Islam yang diluluskan oleh DUN juga sudah tentu boleh dilaksanakan mengikut sentimen ini. Sama-samalah kita tunggu Idilfitri ini, sama ada mahkamah Syariah akan tersudut didinding, atau berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan Mahkamah Sivil. Keputusan ini sangat sukar, tidak diberi dituduh menghina syariah dan bakal hilang undi Melayu, di beri takut pula kesan undi bukan Melayu dan kecaman antarabangsa. Yang pasti, rakyat semakin celik dan banyak juga NGO Melayu yang aktif mempertahankan Melayu dan Islam. Penakiri mendoakan agar Mahkamah Syariah diberi kuasa yang sewajarnya.

Jumaat, 11 September 2009

Usahawan Nuklear Dicari?


Australia siasat broker nuklear warga Malaysia

MELBOURNE - Akhbar The Age semalam melaporkan seorang ahli perniagaan warga Malaysia yang menjadi broker perjanjian bagi mencetak mata wang untuk dua syarikat Australia di Malaysia turut menjalankan aktiviti sebagai broker program senjata nuklear Pakistan.

The Age melaporkan, pasukan petugas Polis Persekutuan Australia kini menyiasat bayaran yang dibuat oleh sebuah daripada syarikat itu yang membabitkan wang berjuta-juta dolar dalam bentuk komisen.

Pembayaran kepada orang tengah rakyat asing berkenaan dipercayai digunakan untuk membantu memuktamadkan perjanjian bagi mencetak wang di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Bekas sekutu perniagaan ahli perniagaan warga Malaysia itu memberitahu akhbar berkenaan bahawa, beliau mendakwa mempunyai hubungan dengan pegawai kanan tertinggi di Malaysia dan khidmatnya boleh digunakan untuk membantu menguruskan perjanjian untuk syarikat asing.

Syarikat-syarikat Australia memenangi kontrak mencetak mata wang di Malaysia pada 1998 dan 2004 untuk wang kertas polimer buatan Australia.

Malaysia memperkenalkan wang kertas polimer peringatan RM50 pada 1998 ketika menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ke-16 dan wang kertas polimer RM5 pada 2004. - Bernama

s.i.n.i

Jeng jeng jeng.. Ingat lagi tak siapa punya syarikat?

Pencalonan Isa resahkan Muhyidin


Dalam pemlihan UMNO baru baru ini, menyaksikan perebutan tiga penjuru jawatan Tim. Presiden UMNO. Walau bagaimanapun, menjelang hari pertandingan menyaksikan pertembungan satu lawan satu iaitu TS Muhyidin menentang TS Muhammad2 Taib. Ini bukan bermaksud calon ketiga DS Ali Rustam menarik diri, tetapi beliau telah ditarik keluar atas pertuduhan politik wang.

Formula didalam UMNO mudah sahaja, jika kamu diarahkan turun, kamu perlu turun dan jangan melawan, melawan ertinya tamatlah riwayat politik anda jika anda bukan tokoh yang kuat. Sebab itu Ali Rustam masih kekal sebagai KM Melaka dan pemimpin kanan UMNO. Tokoh-tokoh lain yang tidak diapa-apakan dari segi undang-undang kerajaan setelah disabitkan dengan undang-undang UMNO ialah TS Isa Samad.

TS Muhyidin yang dilihat sukar dicabar kerana orang yang menentangnya kurang bertokoh, berjaya dalam pertandingan merebut jawatan Tim. Presiden UMNO. Beliau kemudiannya dilantik sebagai TPM, satu jawatan yang kritikal sekaligus menjawat jawatan panglima perang bagi BN jika berlaku PRK.

Beregu Najib-Muhyidin bukanlah satu beregu yang dilihat baik. Najib dalam tidak-tanduknya lebih memntingkan untuk menarik kembali sokongan dan kepercayaan rakyat kepada BN. Penubuhan badan khas PKFZ, duit raya untuk kaki tangan awam, pendakwaan segera keatas pendemo kepala lembu dan terbaru mengajak PAS bersatu dan mengistiharkan UMNO sebagai parti Islam.

Muhyidin pula dengan agenda tersendiri, cuba menjadi hero dengan menggelar orang lain pengkianat (walaupun tuduhan tersebut kembali kepadanya) campur tangan yang tidak diundang dalam politik Terengganu, melambat-lambatkan pemansuhan PPSMI dan sering membangkitkan isu perkauman. Kini TS Muhyidin yang bakal mengembeling tenaga di PRK Bagan Pinang berdepan pula soal calon yang akan mewakili UBN. Bahagian Telok Kemang sebulat suara mencalonkan ketua mereka TS Isa Samad. Sesuatu yang jarang berlaku kerana selalunya bahagian akan mencalonkan senarai nama,bukan calon tunggal. Ini menunjukan yang Isa sangat berpengaruh disana dan jika mewakili UBN, peluang Isa sangant cerah untuk menang, tetapi kemenangan UBN buat kali pertama di Semenanjung bukanlah dengan kemenangan Isa.

