Pengikut Setia - Terima Kasih

Ahad, 30 Ogos 2009

Salam Merdeka..Selamatkan Negara..

Tolong selamatkan Malaysia dari;

1. Keselamatan makanan kita, pulangkan BERNAS pada rakyat.

2. Selamatkan negara kita dari KPN yang dikawal oleh samseng

3. Bahaya H1N1 ( Hadiah 1ratus Najib 1Malaysia)

Jumaat, 28 Ogos 2009

Syed Zainal sila bersedia..



Dato’ Haji Syed Zainal Abidin B Syed Mohamed Tahir

Dato' Syed Zainal perlu bersedia dari sekarang, ini kerana sejak dibawah keloloan Dato', Proton kini lebih bermanya dan mula mencatat keuntungan.

Produk-produk Proton juga kini lebih maju dan diterima ramai, malah banyak pula yang dieksport.

ini memungkinkan dato akan dilantik menjadi Menteri pada bila-bila masa, kita ada Menteri di JPM, Menteri jaga EPU dan sekarang kawan Dato' Idris Jala dah dilantik Menteri tidak berportfolio. Mungkin dengan kejayaan Dato' sekarang, Dato' akan dilantik menjadi Menteri Tugas-tugas khas seperti yang pernah disandang oleh Effendi.

jika Dato' ada isteri, suruh Datin juga bersedia, manalah tahu nak kena bungkus kueh raya dengan BAKTI. Ok Dato' terima kasih, dan ingat pesanan ini, BERSEDIA

Wasiat Sebenar-Benar Raja Melayu

HENTIKAN PENGLIPURLARA TUJUH WASIAT RAJA MELAYU – MAHFUZ – harakah daily

"Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995?


"Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar," katanya.

Kepada Mahfuz, tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu.

Setelah Melaka alah oleh Portugis kerajaan Melayu yang terkuat muncul di Acheh. Acheh turut menakluk Perak, Pahang dan Johor. Apabila Acheh menakluk negeri-negeri raja-raja dan pembesar-pembesarnya di bawa ke Acheh. Ketika waris Sultan Melaka yang bersemanyam di Johor ditewaskan oleh Acheh sultan dan pemb esar-pembesarnya di bawa ke Acheh. Antara yang dibawa ke sana adalah bendahara Tun Muhammad yang lebih dikenali sebagai Tun Seri Lanang, pengarang Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Kesultanan Melayu Acheh berada dikemuncaknya di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Ratu Elizabeth I mengirimkan perutusannya kepada Sultan Acheh melalui Sir James Lanceister. Acheh juga melakukan hubungan diplomatik dengan Turki dan Perancis.
Acheh juga mencipta revolusi pemikiran dan bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengucapan seni dan falsafah melalui pemikir seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Dari segi aspek agama, pemikiran falsafah dan kemajuan bahasa Melayu Acheh jauh mengatasi apa yang dicapai oleh Melaka.
Setelah menaklukki Pahang Sultan Iskandar Muda membawa putera sultan Pahang ke Acheh. Putera tersebut diberikan pendidikan di Acheh, dikahwin dengan puteri baginda dan dilatik sebagai pengganti yang dikenali sebagai Sultan Iskandar Thani.
Hamka dalam Dari Perbendaharaan Lama mencatitkan wasiat Sultan Iskandar Muda kepada penggantinya. Berikut adalah wasiat raja tersebut:
Wasiat Raja Melayu
......., dan lagi Raja-raja hendaklah mengamalkan 8 perkara.

Pertama, hendaklah selalu ingat akan Allah dan meneguhi janji dengan sekalian Wazir-wazir dan Menteri Hulubalang dan sekalian pegawai dan dengan sekalian rakyat.

Kedua, janganlah Raja-raja menghinakan Alim-Ulama dan yang ahli akal bijaksana.

Ketiga, segala yang datang dari pihak musuh daripada seterunya jangan sekali-kali raja percaya.

Keempat, hendaklah raja memperbanyak alat senjata dan membeli kesayangan rakyat dan wazir Sipahi (tentera), supaya jauhlah musuh raja, sebab ada yang menghalaukan dengan sayang.

Kelima, hendaklah raja menurun tangan, yakni murah. Hendaklah mengingat kesetiaan rakyat, wazir dan Alim-Ulama dan sekalian Sipahi dengan membalas jasanya masing-masing dengan tertib.

Keenam, hendaklah raja menjalankan hukum dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul. Iaitu seperti yang telah tetap di dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; Pertama Al-Qur'an, Kedua Al-Hadis, ketiga Ijma', keempat Qias, maka....... keluar daripada itu pun empat perkara: Pertama hukum, kedua adat, ketiga qanun, keempat resam.

Ketujuh
, janganlah raja-raja itu duduk dengan orang yang jahat budi dan jahil.

Kedelapan, hendaklah raja-raja itu memeliharakan hati orang yang berbuat baik kepada raja dan kepada negeri dan kepada rakyat. Maka hendaklah raja memandang kepadanya serta memaniskan muka raja memandang mereka itu senantiasa senang hati, kerana ia banyak kebaktian kepada raja.
Hendaklah raja itu memeriksa sekalian wazir-wazir dan Hulubalang dan segala orang yang jahat dan durhaka dan tiada ia mengikut Qanun kerajaan. Dan tiap-tiap yang salah itu hendaklah dihukum dengan tertib menurut kesalahan dosa yang diperbuat, sesudah diperiksa dengan sehalus-halusnya, supaya jangan zalim menjatuhkan hukum.
Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang sekalian ulama dan bermesyuarat dengan Alim-Ulama dan mendengar nasihat ulama. Dan hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri dari bersahabat dengan ulama jahat dan ulama jahil dan ulama tamak, iaitu ulama-ulama yang suka memuji-muji raja dan maghzul*kan dia dan mengharap minta keridhaan raja. maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang membikin huru-hara negeri dan yang memecah-belah rakyat, seperti dajjal...............
* Maghzul = kata-kata lucah-cabul tentang perempuan, yang diucapkan ketika senda gurau
Kutipan dari
"Qanun Asyih Darussalam"
(Peraturan Pemerintahan Acheh) di zaman Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1637)
P/s- wasiat yang sebenar-benar wasiat ini jika pun ada didalam perlembagaan persekutuan tidak akan bermakna jika ia tidak dipatuhi.

klik sini

p/s- saya pernah bertanya kepada seorang pejuang melayu yang juga seorang profesor pengajian melayu di IPTA tentang 7 wasiat Raja Melayu yang dibacakan oleh Raja Nazrin baru-baru ini, ini kerana kita tidak pernah didedahkan dengan wasiat tersebut sebelum ini termasuk dalam pelajaran sejarah, jawapan profesor tersebut ialah tidak ada dan boleh dijadikan tajuk penyelidikan!

Bahaya..Johor/Malaysia dalam bahaya

Johor dan Malaysia dalam bahaya selagi UBN meerintah negara ini. Jom kita beri peluang kepada PR memerintah, kita bongkar segala kemuskilan tentang apa yang berlaku.

1. Banyak perjanjian dan cerita antara Malaysia dan Singapura dirahsiakan walaupun berkepentingan umum.

2. Perjanjian perdagangan yang berat sebelah dengan negara luar.

3. Perjanjian dengan tawke-tawke perompak seperti jankuasa bebas IPP dan lain-lain.

Sila baca berkenaan empangan untuk bekalan air johor dari sampah seni S.iN.i

Khamis, 27 Ogos 2009

Orang BN punca rusuhan di Perak..

baca sini perbicaraan di mahkamah tentang rusuhan di Masjid Ubudiah

Berita..Berita...Berita

Soi Lek

Pelik dan berani sekali dengan tindakan Tee Kiat. Soi Lek patutnya dipecat ketika mula-mula isu video seksnya timbul,ketika beliau menjawat Menteri Kesihatan dan jawatan Naib Presiden dan bukannya setelah memenangi jawatan Tim. Presiden. Beliau telahpun mengambil satu tanggung jawab apabila meletak jawatan didalam parti dan kerajaan setelah mengaku beliau adalah lelaki didalam video tersebut. Beliau kembali didalam parti dan diangkat kejawatan begitu penting adalah kerana kehendak ahli MCA sendiri. Mungkin bagi orang cina,ini satu perkara biasa,seperti juga kes TBH yang mengandungkan tunangnya sebelum kahwin tetapi anak itu dituntut rata-rata masyarakat cina di 'binkan' kepada TBH. Pengakuan Soi Lek juga telah menunjukkan kebertanggung jawabannya, seperti pengakuan Bill Clinton kepada masyarakat amerika.