Kemengangan Isa bakal menyaksikan kebangkitan bekas Naib Presiden paling kanan itu, beliau akan dijulang sebagai hero kerana membawa kemenangan pertama buat UBN setelah diselubungi kekalahan demi kekalahan. Kebangkitan ini lah yang merisaukan MB N9 dan TS muhyidin. Sekali lagi TS Muhyidin mementingkan agendanya dengan meminta calon lain untuk dipertimbangkan, dan bukannya seorang calon sahaja. (menunjukan ketidak senanganya dengan Isa)

Jika KPI dibuat untuk TS Muhyidin, ternyata beliau gagal sebgai pemimpin kerajaan dan politik. Kegagalan beliau bukan kerana kurangnya ketokohan dan kepintaran beliau, tetapi kerana agenda peribadi beliau dalam mengejar cita-cita ke jawatan yang lebih tinggi. Sebab itu DS Najib kelihatan berseorangan dalam misi 1Malaysianya, manakala TS Muhyidin dengan misi tersendiri, dipercayai TS muhyidin telahpun mempunyai pelan beliau sendiri bagi menyingkirkan Najib. Namun DS Najib juga bukan bodoh, peluang kemenangan UBN dalam PRK Bagan Lalang dengan pencaloan Isa akan digunakan untuk menyekat pengaruh TS Muhyidin. Peluang tak selalu datang. Orang yang terbaik ialah orang yang tahu menggunakan peluang. Wallahualam.

Mengangkasakan Bangsa..


MENAKJUBKAN
Kepulan gas berbentuk sayap rama-rama, yang tidak dapat dilihat sebelum ini.

IMEJ terbaru dirakamkan oleh teleskop gergasi angkasa lepas Hubble selepas ia dinaik taraf dan dibaiki, baru-baru ini. Kos naik taraf dan membaiki Hubble bernilai AS$1 bilion (RM3.5 bilion), termasuk pemasangan dua kamera baru dan peralatan-peralatan sains. Menurut saintis kanan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Dave Leckrone, imej yang dirakamkan oleh Hubble itu lebih tajam dan jelas berbanding sebelum ia dibaiki. – Agensi

p/s - Kemajuan negara barat terutamanya dalam teknologi angkasa lepas termasuklah dalam bidang pengkajian angkasa lepas itu sendiri. Mereka bermula dengan kajian bintang,bulan planet dan lain-lain sebelum terbang ke angkasa. Teknologi angkasa lepas bukan sahaja bermaksud melepaskan roket keangkasa atau menghantar angkasawan ke luar orbit, tetapi juga perbagai teknologi lain seperti teleskop.

Tun Abdullah yang dianggap PM tidur,juga mempunyai selera dalam bidang angkasa lepas dengan projek Angkasawan Negara.Negara kita juga sudah mengorak langkah dalam pengkajian angkasa lepas, dan tidaklah terlalu kebelakang. Saya fikir Agensi angkasa negara kita perlu rajin menerbitkan kajian dan penemuan mereka bagi melahirkan minat dan penyertaan generasi warga. Di Malaysia,roket telah sampai ke bulan buat pertama kali pada tahun 1998, sebelum berpisah pada tahun 2004 dan kini bermula 2008 bersama kembali. ;)


1. Web Planetarium
2. Agensi Angkasa Negara

Khamis, 10 September 2009

Emas..hilang dan beli kapal?


1. BN Rompak Rizab Emas Negara!

Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara.

Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerin Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengisthiarkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti.

Nilai emas pada pasaran antarabangsa pada 3 September ialah USD980 atau hampir RM3,500 setiap aun.

Menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai 72.7 tan atau 2.34 juta aun emas antara 1990 hingga Julai 1999.

Walau bagaimanapun pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno. Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999. - Anwaribrahimblog




2. Rizab Emas Untuk Beli Kapal Perang



Menurut laporan akhbar The Wall Street Journal bertarikh 9 Mei 2005, kerajaan Malaysia bercadang menggunakan rizab emas negara untuk membeli kapal perang dan peralatan tentera daripada BAE Systems PLC bernilai 1 bilion paun (guna symbol paun) atau RM6.8 bilion.

Langkah yang dianggap pelik itu melibatkan penggunaan rizab emas sebagai jaminan kepada urusniaga tersebut.

Sebelum itu Bank Negara Malaysia dikritik hebat kerana pernah mengalami kerugian besar kira-kira USD4 bilion pada awal 1990an berikutan penggunaan rizab matawang dalam perdagangan matanwang antarabangsa.