Kartika lagi..

Semua orang nak bagi komen isu ni(tapi menteri agama belum ternampak komennya lagi), penakiri pun dah bagi. Cuma nak tambah lagi apabila ada beberapa kenyataan dari tokoh penting negara.
1. Komen Hj Hadi
2. Komen Zaid Ibrahim

Hj Hadi, Presiden PAS dan bekas MB Terengganu yang meluluskan Hudud di DUN Terengganu berkelulusan Sarjana Syariah manakala Zaid pula merupakan seorang peguam kanan,pemilik firma guaman terbesar di Malaysia dan bekas Menteri undang2.

Secara peribadi penakiri menerima pandangan kedua-dua tokoh tersebut. Satu cadangan penakiri ialah, hukuman tersebut tidak wajar ditangguhkan sehingga Jabatan Penjara berjaya melatih seorang jurusebat syariah wanita. Ini kerana Kartika sendiri redho dan mahukan hukuman tersebut. Pihak kerajaan perlu mendapatkan(meminjam) tukang sebat syariah yang berpengalaman dari luar negara yang melaksanakan hukuman tersebut. Yang terdekat ialah dari Acheh Indonesia, jauh lagi kita ambil terus dari Arab Saudi. Tapi malangnya rupa-rupanya kita ada tukang sebat syariah, dan hukuman tersebut pernah dilakukan. Walaupun tukang sebat tersebut seoarang lelaki, tetapi itu bukan masalahnya. Ini kerana apabila disebut sebatan secara syariah, ia seperti yang disebut Hj Hadi, tidak perlu membuka pakaiaan atau mendedahkan anggota tertentu. Maka timbul persoalan adakah Hishammudin tidak berkata benar? Apa agenda sebaliknya. Penakiri dengar, Peguam Negara juga tiada kuasa soal syariah negeri.

Penakiri tidak untung apa-apapun jika Kartika disebat, cuma berilah mahkamah syariah berfungsi dengan sewajarnya. Mahkamah sivil boleh saja menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, tapi taklah sampai dikritik seluas ini. Seoalah-olah hakim dan undang-undang syariah tu pulak yang bersalah.

Perak lagi dan lagi..

Beberapa hari ni, politik Perak mendidih semula, suhunya meningkat seiring dengan suhu politik di Selangor,Kedah,P.Pinang dan Terengganu.

1. Sivakumar saman YB Dato SUK Perak

2. Sidang DUN 2 September

3. Ganesan pegang dua jawatan serentak

Tajuk berita diatas, bila dibaca dan dianalisis menunjukan yang PR Perak sedang menghembus monsun kedua di Perak. Apa yang bakal berlaku tidak pula diketahui, cuma Penakiri nak puji Tuanku Abdul Halim yang tidak campur tangan isu politik di Kedah yang turut mendidih. Jika tidak..Allah saja yang tahu..


MLTR lah pulak..


Bila terbaca tentangan Pemuda PAS bantah konsert MLTR di Genting, penakiri hairan, bertambah hairan apabila Ketuanya Nasrudin Hasan Tantawi mengatakan ini satu penghinaan kepada umat Islam. Penakiri tak sabar nak baca sampai habis apa yang penghinaan tersebut, kerana buat di Gentingkah? Ini kerana MLTR kumpulan kegemaran Penakiri. Penakiri masa nak belajor bahasa inggeris dulu ada beli vcd karaoke MLTR. Sambil menghayatyi lagu, cari makna lirik, jadi tambahlah perkataan2 baru. Bila habis dibaca, rupanya dalam bulan ramadan. Ok lah.. betul jugak, tapi untuk pengetahuan ustaz Nasrudin, banyak lagi konsert dan pertunjukan nyanyian di bulan ramadhan ni.. dekat kelab-kelab malam dan hotel-hotel bersepah.



Pemuda PAS memang peka tentang soal ini, terima kasih. Search, Inul dan lain-lain lagi pernah dbantah oleh Pemuda PAS. Cumanya yang beruntung sekarang Amy Search, dapat bini baru, anak baru, dapat hidayah dan dapat menantu. Tak kurang juga rezeki yang melimpah dengan restoran Cheng HO dan iklan Celcom. Konsert beliau juga laku dan yang penting tidak dihalang lagi oleh Pemuda PAS. Ini kerana Amy Searh kini merupakan 'anak murid' Tok Guru Nik Aziz. Beliau yang kini meminati Nik Aziz, banyak mendengar kaset Nik Aziz dan membaca buku-buku Nik Aziz. Malah Nik Aziz dan Amy beberapa kali berjumpa termasuk kunjungan Nik Aziz ke restoran Cheng Ho. Mungkin MLTR perlu jumpa Nik Aziz dulu kot, barulah Pemuda PAS tidak bantah.

Selasa, 25 Ogos 2009

Muhyidin kata Melayu Risau

Rakyat risau masa depan politik negara


BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mendapat maklum balas daripada sebahagian besar masyarakat yang meluahkan kebimbangan terhadap masa depan politik negara kerana diganggu gugat oleh parti pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat terutama orang Melayu berasa kedudukan mereka tidak lagi selamat jika pembangkang memerintah negara ini berikutan budaya politik dibawa mereka adalah asing.

"Barisan Nasional (BN) walaupun sudah lama berkuasa, ia tidak pernah membawa suasana seperti ini sehingga rakyat tidak senang.s.i.ni

p/s hahahah dah kalah 8-0 di semenanjung rakyat risau terutama melayu.. yang kalah semua kawasan melayu.. yang tolak bn semua melayu..

Kartika Sari uji pendirian Pemimpin


Kartika Sari mencipta sejarah tersendiri dalam sebuah negara Islam komanwel. Beliau telah didapati bersalah kerana meminum arak di khalayak ramai, sesuatu yang diharamkan oleh ajaran Islam. Kesalahan dilakukan di sebuah hotel di Cherating tahun lalu. Beliau yang merupakan seorang model sambilan juga merupakan ibu kepada dua orang anak. Hukuman denda RM 5000.00 beserta enam sebatan adalah hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan kepada seseorang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah di Malaysia. Ianya masih jauh dengan hukuman sebat yang ditetapkan Islam iaitu 100 rotan untuk penzina dan 40 rotan untuk peminum arak.

Hukuman rotan kepada Kartika adalah yang pertama seumpamanya dijatuhkan kepada seorang wanita, malah yang menjatuhkannya ialah Mahkamah Syariah pula. Walaupun Kartika redho dengan hukuman tersebut, malah kecewa bila mengetahui yang hukuman tersebut tidak akan dijalankan di khalayak ramai seperti yang dituntut Islam, tetapi bagi pihak pejuang wanita dan kerajaan pusat, hukuman tersebut adalah terlampau berat dan mendukacitakan.

Semalam 24/08/09 adalah hari sepatutnya Kartika Sari berada di Penjara Wanita Kajang, iaitu tempat yang dikenal pasti hukuman tersebut bakal berlangsung. Van Jabatan Agama Islam Pahang, telahpun sampai dirumah Kartika di Sungai Siput Perak untuk menghantarnya di Kajang,Selangor. Tetapi baru sahaja perjalanan kira-kira 200 meter, Van tersebut terpaksa berpatah balik kerana ada arahan dari pihak atasan. Keputusan ini nyata memberikan kekecewaan yang amat sangat kepada Kartika yang telah bersedia dari segi mental dan fizikal. Ini memaksa mereka membuat laporan polis bagi mengelakkan Kartika di tuduh melarikan diri,malah ayah Kartika pula membuat laporan polis kepada JAIP kerana meperkotak-katikan hukam Islam.