Statistik BNM menunjukkan negara mempunyai rizab emas bernilai USD66 bilion atau RM250 bilion. Laporan itu juga menyatakan sekiranya perjanjian pembelian senjata itu diteruskan Malaysia akan menyandarkan hampir 2.8 peratus daripada nilai rizab emas negara.

Urusan berkaitan kontrak tersebut dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak yang kini menjadi Perdana Menteri. TV Antara

Ahad, 6 September 2009

Air Percuma - Nasihat Salah dari Kerajaan BN

Hari ini Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan kenyataan yang meminta supaya Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada pengguna air di Selangor. Selangor negeri pertama memberi bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu, jumlah yang membuatkan sekeluarga kecil tidak perlu membayar langsung bil air mereka sejak dasar itu diperkenalkan.

Dasar kerajaan Selangor itu sesuai denga slogan negeri kebajikan, dan memberi ruang untuk rakyat memiliki tunai yang lebih. Walaupun jumlahnya dari segi ringgit tidaklh berapa besar iaitu lebih kurang RM 11.50, tetapi penjimatan tersebut cukup untuk mengambarkan keprihatinan kerajaan Selangor membantu rakyatnya lebih-lebih lagi dari sumber dari negerinya sendiri.

Alasan KTTHA membuat kenyataan tersebut ialah kerana air percuma tersebut tidak sampai ke sasaran sebenar iaitu rumah pangsa kos rendah dan setinggan. Walhal sesiapa sahaja yang menggunakan meter individu akan memperolehi air percuma tersebut. Kerajaan Selangor melalui Exco Perumahannya YB Iskandar telahpun mengeluarkan arahan agar semua rumah pangsa,apartment dan kondominium menukarkan meter pukal kepada meter individu supaya lebih ramai rakyat selangor memperolehi nikmat bekalan air percuma tersebut. Syabas, syarikat pembekal air juga telah mengurangkan karenah untuk menukar meter kepada meter individu.

Tetapi malangnya kerajaan Selangor tidak punyai kuasa yang cukup untuk memaksa semua syarikat pengendali perumahan bertingkat menukar meter pukal kepada meter individu. Penyelenggara bangunan bertindak menjual air lebih mahal kepada penghuni rumah bertingkat. Bagi mereka langkah kerajaan Selangor yang menyarankan supaya ditukar kepada meter individu bakal mengurangkan untung mereka. Kebanyakan perumahan ini ialah perumahan lama,bagi perumahan baru, kebanyakan telah sedia membuat meter individu bagi memenuhi syarat perumahan kerajaan negeri Selangor.

Sepatutnya kerajaan pusat melalui kuasa penuh yang ada pada mereka, mereka menyarankan agar semua perumahan bertingkat menukar kepada meter individu, bukan sahaja di Selangor, tetapi di seluruh Malaysia. Ini kerana meter individu lebih murah bilnya tiga kali ganda dari penggunaan meter pukal. Kerajaan pusat juga sepatutnya memikirkan langkah terbaik supaya lebih banyak tunai ditangan rakyat, bukanya berdengki dengan langkah kerajaan Selangor. s.i.n.i

PRK demi PRK - Semuanya ketentuan Allah..

Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

1. Tentu sahaja apa yang berlaku tidak tercetus secara kebetulan melainkan segalanya adalah ketentuan Allah swt. Tuhan Yang Maha Bijak lagi Maha Adil .

2. Lantaran itu , pilihanraya kecil yang luarbiasa kali ini [ 9 kali dalam tempoh setahun ] malah sangat ajaib [ pinjam kata - kata Prof Abu Hassan ] jua berlaku atas kehendak Allah swt yang menyimpan sejuta hikmah .

3. UMNO dan BN enggan membubarkan DUN Perak bagi membolehkan kerajaan pilihan rakyat dibentuk semula selepas UMNO dan BN merampasnya tanpa semangat demokrasi . Allah kurniakan 9 pilihanraya kecil diseluruh negara . Setakat ini hanya satu di menangi oleh UMNO dan BN iaitu di Batang Ai Sarawak .

4. UMNO dan BN tidak sudah - sudah cuba melumpuhkan kekuatan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim , Allah swt taqdirkan berlaku 3 pilihanraya kecil di kawasan beliau iaitu Parlimen Permatang Pauh , Penanti dan Permatang Pasir . Ketiga - tiganya dimenangi oleh Pakatan Rakyat sekaligus menggambarkan bahawa peribadi Datuk Seri Anwar sukar digugat oleh UMNO dan BN .

5. UMNO dan BN turut memperlekeh kewibawaan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan membelasahnya siang dan malam , Allah swt buat pilihanraya kecil di Kuala Terengganu . Tuan Guru diuji dengan isu perletakkan calon di Kuala Terengganu dan akhirnya Allah swt menunjuk jalan dan akhirnya Pakatan rakyat menang lagi .