Beberapa pemimpin kerajaan memberi komen berikutan kes tersebut,

PM Najib Razak - Tidak boleh redho semata-mata,boleh buat rayuan



Sepupu Najib, Menteri Keselamatan Dalam Negeri DS Hishamudin -
Arah KSU bincang cara terbaik laksana hukuman,kita tiada kepakaran.

DS Shahrizat Menteri Wanita - Akan mewujudkan satu precedent yang tidak sihat

Sebenarnya kes ini memang mengundang komen yang tidak sepatutnya apatah lagi, Kartika yang mahukan hukuman sebat tersebut,mungkin dengan harapan akan lepas siksa di akhirat kelak dan memberi pengajaran kepada lain-lain manusia yang jahil dan engkar. Pelik,bila tuan badan sendiri redho, undang-undang membenarkan walaupun tidak sepenuhnya islamik, tetapi masih ada suara-saura sumbang yang berkumandang,walaupun Kartika dengan penuh redho dan tidak mahu merayu, Ketua Hakim Syarie Pahang akan menyemak keputusan tersebut tanpa diminta, ini mengulangi kes bilamana beberapa orang selebriti tidak jadi dibicarakan setelah ditangkap di Wilayah Perseketuan KL beberapa tahun lalu. Betul kata Sayuti Omar, nasib baik kes ini bukan berlaku di Kelantan, kalau tidak gegak gempitalah seluruh Malaya. Siknifikanya kes ini berlaku seiring dengan bantahan penjualan arak di Selangor. Kes ini dan di Selangor, kita boleh melihat siapa dia Islam plastik (bukan palestin tau) seperti yang disebut oleh Nik Aziz.

Berikut ialah sedikit nota mengenai arak dan hukumnya menurut Islam.

PENGERTIAN ARAK

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)

HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK

Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:
”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:
i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia
ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.
Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.

PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD

Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:
i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut
Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’.
(Riwayat Bukhari dalam Sahih)

BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)
Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-
1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)
Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.


Dan ini ialah linh Dr MAZA berkenaan isu ini.

Isnin, 24 Ogos 2009

Khairy Agenda dua dalam Satu



Khairy Jamaludin telah bermain politik dalam PRK Permatang Pasir (N11- bukan H1N1). Tindakan beliau cuba memperbodohkan pengundi apabila mengatakan yang mengundi PAS tidak membawa PAS memegang jawatan exco. Sedangkan semua tahu yang KJ sendiri bagaikan ditikam dari belakang apabila calon yang kalah denganya, D.Mukhriz dilantik menjadi Tim. Menteri. Turut dilantik ke jawatan Tim. Menteri ialah Naib beliau D.Razali Ibrahim. KJ bukan tidak tahu seperti kata SIASAH Tetapi KJ memasang jerat, pertama untuk menarik simpati sambil memalukan PM Najib yang menyisihkan beliau, kedua memberi masalah kepada UBN dalam PRK Permatang Pasir.

Tak Percaya? Ya Khairy sengaja membawa masalah kepada UBN yang memang bermasalah ditambah dengan calon yang bagaikaan biawak hidup(masalah besar). Khairy melemparkan tuduhan pelik apabila mengatakan ada pengundi hantu PAS DUN Permatang Pasir. Tindakan Khairy seolah-olah cuba mengaitkan SPR dan JPN berkerjasama dengan PAS. Tindakan ini tentu sekali dangkal kerana PAS bukanlah kerajaan pusat sedangkan JPN dan SPR merupakan agensi dibawah kerajaan pusat. Tindakan Khairy itu tentu sekali mencuit bekas ketuanya yang kini menteri Dalam Negeri yang menjaga JPN. Sebab itu SPR lekas-lekas mencabar agar Khairy kemukakan bukti tentang wujudnya pengundi hantu di Permatang Pasir.

SPR kemudianya mengesahkan tiada pengundi hantu seperti didakwa Khairy. Tetapi tindakan Khairy telah menyusahkan UBN, apa tidaknya penyokong UBN yang cetek pemikiran sanggup membuat provokasi akhir sehingga memaksa Zahid Hamidi masuk campur setelah gagal mendengar arahan pegawai SPR.

Apapun Khairy, Ketua Pemuda yang cuba disisihkan berjaya membalas dendam secara licik. PM Najib akan dimalukan sekali lagi, TPM Muhyidin, panglima perang UBN, masih kempunan kemenangan, satu-satunya peluang yang muncul didepan mata ialah PRK DUN Kota Seputeh, itupun jika UBN berani mengambil peluang dengan melompatnya ADUN Lunas.

Selasa, 18 Ogos 2009

Muhyidin cari nahas..

TPM minta Majlis Fatwa kaji kenyataan Nik Aziz

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti dan keluarkan fatwa mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa Islam Umno tidak membawa ke syurga seperti Islam Pas.

p/s- Fatwa yang adapun umno tak ikut. Sure heboh masih berjalan, tugu negara masih dilawati... Belum lagi kira perkara jelas seperti terkandung dalam Quran dan Hadis..

'Letak calon Melayu/Islam jika Melayu ramai'

Syor BN kaji tradisi pembahagian kerusi

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik mencadangkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai lebih 50 peratus penduduk Melayu perlu meletakkan calon Umno pada pilihan raya umum akan datang.

p/s- Marilah kita berkempen agar dibuat satu peruntukan dalam SPR atau jika perlu perlembagaan supaya hanya orang islam yang boleh bertanding dikawasan majaroti islam. Ini tidak menafikan hak bangsa lain kerana islam adalah universal dan perbagai kaum. Ini adalah penting bagi memastikan islam menjadi kuasa dua pertiga di parlimen.


Tindakan ini juga membendung dari permainan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan orang2 melayu yang bukan islam akan mengambil alih pemerintahan negara jika umno kalah.

Isnin, 17 Ogos 2009

Muhyidin yang beragenda...

Jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah satu jawatan yang cukup kritikal di Malaysia. TPM sekarang adalah TS Muhyidin. Pembesar dari Johor, sebuah negeri yang tidak lokek pemimpin. Sebelum ini telah ada PM dan TPM dari Johor, negeri terselatan benua asia.

Sejarah menunjukan terdapat beberapa orang TPM yang tidak menjadi PM. Ada yang meninggal, ada yang tersingkir, ada yang dipecat. Kisah musuh dalam selimut antara PM dan TPM bukan baru, kalau Yusuf Haslam nak buat duit, bolehlah dibawa kelayar perak, D. Aziz Singah, A. Galak dan Hasnah Hamid antara pelakon kegemaran Yusuf Haslam yang boleh melakonkan watak-watak tersebut.

Akhir-akhir ini, TPM TSM begitu popular. Banyak sebab ianya terjadi. Antaranya ialah kerana budaya UMNO yang meletakkan TPM sebagai Panglima Perang dalam satu-satu PRK. Berbeza dengan amalan Nabi s.a.w. yang mengetuai sendiri perang menentang musuh.

Nak dijadikan cerita, banyaklah pulak PRK pasca PRU 08. TSM telah mengetuai secara langsung dua PRK, iaitu Bukit Gantang dan Manek Urai. Kedua-duanya kalah, tetapi undi BN ada peningkatan. Setakat ini BN kalah dengan agregat 5-0 di semenanjung, satu kalah kerana tidak bertanding, dan menang di Batang Ai di Borneo.

Selain siri PRK yang bertali arus, (akan datang mungkin di Galas Kelantan(minta dijauhkan), nasib baik tidak jadi PRK di Bukit Lanjan dan di Penang)TSM cukup populor dengan kata-kata beliau. Inti pati ucapan beliau sering keluar didada-dada akhbar, dan disambung di tv serta dunia maya. Antaranya ialah menggelarkan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di Parlimen sebagai pengkianat. Tingdakan itu menyebabkan beliau disaman agar menarik balik ungkapan menhina tersebut, tetapi tindakan saman tersebut telah melahirkan satu gelombang sokongan terhadap TSM.