6. UMNO dan BN mensasarkan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai figure yang mesti dijatuhkan dengan apa cara sekalipun . Beliau diaibkan dengan pelbagai isu yang sering dieksploitasi oleh media . Allah swt sekali lagi mengisytiharkan pilihanraya kecil di Manek Urai . Biarpun menyaksikan kemenangan tipis , tetapi setelah melihat UMNO dan BN mengerahkan seluruh tenaga luar dan dalamnya untuk memenangani pilihanraya tersebut namun realitinya mereka gagal lagi .

7. UMNO dan BN sebelumnya telah cuba mengaibkan tokoh baru PAS Datuk Seri Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak yang dinafikan hak dan dirampas kuasanya secara mafia oleh mereka . Malah mereka melabelkan kononnya Nizar adalah penderhaka . Lalu Allah swt Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan dan munajat hambaNya mengadakan pilihanraya kecil Bukit Gantang yang tidak mampu dielak lagi oleh UMNO dan BN . Nizar sendiri menjadi calon dan ternyata beliau menjadi Panglima Bukit gantang yang baru .

8. UMNO dan BN cuba jatuhkan negeri Kedah dengan mempalit calar pada kepimpinan Datuk Seri Azizan Razak . Bukit Selambau menjadi saksi betapa kerajaan Datuk Seri Azizan sukar untuk digugat oleh UMNO dan BN . Kini mereka tidak berani mengisytiharkan pilihanraya di DUN Seputeh , tetapi Allah swt Tuhan Yang Maha Adil lagi Saksama mentaqdirkan pilihanraya di bagan Pinang Negeri Sembilan . UMNO dan BN nak lari kemana ?

9. UMNO dan BN ada peluang menang di Bagan Pinang ini dan tentu sahaja kali ini , mereka akan berkata rakyat telah kembali kepada UMNO dan BN sebagaimana itulah ungkapan syukur mereka selepas pilihanraya kecil Manek Urai yang menyaksikan mereka kalah tipis . [ Namun belum selesai post mortem pilihanraya kecil Manek Urai , mereka terkedu seketika di Permatang Pasir setelah menyaksikan kekalahan teruk yang mereka alami dalam sebuah pilihanraya kecil .]


10. Sungguhpun begitu , saya percaya UMNO dan BN tidak akan mampu mengukir senyum jantan biarpun kemenangan bakal diperolehi mereka kelak kerana undi pos sahaja di Bagan Pinang dianggarkan sekitar 5000 . Kalaupun mereka menang , mereka bukan wakil rakyat tetapi wakil pos . Tapi .... kalau mereka kalah juga , entahlah ... saya tidak tahu nak kata apa lagi kecuali satu soalan saya nak tanya mereka , hei UMNO dan BN , nak lari ke mana lagi ?

Sabtu, 5 September 2009

Akhirnya..Dah Jumpa..

5 punca kekalahan BN di Permatang Pasir - Ahmad Maslan

PONTIAN 5 Sept. - Lima faktor dikenal pasti punca kekalahan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir baru-baru ini.


p/s - Punca kekalahan BN dikatakan seperti berikut;
1. Peratus undi yang rendah kerana pengundian diwaktu bekerja.
Pembangkang telah lama membantah pengundian dihari bekerja. PRK Permatang Pauh misalnya, memaksa Kerajaan Negeri P.Pinang mengumumkan cuti umum bagi membolehkan PRK dilalui dengan selesa olah rakyat.

2. Fakto Pengundi hantu
Adakah BN ingin menyalahkan agensi kerajaan sendiri iaitu JPN dan SPR? Pengundi hantu wujud dengan kuasa pemerintah. Adakah BN akan sentiasa menyalahkan pengundi hantu setiap kali kekalahan pilihanraya? Apa rasionalnya?

3. Pengundi Cina beralih sokong DAP

4. Kawasan kuat Anwar Ibrahim sejak 28 tahun lalu

5. PAS memanipulasi Calon
Namapaknya BN masih tidak mengaku salah meletakan calon yang bermasalah. Keputusan Majlis Peguam dan Mahkamah Tinggi ialah keputusan rasmi,bukan rekaan PAS.

BN juga tidak memberitahu mengapa BN kalah pada semua saluran mengundi? Punca pengundi cina beralih arah juga tidak disebutkan. Adakah BN tidak mengalami masalah dasar can corak berkempen? BN perlu lebih jujur untuk membongkar punca kekalahan mereka jika ingin terus relevan dalam politik tanah air. Bagan Pinang akan menentukan tahap sokongan sebenar rakyat kepada BN, sama-sama kita nantikan.