Gelombang ini bertali arus di serata negeri dikalangan ahli umno. Tindakan ini secara tidak langsung menggugat PM Najib Razak. Selain itu, tindakan menggelarkan Anwar sebagai pengkianat Melayu menyebabkan misi Najib Razak untuk melihat penyatuan kaum dengan 1Malaysia terjejas. Rata-rata ahli umno yang melaungkan sokogan kepada TSM turut memanikan isu perkauman dengan mencemuh DAP sebuah parti tidak berteraskan perkauman tetapi dipenuhi pemimpin cina.



Hari ini, TSM yang baru sahaja mengiringi calon umno yang bermasalah dengan profesyennya melancarkan My Tuition, sebuah program pendidikan percuma, apa yang menarik program tersebut ditaja oleh Tan Sri Muhyiddin (TSM) Charity Golf dan KPM.
KPM dimana menterinya adalah TSM sendiri masih belum habis berdepan dengan tuntutan pemansuhan PPSMI. Ternyata TSM terlalu laju, tindak-tanduknya dipenuhi dengan agenda tersendiri. Beliau acap kali memberi komen walaupun boleh memakan diri dalam usaha untuk memastikan namanya sentiasa mekar didada-dada akhbar. Apakah agenda TSM sebenarnya? Rata-rata para blogawan telah dapat menghidu gerakan TSM,insan yang bertanggungjawab menyingkirkan Pak Lah. Kita tunggu dan lihat agenda seterusnya.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Pesakit H1N1 mati kerana kecuaian pihak berwajib?

H1N1: 40% mati akibat lewat dirawat


Sebanyak 40 peratus daripada 56 korban wabak selesema A (H1N1) meninggal dunia akibat "kelewatan mendapat rawatan awal" dan sebanyak 13 peratus pula angkara "kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan".

Statistik itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hariannya berhubung wabak tersebut hari ini.

"Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan (70 peratus), di samping itu juga daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 40 peratus didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan," katanya.


"Saya berpendapat, ada di antara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera."

Hari ini, dua bayi berusia dua bulan dan seorang remaja menjadi sebahagian perangkaan terbaru korban wabak daripada lima kes - jumlah keseluruhannya 56 kes.

Dr Mohd Ismail menambah, kadar penularan influenza A (H1N1) dalam masyarakat adalah tinggi dan perkembangan ini dapat dilihat daripada jumlah semakin ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.

Susulan itu, beliau menasihatkan orang ramai, terutama mereka yang bersimptom jangkitan influenza, agar mengambil tindakan berikut:

Pertama, mereka yang bersimptom selepas menerima rawatan hendaklah berehat di rumah jika tidak dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Pergerakan pesakit bersimptom ke tempat awam atau tempat kerja akan menambahkan kes penularan dalam komuniti.

Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu yang sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk/bersin.

Kedua, di sekolah atau tempat kerja, individu yang bersimptom influenza dinasihati agar segera mendapatkan rawatan dan berehat di rumah sehingga sembuh.

Mereka dinasihati agar tidak bekerja atau datang ke sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A (H1N1).

Guru besar atau ketua tempat kerja hendaklah melakukan saringan harian bagi memastikan individu yang bersimptom tidak meneruskan bekerja atau menghadiri kelas.

Jika terdapat kes dari saringan tersebut, mereka hendaklan dirujuk ke hospital atau klinik.

Ketiga
, semua ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.

p/s - Maknanya pesakit yang meninggal adalah kerana kecuaian/ketidakcekapan kementerina/kerajaan menangani isu ini? 40% + 13% menjadi 53% mangsa cuai/tidak cekap.

Senario 1
Jika saya demam, dan pergi ke hospital, tetapi pihak hospital tidak merasakan yang saya mengidap H1N1, maka saya secara peribadi tidak akan mengikut saranan kerajaan untuk tinggal diriumah. Saya perlu makan, bekerja dan menjalankan perbagai urusan.
Apatah lagi pihak hospital sendiri merasakan saya tidak dijangkiti H1N1(walaupun tanpa pemeriksaan makmal) jadi tentulah saya tidak mengendahkan saranan kerajaan. Sebab saya sudah pergi ke hospital, dan hospital anggap saya tidak bahaya, bila demam tidak bahaya maka seperti biasa saya akan menjalankan tugasan harian saya.

Senario 2
Jika saya demam,bukan demam biasa yang saya hadapi(saya tahulah saya yang demam), tetapi pihak hospital(tanpa pemeriksaan makmal) merasakan saya tidak dijangkiti H1N1, dan saya mengikut saranan kerajaan untuk tinggal dirumah, maka saya:
1. Mungkin mati mengejut dirumah kerana pada bila2 masa, nafas saya tersekat oleh H1N1,tanpa ada anggota perubatan atau bantuan alat perubatan.

2. Saya akan mengjangkiti seluruh ahli keluarga saya. Ini kerana dirumah perbagai golongan berisiko ada,bayi dan anak yang berumur kurang 5 tahun(lemah antibody) ibu-bapa yang mempunyai penyakit metabolic(kencing manis) dan asthma. Lebih berisiko, seperti sehidup semati lah pulak.
Mana satu pilihan anda?

Selain itu, mengapa ketua jabatan/unit guru besar dan sebagainya perlu memriksa setiap pekerja mereka? Kesian pulak tengok cikgu sekarang, tak pasal2 kena periksa setiap murid sebelum masuk ke kelas, silap2 si cikgu yang periksa murid tu terjangkit. Kenapa tak tutup saja sekolah? Atau lebih berani istiharkan darurat kesihatan, hadkan aktiviti secara undang2!

Seperkara lagi, Hishamudin Rais dalam blognya telah menulis tentang tangan2 manusia jahat yang menyebarkan virus ini dari makmal. Walaupun sebagai seorang Islam kita harus mempercayai yang wabak adalah bencana dan dugaan tuhan kepada manusia, tetapi kadang2 ia tidak datang dengan sendiri, melainkan dengan sifat manusia itu sendiri. Contoh mudah jerebu kerana pembakaran terbuka.
Cuba lihat, H1N1 ada pesakit yang sembuh dengan anti virus jika mendapat rawatan awal, ini bermakna yang virus ini dicipta degna ubat. Seperti virus computer yang turut mempunyai antivirusnya. Tetapi anti virus biasa bukanlah ubatnya,melainkan ada sejenis ubat khas(dicipta ole pencipta virus) dan ubat inilah yang sedang ditempah oleh kerajaan seluruh dunia.

Khamis, 13 Ogos 2009

Zamry - MB Putar Belit!


"Dia cuma mahukan saya memberi respons dan keutamaan komen kepada dia saja. Saya rasa tidak perlulah sebab saya tidak pernah iktiraf dia pun, sebelum (melantik Speaker) yang baru memang ya, tetapi selepas itu saya tidak pernah lagi iktiraf dia."

Semalam, Sivakumar yang juga Adun Tronoh dan bekas Speaker mengumumkan penggantungan Zambry selama tiga bulan daripada menghadiri sidang DUN dan didenda RM250,000 dengan alasan Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lalu walaupun telah digantung sebelum itu.


p/s - Kejadian di Perak memang merupakan satu sejarah bodoh demokrasi. Zamry berkata sebelum (melantik Speaker) yang baru memang ya, tetapi selepas itu saya tidak pernah lagi iktiraf dia. Ini bermakna, Zamry mengiktiraf Sivakumar sebelum itu. Sebelum itu Sivakumar telahpun menggantung Zamry. Mengapa Zamry hadir sidang DUN?

Aper putar belit cakap ni?

Jika Zamry tidak hadir sidang DUN tempoh hari, maka kita tidak perlu melihat satu sidang paling memalukan di Malaysia.

Rabu, 12 Ogos 2009

Punca-punca H1N1 Merebak di Malaysia..



1.Hospital Kerajaan suruh pergi swasta
. Hari ini, saya dan isteri saya yang baru balik dari Sarawak pada hari Ahad yang lalu telah mengalami demam panas yang teruk sekali.

Hari ini kami telah pergi ke Hospital Sungai Buluh untuk cuba melakukan ujian terhadap kesihatan kami kerana terasa demam kami kali ini adalah teruk dari biasa.

Malangnya apabila kami ke hospital berkenaan, kami telah dimaklumkan bahawa Hospital Sungai Buluh tidak menerima dan merawat pesakit luar apatah lagi menjalankan ujian saringan untuk H1N1.

Kami telah disuruh untuk ke Poliklinik Kesihatan Kampung Melayu dekat hospital berkenaan, tetapi setelah ke sana kami telah dimaklumkan oleh salah seorang jururawat dan notis di pintu pendaftaran bahawa klinik tersebut juga tidak melakukan ujian saringan untuk kes-kes influenza.

Kami diberitahu untuk ke mana-mana hospital atau klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.



2.Doktor swasta risau H1N1
Rata-rata pakar perubatan, para doktor dan staf kesihatan yang lain hanya menunggu arahan daripada pihak kementerian untuk menjalankan ujian saringan awal ini untuk membantu rakyat mendapatkan rawatan awal yang terbaik



p/s - Dua kali berturut-turut saya datang ke hospital membawa bayi saya yang demam dan cirit-birit. Hanya pemeriksaan biasa, walaupun bayi demam dan tidak aktif seperti biasa.Tiada juga pemeriksaan darah untuk denggi walaupun dalam iklan sering menyuruh membawa anak untuk pemeriksaan denggi kerana demama mungkin bukan demam biasa. Kini dua bayi telah mati walaupun hanya sehari demam H1N1. Sebagai bapa, tentu sekali amat risau kerana bayi tidak boleh bercakap untuk memberitahu tahap kesakitan mereka, mereka ditiggalkan hampir 12jam sehari dirumah pengasuh. Sudah tentu si pengasuh tidak sepeka si ibu bapa.

Demo - Pak Samad ajak buat lagi..


Pak Samad usul demo anti-PPSMI
Jimadie Shah Othman | Aug 12, 09 2:57pm
Datuk A Samad Said akan mengutarakan cadangan berdemonstrasi sekali lagi bagi mendesak pemansuhan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam satu mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) hujung minggu ini.

"Ya, memang cadangan asalnya dari mulut saya. Saya akan lontarkan saja," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini petang ini.

"Kalau dituntut (berdemo) dan atas sebab-sebab yang munasabah dan luhur, apa salahnya."

Selasa, 11 Ogos 2009

Beli Wakil Rakyat Bukan Cara Umno Tubuh Kerajaan

Beli Wakil Rakyat Bukan Cara Umno Tubuh Kerajaan

ALOR SETAR, 10 Ogos (Bernama) -- Umno Kedah tidak akan membazirkan wang hanya untuk 'membeli' wakil rakyat daripada parti pakatan bagi menubuhkan kerajaan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah.

Katanya Umno Kedah tidak berminat menubuhkan kerajaan dengan cara sedemikian dan adalah lebih baik wang bagi membeli lima wakil rakyat dibelanjakan untuk faedah rakyat.

"Kalau Umno hendak buat perkara itu (beli), ini bukan masanya," kata Ahmad Bashah kepada pemberita di sini.

p/s- Tadi cakap bukan cara umno beli wakil rakyat, tapi sekarang cakap bukan masanya, mana satu betul ni?

KPT Pantau Pemberian Gelaran Prof Madya Dan Profesor


KPT Pantau Pemberian Gelaran Prof Madya Dan Profesor

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pengajian Tinggi sedang memantau pemberian gelaran profesor madya dan profesor oleh institusi pengajian tinggi termasuk milik swasta di negara ini bagi menjamin prestij status itu, kata Timbalan Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kita bukan nak menghadkan orang daripada naik pangkat, gaji dan sebagainya tetapi gelaran itu hendaklah kita jaga kerana dalam dunia akademia, gelaran itu adalah gelaran tertinggi dan suci," katanya.

p/s - Jangan lupa pantau pemberian Ijazah Doktor Falsafah kehormat.. Bulan ni je PaK Lah dapat 2 ke tiga PHD dari perbagai universiti dengan perbagai bidang. Keseluruhan berapa banyak entah. Mahathir pun dapat banyak, siap ada kovokesyen khas.. Pemberian harus diberi berdasarkan merit bukan politik semata-mata.

Isnin, 10 Ogos 2009

Laknat Pengkianat..



Seramai 1000 orang melaungkan "Anwar Penkianat Melayu" di PWTC sambil menyambut TPM TS Muhyidin. ( yang muskilnya aci tukang sapu pun ikut demo kenapa? UMNO tak cukup org ke? takan sampai upah india? upah indon lagi bagus)

Pemuda UMNO Pahang kumpul 100,000 tandatangan

Sejuta pun takapa bang..tapi biarlah betul2 Melayu, jangan jadi macam kes demo kat atas.. Malu siot..

Lagi laungan Anwar pengkhianat bangsa

D.Shahril macam nak masuk kabinet balik je? Ape citer tentang empangan singapura di johor? Semalam bukankah ulang tahun Parlimen Malaysia 'singkirkan' Singapura? Sian Melayu Singapura jadi minoriti dalam sekelip mata. Iskandar Malaysia berapa persen orang Melayu pegang? Kenapa UMNO Johor tentang PPSMI?

Antara dua darjat



Patung Anwar
Fatwa Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas. Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam.





Masih menunggu kenyataan rasmi Mufti Perak, dr Asri, Jakim dan UMNO

Tun M merayu..

Mahathir: Kekurangan tenaga pengajar bukan alasan untuk mansuhkan PPSMI



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata kekurangan tenaga pengajar tidak boleh dijadikan alasan untuk memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menurut beliau perkara ini boleh diatasi dengan memperkenalkan kaedah pengajaran bantuan seperti program perisian komputer (software) khusus untuk membantu pelajar sekolah.

p/s - Tun M nampaknya masih tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan untuk tidak meneruskan PPSMI. Semasa Tun M masih menjadi PM dan dasar tersebut di anjurkan, ketika ditanya tentang PPSMI, Tun M berkata itu bukan urusanya, tetapi urusan Menteri Pendidikan iaitu Senator Musa Mohamad. Tun M menjawab dengan selamba seolah-olah beliau bukan pencetusnya. Setelah dasar pincang tersebut mengorbankan generasi pelajar Melayu, Bahasa, Kesusasteraan,penerbitan dan maruah Melayu, sehingga menerima tentangan hebat orang2 Melayu terutamanya, Tun M masih berkeras walaupun tidak lagi menjadi PM. Tun M turut melancarkan undian didalam web. Apakah sebenarnya yang Tun M mahu? Lihat orang Melayu maju? Tidak, Tun M berkeras adalah kerana dasarnya diusik ketika hayatnya masih ada, ketika dia mampu lagi melihat segala2 galanya.

Ahad, 9 Ogos 2009

DAP - Adik Bongsu atau Abang Besar?

Apabila PKR-DAP dan PAS berjaya membentuk kerajaan di Selangor, isu pertama yang terpaksa diselesaikan ialah berkenaan pusat menternak babi. Pusat tersebut akan dilaksanakan dipenempatan Melayu di Sepang.

PAS sebagai ahli gabungan kerajaan Pakatan Rakyat kemudianya terpaksa bersetuju, malah bertungkus lumus memahamkan rakyat terutama Melayu Islam rasional kandang babi bersistematik tersebut walaupun sedar akan menerima kritikan teruk, antara yang mengkritik termasuklah penulis muda terkenal Sdr Faisal Tehrani. Antara hujah PAS ialah tiadanya pilihan lain atau dengan kata lain inilah pilihan terbaik selain dari pilihan mengekalkan cara lama yang membiarkan penternakan bersepah diseluruh Selangor dan membiarkan alam dicemari dengan najis dibuang tanpa dirawat terus masuk ke sungai.