Tanda-tanda PRK Bagan Lalang

1. Kerajaan kaji bonus kakitangan awam


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu. s.i.n.i

“Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs,” katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam.

2. Najib umum RM28j bina kuarters baru JKR

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan peruntukan RM28 juta membina kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) yang baru bagi menggantikan kuarters jabatan itu yang serba kekurangan dan berkeadaan usang di Batu 2 1/2 Jalan Cheras, dekat sini.

Perdana Menteri yang melakukan lawatan mesra ke kuarters itu di sini, semalam, berkata sebanyak 120 unit kuarters baru JKR kelas G itu akan dibina di Batu 4 1/2 Jalan Sungai Besi, di sini yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

“Baru-baru ini Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman (Abu Mansor) memaklumkan kepada saya mengenai kedudukan kakitangan JKR yang tinggal di dalam kuarters yang begitu buruk dan terhimpit kedudukan mereka. s.i.n.i


1. Dialog penduduk, MB kecoh

Suasana tegang berlaku pada majlis dialog antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam ekoran bantahan penduduk beragama Islam terhadap cadangan pemindahan kuil sedia ada di Seksyen 19 Shah Alam ke tapak baru di kawasan mereka.

2. Kerajaan perlu jelaskan kenapa kes Anwar tertangguh lama

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Kerajaan diminta memberi penjelasan kepada rakyat mengapa perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih tidak dapat berlangsung sehingga kini.

3. Melayu perlu bersatu

PADANG RENGAS 5 Sept. - Orang Melayu diingatkan supaya bersatu memperjuangkan agama Islam dan mempertahankan institusi raja- raja daripada diperkotak-katikkan pihak tertentu.

4. MPPP cuba halau peniaga


PULAU PINANG 5 Sept. - Suasana di persiaran kaki lima berdekatan Bazar Chowrasta, Jalan Penang di sini hari ini kecoh gara-gara tindakan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) cuba menghalau para peniaga beroperasi di situ.


Seperti yang dimaklumkan, PRK Bagan Lalang ialah PRK yang paling kritikal dalam senarai PRK yang dilalui oleh BN,sebab utamanya ialah kerana PRK Bagan Lalang BN akan bertindak mempertahankan kerusi milik sendiri di negeri yang telahpun hilang majaroti 2/3.

Telok Kemang, Mengimbau era Reformasi

ADUN Bagan Pinang telahpun selmat disemadikan,ini pilihanraya pertama ADUN BN di semenanjung. Menariknya berlaku di N9, sebuah negeri yang hilang majaroti 2/3 ditangan PR.

Malah DUN Bagan Pinang juga merupakan DUN yang berada dalam Parlimen Teluk Kemang, sebuah parlimen yang dimenangi oleh PKR. Terdapat lima kerusi DUN dalam Parlimen Teluk Kemang, tiga darinya dimenangi oleh PR.

Bagan Pinang dimenangi oleh BN apabila mengalahkan PAS. PAS buat kali pertama berjaya masuk dalam DUN N9 melalui Paroi, Dun yang berkongsi parlimen dengan MB N9, Rembau. Adakah PRK kali ini memberi peluang kepada PAS? Agak mustahil kerana majaroti yang diperolehi BN agak banyak iaitu lebih dua ribu, tidak mustahil kerana Bagan Pinang boleh dikategorikan sebagai kawasan bercampur.



Senarai Ahli DUN N9 boleh dirujuk disini

Kekosogan kawasan sendiri membuatkan BN terutamanya Ds Najib tidak senang duduk, Najib berjanji akan menggunakan apa saja cara untuk menang. s.i.n.i Sejak tersebarnya berita kematian ADUN Bagan Pinang, ramai yang dah mula menulis, kebanyakannya fokus kepada PRK yang ke sembilan. Kekecewaan melihat PRK di Kota Seputih berganti dengan Bagan Lalang. Penakiri ingin mengucapkan tahniah kepada ustaz amin, yang penulisanya tidak fokus kepada pilihanraya kecil.

Pilihanraya kecil ini memberi banyak makna, pertamanya berlaku dikawasan DUN BN (parlimen K.Terengganu) kedua berlaku di N9 yang hilang majaroti 2/3, ketiga berlaku pertembungan buat kali ke 5 berturut-turut dua parti Melayu terbesar PAS-UMNO dan keempat ialah peluang untuk rakyat memohon BONUS RAYA. Parlimen Teluk Kemang terdiri daripada antaranya anggora tentera, yang tentunya kakitangan kerajaan. Sebarang langkah silap kerajaan akan mengundang kekalahan,dan ini tentu sekali tidak memenuhi hasrat Najib untuk jadi juara bertahan.

Bagi peniaga bazar ramadhan yang kurang mendapat untung,inilah masanya untuk berniaga,untuk memohon permit dan tapak sila kesini

p/s- Ahli Parlimen Teluk Kemang sekarang ialah Dato' Kamarul Baharin Abbas. Bekas bendahari,ketua bahagian Keadilan Subang dan Pengerusi Keadilan selangor. Semasa beliau memimpin Selangor dan bahagian Subang, Ezam ialah ketua pemuda Selangor dan Lokman Nor Adam ialah Ketua Pemuda Subang. Pernah berlaku Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Kemang yang menyaksikan Roslan Kasim kalah kepada calon BN S. Sothinathan. Antara kempen BN pada masa itu ialah melantik S.Sothinathan ke S/U Parlimen Kementerian Kesihatan jika beliau menang. PRK Teluk kemang juga menyaksikan undi Tentera tidak berapa memihak kepada calon BN,sesuatu yang dikuatiri pembangkang kerana Port Dickson menempatkan kem tentera yang besar.

Kini, Ezam,Lokman dan Ruslan Kasim semuanya telah kembali kepada UMNO,ketiga-tiga mereka adalah ikon reformasi muda pada masa lalu,kata - katanya hebat,ceramahnya memikat. Ruslan Kasim mendahului keluar keadilan iaitu sebelum PRU 04, dikuti oleh Lokman dan Ezam. Semasa hari pengebumian Azman,turut hadir ialah TS Isa Samad. Siapakah geranganya calon Bn bagi Bagan Pinang? Isa Samad atau Ruslan Kasim? Atau Najib sendiri akan memilih calon terbaik supaya tidak berulang kes Rohaizat. Yang pasti calonnya bukan Ziana Zain!

Tanda-Tanda Kiamat!


BEBERAPA anggota polis mengawal sebatang jalan yang menjadi lokasi seks jalanan di La Boquera, Barcelona.

Penduduk berang seks tepi jalan

BARCELONA - Penduduk tempatan dan pemimpin perniagaan Sepanyol menyuarakan kekecewaan berhubung imej bandar raya itu apabila sekumpulan pelacur melakukan hubungan seks dengan pelanggan di tepi jalan, lapor sebuah akhbar semalam. s.i.n.i

Salah satu tanda-tanda kiamat ialah hubungan perzinaan seperti himar (keldai) s.i.n.i

Jumaat, 4 September 2009

Surat amaran Tun M berkaitan Hudud

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

koleksi ucapan Tun M



Komen Penakiri:

Kali pertama membaca surat ini ialah pada tahun 98/99. Kalau tak silap majalah Detik ataupun Tamadun. Dalam perbincangan Penakiri di laman OnDaStreet,Penakiri turut menulis berkenaan surat ini, bagi menerangkan mengapa kerajaan Kelantan tidak melaksanakan Hukum Jenayah II Kelantan yang telah diluluskan di DUN Kelantan. Kelantan mempunyai pengalaman di Magerankan (dirampas kuasa DUN) dan tentu sekali dengan amaran dari Tun M menyebabkan kerajaan Kelantan berhati-hati. Tun M juga mengarahkan agar pihak polis dan penjara tidak memberi kerjasama dalam perlaksanaan Hudud s.i.n.i. Tun M ialah PM yang mempunyai kerajaan paling kuat dalam sejarah pembentukan Malaysia. Tun M berjaya dalam menangani kontroversi Memali,Raja-raja,pemecatan Mufti krisis ekonomi dan krisis kepimpinan UMNO (tg Razaligh dan Anwar Ibrahim) Sebab itulah apabila Tun M keluar dari umno, Nik Aziz tanpa segan silu mengajak beliau menyertai PAS untuk perkuatkan Islam. Tun M apabila menulis dan bercakap banyak menggunakan logik,yang jika kita kurang ilmu akan mudah terpengaruh.

1. Tun berkata masyarakat bukan muslim sentiasa beri kerjasama dalam perlaksanaan islam, benar, sebab itulah pihak polis dan berkuasa agama tidak menghadapi masalah jika menangkap orang yang tidak berpuasa di bulan ramadhan. Selama ini banyak hukum islam yang tidak terlaksana ialah kerana pemimpin kerajaan sendiri yang tidak mahulaksanakan.

2. Tun M berkata hudud yang diluluskan oleh kerajaan kelantan sebagai tidak menepati islam kerana diperjuangkan oleh parti politik PAS. Ok, mana hudud yang diperjuangkan oleh kerajaan sendiri ataupun UMNO?