Rata-rata orang Melayu kemudianya menerima secara terpaksa kerana "pilihan terbaik tersebut"

PAS baru sahaja berkahwin dengan DAP dan PKR di Selangor, tetapi dilihat begitu setia dan bersungguh dalam pemerintahan. Mungkin kerana PAS sendiri mempunya pengalaman memerintah.

Kini timbul pula satu isu lagi iaitu arak, sebelum ini telah berlaku isu bilamana ahli majlis MBSA dari PAS mengumumkan tentang peraturan baru yang tidak membenarkan arak dijual dikawasan majaroti islam. DAP membantah dan mengatakan yang PAS mendahului kerajaan negeri. Tindakan ini memaksa beberapa lagi majlis perbandaran menangguhkan usaha untuk melaksanakan dasar yang sama dikawasan tadbiran mereka sehingga menerima garis panduan jelas dari kerajaan negeri. Kemuncak kepada isu ini ialah arahan dari exco yang menjaga hal ehwal kerajaan tempatan YB Ronie supasa MBSA memulangkan semula arak yang dirampas dari sebuah kedai yang menjual dikawasan majaroti Islam. MBSA mengambil tindakan tersebut kerana mendapat bantahan penduduk dan mempunyai kuasa berbuat demikian kerana telah meluluskan peraturan mengenainya lebih awal.

Ini bukanlah kali pertama YB Ron bertindak sedemikian, sebelum ini Ron ada masalah dengan pegawai MPAJ apabila menggantung tugas Timbalan Yaang dipertua MPAJ berkaitan isu kuil hindu. Dan sebelum itu lagi,sebelum Selangor diperintah PR, Ron bertindak menghalang pihak MPSJ berkaitan isu pelacuran di sebuah hotel. Kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah. Maka tidak hairanlah Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ahli exco Selangor meminta supaya jawatan Ron dikaji semula. Ron dengan blognya 'buta warna' sebenarnya lebih buta hati dan sejarah kerana tidak mahu memahami yang Malaysia adalah sebuah negara islam dan majaroti umat islam. Tindakan2 Ron boleh dibaca sebagai anti Melayu (pegawai kerajaan adalah Melayu) dan Islam. Sekiranya MPK boleh menangguhkan usaha mereka untuk menghalang penjualan arak dikawasan majaroti Islam, dengan menunggu keputusan rasmi dari kerajaan negeri, maka kenapa Ron begitu kebal untuk bertindak sesuka hati?

Ron bukan sahaja telah melukakan hati umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia umumnya, tetapi tindakan Ron membenarkan tanggapan umum bahawa DAP adalah anti Melayu dan Islam. PAS yang jelas bercita-cita ingin menegakkan sebuah negara islam masih boleh bertolak ansur. PAS tidak menghalang untuk orang bukan islam meminum arak, malah jualan dikawasan majaroti bukan islam dibenarkan. Dari sudut demokrasi juga Ron adalah salah, kerana melawan majaroti dan ketuanan rakyat.

TS Khalid juga dilihat gagal untuk membuat satu keputusan yang tepat dan memberikan alasan yang bodoh apabila mengatakan beliau tiada kuasa. Malah MB yang terkenal kerana gagap ini cuba pula menyalahkan penduduk sek 18 kerana membuat aduan. Penduduk disana bukan pengundikah? Selain itu adakah kuasa MB Selangor tidak sama dengan kuasa MB Kelantan? jika perlu dibawa ke DUN, tidak bolehkah MB selaku ketua menerangkan kepada rakan2 dari PKR dan DAP rentang rasional dari sudut hukum, demokrasi dan sosial untuk membolehkan larangan penjualan arak dikawasan majaroti Islam?

Mungkin isu ini memerlukan sentuhan Anwar Ibrahim setelah PAS Selangor bertegas mahu larangan penjualan arak dikawasan majaroti Islam dilaksanakan. Walupun ini melambangkan kegagalan dakwah terhadap umat Islam sendiri dari membeli dan meminum arak, tetapi didalam Islam undang2 dan pencegahan juga adalh penting. Janganlah disalahkan orang yang membeli jika tidak kerana terhidang didepan mata.

Tindakan meminta PAS keluar dari PR selangor sebagai membalas tindakan DAP di Kedah adalah tidak wajar kerana DAP tidak memegang apa2 jawatan di Kedah, sebaliknya PAS punya peranan penting di Selangor. Selain itu isu ini adalah petanda PAS ikhlas untuk Islam,bukan politik semata-mata. UMNO langsung tidak memainkan peranan, hendak menyokong takut orang bertanya tentang lain2 nerei pemerintahannya. Sepatutnya larangan penjualan arak dikawasan majaroti muslim dikuatkuasakan di seluruh negara. Untuk ini memerlukan kesedaran dari UMNo, dan bukannya mencabar PAS dan mempolitikan isu ini.

p/s maka timbul persoalan, DAP adalah adik bongsu yang sentiasa mahukan sesuatu dan setiap orang perlu mengalah atau DAP adalah abang besar yang berlagak samseng?

Sabtu, 8 Ogos 2009

Kelab Poligami!


ahli-ahli Kelab Poligami Ikhwan bersama suami dan isteri masing-masing ketika ditemui di Rawang, Selangor

Membantu keluarga poligami

APABILA akhbar ini menyiarkan berita tentang penubuhan Kelab Poligami Ikhwan di Sungai Petani pada Ahad lepas pelbagai pandangan serta minat telah diutarakan oleh orang ramai. Kelab berkenaan yang menghimpunkan lelaki dan para isteri yang rela dimadu termasuklah di luar negara seperti Australia, Indonesia dan Thailand turut memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai yang ingin memahami tentang amalan itu.

Setakat ini keahlian adalah terdiri dari pekerja di syarikat Global Ikhwan yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Al-Arqam dan jika ramai ahli masyarakat yang berminat untuk menyertai kelab ini maka ia akan didaftar mengikut akta pertubuhan. Ahli kelab setakat ini terdiri daripada 300 suami, 300 isteri pertama dan 300 isteri kedua. Maka keahlian kini dianggarkan melebihi 1,200 orang

Mungkin ramai wanita di luar sana yang bimbang dan kurang senang dengan berita penubuhan kelab ini. Maka untuk memberi ruang dan berlaku adil kepada semua pihak penulis cuba mendapatkan pandangan dari pengasas kelab tersebut Hatijah Aam untuk mengulas mengenai penubuhan kelab poligami ini.

Ketika ditemui di ibu pejabat syarikat Global Ikhwan, di Bandar Country Homes, wanita berusia 54 tahun itu dengan tenang dan konsisten menerangkan apa sebenarnya matlamat penubuhan kelab berkenaan.

Bagi beliau kewujudan kelab ini bukan berniat untuk bermusuh dengan sesiapa dan bukan juga kehadiran mereka untuk mencari populariti.

''Tetapi kami berharap semua pihak faham terutama wanita bahawa poligami ini adalah satu jalan keluar yang yang dibenarkan dalam Islam,'' katanya.

Bagi mereka yang berminat, mereka akan diberikan kursus dan pemahaman tentang apa ertinya poligami. Kita perlu faham bahawa poligami bukan dilakukan untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, tetapi ia turut berkait dalam soal mendekatkan diri dengan Tuhan. Itu belum lagi mengambil kira soal kemampuan kewangan, mental, fizikal dan sebagainya.

''Pada awalnya tidak ada rancangan pun untuk buat kelab sehinggalah kami melihat adalah perlu satu alternatif diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

''Ini kerana terlalu banyak kes-kes yang mengaibkan berlaku sekarang seperti rogol, sumbang mahram serta tumbuhnya rumah urut pusat pelacuran secara berleluasa. Maka kelab ini ditubuhkan sebagai satu alternatif dan jalan keluar," katanya.

Menurut Hatijah, jika dilihat masalah yang berlaku sekarang ini telah wujud sejak zaman jahiliah lagi maka Tuhan telah memberikan jalan bagaimana masalah ini dapat dihentikan. Maka apabila Rasulullah dan sahabat mempraktikkan poligami maka ia memberi pilihan kepada sesiapa yang mahu mengikutnya dan tidak ada paksaan dalam perkara ini.