3. Tun M berkata hukum hudud kelantan tidak adil kerana tidak melibatkan orang bukan islam. Memang benar hukum islam dalam sesebuah negara islam ialah untuk rakyat keseluruhannya. Tetapi ulama' membenarkan hanya untuk dijalankan kepada orang islam secara wajib dan bukan islam jika mereka memintanya memandangkan bukan islam di malaysia telah dimomokan tentang keburukan hukum islam. Istilah tidak adil jika dilaksanakan hanya kepada orang islam tidak wujud,ini kerana hudud adalah hak Allah, maka wajib dijalankan, kedua orang islam yang dikenakan hudud akan terlepas hukum di akhirat berbanding orang yang berzina kemudian bayar denda,akan tetap dihukum di akhirat. Maka dengan ini jika hudud tidak dijalankan, maka ianya satu kezaliman.

4. Berkenaan dengan rogol, Tun M cuba memutarbelitkan keadaan sebenarnya begini:

Di dalam feqah tidak ada perbincangan khusus mengenai hukum rogol. Maka ia
tidak termasuk dalam hukuman hudud. Sebaliknya ia termasuk dalam takzir - ie
ditentukan oleh pemerintah.

Dalam Islam, mangsa rogol tidak perlu membawa 4 saksi. Ini berdasarkan satu
hadis:

Pada suatu hari seorang wanita telah meninggalkan rumahnya dan pergi sembahyang
di masjid. Dalam perjalanan dia telah di rogol oleh seorang lelaki. Wanita itu
menjerit sewaktu dia sedang dirogol. Setelah itu lelaki itu melarikan diri.
Sekumpulan lelaki (muhajirin) terjumpa wanita tersebut dan menunjuk ke arah
lelaki progol itu berlari dan menyatkan "saya telah dirogol". Mereka kemudian
berlari ke arah itu dan berjaya menangkapnya dan bila di tunjukkan kepada
wanita itu, wanita itu berkata "ya, dia lah orangnya.". Mereka berjumpa dengan
nabi saw dan lelaki itu mengaku " ya nabi sayalah yang telah merogolnya."

Nabi saw berkata kepada wanita tersebut: " Pergi sekarang Tuhan telah
mengampunkan kamu". Nabi saw berkata kepada lelaki tersebut: "Rejam dia".
Baginda bersabda: "Dia sebenarnya telah menyesali kesalahannya dan sekiranya
seseorang itu telah mempelajari kesalahannya, seluruh penduduk madinah juga
akan memahaminya." HR At Tarmizi dan Abu Daud.(Ibn al-Atsir, Jami al-Ushul,
IV/270, no 1823).

begitu juga dalam athar yang lain: Dari Nafi mawla Ibn Umar berkata: "Bahawa
Shafiyyah bin Abi Ubaid melaporkan: "seorang hamba lelaki berjumpa seorang
hamba wanita dan merogolnya. jadi khalifah umar menyatakan hukum dia dengan
rotan tetapi lepaskan wanita itu. HR Bukhari dan Malik (Ibn al-Atsir, Jami
al-Ushul, IV/269 no 1822).

sini
dan sini

Khutbah Nabi Muhammad s.a.w - Untuk renungan dan tindakan bersama

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH
DI LEMBAH URANAH,GUNUNG ‘ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!

Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
i)Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

ii)
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

iii)
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.

iv)
Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

v)Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

vi)
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.

vii)
Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

viii)
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

viv)
Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini.

Sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima kali sehari,
berpuasalah di Bulan Ramadhan,
tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan
kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu
.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.


Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Cabaran buat UMNO

Pemuda UMNO mencabar Pakatan agar meletakan Islam sebagai dasar.SINI

Penakiri taknak cabar BN kerana Penakiri berada diaalam REALITI. Penakiri cuma nak cabar UMNO, letak Islam dan al-Quran sebagai perlembagaan tertingggi UMNO.

Malaysia yang haru biru..

Sebelum ini saya ada menulis satu tajuk pendek Salam Merdeka..Selamatkan Negara..

ianya merayu supaya negara ini diselamatkan dari pegangan asing keatas syarikat GLC strategik negara, selamatkan dari KPN yang dikawal dan dari H1N1.

1. Kini, setelah BERNAS dan sebelum itu lagi TH Plantation dijual sahamnya kepada orang asing, kini kerajaan bercadang untuk menjual Saham Sime Darby pula. Sime Darby merupakan sebuah syarikat pemilik ladang kelapa sawit dan getah terbesar dunia hasil gabungan dengan Golden Hope dan Guthri selain Sime Darby sendiri. Sime Darby juga pemilik Subang Jaya Medical Center yang kini dikenalai sebagai Sime Darby Medical Center yang turut bercadang mengambil IJN tidak lama dulu.