''Maka adalah jelas kenapa orang jahiliah itu tenggelam dengan kejahilan mereka maka Islam sebagai sebuah agama yang lengkap membenarkan poligami. Jika kita melihat keadaan sekarang harus diakui dengan mengamalkan poligami mampu menyelesaikan sedikit sebanyak masalah sosial yang semakin menakutkan sekarang.

''Kegiatan pelacuran dapat dihentikan, masalah seperti sumbang mahram tidak berlaku dan orang ramai terutama lelaki tidak lagi perlu ke rumah urut kerana para isteri- isteri mereka memenuhi tuntutan yang mereka mahukan. Oleh itu, bagi orang Islam mereka mendapat satu jalan keluar kepada masalah sosial ini dan terpulang kepada mereka untuk mempraktikkannya,'' kata beliau.

Katanya lagi, kita sering sahaja mendengar tentang masalah antara seorang lelaki yang jatuh cinta kepada wanita lain tetapi pada masa yang sama tetap sayang kepada isterinya. Maka kedengaranlah masalah isteri tidak setuju tetapi lelaki dan wanita berkenaan tidak ada sebarang masalah untuk berkahwin. Maka timbul keadaan di mana semua pihak ini berada dalam dilema.

"Sebenarnya apakah tidak ada penyelesaian kepada masalah sebegini. Sebenarnya ada penyelesaian kepada masalah ini. Kenapa Rasulullah dan sahabat boleh melakukannya dan kita seolah-olah tidak faham dan melihat perkara ini dengan mendalam mesti ada sebab kenapa ia dibenarkan," katanya.

Ujar Hatijah lagi, terlalu banyak faedah yang diperolehi oleh mereka yang berminat menyertai kelab ini kerana kami melakukannya kerana Allah.

"Atas nama Islam, poligami ini ialah perkara yang halal dan indah. Untuk menghalang pihak lelaki daripada melakukan poligami adalah sukar, maka kelab ini adalah jalan terbaik untuk mereka yang memerlukannya.

"Bukanlah niat kami untuk mengajak semua orang menyertainya tetapi ada di antara mereka di luar sana yang memerlukannya dan pihak kami hanya mahu memberi panduan dan jalan untuk mereka,'' kata Hatijah.

Dari sudut kekeluargaan pula seorang ayah mempunyai ketokohan kepimpinan dalam keluarga dan jika ahli keluarga ramai maka ia akan membantu meningkatkan ekonomi. Dan itulah yang berlaku di Global Ikhwan di mana anak-anak hasil daripada perkahwinan poligami bertanggungjawab menggerak dan mengurus perniagaan.

Bagi Hatijah kelab itu mahu memperjuangkan poligami sebagai satu jalan keluar kepada masalah yang sering berkait dengan poligami serta masalah- masalah sosial yang berlaku sekarang.

''Selain itu kami bertanggungjawab untuk memberi kefahaman kepada isteri dan wanita bagaimana untuk menerimanya.

"Saya sendiri dan madu saya pun mula-mula dahulu bukannya boleh duduk dekat, tetapi kerana apa yang dilakukan ini untuk Allah maka kami diberikan hidayah untuk berkongsi dan bekerjasama antara satu sama lain.

"Namun saya faham bukan semua setuju tentang poligami namun bagi kami yang telah merasai kemanisannya, semua ini adalah hasil dari pendidikan, ilmu dan pengalaman yang akhirnya membuat kami mengubah tanggapan tentang poligami,'' katanya.

Namun beliau berasa hairan kenapa poligami ini yang dibenarkan dalam Islam dianggap sebagai sesuatu yang hina.

''Kenapa pusat maksiat seperti pelacuran, kelab malam rumah urut boleh dibenarkan beroperasi tetapi kami yang mahu memperjuangkan perkara yang dibenarkan dalam Islam dipandang serong dan tidak diberi laluan.

"Kami hanya mengajak mereka yang mahu mengamalkan poligami dan kami tidak memaksa sesiapa dan kami tidak berniat untuk menyakitkan sesiapa. Insya-Allah kami mengharapkan sokongan dari semua pihak masyarakat dari yang di peringkat atasan hinggalah masyarakat seluruhnya," ujarnya.

Menurut Hatijah, selepas majlis pelancaran kelab ini di Sungai Petani pada 2 Ogos, pelancaran kelab poligami peringkat Asia dijangka diadakan di Kuala Lumpur pada 16 Ogos depan.

''Kepada golongan masyarakat yang merasakan mereka memerlukan poligami, mereka boleh menyertai kelab ini bukan sahaja untuk mengetahui lebih lanjut tetapi mendapatkan nasihat dan pandangan bagaimana bahagianya poligami,'' katanya.

Bagi Hatijah, beliau percaya Tuhan bukan berniat jahat dalam membenarkan poligami diamalkan di kalangan umat Islam.

"Kita umpamakan ia seperti sembahyang, ada peraturan, teknik dan cara yang betul untuk mendapat keberkatan. Begitu juga dalam poligami ada caranya dan bukan semua mampu memenuhi tuntutan dan cara betul supaya diberkati,'' kata beliau.

Komen

Menurut Hatijah, banyak komen mengatakan tentang poligami, ia diamalkan kerana mengikut sunah nabi tapi dalam perkara lain yang diamalkan nabi kenapa mereka tidak mahu mengikutnya.

''Pihak lelaki yang mahu mengamalkan poligami haruslah terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab serta dekat pula dirinya dengan perintah dan arahan Tuhan. Saya juga faham kenapa ada wanita yang rela tidak berkahwin dengan suami orang kerana takut dikatakan merampas suami orang.

''Dalam sejarah pun telah dinyatakan bagaimana Rabiatul Adawiyah menolak pinangan Imam Hassan Al Basri kerana takut terganggu urusan dan amalannya dengan Allah jika beliau berkahwin. Ini adalah satu contoh yang sangat hebat dan mungkin tidak ada lagi mereka yang mampu melakukannya,'' kata Hatijah.

Selain itu, beliau juga meminta mereka yang sering melaungkan hasrat dan tindakan memperjuang dan membela nasib wanita agar turut sama membantu usaha kelab poligami.

"Poligami ini bukanlah sesuatu yang keji dan tidak semua wanita yang terlibat dalam poligami tidak bahagia. Malah ramai di antara kami kini menemui kebahagiaan sebenar dalam hidup walaupun mereka ini terlibat dalam poligami dan semua ini berlaku dengan ketentuan Allah disertai usaha dan niat yang murni untuk menegakkan dan mencari keredaan Tuhan," kata Hatijah mengakhiri bicara.

Sekolah Satu Aliran Boleh Jayakan 1Malaysia - Mukhriz

NIBONG TEBAL, 8 Ogos (Bernama) -- Pelaksanaan sekolah satu aliran dapat membantu menjayakan konsep 1Malaysia kerana ia boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau yang juga anggota Parlimen Jerlun berkata melalui konsep pendidikan itu, pelajar pelbagai kaum dapat bergaul dan berinteraksi dengan lebih berkesan.

"Ia mungkin boleh dijayakan dengan mewajibkan bahasa Mandarin dan Tamil contohnya sebagai mata pelajaran elektif, ini bermakna pelajar boleh belajar bahasa ibunda rakan-rakan mereka yang lain.

"Alangkah baiknya jika rakyat Malaysia boleh menguasai bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Tamil serta mencapai matlamat 1Malaysia yang lebih harmoni dan saling memahami," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Wacana Perpaduan 1Malaysia di sini, Sabtu.

Beliau berkata bagi mengelak pelajar meninggalkan bahasa ibunda mereka, sekolah satu aliran itu perlu mewajibkan pelajar mengambil mata pelajaran bahasa ibunda masing-masing.

Beliau berkata sistem pendidikan itu dapat menyatupadukan semua kaum melalui perkongsian budaya dan adat resam serta dapat mengelak daripada berlakunya polarisasi kaum di negara ini.

Mukhriz berkata cadangan sekolah satu aliran itu pernah dimuatkan dalam Penyata Razak pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum negara menyambut kemerdekaan.