Sime Darby turut terlibat dalam pembangunan hartanah bertaraf tinggi merupakan sebuah syarikat yang terkaya selepas Petronas di Malaysia. Masa zaman Tun M dulu, dengan bantuan antaranya TS Khalid Ibrahim, Guthri berjaya diambil alih dari Britain, tapi sampai zaman Najib..jual.jual..jual s.I.n.I

2. KPN TS Musa Hasan yang baru disambung kontraknya dengan PDRM sebagai Ketua Polis bat kali kedua hari ini memberi amaran agar rakyat tidak terlibat dengan perhimpunan nyalaan lilin bagi membantah perhimpunan kepala lembu.S.iN.i

Syabas, belum berhimpun telah diberi amaran, tapi pelik, perhimpunan berdarah kepala lembu tiada tindakan walaupun polis turut ada. Alasan Musa ialah kes ini sedang disiasat oleh itu tidak perlu perhimpunan, jadi mengapa pula Men. KDN DS Hishamudin boleh bertemu dengan penganjur perhimpunan kepala lembu berdarah yang sedang disiasat?

Golongan Hak Asasi guna Isu Syariat serang Islam

KUALA LUMPUR: Penentangan pihak tertentu terhadap perlaksanaan undang-undang Syariah di negara ini tidak ada kena mengena dengan persoalan hak asasi yang dilaung-laungkan, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu

"Trend yang berlaku ialah hanya perlaksanaan undang-undang Syariat yang menjadi sasaran pihak-pihak tertentu.

"Tetapi, apabila berlaku pencabulan terhadap hak asasi manusia misalnya dalam kes wanita yang dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi di dalam lokap polis, tidak ada suara penentangan yang berapi-api dari golongan itu.sIn.I

Rabu, 2 September 2009

Persidangan DUN Perak dan Kesilapan Sivakumar


Hari ini sekali lagi PR Perak mengadakan satu persidangan DUN Perak. Persidangan yang dijadualkan berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridwan terhalang seperti biasa dengan kawalan ketat pihak polis.

Walau bagaimanapun,persidangan kali ini berjaya berlangsung dan diadakan di sebuah hotel, tidak seperti dulu dibawah pokok. Speaker PR Perak, YB Sivakumar sebelum itu telah gagal mendapatkan injuksi bagi menghalang SUK Perak untuk menghalang persidangan itu di Bangunan Perak Darul Ridwan.

Hasil persidangan mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Tindakan kali ini nampak bijak, memohon injuksi dari mahkamah tinggi, dan membuat persediaan awal dihotel apabila tidak dibenarkan memasuki DUN.

Tetapi sebenarnya Sivakumar telah terlewat. Keputusan yang dibuat kini tidak membawa apa-apa erti, apatah lagi Sivakumar sendiri dipertikaikan statusnya sebagai seorang speaker.

Sepatutnya, selepas sahaja persidangan DUN yang paling kecoh,yang menyebabkan Sivakumar tersingkir, apa yang perlu dilakukan (apatah lagi setelah elaun dan kemudahan sebagai Speaker ditarik) Sivakumar perlu mencabar Speaker Ganesan di Mahkamah. Sivakumar perlu menanyakan kepada mahkamah, mengapa Ganesan melanggar arahan mahkamah pada hari tersebut,iaitu hanya ADUN dan orang-orang Besar Perak sahaja yang dibenarkan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridwan. Adakah Ganesan seekor ular yang membolehkanya masuk ke dalam DUN tanpa disedari oleh kawalan ketat polis? Sivakumar juga perlu bertanya kepada mahkamah tentang tindakan polis yang menyingkirkannya dari kerusi Speaker.

Setelah semua ini dibawa ke mahkamah, dalam tempoh pertikaian tersebut,barulah boleh Sivakumar memanggil sidang DUN.

Berdasarkan gambar yang diperolehi juga, Sivakumar selaku ketua DUN telah bertindak salah kerana menyusun kerusi secara tidak betul. Kelihatan ADUN PR yang diketuai YB Nizar duduk disebelah kanan Speaker, walhal YB Nizar bukan lagi MB Perak dan Ketua Kerajaan diPerak berdasarkan keputusan mahkamah Rayuan. Keputusan tersebut telah diterima oleh YB Nizar termasuklah dengan memulangkan semula kereta rasmi MB. Jika YB Nizar menerima keputusan tersebut,maknanya YB Nizar dan ADUN PR bukan lagi dari pihak kerajaan.

Cuma Speaker Sivakumar sahaja yang diragui statusnya, tetapi YB Nizar adalah jelas sehinggalah keputusan mahkamah tinggi nanti.

Oleh itu, tindakan kali ini tidak memihak kepada PR Perak, jika ini berterusan rakyat pasti akan muak dengan gelagat PR Perak. Melainkan tindakan adalah betul di pihak R Perak. PR Perak dam usaha untuk menghadapi PRU akan datang semestinya memerlukan gimik politik yang berterusan, disamping itu jangan lupa untuk berkhidmat kepada rakyat dan sentiasa memberi penerangan yang sejelasnya kepada rakyat Perak.