"Allahyarham Tun Abdul Razak telah menyatakan ingin melihat sekolah satu aliran menjadi kenyataan. Namun selepas 52 tahun Merdeka ia belum terjadi," katanya.

Sementara itu, beliau berkata konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dicapai jika semua pihak berganding bahu menjayakannya.

-- BERNAMA

Mungkin UMNO bukan Islam!

Umat Islam diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor selesaikan isu arak
08/08/2009 5:06pm

SUNGAI PETANI 8 Ogos — Umat Islam hari ini diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat juga akan menilai perjuangan Pas yang kini adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Kita lihat apa yang mereka (Pas) akan lakukan kerana ini (penjualan arak) adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani di sini hari ini.

Beliau berkata, disebabkan Pas kini telah berada dalam dalam pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri, rakyat akan melihat pendirian Pas dalam isu itu.

Semalam, kerajaan negeri Selangor membuat keputusan tidak akan melarang penjualan minuman keras dan cuma meminta semua premis perniagaan, pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri bagi membendung penjualan minuman keras kepada orang Islam dan remaja bawah umur. - Bernama

p/s- Naib Presiden UMNO faham ke tak arak haram untuk semua umat Islam? Jika Shafiee mengangap soal pengharaman/penghadan arak hanya tanggungjawab PAs, maka UMNO?

Jumaat, 7 Ogos 2009

Berita bodoh untuk orang Melayu

Tiada berita dalam berita harian dan tiada kebenaran dalam utusan, anda tidak akan dapat mengetahui bahawa satu penemuan penting telah ditemui semasa lawatan koroner ke wisma masalam jika anda sekadar membaca utusan dan berita harian.

utusan

bharian

Penemuan penting tersebut hanya boleh anda baca jika anda tidak takut dengan kebenaran dan klik ke laman web bebas seperti malaysiakini

Mungkin pihak kerajaan melalui medianya ingin menyorok tentang penemuan darah ditangga plaza masalam kerana takut akan spekulasi orang awam. Tetapi bangkai gajah manakan boleh ditutup, dengan teknologi ict kini, rakyat akan kuat berspekulasi yang TBH memang dibunuh kerana media kerajaan menyembunyikan penemuan penting tersebut. Secara peribadi aku lebih suka TBH bunuh diri. Tak sanggup jika benar TBH dibunuh oleh pegawai kerajaan berbangsa Melayu Islam. Tentu banyak spekulasinya, tetapi kebenaran tetap akan datang.

YB Saari Sungib pernah berkata kepadaku, ISA itu bukan sahaja zalim kepada yang ditahan, tetapi juga kepada pegawai polis yang menyiasat, ini kerana, dengan kekebalan undang2 semasa menyiasat mereka bisa melakukan apa sahaja. Apabila mereka memukul dan menyiksa tahanan, maka mereka mengumpul dosa yang pasti akan dibalas diakhitat kelak, tidakkah ini bermakna mereka menzalimi diri mereka sendiri?

Selain itu,utusan tanpa segan silu menyiarkan berita mengenai serbuan keatas seorang exco kerajaan negeri selangor, turut disebut nama exco tersebut, tetapi rakannya bharian didapati cukup berhati-hati apabila tidak menyebut nama seorang ADUN terengganu yang ketika ditangkap siap jumpa RM 5ooo.00 sekali. Inilah dwi piawaian yang diamalkan oleh dua akhbar berbahasa Melayu yang mengaku sebagai arus perdana. Tetapi apa yang dapat dirumuskan tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memperbodohkan pemikiran orang2 Melayu.

Proaktif kawal penjualan arak

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) merujuk kepada cadangan untuk mengehadkan penjualan alkohol di Selangor. Sejak itu ada banyak sekali bantahan. Antara pandangan yang diberikan ialah langkah ini akan menjejaskan undi dalam pilihan raya akan datang dan ia adalah tidak adil kepada bukan Islam.

CAP menggesa semua pihak supaya bersatu dengan memberikan tumpuan kepada alasan kesihatan dan sosial yang memerlukan tindakan untuk diambil bagi mengehadkan penjualan dan mencegah pengambilan berlebihan. Keadaan ini amat kritikal terutama apabila ia membabitkan golongan remaja. Kini sudah pun ada beberapa laporan mengenai remaja mengambil alkohol, malah dengan mudah dapat memperolehnya.

Bahaya berkaitan alkohol sudah pun diketahui umum � potensinya yang menjejaskan kesihatan serta dikaitkan dengan insiden kemalangan jalan raya, kerosakan harta awam, pembunuhan, kemiskinan serta pelbagai gejala sosial lain.

Lebih dua juta penduduk di seluruh dunia mati setiap tahun disebabkan alkohol. Bahaya penggunaan alkohol ialah menjadi faktor risiko utama bagi kematian pramatang dan kecacatan di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah pun bekerja ke arah inisiatif global untuk memerangi penggunaan alkohol.

Sistem pelesenan bolehlah digunakan di mana penjualan alkohol hendaklah dihadkan kepada beberapa kedai arak berlesen yang terletak jauh daripada kawasan perumahan dan kawasan rekreasi keluarga. Kedai serbanika seperti 7-Eleven dan kedai runcit seharusnya tidak dilesenkan untuk menyimpan stok minuman beralkohol. Alkohol juga tidak seharusnya dihidangkan di tempat makan untuk keluarga dan kawasan rekreasi.

Tindakan juga perlu diambil untuk mengawal pengiklanan alkohol yang begitu agresif. Cukai ke atas minuman beralkohol perlu ditingkatkan lagi. Arak murah seperti samsu (yang sering mengandungi alkohol yang tinggi) dan 'minuman ringan' beralkohol juga perlu diharamkan.

SM MOHAMED IDRIS,
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Wasiat Raja Melayu - Amaran Terakhir untuk UMNO




Wasiat disampaikan ketika Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

# Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

# Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain;

# Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar;

# Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

# Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan;

# Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu;

# Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Tuanku, Bahasa Melayu kini tidak lagi berdaulat, menteri2 semua cakap inggeris, belajar kat unversiti belajar dalam inggeris. Peruntukan berbilion untuk bahasa inggeris, bahasa melayu entah berapa.Tanah simpanan melayu dah kurang banyak tidak beganti, Bukit Genting, pangkor laut, perhentian dan berbagai tanah lagi di seluruh perseketuan haram untuk orang Melayu kerana habis disedekahkan kepada taukey2 cina. Berhimpun dalam perseketuan macam berhimpun dekat israil, kena sembur air kimia.

Agama islam sekadar hiasan dan untuk baca doa sahaja.Bantuan perkapita sekolah agama ditarik, mahkamah syariah tak setaraf mahkamah sivil. Nak buat buat hukum islam pun tak boleh..

Arak, UMNO ajak PAS bersatu..


Khairy ajak Pemuda Pas kutuk DAP

MARANG 7 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO mencabar Dewan Pemuda Pas untuk bersama-sama menyertai ceramah umum bagi mengutuk tindakan DAP yang menghina dan mempersendakan agama Islam minggu hadapan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO itu adalah demi mempertahankan agama Islam yang cuba diperlekehkan oleh wakil rakyat DAP.

Beliau juga menegaskan, cabaran tersebut bukanlah propaganda untuk memerangkap parti berkenaan menyertai Barisan Nasional (BN).

"Saya dengan ikhlas hati mempelawa Dewan Pemuda Pas untuk bersama-sama Pemuda UMNO menyertai ceramah umum itu yang bakal diadakan pada 14 Ogos ini di Shah Alam," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Marang kali ke-21 di Alur Limbat di sini hari ini.

p/s : Dangkal sungguh kenyataan pemuda umno dan tindakan perhimpunan haram mereka, pelik umno masih memerintah perketuan dan 8 negeri lagi, kenapa tidak haramkan sahaja arak dinegeri yang mereka perintah? Pemuda umno tidak pula bersama PAS kedah ketika isu kuata 5o% perumahan di Kedah. Tindak tanduk umno tidak lebih seperti kera kena belacan